Bab 9

Humor Completed 28838

"We should have split the bill." Jawab Dhia. Wajahnya masam. Langkahnya yang tadi laju telah diperlahankan. Dia tidak puas hati bila Iqbal yang membayar bill tadi. Padanya, lebih baik mereka berkongsi. Dia tidak mahu terhutang budi.

"It's fine. Lagipun, I yang ajak you lunch. I should pay."

"Yelah but I rasa tak sedap. Hari tuh kat KL pun, you yang bayar. I tak nak terhutang budi." Wajahnya masih mencuka.

"You marah ke merajuk dengan I? Janganlah marah my dear Dhia. Walaupun muka you sentiasa cantik, but bila you senyum lagilah manis." Pujuk Iqbal.

"Jangan nak menggatal dengan I. You memang macam gini dengan semua perempuan eh?"

Tanya Dhia. Walaupun nada Dhia serius namun hatinya semakin lembut mendengar kata-kata manis Iqbal.

"Tak. Believe it or not, I tak pernah pujuk orang. You orang pertama I pujuk. Congrats!"

"My turn untuk tanya soalan from the ten questions."

"Kenapa tak nak just tanya aja?"

"Takut you tak nak jawab."

"Fair enough."

"Kenapa you tak pernah ada girlfriend?"

Iqbal tersenyum. "Siapa bilang you yang I tak pernah ada boyfriend?"

"Faiz. Uhm we kinda talked about you a bit."

"Oh, korang gossip ye?"

"Yes. Kita gossip. Maafkan kami. Now answer the question."

"Siapa kata I tak pernah ada girlfriend?" tanya Iqbal kembali.

"You mean you do?" Entah mengapa, hati Dhia tiba-tiba ngilu.

"Tak ada sesiapa tahu. But pernah satu ketika dulu, I ada girlfriend. Tapi tak lama. Tak sampai setahun pun."

"Kenapa putus?"

"Sebab dia boring dengan I. I'm a workaholic. I tak tahu bagi masa I. Time tuh I baru ambil alih hotel, so banyak yang perlu I fikiran. So she got bored and she left." Iqbal berkata. Dia membenarkan dirinya untuk kembali mengenang kenangan semalam untuk seketika.

Memang pada waktu itu kerjaya menjadi tumpuannya. Setiap kali wanita itu telephone untuk berjumpa, dia sibuk. Lama kelamaan, wanita itu bosan dan meminta putus. End of story.

"You masih workaholic, or not?"

"Sebetulnya, yes. Tetapi dengan you, I tak ingat kerja. You buat I rasa nak buat benda lain selain kerja. You make me think of family. Especially bila I tengok you holiday dengan family you. Buat I rindu family I."

"So, who is she?"

"The girl? Well, you've seen her. Nama dia Wani. We actually pernah pertengkar pasal dia."

~

Faiz laju melangkah keluar dari pejabatnya yang terletak bersebelahan pejabat Iqbal. Waktu sudah menginjak malam. Dia sudah bercadang untuk pulang dan berehat sahaja. Sebaik sahaja sampai di lobi, matanya terpandang wajah Wani. Wani adalah anak rakan karib papanya. Walaupun begitu, dia tidak rapat dengan wanita itu. Wani lebih rapat dengan Iqbal. Kemana Iqbal pergi, di situ Wani ada. Pasti wanita itu datang untuk mencari abangnya. Bukan dia tidak tahu mengenai pergaduhan mereka tempoh hari. Malas dia mahu masuk campur. Namun langkahanya terhenti apabila melihat bahu wanita itu terenjut-enjut. 'Nangiskah?'

Mungkin kerana ingin tahu, dia semakin mendekati Wani. Sudah semakin jelas wanita itu menangis.

"Wani?" tegurnya.

Wani memandangnya. Dengan segera dia mengelap airmata. "Faiz. You but apa kat sini?" tanyanya dengan gugup. Dia terperanjat dan malu melihat Faiz. Lelaki itu adik tiri Iqbal. Namun mereka jarang bertegur sapa.

"Kenapa you menangis?" tanya Faiz. Dah mengeluarkan paket tisu dari seluarnya dan kemudian menghulur ke Wani.

"I, I datang nak jumpa Iqbal. Tapi dia tak ada." Jawab Wani sambil menyambut huluran Faiz.

"Abang? Dia ke Singapore. Dia ada hal kerja."

"Bukan sebab dia kejarkan seseorang ke? Receptionist cakap yang dua hari lepas dia bergegas pergi Singapore sebab kejarkan seseorang." Suara Wani lemah sahaja. Dia sedih sekali apabila memikiran Iqbal menyukai wanita lagi.

Faiz tahu siapa seseorang yang dimaksudkan Wani. "Oh, sebab tuh you nangis? Tak lah. Abang I pergi Singapore sebab ada urusan kerja. Its last minute sebab tuh dia kelam kabut." Jawabnya sambil tersenyum mesra.

"Jom ikut I balik. Boleh visit mama I. Dia pun asyik tanyakan you. Katanya dah lama tak berbual dengan you. Jomlah, you boleh dinner sekali dengan famili I." ajak Faiz.

Wani sudah mula tersenyum. Dia menerima ajakkan Faiz. Tidak apalah kalau Iqbal tidak menyukainya. Yang penting keluarga mereka setuju. Lama-kelamaan, lembutlah hati lelaki itu.

~

Iqbal tersenyum lebar sambil merebahkan badannya. Dia baru sahaja selesai membersihkan diri setelah pulang dari menghantar Dhia. Dia asyik teringat kembali datenya dengan wanita itu. walaupun tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya ada sedikit tentang Dhia yang telah dia ketahui. Dia sudah semakin merasa yang wanita itu sudah mula menerima kehadirannya. Tidak apa, perlahan-lahan lama-lama jadi bukit.

"Terima kasih. I'll see you tomorrow." Kata-kata Dhia membuat Iqbal tersenyum. 'I'll see you tomorrow. I'll see you tomorrow. Haha yes dia nak jumpa aku besok!'

Iqbal tergelak bahagia. Dia yakin, malam ini dia akan bermimpi indah.
--

Day 10
Sayang, bangun subuh sayang.

Iqbal?

Sayang banguuuuuun. Dah masuk waktu subuh.

You, you buat apa dalam bilik I?

Sayang, I kan suami you...

AHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

"Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!" teriakan kuat Dhia didengari Diyan yang sibuk menyediakan sarapan.

"Adik! Kenapa ni?" dengan cemas Diyan bertanya pada Dhia.

"Adik. Adik. Ah tak de. Adik mimpi godzilla." Dhia menipu abangnya. Gila nak bilang Diyan yang dia mimpikan Iqbal. Apatah lagi dia mimpi yang si godzilla tuh suaminya! 'Aduh aku tidur tak basuh kaki ke?'

"Hmm ingatkan apa tadi. Dah pergi mandi. Adik kerjakan hari ni?"

Dhia hanya mengangguk mengiyakan soalan Diyan. Dia melihat abangnya menutup pintu. Dhia kembali teringat akan mimpinya. Ni mimpi ngeri ke mimpi indah? Aku dah mula angaukan si Iqbal ke? Baru satu date je kot.

"Terima kasih Dhia. Sebab you sudi beri I peluang. I berjanji akan buat you bahagia. Dan nothing would make me happier than you accepting me. I jumpa you esok?"

"I'll see you tomorrow."

~

"Lambat balik semalam." Tegur Diyan. Dia menghulur Dhia secawan teh. Matanya memerhatikan adiknya menjamu selera.

"Dhia keluar dengan kawan. Abang tunggu ke?"

"Tak de lah. Abang dah tidur. Dhia keluar dengan siapa?"

"Iqbal. Dia mintak adik tunjukkan Singapore."

"Adik dengan Iqbal ada apa-apa ke?"

"Mana ada abang. Kita orang kawan je. I'm doing a favour for a friend." Dhia menghabiskan roti bakarnya.

"Abang dengar dia anak pemilik hotel yang Dhia tinggal masa kat KL. Tapi masa dia tidur sini hari tuh, tak nampak macam sombong. Baguslah macam gitu. Kaya macam mana pun kita tak boleh bangga diri." Diyan menghulur pula dua biji pil. Dengan pantas Dhia mengambil dan menelan pil itu.

"Betul ke Iqbal suka adik?"

Dhia hanya mengangguk. Tidak guna menyembunyikan kenyataan ini. Selama ni pun, dia sentiasa jujur dengan abangnya.

"Dia tahu tentang keadaan adik?"

Kali ini Dhia menggelengkan kepalanya.

"Kalau dia ikhlas nak berkenalan dengan adik, inshaa Allah dia boleh terima kelemahan adik. But you have to be honest with him."

Terdengar bunyi pintu pagar rumah mereka dibuka. Abahnya terhuyung-hayang melangkah masuk. Tanpa membuka kasut dia merebahkan badan dia atas sofa. Dhia menghela nafas panjang. "Adik minta diri dulu. Dah lambat ni."

Sambil melangkah keluar matanya tidak lepas memandang abahnya. Keadaan ini sudah biasa dia alami.

~

Diyan merenung abahnya dengan tajam. Dia mendengus. Ikutkan hatinya yang panas, abahnya akan disimbah air. Dia juga sudah penat melihat abahnya asyik pulang dengan keadaan mabuk. Dahulu abahnya bukan kaki minum. Abahnya merupakan seseorang yang penyayang. Sewaktu dia dan adiknya masih kecil, keluarga mereka bahagia. Abahnya bahagia. Mama juga bahagia. Namun semuanya hancur sebaik sahaja mama meninggalkan mereka. Abah semakin murung. Adik tidak seceria dahulu. Abah mula meminum arak. Dia semakin mabuk. Kata-kata semakin kasar dan kesat. Keluarga mereka hancur. Sedih.

"Abah.... kenapa mama tinggalkan kita abah? Apa yang terjadi? Abah boleh bilang kita. Kita dah cukup dewasa untuk faham. Abah tak perlu meranah seorang diri." Soalan Diyan dibiarkan sepi oleh abahnya yang tidak sedarkan.

~

"Dhia! Thank you sebab kau ambil alih tugas aku. Thank you sangat. Anak aku boleh sakit pulak! Thank you lah Dhia. Kaulah sahabat aku yang terbaik sekali!" Dhia membaca nota yang ditinggalkan rakan kerjanya.

Sebetulnya, dia masih mempunyai baki lima hari cuti. Tetapi hari ini dia terpaksa kembali ke kerja kerana harus menggantikan rakannya.

Dhia mengambil nafas sedalam-dalamnya. Kerja rakannya yang harus dibuat terletak kemas diatas meja. Baik dia mula sekarang.

Dhia bekerja sebagai seorang penulis dan juga wartawan di bawah syarikat Berita Harian, satu-satunya akhbar melayu di Singapura.

"Dhia! Kau gantikan Syima eh?" tegur Fahmi, editor/rakan baiknya.

"Aah. Banyaknya kerja dia belum habis."

"Itulah kita panggil kau untuk ganti dia. Banyak articles yang dia belum siap. Banyak yang urgent." Fahmi menjawab sambil menghirup kopi yang diambil di pantri.

"Apa yang paling urgent?"

"Yang ni. Kau kena interview usahawan muda dari Malaysia. He is very popular now. I've heard a lot of good things pasal dia ni." Fahmi menghulurkan fail yang ditandakan urgent.

"Kenapa pulak urgent?"

"Well, he's only going to be here for a few days. Kita dapat tahu yang dia sampai Singapore dua hari lepas. Kita tak tahu bila dia balik. So we need to interview him ASAP. Our higher ups betul-betul nak kita buat article untuk dia. Apparently he is very famous now. I heard he is dating a model. Ohhhhh juicy news yang kau boleh tanya dia.." Kata-kata Fahmi membuat Dhia tertarik untuk mengetahui tentang usahawan ini.

"All his information are in the file. Kita dah arrange untuk dia datang interview in two hours. So buat sementara waktu kau sediakan soalan-soalan untuk tanya dia. Good luckkkkkkk!" Fahmi mengakhiri berbualan mereka.

Dhia membuka fail dan matanya tertarik ke satu nama. Nama yang amat familiar.

"Khairun Iqbal."

~

"Fahmi! Aku tak boleh interview dia!" dengan cemas Dhia mendapatkan Fahmi yang sudah berada di dalam pejabatnya.

"Why not? Bukannya kau tak biasa interview orang? I know business and usahawan isn't right up your alley but you're good at writing anything." Fahmi berkata dengan penuh harapan. Dia perlu menyakinkan Dhia untuk melakukan interview ini. There's no one else!

"Aku just...aku...aku.." Dhia tergagap-gagap mencari alasan. Takkan dia nak bilang si Fahmi yang dia kenal mamat ni?

"See.... kau tak ada alasan kan? Please Dhia do me a favour. Plus mana tahu, mungkin this article will be a big break for you. Please Dhia, please." Fahmi memujuk Dhia. Sudah jelas yang Dhia sudah mula setuju.

"Fine. But I'm not doing the interview alone." Dhia berkata sambil melangkah kembali ke mejanya. Dia membuat fail yang mengandungi profil usahawan itu.

NAMA: KHAIRUN IQBAL BIN DATUK HAMID

UMUR: DUA PULUH LIMA

STATUS: SINGLE

MORE INFORMATION: Khairun Iqbal telah ambil alih hotel kepunyaan Datuk Hamid sejak dia berumur 22 tahun. Dia mempunyai ijazah dalam bidang pengurusan bisnes (hotel). Kerana mempunyai kelakuan akademi yang cemerlang, dia tamat pengajiaannya lebih awal dari yang lain. Walaupun dia berstatus single, namun dia telah digossipkan dengan model terkenal Malaysia, Harwani Binti Datuk Ismail.

Dhia semakin curiga tentang wanita yang bernama Wani. Semalam ketika Iqbal memberitahu nama bekas teman wanitanya, dia terperanjat. Siapa sangka Iqbal masih berhubungan dengan wanita itu selepas putus cinta. Kerana sudah semakin curiga, dia membuat lelaman web Google dan menaip nama Harwani Binti Datuk Ismail. Kalau terkenal, mesti ada article pasal dia kan? Gambar ke?

Tidak sampai dua saat, akhirnya wanita bernama Wani sudah mempunyai muka. Cantik.

Dhia semakin curiga. Dia membuat profil wanita itu.

NAMA: HARWANI BINTI DATUK ISMAIL aka WANI ISMAIL

UMUR: DUA PULUH EMPAT TAHUN

STATUS: SINGLE

Write-up tentang Wani Ismail: Dia memulakan career nya sebagai model sejak berumur lapan belas tahun blah blah blah blah blah blah blah blah blah blah blah.........

(Author's note: saya tak tulis lebih lanjut sebab ia nya tak penting.)

Nama Wani telah sering dikaitkan dengan usahawan muda, Khairun Iqbal. Apabila ditanya, Wani mengulas, "Yes. Saya dan Iqbal sedang bercinta. Dan kami ada perancangan untuk berkahwin." – Dated two weeks ago.

Hati Dhia tiba-tiba terasa sesak. Sakit dihatinya bukan sesuatu yang pernah dia alami. 'Kenapa ni? Marahkah aku? Cemburukah aku?'

~

Diyan sibuk mengemas rumah. Sejak dia pulang, kerjanya asyik mengemas. Bukan berselerak sangat pun, tetapi ini adalah salah satu cara untuk dia relax. Kalau tidak, fikirannya akan asyik melayang memikirkan abah. Dia memerhatikan pintu bilik abah yang tertutup rapi. Baru tadi dia mengejut dan menyuruh abah berpindah ke bilik dengan alasan dia mahu mengemas. Sejujurnya dia tidak boleh lagi menahan amarah melihat abah terbongkang begitu. Tetapi dia teringat pesan Raudah untuk sentiasa menghormati abah. Kerana itu dia menyuruh abah pindah supaya dia dapat menenangkan diri.

"Assalamuailai'kum."

Pergerakkan Diyan terhenti. Dia menyahut salam sambil memandang ke arah pintu. Lelaki yang Dhia panggil Godzilla sedang tersenyum kepadanya.

"Godzilla kan?" Diyan bertanya dengan serious.

"Uh well, itu nickname yang Dhia berikan pada saya. Tak tahu pulak yang abang pun tahu pasal nickname tuh."

Diyan tertawa. "Dhia asyik sebut godzilla. Itu yang aku tahu pasal nickname kau. Iqbal kan?"

Iqbal hanya mengangguk. Lega yang sekurang-kurangnya abang Dhia ingat namanya.

"Jemput masuk. Aku tengah kemas rumah tadi."
--

Day 10
"Berapa lama kau kat sini?" Diyan bertanya kepada Iqbal sambil menghulur secawan air. Dengan cuaca yang panas di luar, sudah tentu lelaki itu kehausan.

"Belum tahu lagi bang. Tengoklah, ingatkan nak tengok-tengok singapore dulu sebelum balik. Selalu datang sini untuk busniess aje lepas tuh balik." Iqbal menjawab pertanyaan lelaki itu. Walaupun Diyan kelihatan lebih mesra daripada kelmarin, dia masih teragak-agak dengan lelaki itu. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan di rumah Dhia. Tanpa pengetahuan wanita itu lagi.

"Jadi? Apa sebab kau tiba-tiba nak buat sight-seeing kat sini?" Diyan bertanya sekali lagi dengan selamba.

"Uh? Uh...Sebab saya tertarik dengan singapore?" Iqbal menjawab soalan Diyan dengan soalan. Dia sedar yang jawapannya kedengaran amat bodoh sekali. 'Apahal pulak jawapan kau ni macam budak tadika Iqbal oi. Geram pulak aku dengan aku.'

"Tertarik dengan singapore ke orang kat singapore?" Diyan menyindir Iqbal. Iqbal yang baru sahaja mahu meminum airnya, tersedak.

"Let me get straight to the point Iqbal. Memang aku sebenarnya nak sangat jumpa kau sejak hari tuh lagi. Dhia aja yang tak kasi. Aku nak tanya, kau sukakan adik aku ke?" soalan itu membuat Iqbal tersentak sedikit. Ini kali pertama dia mengalami konfrontasi yang sebegini.

Soalan Diyan dibiarkan sepi. Iqbal tidak tahu bagaimana reaksi Diyan.

"Aku tak akan marah kau. Muka janganlah kecut sangat. Aku tanya aja, kau sukakan adik aku? Ke adik aku yang perasan sendiri?" tanya Diyan dengan nada yang lebih lembut kali ini.

Dengan perlahan Iqbal mengangguk kepalanya. "Saya suka dia bang. Harap abang tak kisah kalau saya tumpang suka dekat adik abang. Saya ikhlas nak berkawan dan berkenalan dengan Dhia. Sebab itu saya datang rumah abang. Saya nak berkenalan dengan adik abang. Saya nak bilang yang abang tak perlu risau bila saya bawa Dhia keluar. Inshaa Allah saya akan jaga keselamatan Dhia sebaik mungkin."

Diyan tersenyum sedikit. 'Boleh tahan ikhlas jugak mamat ni kat adik aku.'

"Baguslah macam gitu. Dhia tuh satu-satunya adik aku. Aku bukannya lama dekat sini. Dalam sebulan dua aku akan berangkat lagi ke overseas. Aku risau. Banyak tentang Dhia yang kau tak tahu. Cuma Dhia sorang aja boleh bilang kau. Yang aku boleh nasihatkan adalah, kalau kau betul-betul ikhlas dengan adik aku, kau kena banyak bersabar. If Dhia selesa, inshaa Allah dia akan buka cerita tentang dirinya."

Kata-kata Diyan membuat Iqbal semakin curiga dengan kehidupan Dhia. Apa yang wanita itu sembunyikan? Apakah rahsia dia?

~

Dhia asyik memandang jam tangannya. 'Ish mana mamat ni? Dah lebih sejam aku tunggu untuk interview dia, batang hidung pun tak nampak. Lupa ke yang dia ada interview dengan aku? Hari tuh aku lambat untuk jumpa dia, dia membebel bagai. Ni dia yang tak professional. Lagi-lagi ni interview pasal kerja. Betul ke mamat godzilla ni amazing busniessman?'

Sejak pagi tadi Dhia sudah tidak boleh duduk diam. Ini semua kerana dia dapat tahu yang dia akan interview si mamat godzilla ni. Seingatnya, dia tidak pernah beritahu yang dia bekerja sebagai journalist kat Iqbal. Macam mana agaknya reaksi lelaki itu bila dia dapat tahu yang Dhia akan buat interview ni ehk?

~

"DHIAAAAAA DIA DAH SAMPAI!" Suara Fahmi kedengaran amat panic di corong telefon.

"Kau ni mengelabah sangat apasal? Mana dia?" Dhia membalas dengan sedikit kasar. Mana tak, jeritan Fahmi kedengaran amat nyaring di corong telefon.

"Sorry lah Dhia. Aku tak sengaja. Aku cuma excited sangat! Handsome nye mamat ni! Ingat dalam gambar aja handsome! Rupa-rupanya real life lagi handsome!" Fahmi berkata dengan riang.

"Hish! Kau ni, boleh pekak telinga aku dengar suara kau yang gatal ni! Cepatlah, mana dia? Meeting room ke? Studio ke?" tanya Dhia lagi. Tangannya lincah mengambil barang-barang yang dia perlu untuk interview ini. Kakinya pantas melangkah ke arah lobi lift.

"Studio. Aku suruh dorang bawak dia ke studio terus. Nanti kita tanyalah kalau dia selesa bergambar tak." Fahmi sudah mula tenang.

"Ok, I'll see you there." Dhia mengakhiri perbualan itu. Malas dia hendak dengar celoteh Fahmi tentang Iqbal. Dah lah dia tengah nervous ni!

~

"Cik Iqbal, maybe you could have a seat here. Sekejap lagi rakan kerja saya sampai. Maaflah cik Iqbal kena tunggu."

Iqbal hanya tersenyum. Dia sebenarnya agak berang kerana setiausahanya memberitahu tentang interview ini disaat-saat terakhir. Terpaksalah dia tergesa-gesa minta diri dari rumah Dhia dan terus ke sini. Dah lah dia seorang diri. Selalunya interview sebegini dikendalikan oleh setiausahanya. Iqbal hanya tahu jawab soalan dan senyum aja.

"Tak apa. Saya pun minta maaf sebab terlambat. Saya tidak tahu yang saya ada interview semasa saya di Singapore." Iqbal menjawab dengan professional.

"Hah tuh dia!" mata Iqbal mengekori pandangan Fahmi. 'Dhia?'

~

Hati Dhia semakin berdebar. Hanya beberapa langkah lagi, dia akan bertemu dengan lelaki itu. Bukan nervous apa. Cuma dia ada beberapa soalan yang Dhia sendiri takut hendak mendengar jawapannya. Dhia sudah biasa menjadi Dhia di hadapan Iqbal, Dhia tidak tahu macam mana hendak menjadi professional. Emosinya sedang berantakkan. Entah mana datangnya cemburu ini setelah membaca statement Wani Ismail itu. 'Kahwin? Biar betul minah ni!'

"Hah tuh dia!" Dhia mendengar suara Fahmi. Dia dapat rasa yang Iqbal turut sedang memandangnya. Hish Fahmi ni pun. Tak sabar-sabar!

"Cik Iqbal, this is Dhia Arifah. She's going to be interviewing you today. She's the best in field so you'll be in good hands." Fahmi memperkenalkan mereka.

Iqbal dan Dhia saling berpandangan. Iqbal sedang cuba membaca Dhia. Haruskan dia berlagak seperti mereka sudah kenal atau Dhia mahu kelihatan professional? Wow, betulkah Dhia ni journalist? Soalan-soalannya terjawab apabila Dhia akhirnya berkata, "Encik Iqbal? Nice to meet, I'm Dhia."

~

Sudah lebih lima belas minit Dhia interview Iqbal. Masing-masing masih bersikap professional. Dhia bertanya soalan bisnes dan Iqbal menjawab tentang bisnes.

"Cik Iqbal, now we'll move on to something slightly personal. Is that ok with you?"

"Anything you want. Inshaa Allah I akan cuba jawab." Iqbal menjawab sambil tersenyum. Dia tidak berhenti-henti memandang Dhia yang tekun menjalankan tugas. Siapa sangka dia dapat melihat Dhia bekerja. Adakah ini Dhia yang sebenarnya?

"So ada sumber-sumber yang menyatakan bahawa cik Iqbal sedang menjalinkan hubungan dengan model terkenal Malaysia, Wani Ismail. Komen?"

"Kami hanya berkawan. Actually no, kami pernah berkawan tetapi tiada jodoh."

"Oh ya? Kalau begitu kenapa Wani Ismail mengeluarkan statement dua minggu lepas yang cik Iqbal dan dirinya akan berkahwin?"

"Funny how ini pertama kali yang saya mendengar statement itu. Entahlah, mungkin statement yang tambah-tambah aja." Iqbal menjawab dengan tenang. Mungkin matanya salah pandang tetapi Dhia kelihatan cemburu sedikit. Kalau betul, baguslah.

"Cik Iqbal, pokok tak akan bergoyang kalau tidak ada angin. Takkanlah Wani Ismail hendak mengura-ura cerita kalau cik Iqbal sendiri tidak sudi." Kata-kata pedas Dhia membuat senyuman Iqbal melebar. Siapa sangka, di tempat kerja pun Dhia sebegini.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang pihak dia. Tetapi yang saya tahu, saya tidak ada perancangan pun untuk berkahwin dengannya. Lagipun, saya sedang mengenal hati budi seseorang."

Dhia berhenti menulis. Dia memandang Iqbal sambil mengerut dahi. Iqbal menghadiahkan senyuman paling manis. 'Hish mamat ni! senyum-senyum macam gini. Yang aku pun satu, pantang tengok senyuman tuh. Asyik bedebar aja! Malas betullah nak layan!'

"So what you're saying is that memanglah, cik Iqbal dan Wani Ismail sudah tiada hubungan? Dan you telah jumpa penggantinya?"

"Yes. And she's very beautiful. Cuma degil sedikit. Dan garang. Sangat garang. And very secretive. Sebab itu I perlu masa yang lama untuk mengenal dirinya."

"Kenapa cik Iqbal sanggup tunggu?"

"Sebab she's worth the wait. Lagipun dia suruh tunggu. Mungkin dia tidak pernah sebut ataupun beri I harapan. Tetapi dengan gerak-gerinya, pandangannya, kata-katanya, I tahu its only the matter of time. She just need time." Iqbal berkata sambil memandang anak mata Dhia. Iqbal berharap sangat Dhia dapat merasakan betapa ikhlas dirinya.

"Well, who ever she is, she's a very lucky lady."

~

"Wah! Siapa sangka, usahawan muda ni rupanya sangat romantik!" Fahmi berkata. Sebentar tadi interview mereka bersama Iqbal sudah tamat. Sekarang Dhia hanya perlu type up the article and mereka boleh publish. Hopefully by tomorrow.

"Masa dia cakap pasal perempuan yang dia suka tuh kan, aku boleh rasa yang dia ikhlas. Masa dia explain perasaan dia, macam perempuan tuh ada kat sini! oh my god! So realistic!" Fahmi berkata lagi.

Dhia yang masih hilang bersama fikirannya tidak mengendahkan kata-kata rakannya. Kata-kata Iqbal masih terngiang-ngiang. 'She's worth the wait. She just need time.'

"Dhia! Kau dengar tak?"

"Hah?"

"Hish kau ni! Aku cakap, untung perempuan tuh. Kalau aku, terus kahwin aja."

"Kau ni dah jatuh cinta ke dengan mamat tuh?"

"Hish selisih! Bukan jatuh cinta lah tapi kagum. He looks like a role model. Itu aja."

Sebelum Dhia dapat menjawab telefon bimbitnya berbunyi. Nama Godzilla tertera di skrin telefon. "Oklah. Nanti lepas lunch aku type up the article dan aku hantar kat kau untuk editting."

"Ok! Cepat tau!"

Dhia memandang kelibat Fahmi yang sudah melangkah pergi sebelum mengangkat telefon.

"Helo?"

"Dhia Arifah."

"Yes?"

"You looked beautiful tadi."

"You look not bad yourself. Yelah, memandangkan you lambat sejam."

"Hahaha. You tak pernah bilang I pun you journalist."

"You tak pernah tanya."

"Right. So....you wanna lunch with me?"

"I belanja?"

"Mana boleh........."

"I cuma akan terima your lunch invite kalau you kasi I belanja."

"Fine."

"Good. Lagi lima minit I turun."

"Bye dear!"

~

"So have you always wanted to be a journalist?"

"I suka menulis. So anything to do with writing, I'm involved."

Iqbal dan Dhia sedang duduk meminum kopi di Coffee Bean yang terletak berdekatan ofis Dhia. Masing-masing tidak lapar jadi mereka membuat keputusan untuk meminum kopi dan berbual.

"I minta maaf sebab I had to act macam I tak kenal you."

"Tak apa. Cuma boleh I tahu kenapa?" Iqbal bertanya sambil menghirup Hazelnutt Latte nya.

"Well, I bukan seseorang yang akan berkawan dengan businessman. Apatah lagi the heir to a hotel. I tak nak kawan-kawan kerja I bertanya."

"You tak suka ke berkawan dengan I?"

"Bukan tuh. Cuma, I tak suka orang bertanya soalan peribadi. Well, excluding you. I dah kasi you permission."

"Oh? That means you're letting me ask you personal questions?"

"Yes. So go ahead. Here's your time to shine."

"So.... I went to your house tadi. But listen! Jangan salah faham. I cuma nak minta kebenaran dari abang you untuk berkawan dengan you. He looks really concern of your life dan you know, semalam you balik lewat and all. Jadi I just felt yang its just right untuk minta kebenaran abang you. Itu aja. Bukannya I nak spy on you or anything. Don't get the wrong idea." Dengan panjang lebar Iqbal cuba menerangkan dirinya.

Dhia tersenyum melihat Iqbal mengelabah.

"I faham. But I just want you to know that kalau abang I ada ugut nak patahkan tulang you ke apa, just know he is joking. Ok?"

"Abang you garang! Now I tahu kenapa you garang sangat the first time I saw you."

"You pun garang! Asyik nak marah-marah je macam godzilla!"

"Ok fine. You win. Now boleh I tanya you something personal?"

"Go ahead."

"So its only you and your brother?"

Dhia menelan air liur. Dia tahu, macam mana dielak pun, lelaki itu akan pasti bertanya juga. Dah lah terang lagi bersuluh yang cuma ada abang dalam hidupnya.

"I ada abah. He's just always working. Always not home. So abang just becomes my dad dan my brother."

"Your mum?"

"Mama meninggal masa I kecil lagi. So yeah."

Perasaan panik mula datang. Dhia sebenarnya tidak suka berbual tentang mamanya. Namun dia masih ingat apa kata doctornya. Untuk memulihkan sesuatu, Dhia harus berani menghadapinya.

"Oh patutlah abang you protective sangat. Tapi kalau I ada adik secantik you, I pun akan jadi protective gila. Kalau boleh I tak kasi you keluar rumah pun." Gurau Iqbal. Dhia hanya mencebik. 'Tak hingin aku nak jadi adik dia. baik jadi isteri...oops apa aku cakap ni?!'

Dhia tersengih mendengar kata hatinya.

"Masa I berbual dengan abang you, dia kata there's something about you yang cuma you aja yang boleh bilang I. So, what is it?"

"That's for me to know and for you to find out. Hopefully."

"So you tak nak bilang I lah?"

Dhia menggeleng kepala. "Nope. You sendiri kata, she needs time."

"Fine. How about, you bagitahu I salah satu secret you and I'll telah you mine."

"Buat apa?"

"Hish you ni! Kata nak kenal mengenali!"

"Fine. My secret is, I tak tahu berenang."

"My dear Dhia, itu Faiz pun tahu. Dah lah berani berenang dalam baby pool aje!" ejek Iqbal.

"Tsk. Dengarlah. I tak tahu berenang sebab I pernah lemas. Sejak tuh I tak berani so I never got a chance to learn how to swim. Tapi I suka tengok air."

"Wow. Pelik sungguh. But then again, you memang pelik. sebab tuh I suka."

"Eww. Sejak bilang you jadi mat bunga ni? Now whats your secret?"

"I sebenarnya tak pernah tengok cerita godzilla. So i actually don't have a clue how godzilla looks like."

~

Dhia masih tersenyum-senyum. Geli hatinya teringatkan kata-kata Iqbal tadi. Who on earth have never seen godzilla? Seriously?! Mamat ni kelakar lah!

"DHIAAAAA KAU SENYUM SENYUM APASAL?!"

Khayalan Dhia terhenti apabila mendengar jeritan Fahmi dari bilik editting.

"Sibuk lah kau ni Fahmi!"

"JANGAN LUPA THE ARTICLE!"

Dhia mengelah nafas. Dia teringat kata-kata Iqbal tentang dirinya. 'She's worth the wait.'

Jari-jemarinya laju menekan papan kekunci komputer. Hampir setengah jam, Dhia telah pun sampai di paragraph terakhirnya.

Bila di tanya tentang model terkenal Malaysia, Wani Ismail, dengan terus terang Khairun Iqbal berkata, mereka sudah lama putus hubungan. Namun dia akui dia sedang mengenali hati budi seseorang. "She's very beautiful and she's worth the wait."

Siapa sangka, usahawan muda yang berjaya dan tampan ini rupanya seorang yang romantik? Untung sekali wanita itu. Bagi pihak kami, saya ingin mengucapkan semoga maju jaya dan cepat dapat jodoh. Inshaa Allah.

Dhia tersenyum. Walaupun cuba ditahan, namun hatinya tetap berbunga-bunga memikirkan bahawa wanita itu adalah dirinya. Who would have thought? Dhia Arifah, seorang wanita biasa-biasa aja, disukai seorang usahawan berjaya. Not that dia kisah tentang status dan harta. Cuma entahlah, hingga sekarang, dia rasa susah nak percaya, walaupun dia tahu, Iqbal ikhlas ingin berkawan dengannya.

~

Faiz memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut. Sejak pagi tadi Faiz sibuk menguruskan hal hotel. Kerana Iqbal belum pulang dari Singapura, papa tirinya suruh dia mengambil alih seketika. Dia kata sudah tiba masanya Faiz mula kongsi kerja dengan abang tirinya. Tidak sampai sehari, Faiz sudah tidak boleh tahan. Banyak rupanya yang dia tidak tahu mengenai hotel ini. Sudah berkali-kali dia menganggu setiausaha abang tirinya.

Dia memerhatikan pejabatnya. Entah mengapa, sejak dulu lagi dia tidak berapa suka terperap aja dalam pejabat. Dia lebih suka membuat kerja-kerja lain. Hatinya bukan pada business ini. Sudah banyak kali dia ditegur bapa tirinya kerana main-main kerja. Tetapi Iqbal selalu membelanya. Kerana itu dia tidak pernah boleh bermusuhan dengan Iqbal. Walau apapun Iqbal katakan padanya, dia tetap menghormati lelaki itu.

Faiz mula teringatkan Dhia. Wanita yang dia selamatkan. Wanita yang menarik perhatiannya. Wanita yang menarik perhatian abang tirinya. Lamunan Faiz terhenti apabila terdengar ketukan di pintu pejabatnya. Setiausaha Iqbal muncul di sebalik pintu.

"Encik Faiz, Cik Wani nak jumpa. Dia ada dalam kat luar."

"Baiklah, panggil dia masuk."

Faiz mengerut dahi. 'Apa minah ni buat kat sini? Dia demam ke dia lupa yang abang aku tak ada?'

"Faiz, am I disturbing you?" Wani bertanya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi berdepan dengan Faiz.

"Tak lah. I'm just taking a break."

"Tak sangka I'm finally able to see you duduk kat pejabat dan buat kerja. Selalunya, you akan cabut kerja dan abang you yang akan coverkan you." Gurau Wani.

Faiz hanya tersenyum.

"Kenapa? Abang I selalu complain pasal I dekat you ke?"

"I wish. Abang you mana nak berbual sangat pun dengan orang. Sedangkan dengan aunty pun dia jarang berbual, apalagi dengan I?"

"But bukan you girlfriend dia ke?"

"Yeke I girlfriend? Macam tak je."

"I don't know. I saw the statement that you made pasal nak kahwin dengan abang I. Well congrats." Faiz berkata sambil tersenyum. Setiausaha Iqbal masuk membawa dua cawan teh.

Wani mula menyandarkan badannya.

"Itulah masalahnya. I've been hearing things dari staffs you kat hotel ni."

Faiz mengangkat kening.

"I've been hearing about a guest yang Iqbal rapat dengan. I heard dia kejar perempuan tu sampai ke Singapore. Is that right?"

"You percaya?"

"Sebab tu I datang jumpa you. I heard you pun kenal guest ni." Wani berkata sambil menghirup air teh yang dihidang.

Faiz tersenyum sekali lagi. "Staffs hotel ni hebat eh? Kalah berita."

"So, this guest, siapa dia?"

"Kebetulan, besok I'm planning to visit this guest. And abang I. You nak ikut?" Faiz bertanya sambil tersenyum lebar. 'I'm sorry abang. I care about you tapi I will not mengalah macam itu je. I won't allow you to win that easily.'

~

"Thanks Dhia! Kalau kau tak ada hari ni, aku tak tahu nak buat apa! Dah lah lately kita banyak kerja." Fahmi berkata dengan Dhia. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam perut lif.

"It's ok. Janji kau belanja aku makan, aku ok aja!" Dhia menjawab.

Fahmi mengangguk. "Oh ye, kau boleh sambung aja cuti kau. Lagipun kau ada belen lima hari kan? For now, kerja semua dah semakin surut. Staff lain pun boleh buat."

"Eh, tak payahlah. Aku boleh kerja. bukan tak boleh."

"Aku cakap tak payah, tak payahlah. Kalau kita perlukan kau sangat-sangat baru kita panggil. Kalau tak, kau boleh relax je. Lagipun kau dah lama tak cutikan? Kesian pulak dekat kau aku ganggu cuti kau. Hari ni pun aku dah kira bersyukur sangat. Sungguh."

"Fine. But if you need me, just call aku."

Langkah Dhia dan Fahmi terhenti dihadapan sebuah kereta mewah. Iqbal berdiri segak bersebelahan kereta itu. Iqbal tersenyum melihat mereka berdua.

Biji mata Fahmi seperti hendak keluar melihat Iqbal di situ. "Cik Iqbal...uh, cik Iqbal buat apa kat sini?"

"Hi, Fahmi kan? Saya tunggu Dhia."

Dhia semakin tidak selesa.

"Dhia? Uh kenapa cik Iqbal tunggu Dhia?"

"Dhia, sorry I lupa nak bilang you tadi, I nak ajak you pergi dinner. Lagipun tadi you tak makan kan? We only had coffee."

Mata Fahmi semakin membesar mendengar kata-kata Iqbal. Dia memandang rakan kerjanya. Dia memandang Dhia dengan pandangan seperti dia sedang berkata 'please explain'.

"Uh, Fahmi, uh aku jumpa kau bila-bila lah eh. Thanks!" dengan laju Dhia melangkah ke masuk ke dalam perut kereta Iqbal. Dia memandang Fahmi yang masih lagi membatu. Iqbal tersenyum geli hati melihat gelagat lelaki itu. Dia berkata, "I'll see you around Fahmi! Hopefully, kalau Dhia kasi!"

Fahmi cuma kembali ke alam nyata apabila kereta mewah itu sudah tiada di hadapannya.

~

Telefon bimbit Dhia dari tadi bergetar. Dhia hanya mendiamkan diri. Iqbal masih tersenyum. Akhirnya Dhia menyerah. Dia menjawab panggilan dari Fahmi. "Fahmi! I'm sorry ok? Nanti in a few a hours aku call kau balik. I'll explain everything."

Setelah meletak telefon, Dhia terdengar tawa Iqbal.

"Apa yang kelakar sangat?!" geram Dhia terhadap Iqbal akhirnya diluahkan.

"I teringat muka kawan you. Terkejut beruk dia nampak I!"

"Mana tak terkejut! I tak pernah bagitahu dia pasal you. Baru tadi pagi I pretend I tak kenal you. Habis malam I dah keluar dinner dengan you. Cuba you fikir, masuk akal tak?! Hish ketawa ketawa. Ingat cutelah." Bebel Dhia.

"I tak cute ke my dear Dhia?" Iqbal bertanya sambil memberikan senyuman manisnya.

"Iqbal, I rasa I allergic dengan senyuman you lah. Setiap kali I nampak senyuman you, I rasa....macam nak tumbuk-tumbuk!"

Iqbal tergelak besar.

"You asyik gelak je! I lompat keluar dari kereta baru tahu!" ugut Dhia. Semakin Dhia bengang dengan Iqbal.

"Alah, I'm so sorry k dear. Jangan jadi stuntwoman lah pulak. I'm just afraid that you akan reject I if I called for dinner. kalau you betul tak suka, I tak akan buat lagi."

"Bukan tak suka cuma I belum ready for the people in my life to know about us. I belum ready for the questions."

"Us? So you dah dapat accept 'us'? Iqbal bertanya sambil tersenyum.

"I tak tahu Iqbal. I honestly tak tahu. Hati I dah mula ok dengan 'us' tapi at the same time I masih ragu-ragu. I'm so sorry. I'm so complicated aren't I? I rasa macam I'm wasting your time. I'm so sorry Iqbal." Dhia tiba-tiba terasa sedih. Sebak pun ada. Kenapalah aku susah sangat ni?

"I've said it so many times. And I'm gonna say it again. I'm willing to wait. I sanggup tunggu. I sanggup because you're worth it. But I need you to trust me. You nak kena percaya I so that I can get to know you better."

Dhia tersenyum hambar.

~

"Thanks for dinner." Dhia tersenyum. Dhia dan Iqbal bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar Clark Quay. Suasana yang sedikit dingin amat disenangi Dhia. Di hadapan mereka adalah beberapa pencakar langit yang terkenal di Singapura. Dhia menjalani tugasnya sebab tour guide tidak rasmi Iqbal.

Iqbal memandang Dhia yang sedang leka berbual tentang Singapore flyer. Dia tersenyum. Bukannya dia tidak sedar yang Dhia semakin lama semakin mesra dengan dirinya. Tidak lagi wanita itu asyik marah-marah atau bertengkar dengannya.

"Kenapa you asyik tenung I aja?" Dhia bertanya akhirnya.

Sambil tersenyum Iqbal menjawab, "I'm happy. Siapa sangka, I akan jatuh cinta dalam masa sepuluh hari aja I kenal you. Thats something."

"Cinta?"

"Too soon? Don't worry. I bukan jenis lelaki yang sesuka hati sahaja berkata cinta. Dan I yakin. I really really like you."

Giliran Dhia pula memandang Iqbal. Namun pandangannya cepat di alih. Dia ingat pesanan keluarganya. Dia harus sering menjaga pandangan. Dan jangan duduk terlalu rapat. Kerana setiap kali berdua, ada orang ke tiga.

"Fine. I'm allowing you to ask me anything. Anything at all. I'll answer you."

"Ok. Uh ubat apa yang I nampak you makan dua hari lepas?"

Dhia mengelah nafas. Dia tahu lelaki itu nampak dia makan ubat itu kelmarin.

"Anti-depression."

"Depression? Are you willing to explain further? I mean kalau you tak ready, I'm willing to wait."

"I, tahun lepas I di sahkan as clinically depressed. I, I tried untuk bunuh diri."

Kenyataan Dhia membuat Iqbal tersentap.

"I have been depressed for a very long time. Cuma tahun lepas it got out of hand."

"Boleh I tahu sejak bila?"

"Sejak mama I meninggal. Sejak abah semakin sibuk. Sejak abang mula tak ada dalam hidup I. Sejak I rasa kesorangan."

Ingatan Dhia mula hilang di bawa kenangan.

~

"Mama! Mama nak pergi mana dengan beg semua ni?" dua belas tahun Dhia bertanya mama nya yang sibuk mengangkut besar tolaknya.

"Dhia, mama nak Dhia duduk dengan abah dan abang. Jangan susahkan dorang ye. Mama kena pergi. Mama dah tak boleh duduk sini lagi."

"Tapi kenapa ma? Apa salah Dhia? Dhia nak ikut. Dhia janji Dhia tak mahu nakal-nakal lagi. Dhia janji nak jadi anak yang baik. Mama Dhia nak ikut! Bawaklah Dhia!" rayu Dhia.

"Tak boleh Dhia! Dhia kena duduk sini dengan abah. Mama tak boleh bawak Dhia!" mama nya berjaya lepakan pahutan anak kecil itu. Dhia mula mengejar mamanya namun ditahan abah.

"Mama! Mama! Mama!"

Dhia memandang abang yang duduk mendiamkan diri. Airmata abangnya turut mengalir. "Abang! Mama nak tinggalkan kita abang! Tahan dia, abang!"

"sssshhh adik tak mahu nangis adik. Jangan kasi abah marah."

"Abang! Mama dah tak sayang kita ke? Mama marah adik ke sebab adik lemas hari tu? Abang! Jawablah!" rayu Dhia.

~

"Seminggu lepas itu, abah ambil I dari sekolah. Dia kata mama meninggal sebab accident. I cuba tanya lebih lanjut tapi abah marah I. Sejak itu I percaya mama tinggalkan family I sebab I. And last year I finally snapped." Setitis airmata Dhia jatuh. Iqbal memandang wanita itu. Seribu satu perasaan mengalir di dalam tubuh Iqbal. Walaupun tidak diucap namun jelas Dhia sedang cuba menahan perasaan.

"I'm sorry Iqbal but boleh you hantar I balik? I rasa tak sihat."

"Boleh. No problem."

~

"Thanks for dinner Iqbal."

"Dhia?"

"Hmm?"

"Terima kasih sebab you trust me enough with your story."

"Terima kasih for being paitent."

"No problem my dear."

"Dear? So we're gonna have a new nick name now? No more lady?"

"Dear sounds good. You pulak? Bila nak tukar nick name godzilla?"

"Lepas you tengok cerita godzilla." Jawab Dhia tersenyum. "Good night Mr Iqbal."
--

Day 11
"Mama?"
"Mama?"
"Dhia rindu mama...."

Matahari mula terbit di negara serba moden ini. Hotel yang menjadi penghinapan Iqbal berhadapan dengan Pulau Sentosa. Dari tingkap hotelnya dia boleh nampak pantai. Iqbal kagum kerana di negara metropolitan ini pun masih terdapat tempat alam semula jadi yang indah. Iqbal menghirup kopinya. Pagi ini dia hanya memesan room service. Malas pula hendak turun ke mana-mana. Semalam selepas menghantar Dhia pulang, Iqbal terus kembali ke hotel. Telah dia cuba untuk tidur namun ngantuk masih tidak tiba. Dia sibuk memikirkan cerita Dhia.

'Anti depression.'

'I cuba bunuh diri tahun lepas.'

'I snapped.'

Iqbal menghela nafas. Hatinya tidak senang memikirkan keadaan Dhia. Sudah stabil kah dia?

Telefon bimbit Iqbal berbunyi menamatkan lamunannya.

"Iqbal kenapa you tak bilang I yang you kat Singapore?" suara Wani kedengaran di hujung talian.

"Why should I? You bukan sesiapa kepada I." Iqbal menjawab dengan dingin. Terdengar tawa halus Wani.

"Iqbal, Iqbal. Always so cold. Tak apa. I'll see you in a few hours. Lets have lunch together ok sayang?"

"What...?" belum sempat Iqbal meneruskan soalannya, talian sudah dimatakan.

~

Senyuman Wani hilang sebaik sahaja dia menamatkan talian. Walaupun Wani cuba berlagak biasa, hatinya tetap terluka. Setiap kata-kata dan herdikan kasar Iqbal menguris hatinya. Kalau hendak diikutkan perasaan, sudah lama dia mengundur diri. Tetapi hatinya tidak rela. Dia tahu yang dia bersalah sehingga Iqbal membawa diri. Kerana itu dia harus menebus kembali ke salahannya. Dia harus mendapatkan kembali cinta Iqbal.

Faiz mengerling ke arah Wani yang duduk sebelahnya. Faiz telah menawar diri untuk membawah Wani sekali ke Singapura.

"Dia marah-marah?"

"Haha. Iqbal cuma tahu marah aja dengan I."

"I hairan. Why is a very beautiful attractive lady like you, terkejar-kejarkan orang yang tak sudi?"

Wani mengambil nafas dan dia lepaskan dengan perlahan. "Because I really really like your brother."

"Maaf cakap but banyak lagi lelaki yang sudi beri you perhatian. Kasih sayang. Why my abang yang pandang you sebelah mata pun tak sudi?"

"Someone's very harsh today."

"Just stating the fact. Wani, sejak dulu I perhatikan abang I buat tak endah aja dengan you. Sebab itu bila I dengar mama nak jodohkan you dengan abang I, I terperanjat. I mean I'm sorry but he flipped. Sampai lari rumah semua. I'm just saying that he's not interested, so why are you forcing it?" Faiz bertanya dengan panjang lebar. Walaupun dia tidak berapa rapat dengan wanita di sebelahnya, dia tetap rasa bahawa dia harus berkatakan sesuatu.

"Sebab once a upon a time, he cared. Once a upon a time, he loved me. I just want to bring that back."

~

Dhia memandang Diyan yang sibuk mengatur pinggan-pinggan di atas meja. Menu sarapan hari ini adalah nasi goreng kimchi.

"Abang, adik ingat lagi, dulu masak nasi pun abang tak pandai. Wow sekarang sejak belajar kata Korea, buat kimchi pun pandai." Usik Dhia.

Diyan tersenyum sambil menjawab, "Yelah, nak hidup. Kalau nak harapkan orang lain, pendek kata kebulur lah abang. Lagipun that's the perks of living in another country, kita dapat belajar culture dan makanan bangsa lain. Abang ajak pindah sekali tak nak."

"Kalau adik pindah rumah ni siapa nak jaga? Abah siapa nak jaga?"

"Abah ada rumah dengan tak ada sama aja. Adik ikutlah abang balik Korea. At least if you're nearer to me, abang tak ada lah risau sangat." Diyan mencapai botol ubat dan menghulurkan dua biji pil kepada Dhia.

"Abang...can I stop the pill?"

"Dhia, kan doctor kata selagi...."

"But the pill is making me weak. Lepas makan pil ni semua, Dhia asyik ngantuk aja. Nak function pun susah. I don't feel like myself." Dhia merungut.

"Fine. adik schedule an appointment dengan doctor and check with him. Kalau dia kasi green light, abang tak akan bantah. But meanwhile, adik makan ok."

Dhia mendengus tetapi dia telan juga pil-pil itu.

"Abang..." kata-kata Dhia terhenti apabila terdengar pintu pagar rumahnya dibuka dengan kasar. Abah terhuyung-hayang masuk. Dhia menghela nafas. Abahnya mabuk lagi.

Sepantas kilat Diyan sudah berjalan ke arah abahnya. Kedua-dua tangannya kasar memahut bahu Abah. "MINUM LAGI AIR SETAN TU! MINUM LAGI! LEPAS TU BALIK RUMAH TAK INGAT ANAK-ANAK! MEMANG PATUT MAMA TINGGALKAN ABAH!"

Seperti disiram air abahnya menegakkan badan. Telapak tangannya laju menampar Diyan. Tetapi sempat dielak.

"KURANG AJAR! ANAK TAK KENANG BUDI! KALAU TAK TAHU APA-APA JANGAN PANDAI-PANDAI. MULUT MACAM MULUT NERAKA!"

Diyan semakin berang melihat abahnya.

"KALAU BUKAN PASAL ABAH KAKI BOTOL KENAPA MAMA TINGGALKAN KITA?! KENAPA ABAH? KENAPA?!"

"Kau pun dah macam adik kau! Tanya soalan yang bukan-bukan. Cukuplah aku ada seorang betina yang asyik ingatkan aku pasal perempuan tak guna tu! Sekarang kau pun nak jadi macam dorang?! Aku nak rehat pun susah! Pergi mampus lah kau!" abah menolak Diyan tetapi kerana masih mabuk, dia sendiri yang terjatuh.

Dhia bergegas untuk menolong abahnya. Walaupun abahnya sudah melupakan sebagai anak, Dhia tetap sayang abahnya itu. Melihat abahnya terjatuh begitu membuat hatinya sebak.

"Lepaskan lah! Jangan sentuh aku!" Abah merentap tangannya dari pegangan Dhia. Dhia hilang imbangan badannya lalu dia pula yang terjatuh.

"Aku jijik dengan tangan kau tahu tak! Setiap kali aku tengok muka kau, aku teringatkan perempuan tak guna tu! Siapa suruh dia mampus dulu?! Lepas tu tinggalkan kau dengan aku?! Kenapa kau tak nak ikut sekali mampus macam mama kau! Senang hidup aku!" abahnya sudah hilang kawalan. Dengan berang yang membuak-buak, abahnya mula menyerang Dhia yang masih terduduk. Dia cuba menyepak terajang Dhia. Diyan sedaya upaya menahan abahnya tetapi gagal. Entah mana datangnya tenaga luar biasa abah.

Kebetulan, Zaiful dan Radiah tiba di rumah Dhia. Melihat keadaan sebegitu dengan pantas Zaiful cuba menolong. Untung dengan tenaga kedua-dua Diyan dan Zaiful, abah dapat ditahan dari terus memukul Dhia.

Dengan segala beran yang ada pada Diyan, dia menumbuk abahnya.

"AKU DAH LAMA SABAR DENGAN PERANGAI KAU! BERTAHUN-TAHUN AKU DIAMKAN DIRI. AKU CUBA FAHAM PERANGAI KAU! TAPI KAU DAH MELAMPAU! SEKALI LAGI AKU NAMPAK KAU PUKUL ADIK AKU, AKU PANGGIL POLIS. PERGI MAMPUS LAH KAU NI ABAH AKU KE TIDAK! PERANGAI MACAM SETAN! PERGI KAU DARI RUMAH NI! PERGI!"

~

"Nah, ambil ais ni tekap dekat dahi. Redahlah nanti benjol tu." Radiah menghulur ais yang diambil di peti ais.

Dhia tersenyum tawar sambil menyambut huluran kakak saudaranya. Matanya tidak berani memandang mana-mana kecuali lantai. Zaifullah terduduk di sofa sambil mengerut dahi. Masing-masing tidak tahu bagaimana hendak mulakan perbualan. Lagi-lagi setelah apa yang mereka saksikan.

Terdengar pintu bilik Diyan terbuka. Diyan melangkah keluar setelah selesai solat Zuhur. Setelah menghalau abahnya keluar kemarahannya membuak-buak. Dengan pantas dia beristigfar. Diyan bercadang untuk menunaikan solat untuk menyejukan hatinya.

Diyan melabur punggung di hadapan Dhia. "Masih berdarah lagi dahi?"

Walaupun tidak lama dipukul abah, tetapi dalam pergelutan itu dahi Dhia terhantuk buncu pintu yang tajam. Habis berdarah dahinya.

"Dah berhenti dah." Jawab Dhia mendatar.

"Dhia Arifah, abang nak tanya, Dhia jawab dengan jujur ya?" Diyan mengambil nafas lalu menyambung soalannya, "Abah pernah pukul Dhia sepanjang abang tak ada?"

Dhia mengangguk kepalanya dengan perlahan.

"BINATANG! How could, how can, just how," sukar untuk Diyan menahan marahnya.

"Bawa mengucap Yan." Radiah mengingatkan Diyan.

"Cuba Dhia ceritakan, bila abah Dhia mula pukul Dhia?" Zaiful bertanya dengan lembut.

"Seminggu lepas abang berangkat ke Korea. The first month abang tak ada, Dhia selalu juga kena pukul. Tapi lama-lama Dhia pandai mengelak dari bertembung abah. Lama-lama semakin kurang. Dah lama sebenarnya abah tak pukul Dhia, mungkin sebab kita tak pernah bertembung dalam rumah. Hari ni pertama kali lah setelah sekian lama." Suara Dhia mendatar menjawab soalan Zaiful.

Diyan mendengus dengan kasar. Dia terasa amat bersalah sekali. "I shouldn't have gone to Korea. I shouldn't have left you alone. Abang mintak maaf adik. Abang gagal untuk jaga adik dengan baik."

Airmata yang cuba ditahan Dhia akhirnya tumpah. Bukan kerana dipukul tetapi dia sedih melihat keadaan abangnya. Keadaan dirinya. Keadaan abahnya. Mengapa semua ini terjadi?

~

Zaiful memandang sahabat karib yang terduduk lemah di atas sofa. Diyan kelihatan amat terganggu.

"Aku tak percaya yang aku boleh tak tahu tentang perkara ni. Aku boleh tak tahu yang abah aku sendiri pukul adik aku. Abang jenis apa aku ni?!" keluh Diyan.

"Kau tak salah. Kau bukannya tahu. Sedangkan Radiah yang tinggal satu blok pun tak tahu, macam mana pulak kau, yang tinggal berbatu-batu jauhnya boleh tahu? Sudahlah, jangan salahkan diri kau aja." Zaiful cuba menyedapkan hati kawannya.

"Yang aku tak faham, kenapa Dhia sembunyikan perkara ni dari aku? Kenapa Dhia selalu sembunyikan segala-galanya dari aku?! Mesti sebab dia rasa aku bukan abang yang baik kan? Sebab itu dia tidak boleh percayakan aku? Aku dah agak dah, ini semua salah aku!" Fikiran Diyan sudah mula bercelaru. Dia sudah memikirkan yang bukan-bukan.

"Yan, get your thoughts straight. Kau pun tahu macam mana Dhia kan? Sejak kecik lagi dia tidak suka kosong perasaan dia. Dulu masa dia kena buli, sikit pun dia tak bilang kau. Kau dapat tahu pun dari orang lain. Masa dia sakit tahun lepas, dia tak beri tahu kau pun. Bila hospital telefon baru kau dapat tahu. Sekarang ni pun sama. So kau tak boleh salahkan diri kau. Memang its already in Dhia's nature to not share her problems." Panjang lebar Zaiful memberi penerangnya.

Diyan mendiamkan diri. Dia hanyut dalam fikirannya sendiri.

Dia teringat kembali saat dia diberitahu adiknya dibuli di sekolah.

"Diyan? Adik Dhia?" seorang pelajar lelaki menegurnya ketika Diyan sedang duduk di kantin sekolah. Ketika itu Diyan berada di tingkatan empat dan Dhia berada di tingkatan dua.

Diyan hanya mengangguk kepalanya.

"Aku tak tahu lah kalau kau tahu tak, tapi aku rasa aku harus bilang kau jugak." Pelajar lelaki itu berkata.

Diyan mengerut dahinya.

"Adik kau, Dhia. Petang ni, ada sekumpulan budak perempuan dah plan untuk ramai-ramai rembat dia."

Kenyataan itu membuat Diyan terperanjat. "What?!"

"Budak-budak perempuan tu dah lama dah buli adik kau. Mintak duit lah, suruh buat homework lah. Adik kau balik lebam-lebam pun pasal dia orang lah."

"Adik aku kena pukul?"

"Kau tak tahu? wow. well, I guess you should know. Baik kau selamatkan adik kau. Aku dapat tahu, kali ni budak-budak perempuan tu marah benar dengan adik kau. Aku tak nak kau dapat call dari hospital aja." Dengan itu budak lelaki itu pun melangkah pergi.

Syukur kerana selepas itu, terus sahaja Diyan mencari adiknya dan menyelamatkannya. Sejak dari itu, Diyan berkawan rapat dengan pelajar lelaki itu.

"Thanks Zaiful. Aku rasa macam setiap kali sesuatu terjadi dengan adik aku, mesti kau yang dapat tahu. terima kasih sebab kau selalu ambil peduli tentang adik aku." Diyan tersenyum sedikit sambil memandang rakan karibnya itu.

"Kau pun tahukan, adik kau, adik aku jugak. Kalau tak kenapa aku bilang kau pasal kisah buli tu." Ketawa Zaiful. "Buat masa sekarang, sepanjang kau kat Singapore ni, kau cubalah protect Dhia sebaik mungkin. Nanti kita cari jalan macam mana nak tangani masalah abah kau." Sambung Zaiful.

Diyan terangguk-anggukkan kepalanya.

~

Radiah memerhatikan Dhia yang terduduk membisu di atas katil. Dhia yang Radiah lihat sekarang lain benar dengan Dhia yang dia kenal. Dhia sekarang kelihatan sedih. Broken.

"Dhia," tegur Radiah.

Dhia memandang Radiah. Setitis airmata jatuh di pipi dan dengan pantas Dhia mengelapnya.

"Kenapa Dhia tak pernah bilang sesiapa tentang hal ini?"

"Dhia, Dhia tak nak orang risau pasal Dhia."

"Kenapa pulak Dhia cakap macam gitu? Kita semua kan keluarga, mestilah kita risaukan Dhia."

"Tapi dah puaslah Dhia risaukan semua orang tahun lepas. Dhia tak nak buat lagi. Apa Dhia buat tahun lepas, sampai sekarang Dhia rasa bersalah sangat."

Radiah terdiam. Memang apa yang terjadi pada Dhia tahun lepas mengejutkan semua. Semua tidak sangka yang Dhia sebenarnya sakit. Radiah masih boleh ingat bagaimana keadaan di hospital tahun lepas. Ke semua ahli keluarganya ada.

"Yan, apa jadi?"

"Aku..aku...aku tak tahu..." kata-kata Diyan terpotong-potong. Emosi Diyan sendiri tidak stabil. Radiah memandang Zaiful sambil meminta penjelasan.

"Kami jumpa Dhia tidak sendirikan di dalam bilik air. Tangan dia berdarah. Radiah, Dhia cuba untuk bunuh diri." penjelasan Zaiful membuat Radiah terdiam. Dia terperanjat. Baru semalam dia bertemu Dhia untuk makan tengah hari.

"Kak, kalau Dhia boleh undurkan masa, Dhia nak hentikan perbuatan Dhia itu. If only I had known that what I did caused so much pain for everyone." Kata-kata Dhia mematikan lamunan Radiah.

"Dhia tak nak semua orang risau lagi. Dhia tidak mahu terus hidup dengan keadaan bersalah. Terutama sekali abang. Abang selalu ada untuk selamatkan Dhia. Abang selalu sedaya upaya lindungi Dhia. But what do I do to repay him? I let him find me. Abang jumpa Dhia dalam keadaan Dhia yang teramat lemah. Dhia hampir mati dan abang yang selamatkan Dhia. I can't burden him again. I can't be the reason why abang cannot chase his dreams."

~

Iqbal sibuk membaca paperwork yang telah di hantar setiausahanya melalui fax. Dia diberitahu bahawa esok dia akan ada meeting tergempar dengan pihak hotel ini. Nampaknya ada masalah dengan perjanjian mereka dan Iqbal harus sedaya upaya membaikkinya.

Iqbal mendengus. Lecehlah! Baru nak keluar dating dengan Dhia. Tetapi dia sedar, macam mana pun, dia harus berikan perhatiannya kepada kerja. Ini tanggungjawabnya. Sudah lebih sejam dia cuba untuk memperbaikki perjanjian mereka dengan hotel tersebut. Iqbal sudah semakin resah. Dia terasa rindu pula bila tidak berjumpa dengan Dhia. Tangannya pantas mencapai telefon bimbit dan mendial nombor telefon Dhia yang kini sudah dia hafal.

Baru sahaja masuk dua deringan dia terpaksa matikan talian kerana terdengar ketukkan di pintu.

'Room service maybe?'

Iqbal terkejut apabila Wani muncul dibalik pintu.

"Hi sayang!" suara Wani ceria menyapanya. Wani sedang memegang beberapa beg plastik. "I brought lunch!" sambungnya.

"You buat apa kat sini? Keluar! I tak nak kena tangkap basah. If this is your way untuk kahwin dengan I, please, snap out of it!" marah Iqbal.

"Iqbal, Iqbal, always jumping to conclusions. I datang sini sebab nak visit you. I rindu sangat. Plus I have some work to do, so why not kill two birds with one stone, right? Lagipun Iqbal sayangku, Singapore mana boleh kena tangkap basah?"

"Come on! You tak lapar ke?" Wani berkata lagi. Dia sudah menyelesakan diri. Di dalam suite hotel Iqbal ada meja makan. Di situlah Wani duduk setelah menghidangkan makanan.

"Wani...Please I sibuk sangat, I don't have time to entertain your games. Tolonglah keluar." Iqbal menuju ke pintu lalu dibuka.

"Oh thanks bro. Baru aku nak ketuk." Faiz berkata. Dia baru sahaja sampai.

Iqbal mengerut dahi. "Kau buat apa kat sini?"

"Papa suruh join sekali meeting tu besok."

"Kau yang bawak Wani?"

"Yeah. I thought you needed company."

"No, I'm actually doing prefectly fine. So can you do something about Wani?"

"Abang....chill. Papa yang suruh Wani datang."

"WHY?! OH MY GOD CAN'T ALL OF YOU JUST LEAVE ME ALONE?!"

~

Waktu sudah menginjak petang barulah Dhia terperasan akan missed call Iqbal. Dia rasa bersalah pulak tidak menjawab panggilan lelaki itu sepantas mungkin. Baru kini dia sedar bahawa hari ini, lelaki itu tidak muncul-muncul pun. Telefon pun hanya sekali. Apa terjadi dengan lelaki itu?
'

Should I call him?'

'Should I not call him?'

"Biarkan?'

'Call balik?'

"Ahhhhhh." Dengan pantas Dhia mendail balik nombor Iqbal. Lama juga talian berdering tetapi yang ditelefon masih tidak jawab. Akhirnya talian itu mati. Dhia mengeluh. 'Sibuk kah dia?'

'Call lagi?'

'Biarkan?'

'Tak kan aku nak call lagi? Dia sendiri call aku sekali aja. Kalau aku call lagi, tak nampak macam terlalu terdesak ke? Eh aku terdesak ke? Ahhhh susahnya. Padahal sekadar call aja!'
--

Da"Abah, kenapa abah benci adik?"

"Abah tak benci adik."

"Habis tu kenapa abah selalu marah-marah adik?"

"Sebab adik mengingatkan abah dekat mama."

Dhia terjaga. Waktu sekarang empat pagi. Tekaknya tiba-tiba terasa sangat haus. Dengan perlahan Dhia bangun dari katil dan keluar dari bilik untuk menuju ke dapur. Bilik abangnya gelap menandakan abangnya sudah hanyut dibawa mimpi. 'Mestilah abang dah tidur. Dah pukul empat pagi. Kau aja yang tersedar pagi-pagi buta gini.'

Sambil menghirup air kosong yang baru dituang Dhia hanyut dalam lamunannya. Iqbal tidak menghubunginya selepas petang itu. 'Rindu pulak dengan mamat godzilla tu. Entah dia dah tengok tidak cerita godzilla.'

Senyuman Dhia hilang sebaik sahaja dia terdengar bunyi pintu pagarnya di buka. Abahnya muncul di balik pintu. Dhia memerhatikan abahnya dari dapur. Ada sesuatu yang lain dengan abahnya. Jalannya tidak terhuyung-hayang. Dhia juga tidak dapat bau arak. Abahnya nampak, lain.

Lampu dapur yang terpasang menarik perhatian abah. Dhia terkedu. Dia tidak tahu hendak buat apa. Semua dia buat serba tak kena. Apatah lagi sejak kejadian tadi, Dhia semakin resah. Memang ada sedikit gementar untuk berhadapan dengan abahnya tetapi melihat keadaan abah yang tidak mabuk menenangkan hatinya.

Abah mula melangkah ke dapur. Dhia perlahan-lahan mengundurkan diri.

"Tak tidur lagi?" suara garau abah menegur Dhia. Ini pertama kali setelah sekian lama Dhia mendengar suara abah tenang dan perlahan. Tidak seperti abah yang selalunya hanya tahu teriak dan jerit.

"Adik...adik haus." Jawab Dhia dengan pendek. Dia pantas menghabiskan airnya.

"Adik masuk tidur dulu."

"Dhia, nanti sekejap." Suara abah menahan Dhia dari melangkah lagi jauh.

"Dahi masih luka?" sambung abah.

Dhia memegang dahinya yang ditampal plaster. "Dah kurang."

"Abah mintak maaf." Abah berkata dengan perlahan.

Kata-kata abah membuat Dhia terperanjat. "Ahhhh..."

Abahnya mula melangkah pergi. Entah dari mana datangnya keberanian ini, Dhia terus sahaja bertanya, "Kenapa abah benci adik?"

"Sebab adik mengingatkan abah kepada mama." Pendek sahaja jawapan abahnya. Dhia menghela nafas. Sepuluh tahun dahulu Dhia bertanya soalan yang sama dan Dhia mendapatkan jawapan yang sama. Tetapi kali ini Dhia bertanya lanjut, "Kenapa abah benci sangat dengan mama? Apa mama dah buat dengan abah?"

Abahnya mendiamkan diri.

"Kenapa abah biarkan adik lemas?"

Soalan itu membuat abah sedikit terperanjat.

"Hari yang adik lemas, abah bawak adik pergi swimming pool. Abah janji nak ajar adik berenang. Abah janji dengan mama nak jaga adik dengan selamat. Abah letak adik dalam deep pool. Abah biarkan adik lemas." Dhia menerangkan kembali keadaan di kolam renang itu. Mana mungkin Dhia lupa kejadian dia lemas itu. Kerana selepas kejadian itu, mama meninggalkan mereka. Abah mula benci yang amat dengan dirinya. Kemudian, mama meninggal dunia. Dah selepas itu, abah mula minum dan minum dan minum.

"Abah tak pernah biarkan adik lemas." Jawab abahnya dengan pendek.

"Abah jangan tipu adik. Adik nampak abah tinggalkan adik. Abah cuma datang balik lepas adik dah diselamatkan."

Abah mendiamkan diri.

"Abah, for once abah. You have to be honest dengan kita semua. Abah, bukan abah seorang aja menderita. Adik, abang pun menderita. Kami keliru kenapa semua ini terjadi. Abah, lepas mama meninggal, kami sudah tidak boleh hidup macam biasa lagi. Kenapa abah? Kenapa mama tinggalkan kita? Kenapa abah marah sangat dengan mama? Kami perlukan abah kami. Sudah bertahun-tahun abah hilang dari kehidupan kami."

Abah mula melangkah pergi.

"Abah, kalau abah sungguh bencikan adik. Kalau abah sungguh tidak pedulikan adik, tidak apalah. Tapi abah, abang sayangkan abah. Abang risaukan abah. Dia terluka dengan perbuatan abah. Semalam, dia betul-betul terluka. Anak abah yang abah sayang, yang abang tatang, terluka."
Kata-kata Dhia dibiarkan sepi ditelan embun pagi. Dhia hanya dapat memandang kelibat abahnya yang melangkah keluar dari rumah. Entah bila lagi dia dapat bersua muka dengan lelaki itu.

~

"Goooooood morninggggggggg!" Suara Fahmi ceria menyapa corong telefon.

"You are way too happy for six am." Dhia jawab panggilan Fahmi dengan mendatar. Selesai solat Subuh Dhia menerima panggilan dari Fahmi, editor/rakan karibnya.

"And you are way too serious right now!" Fahmi berkata. "Aku ada good news!" Sambung Fahmi.

"Apa dia?"

"Aku perlu kau datang balik kerja hari ni. I need you to interview someone."

"And how is that good news?"

"Sebab orang yang kau akan interview ni tengah hot sekarang kat Malaysia dan dia terima tawaran kita orang walaupun last minute! We struck gold Dhia."

"And who is this very hot person kat Malaysia? By the way, kenapa kita asyik interview orang dari Malaysia? Tak ada orang Singapore ke? Kau tahu, some people are saying yang kita ambil berat tentang orang luar lebih dari orang kita sendiri. Not that I care. Personally bagi aku, asalkan orang itu ada talent, tak kisah lah dari mana orang itu datang. The media has enough space for everybody."

"And you said you're sleepy? Hahaha yelah cik kak oi. Biarkanlah apa orang nak kata. Yang penting kita dapat interview Wani Ismail tengah hari ni!"

Dhia terdiam mendengar nama Wani Ismail. Entah sejak bila, tetapi dia mula allergic mendengar nama model itu. 'Iqbal tahu tak yang wanita itu berada di Singapura? Adakah sebab wanita itu berada di sini Iqbal tidak mencari nya? Ish apa aku merepek ni?!'

"Helloooooo Dhia? You still on the line? Ke dah pengsan? Jangan oi, we need you!" Fahmi bergurau di hujung talian.

"Kau tak boleh suruh orang lain ke?"

"Tak boleh sayang oi. Kalau ada orang lain, sudah tentu aku tak panggil kau. Kan nampak sangat kita terdesak."

"Tapi aku, tapi aku...."

"Dah tak ada tapi-tapi. The interview akan happen dekat hotel that she's staying in. Nanti aku email kau alamat dan some questions. And also her biodata. Jangan risau, I'll also be there." Fahmi berkata.

Dhia akhirnya akur. Apa hendak buat? Sudah kerja.

"By the way, kau masih belum explain kat aku pasal kau dah Mr usahawan muda. Sampai hati kau hide something dari best friend kau sendiri." Fahmi pura-pura merajuk.

"Fahmi aku....."

"Ah nanti lepas interview, aku nak kau explain kat aku over coffee. Got it? Great! I'll see you in a bit." Dengan itu Fahmi menamatkan perbualan. Memang begitulah kalau berbual dengan lelaki bernama Fahmi aka rakan karib Dhia. Lelaki itu sedikit lembut tetapi bukan kategori gay. Mulutnya lancang dan tajam tetapi he really cares about Dhia. 'Fahmi, Fahmi. Nasib baiklah kau kawan aku. kalau tak, dah lama aku blah.'

~

Iqbal mengambil nafas sedalam-dalamnya. Sudah seringkali dia ke meeting-meeting yang penting begini tetapi tiap-tiap kali pasti dia gementar. Dia tahu meeting ini akan make or break the project.

Faiz menuju ke arah abang tirinya yang berdiri seorang diri di luar meeting room.

"Kau lambat." Tegur Iqbal.

"Kau yang siang sangat. Yang kau berdiri depan pintu macam guard kenapa? Kita duduk dulu lah. Nanti bila semua dah siap dorang panggil lah kita." Faiz berkata sambil mengajak Iqbal duduk.

"Aku risau. Kenapa papa suruh kau handle pulak?"

"Papa bukan suruh aku handle sepenuhnya. Dia suruh aku buat presentation aja. Benda-benda yang lebih penting, kau tetap handle. Jangan lah risau."

"Presentation pun? We must make a good impression supaya mereka boleh agree on our terms."

"Don't worry. I won't spoil it. Plus papa ada secret weapon."

"Apa pulak secret weapon? Kau ingat nak pergi perang ke?"

"Wani."
Iqbal mengerut dahi.

"Lembablah kau ni bang. Kan Wani cantik, dia senyum-senyum sikit. Kenyit-kenyit mata sikit, cairlah."

"Kau jangan merepek. Wani bukan serendah itu. macam mana menyampah pun aku dengan perempuan itu, aku tak akan mempergunakan dia."

"Kisah jugak kau dekat dia." Faiz berkata sambil tersenyum sinis. "And bukannya papa suruh Wani menggatal dengan CEO hotel ni. Tapi papa suruh kenal isteri CEO hotel. If you've done your reasearch, you would know yang isteri CEO hotel ni was an ex-international model. Wani? Currently a very successful model. Kalau mereka jumpa, apa yang mereka boleh bualkan? Modelling. And kalau isteri CEO happy, CEO pun happy. Meeting pulak done well. So bukannya kita gunakan Wani pun." Dengan panjang lebar Faiz memberi penerangan.

Mahu tidak mahu, penerang Faiz masuk akal. Terpaksalah Iqbal terima.
Telefon bimbit Iqbal berbunyi menandakan mesej baru sahaja tiba. Nama Dhia tertera di skrin. Melihat nama itu membuat hati Iqbal terasa amat rindu sekali. Walaupun sehari tidak jumpa, ia bagaikan setahun. Yelah, adat berkasih. 'Eh kita ni kekasih ke?'

Semalam I called tapi you tak jawab. You pengsan ke tengok call I? Hopefully nothing bad happened to you. I harap you sebenar cuma busy aja. Hmm...busy apa agaknya eh? Oh, jangan lupa tengok cerita godzilla. Only then I akan tukar your nickname. Till then, have a good day.

Iqbal tersenyum membaca mesej wanita itu. 'Dia rindu aku ke? Bestnya, dia rindu aku lah!'

"Kau senyum-senyum kat handphone kau macam orang gila, kenapa?" Faiz menegurnya.

Iqbal hanya menggelengkan kepala. Nantilah, bila dia betul-betul yakin yang Dhia sukakan dirinya, barulah dia beritahu Faiz. Buat masa sekarang baik dia terus fikirkan wanita itu. 'Call? Hmm aku tak perasan pun.'

~

Dhia duduk di hadapan meja solek setelah menghantar mesej itu kepada Iqbal. Dia gementar sangat-sangat. Apa agaknya reaksi Iqbal? Obvious sangat ke yang dia ni rindu? Eh rindu ke? Setakat bertanya khabar aja lah.

Dhia meletakkan telefon bimbitnya. Dia menumpuhkan perhatiannya ke arah cermin. Dia sedang bersolek sedikit untuk ke interview nanti. Ialah, yang dia nak interview ni model. Cantik pulak tuh. Oh dan perempuan itu pernah jadi matair Iqbal. Wow oh wow Dhia teramat sangat nervous. Bagaimana nanti bila dia bertemu dengan Wani. Adakah dia akan sedar yang sebenarnya dia tidak layak untuk Iqbal? Yang Wani itu sepuluh kali lagi hebat darinya? Oh man all the insecurities.

Telefon bimbitnya berbunyi. Nama godzilla tertera. 'Kenapa mamat ni call? Dia nak suruh aku jangan mesej dia kah? Dia nak ketawakan aku ke sebab aku terhegeh-hegeh? Is he finally going to say that this is all a joke?!'

Dhia menepis segala fikiran jahatnya dan terus menjawab telefon.

"Dhia Arifah." Suara Iqbal kedengaran dicorong telefon.

'Wow suka pulak aku dengar dia sebut nama penuh aku. Sedap pulak nama aku bila dia yang sebut. Oh my god snap out of it Dhia!'

"Khairun Iqbal."

"I've missed that voice. Sedap pulak nama I bila you yang panggil. I missed you."

"Creepy but ok. You busy ke?"

"Yes. I ada meeting tergempar dengan hotel ini. Dorang tak setuju dengan contract I so they requested a recontract. Jadi I had to spend my whole day semalam juga untuk draft balik contract baru. Leceh betul lah dorang ingat....ah I called to hear your voice tapi here I am complaining about work to you."

"It's ok. Mesti you stress kan? Tak apa lah. If I can lend a listening ear untuk kurangkan stress you, why not?"

"Dhia Arifah, you've never fail to amaze me with your words. Tell you what, malam ni I bawak you pergi dinner. Anywhere you want. I belanja."

"Actually, I was planning untuk ajak you dinner dengan family I. Semua yang pergi KL hari tu pun ada. If you don't mind."

"You are officially inviting me to meet your family?"

"Thats one way to see it."

"I'd be more that glad."

"Great, I jumpa you tonight?"

"Yes dear. Can't wait."

"Ah Iqbal?"

"Yes dear?"

Dhia sepi di talian. Dia serba salah.

"Nothing. I just, miss you. Itu aja."
--

Day 12
Iqbal tersenyum setelah menamatkan talian. Bahagia sungguh dirinya apabila mendengar bahawa Dhia merinduinya. Sekurang-kurangnya Iqbal tahu bahawa dia sekarang tidak bertepuk sebelah tangan. Sedikit sebanyak, Dhia turut sukakan dirinya.

"Dhia call?"

Iqbal hanya memberi senyuman manis kepada Faiz.

"Bang, kau tak pernah terfikir ke, what if Dhia bertembung dengan Wani?"

"Kenapa pulak aku perlu risau? Aku dah bilang Dhia tentang siapa Wani kepada aku dulu dan sekarang."

"Kau yakin Dhia akan percaya kalau dia nampak kau dan Wani tinggal di hotel yang sama?"

"Apa kau merepek Faiz? Dhia sendiri tidak tahu hotel mana aku tinggal. Never in a million years Dhia akan bertembung dengan Wani." Iqbal sudah mula malas hendak melayan karenah Faiz.

"What if Wani yang pergi cari Dhia?"

"Wani mana tahu tentang Dhia..." kata-kata Iqbal terhenti seketika. Dia memandang Faiz meminta kepastian tentang apa yang sedang dia fikirkan. "Wait, kau, kau tak ada bilang Wani tentang Dhia kan? You'd never do that."

"Well, remember, the best man wins."

Belum sempat Iqbal menjawab kata-kata Faiz, suara Wani menyampuk. "Bila meeting ni nak start? Lepas ni I ada kerja sikit."

"Panjang umur, tu dorang dah sampai." Faiz berkata. "Mr Lim, thank you for personally coming down. I'm Faiz and this is my brother, Iqbal, the CEO of the company as well as the hotel."

Iqbal terpaksa memaniskan mukanya. "Mr Lim and Mrs Lim, how do you do?"

"I'm good Mr Iqbal. Oh, who do you have here?" Mr Lim bertanya sambil memandang Wani yang berdiri di antara Iqbal dan Faiz.

"This is Wani Ismail, my brother's girlfriend. She's here to visit the hotel and she has some interview with the media in while." Faiz menjawab dengan pantas bagi pihak Iqbal.

Iqbal hanya mampu tersenyum.

"Interview with the media? What do you do dear?" Mrs Lim bertanya.

Dengan anggun Wani menjawab, "I'm a model."

"Oh dear, I was a model too. That was the best days of my life, honestly. I'm sorry dear, I might have to borrow your girlfriend for a bit. We have so much to talk about."

Iqbal hanya tersenyum.

"Well, since the ladies are all occupied, shall we start the meeting?"

~

Dhia merenung keluar tingkap kereta. Dia sedang dalam perjalanan ke hotel di mana Wani Ismail menginap. Di situ mereka akan melakukan interview. Dhia mengambil nafas dalam-dalam. Perasaan gelisah dan gemuruh semakin menjadi-jadi. Sedangkan sewaktu dia menemuramah Iqbal pun dia tidak segelisah ini.

"Kau agak-agaklah, si Wani Ismail tu cantik tak in real life?" Fahmi yang duduk bersebelahan dengannya bertanya.

Dhia teringat kembali insiden Wani Ismail bertengkar dengan Iqbal. Walaupun dari jauh dia melihat model itu, dia tidak boleh nafikan kecantikkannya. Dhia mengerut dahi. Entah kenapa semakin lama dia melihat dan memikirkan wanita itu, semakin dia rasa seperti dia pernah lihat. Hmm tapi di mana ya?

"Dhia, aku nak tanya kau satu soalan aja, boleh?" Fahmi bertanya lagi setelah melihat rakannya senyap sahaja.

"Apa?"

"Kenapa kau tak boleh bilang aku yang kau kenal is Encik Iqbal tu?"

"Bukan aku sengaja nak sembunyikan hal ini dari kau. You know I'll never do that. Kau rakan baik aku Fahmi. Tapi all this happened dengan sekelip mata. Aku sendiri pun belum sempat nak duduk dan fikirkan segala yang dah berlaku beberapa minggu ni." Dhia mengharap yang jawapannya dapat diterima rakan karibnya.

"Fine. But like I said, nanti kita talk over coffee. Aku nak kau tahu yang kau bukan seorang diri dalam dunia. I'm here for you as a friend." Fahmi berkata sambil tersenyum.

"I know." Dhia hanya tersenyum. Dia mengenali lelaki ini sejak dia berumur lapan belas tahun. Ketika itu Dhia sedang berkerja sambilan sahaja di tempat kerjanya sekarang. Fahmi adalah salah satu orang yang telah memupukkan minatnya terhadap menulis. Ketika itu Fahmi hanyalah seorang journalist sepertinya. Selepas lelaki itu dinaikkan pangkat, Dhia pula menggantikan tempatnya.

~

Dhia asyik-asyik mengerling ke jam tangannya. Mereka sudah pun sampai di hotel yang dijanjikan. Pihak Wani Ismail bercadang untuk lakukan interview nya di kafe hotel ini. Suasana hotel yang tidak berapa sibuk itu memudahkan kerja mereka.

"She's coming in five minutes. Apparently her side is saying that she brought a friend along that we will definitely be interested to interview. Aku dah go through all her friend list but aku tak boleh teka siapa yang dia maksudkan. But just be prepared ya Dhia. I assume it will be a model as well so kau boleh recycle the questions." Dengan panjang lebar Fahmi menerangkan situasi mereka. Namun sedikit pun Dhia tidak hiraukan kerana dia sendiri sudah hanyut dibawa arus fikirannya sendiri.

"Oi! Kau dengar tak Dhia?"

"Hah? Dengar-dengar. Nanti kau just brief aku lagi lah."

Fahmi mendengus.

"Mi, tu dorang!" jurukamera mereka yang turut berada di sana berkata.

Dhia dan Fahmi serta-merta memandang ke arah Wani Ismail yang sedang berjalan bersama managernya dan seorang lagi yang tidak dikenali.

"Wow." Dhia berkata.

"Oh my god. No way." Fahmi juga berkata. "DHIA! MINAH TU BAWAK THE LEGEND HERSELF VICTORIA LIM OH MY THE LEGENDARY INTERNATIONAL MODEL THAT MODELLED FOR LV! LOUIS VITTON TU!" sambung Fahmi yang masih teruja.

Dhia hanya mampu tergamam. Dia pernah melihat wanita itu tetapi semakin dipandang, memang Dhia Arifah tidak boleh lawan dengan kecantikkan Wani Ismail. Kerana hakikat itu lah Dhia semakin gementar. Fikirannya sudah melayang memikirkan yang bukan-bukan.

"Hi! Ms Victoria Lim, I have never expected myself to be in your presenced." Fahmi menegur mereka. Dhia masih berdiri membatu.

Mrs Lim tersenyum lalu berkata, "Oh, you speak so highly of me. I'm a retired model, I left that industry years ago. I don't think I even remember how to model."

Fahmi dan Wani tersenyum mendengar kata-kata model veteran itu. Dhia masih sama seperti tadi, diam membatu. Perhatiannya tertumpu ke arah Wani Ismail,wanita yang pernah menghuni hati Iqbal.

~

Sepanjang mesyuarat bersama Mr Lim dan kakitangannya, Iqbal tidak dapat menumpuhkan perhatian. Ini kali pertama dia seperti itu. Iqbal tidak sabar menunggu malam hari. Dia mahu berkenalan dengan keluarga Dhia. Dia mahu tahu, siapa keluarga wanita yang telah memikat hatinya.

Faiz yang duduk bersebelahan Iqbal gelisah. Hatinya tidak senang kerana dia tidak tahu bagaimana perkembangan hubungan abangnya dan Dhia. Tapi dari gerak-geri dan kelakuan Iqbal tadi, dia dapat meneka bahawa hubungan abangnya dan Dhia semakin baik.

"Glad we have managed to come to terms with the agreement. Hopefully after this meeting, everything goes smoothly." Iqbal berkata sebaik sahaja mereka bertemu kata sepakat.

"Our side feels really happy to be working with your company. We have heard a lot about you, Mr Iqbal. I'm confident with your capability." Mr Lim membalas kata-kata Iqbal.

~

Temubual bersama Wani Ismail dan Victoria Lim sudah hampir ke penghujung. Kini Dhia sudah tiba ke soalan-soalan yang lebih peribadi. "Anyone special in your life?"

Wani tergelak kecil sambil tersenyum lebar, "There is someone. He is a very special person. He doesn't see me as Wani Ismail the supermodel, but he sees me as me. We've known each other for a very long time now. And the feelings have always been there. Of course there are ups and downs but I know our love is greater than anything. And as cliche as this sounds, love conquers all."

Dhia memerhatikan wajah Wani. Kata-kata Wani itu seperti pernah dia dengar. Ah hah! Wanita inilah yang dia terjumpa di dalam lif di hotel Iqbal.

Dhia yang sedang sibuk mengelamun tersentak apabila disiku Fahmi. "Ah maaf. Wah he sounds like a great man. Can you tell us who he is?"

Wani tersenyum manis. "I can't really say much about him since he is a business man and I don't want to have the whole world buzzing about him!" Wani berkata sambil tertawa riang.

"I am so sorry to disturb you ladies, but I might need to have my wife back." Suara Mr Lim menyampuk interview mereka. Kesemua mata-mata yang berada di situ memandang Mr Lim dan Iqbal yang berada di sebelahnya.

"I'm so sorry Wani, Dhia and Fahmi. I have got to go then. I had fun though. It has been awhile since I last spoke a lot about modelling. Oh how much I have missed it. Mr Iqbal, your girlfriend here is really an admirable woman. Do not lose her." Mrs Lim sempat berkata sebelum meminta diri.

"Don't forget our wedding invitation. Don't wait too long. Us business man need a lady in our lives. Ones that are as well as Wani and Victoria here." Mr Lim bergurau.

Dhia hanya memandang kedua pasangan itu berlalu. Dhia menundukkan kepalanya. Walau macam mana Dhia cuba hendak menidakkan perasaan kecewanya, ia tetap ada.

"Darling, how was the meeting? I hoped it was successful." Wani bertanya dengan manja. Dia sengaja melunakkan suaranya sambil melirikkan matanya ke arah Dhia. Dia mahu melihat reaksi wanita itu. Adakah wanita itu akan cemburu? Marah? Atau wanita itu akan sedar diri. Biar dia tahu bahawa Iqbal itu sebenarnya adalah miliknya. Sejak dari tadi Wani turut memerhatikan Dhia. Api cemburu membakar hatinya kerana dia tidak faham kenapa Iqbal memilih wanita itu. Tidak ada sedikit pun yang istimewa tentang wanita itu.

Iqbal tidak mengendahkan pertanyaan Wani. Sebaliknya dia mengarahkan tumpuannya kepada Dhia. Iqbal mahu melihat wajah wanita yang asyik menunduk. Mata Iqbal memandang luka di dahi Dhia. walaupun tidak besar, ia membuat Iqbal tertanya-tanya. Apa yang terjadi?

Akhirnya Dhia memecahkan kesunyian dengan berkata, "Encik Iqbal, good to see you again. So Ms Wani is that lucky girl? Wow you both make a good-looking couple. Wish you all the best." Dhia kemudian memandang Wani lalu menyambung, "Ms Wani, if there is nothing else saya minta diri. I will leave Fahmi to do the wrapping up. It was great talking to you. If you eventually get married, don't forget to inform the Singaporean media."

Dhia pantas bangun dari tempat duduknya sambil mengalas beg. Sebaik sahaja Dhia hendak langkah pergi, Iqbal pantas mencapai tangan Dhia. "Dhia tunggu dulu. I boleh terangkan semuanya."

Dhia tersenyum sinis. Ayat itu amat cliche.

"Encik Iqbal why are you doing this? Tak manis di pandang orang."

"Dhia, please dengar dulu."

"One minute."

"But not here."

"Then don't." Dhia memberi kata putus. Dia malu dengan kelakuan Iqbal. Dia tahu Fahmi dan jurukameranya pasti tertanya-tanya.

Iqbal melepaskan tangan Dhia.

Dhia membawa dirinya pergi. Dia tidak tahu ke mana dia hendak pergi tapi yang dia tahu, dia tidak mahu berada dekat dengan Iqbal, hati kecewanya berkata.

~

"Sayang, kenapa you buat macam gini dengan I? Kenapa you pandang wanita lain bila you sudah ada I? Sudah jatuhkah standards you sehingga you sanggup curang dengan perempuan yang tidak setaraf dengan kita?" Wani sengaja menguatkan suaranya. Dia mahu Iqbal dengar. Dia mahu Iqbal sedar apa yang sedang dia lakukan.

Iqbal tidak mempedulikan Wani sebaliknya dia terpandang Faiz yang sudah mahu mengekori Dhia. Iqbal menahan langkah Faiz. Dia memandang Faiz seperti sedang mencari jawapan. Iqbal sudah mengepal penumbuknya namun tidak dihayun. Kalau diikutkan hati yang marah, sudah lama dia menumbuk lelaki itu. Tetapi dia masih waras. Iqbal tidak mahu staff-staff hotel ini memandangnya. Dia tidak mahu membuat kecoh.

"Kau tahu yang semua ini akan berlaku kan? Kau yang racang semua ini kan?" Iqbal mencari kepastian.

"Aku cuma nak buat competition ni menarik. Tak best lah kalau tak ada orang ketiga."

"Kau sedar tak yang kau dah melukakan hati Dhia?! Kau sedar tak yang kau bukan aja sakiti aku tapi kau dah sakitkan wanita yang kau cakap kau sayang! I don't care what you do to me. I don't care if you break my bones. Just don't break her heart!" Iqbal mengambil nafas sambil menyambung, "kau kata kau sayang. Kau kata kau suka. Tapi betul ke kau suka kalau kau sanggup sakiti dia? Mana kau belajar pasal cinta ni?"

Dengan begang Iqbal melangkah pergi. Dia tidak mahu kehilangan Dhia.

~

Fahmi yang sejak tadi memerhatikan segalanya masih mendiamkan diri. Dia memandang wajah top model yang dia puji melambung tadi. Entah mengapa, setelah mendengar wanita itu menghina rakan baiknya, wanita itu kelihatan tidak secantik lagi.

"Ms Wani, I mungkin have no idea what just happened but I have to say this. Mungkin Dhia tidak sekaya awak dan Encik Iqbal. Tapi I rasa taraf dia lagi mulia dari awak yang menghina orang yang awak sendiri tidak kenal. Just so you know, this article will not be publish. I tak nak publish story orang yang berhati busuk."

~

Dhia duduk di salah satu kedai aiskrim kegemarannya. Mahu order tetapi tidak ada selera. Dia tidak faham mengapa hatinya hampa. Dia tidak faham kenapa dia rasa begini. Apa haknya untuk cemburu? Dia bukan sesiapa pada Iqbal. Dia tidak lama kenal Iqbal. Ada banyak lagi yang dia tidak tahu tentang Iqbal. Jadi, apa haknya untuk rasa hampa dan cemburu?

Miss, what would you like to order?" pelayan kedai itu bertanya. Secara automatik Dhia memesan aiskrim kegemarannya. Dia tersenyum sedikit. 'Dhia, Dhia. Hati tengah gunda pun boleh ingat makan.'

Fikiran Dhia kembali ke Wani Ismail. Top model Malaysia yang cantik manis. Rupa ada, pelajaran pun ada. Dia teringat kembali insiden Wani di dalam lif. Tidak boleh dinafikan yang Wani amat menyintai Iqbal. Tetapi kenapa Iqbal menolaknya? Kenapa Iqbal memilih dirinya yang memang tidak boleh dibandingkan dengan Wani? Argh! Banyak soalan tetapi tidak ada jawapan.

Tetapi yang penting sekali, hati, kenapa kau rasa macam gini?

Telefon Dhia berbunyi.

~

Wani memandang wanita yang menjadi sumber masalahnya. Tadi setelah ditinggalkan Iqbal dan dimarahi editor Singapura, dia menjadi berang. Dia masih keliru kenapa semua orang membela wanita yang berada di hadapannya. Dia juga dapat tahu Faiz turut ada hati dengan wanita itu.

"Dhia, right?"

Dhia hanya menganggukkan kepalanya. Dhia sudah penat dengan semua ini. Dhia hanya mahu pulang. Dia mahu lari dari segalanya. Sejak bila hidupnya menjadi kecoh seperti ini?

'Seminggu lalu, hidup aku normal. Tak ada pun aku kenal anak pemilik hotel, tak ada pun aku bermusuh dengan model terkenal. Argh! Permainan hidup apa ni?'

"I'll get straight to the point. I nak tahu apa hubungan you dengan Iqbal? What are you doing with Iqbal?"

"We are friends."

"Sure? You sure you tak berkawan dengan dia sebab dia orang kaya?"

Kata-kata Wani membuat Dhia mengerut dahi.

"I tak tahu apa Iqbal buat dengan orang biasa macam you. But I tahu apa you buat dengan Iqbal. I rasa you ambil peluang untuk dekati Iqbal sebab you tahu dia anak pemilik hotel. Daddynya owns puluhan hotels. He is a Millionaire. So you dekati Iqbal, you pretend like you care about him, make him forget yang dia ada girlfriend in hopes to marry him and get his harta. Am I right?"

Kata-kata Wani membuat Dhia semakin keliru. 'Minah ni dah hilang akal ke?'

"Jawab lah! Kau ingat aku tak ada kerja lain ke nak pandang muka kau je? Kau dengar sini eh! Aku dah puas duduk diam tengok perempuan gatal macam kau cuba nak rampas Iqbal dari aku! Kau duduk depan aku, cakap lemah-lembut, cakap macam wanita melayu terakhir tapi jangan ingat aku tak tahu niat kau! Eh perempuan, kau boleh bodohkan Iqbal but not me. I've seen many girls like you. Perempuan datang dari mana entah, ada hati nak kahwin dengan anak jutawan! Listen carefully! I don't care what Iqbal thinks, I will marry him! He will love me and only me!"

Kata-kata kasar Wani membuat hati Dhia berang. Sekarang dia faham, kenapa Iqbal tidak boleh terima perempuan ini. Wanita ini terlalu taksub dengan cintanya dengan Iqbal sehinggakan dia seperti tidak waras.

"Cik Wani, cuba awak istigfar dulu. Cinta bukan segalanya. Untuk pengetahuan cik Wani, never once have I looked at Iqbal and think of him as anak jutawan. Tak pernah sekali pun saya pedulikan tentang hartanya. Memang I don't have cars yang nilainya berjuta-juta dollar. Memang saya tidak ada duit berjuta-juta dalam bank. Tapi saya nak awak understand this, saya tak hadap pun duit Iqbal. Tanpa duit dia, saya boleh hidup. Awak ingat saya dah tak ada kerja lain, nak mengorat lelaki yang tinggal beribu-ribu batu jauhnya dari saya? Awak ingat banyak masa saya nak ambil tahu tentang siapa awak, siapa Iqbal. We live in two different worlds. But it doesn't mean yang awak ada hak untuk tentukan siapa layak dan siapa tidak."

Dhia mengambil beg galasnya sambil menyambung kata-katanya, "Like I said in the lif last time, kalau ada jodoh, tak akan ke mana. Kalau jodoh awak dengan Iqbal, sampai ke hujung dunia Allah akan temukan. Jangan terlalu taksub dengan perasaan awak. Cinta manusia tidak akan bawa ke syurga. I apologise if I have offended you in any way. Saya minta diri dulu. Assalamuai'laikum."

~

Pertemuan Wani dan dirinya membuat Dhia penat. Dhia keluar dari perut teksi setelah sampai di bawah kolong bloknya. Dia hanya mahu pulang, mandi, solat dan rehat. Mentally, she's drained.

"Dhia," Dhia terperanjat melihat Faiz sabar menunggu di luar keretanya. "Are you ok?" tanya Faiz lagi.

Dhia mengerut dahi. "Awak buat apa dekat sini? Bukan awak dah balik KL ke? Iqbal cakap..." kata-katanya terhenti apabila Dhia sedar yang dia menyebut nama Iqbal.

"Saya...ah saya hadir sekali meeting di hotel pagi tadi. Saya dengar awak ada dekat hotel. I, I heard what happened. Between awak, Iqbal dan Wani. So I came here." Faiz berkata sambil mengaru kepala.

Dhia memerhatikan lelaki itu.

"Dhia, kenapa awak pandang saya macam itu?"

"Awak...awak yang beri nombor telefon saya kepada Wani?"

"Ah kenapa? Wani ganggu awak ke? Awak jangan layan perempuan tu. Dia tak betul sikit. Wire dia problem."

Dhia terperanjat dengan kata-kata Faiz. Ini bukan Faiz yang Dhia kenal di KL seminggu lalu. Faiz yang Dhia kenal sentiasa berkata lembut. Tetapi kalau difikir-fikir balik, memang Dhia tidak kenal Faiz pun. Malah dia tidak kenal Iqbal juga. Macam mana aku boleh terfikir untuk cerita tentang aku dengan orang yang tak sampai dua minggu aku kenal?

Fikiran Dhia mula bercelaru. Dhia mengerut dahi.

"Dhia awak ok? Saya tanya, Wani ada datang jumpa awak?" Faiz bertanya Dhia.

"Faiz, kita kenal belum sampai dua minggu pun kan?"

"Yes....."

"Jadi tidak masuk akal lah kalau saya cakap yang saya kenal siapa sebenarnya awak dan Iqbal? You could be lying about yourselves and I wouldn't know."

"Dhia apa yang awak nak cuba cakap kan ni? Yang saya tipu awak tentang siapa saya sebenarnya?"

"Faiz.......I don't know what's true and what's not. Saya tak tahu kalau awak ada niat jahat atau baik dengan saya. Saya tak tahu kalau Iqbal itu bercakap benar tentang Wani. Saya tak tahu semua itu." Dhia berhenti berkata. Dia seperti bermonologue sendiri. "And to think that I'm starting to like him." Gumam Dhia dengan perlahan namun masih sempat ditangkap Faiz.

"Dhia you're thinking too much. Saya minta maaf kalau kehadiran saya membuat fikiran awak bercelaru. Saya...sebenarnya saya sukakan awak, Dhia. Saya nak minta awak beri saya peluang untuk lebih rapat dengan awak. Awak kata awak tak kenal saya. Mungkin ini peluang kita untuk kenal satu sama lain." Faiz akhirnya berkata. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Dhia.

"Faiz...apa awak cakap ni?" pengakuan Faiz tidak dijangka Dhia. Dunia ni dah huru-hara ke? 'Kenapa tiba-tiba macam ramai nah orang suka kat aku?'

"Dhia!" kedua-dua Dhia dan Faiz memandang ke arah suara itu.

"Iqbal..." Dhia hanya mampu memandang. Saat ini dia hanya mahu pulang ke rumah dan tidur. Dia tidak mahu fikirkan apa-apa lagi.

"Dhia, I, I nak you dengar baik-baik. Jangan percaya kata-kata Faiz. Pertemuan you dan Wani telah dirancang Faiz. I dengan Wani dah tak ada apa-apa. Memang salah I. I should have not allowed him to do that. I'm so sorry Dhia. Percayalah cakap I!" Iqbal bersungguh-sungguh berkata.

"Dhia, jangan dengar cakap dia. sebenarnya, semua ini hanya satu pertaruhan. Dia yang sungguh-sungguh berkata yang dia akan cuba tackle awak. Dia tidak ikhlas sukakan awak!" kata-kata Faiz membuat hati Dhia ngilu. Telinganya mula berdesing.

'Perasaan apa ni? Kecewakah aku? Kecewakah aku kerana akhirnya terbukti juga yang semua ini hanya mainan orang kaya? Aku telah menjadi mainan mereka. Gembirakah aku kerana selamanya perasaan sangsi aku berbukti benar?'

"Dhia....dia tipu! I sumpah Dhia, I akan jelaskan hal yang sebenar. But not when he is here. He is toxic to your emotions right now." Iqbal cuba untuk mengambil perhatian Dhia yang sejak tadi membatu.

"Dhia! dengar cakap saya! Ini semua hanya mainan bagi dia! Percayalah. Saya kenal dia! I grew up with him!"

"Dhia please listen to me!"

"DIAM DIAM DIAM! SHUT UP!" teriak Dhia. Kata-kata rayuan dan pujukkan Iqbal dan Faiz terhenti. Dhia telah bertukar menjadi seseorang yang sudah tidak boleh berfikir rational.

"Kau orang ingat perasaan aku mainan kau orang? Is this a game that all rich people play? I already said to YOUR girlfriend. But I'll say it again. AKU TAK HADAP PUN HARTA KAU ORANG. I was doing fine two weeks ago. Aku datang KL untuk holiday dengan famili aku. But the both of you have to stroll into my life like the mega stars you are and create chaos in my life! Seronok tengok orang macam aku dimainkan? Seronok? I hope you're proud of yourselves." Dhia sudah tidak pedulikan tentang budi bahasa. Hatinya sakit. Dia rasa teramat marah dan terlalu kecewanya. Dan dia rasa malu. "To think that you actually cared about me. That is plain evil. I hope you're happy with your perfect girlfriend. Jangan ganggu aku lagi. Jangan datang sini lagi. Tempat ni, kolong blok ni, bukan taraf kau orang. Kereta mahal macam gini tidak patut berada kat sini. ini tempat orang sederhana. Pergi! Anggap macam seminggu lebih ini tidak berlaku." Dhia akhirnya memberi kata putus. Airmata yang ditahan akhirnya gugur. Dia rasa bodoh kerana terlalu percayakan orang. Dia rasa bodoh kerana telah memberi orang yang dia tidak kenal peluang untuk menghampakannya. What happened to the walls that you have built? I spent years building that wall. But now its all gone. All was in vain.

Dhia berada dari situ. Dia tidak mahu mereka nampak airmatanya yang berterus-terusan gugur. Kenapa aku sedih sangat ni? Kenapa hati ni hancur dan hampa? Aku yang sendiri cakap aku tidak kenal mereka. Tapi hakikatnya aku telah memberikan kepercayaan ku pada Iqbal. I told him what a monster I was! I told him about my suicide. I showed him who I was.

~

Hari sudah malam. Sejak Dhia pulang dia hanya terperap di dalam rumah. Dia hanyut melayan perasaan. Fikiran gelap sudah mula menghantuinya.

Kemurungan. Depression. Ah an old friend. Orang selalu kata, jangan ikutkan perasaan. Kemurungan bukan satu penyakit. Kita boleh pulih. But what they don't know, depression, its always there. Like an old toxic friend. We can get over it, but we can never fully recover. Walaupun macam mana gembira pun kita, bila akhirnya kita bersendirian berada di dalam otak kita, perasaan sunyi dan sedih akan muncul. Orang selalu kata, jangan fikirkan benda sedih. Orang selalu kata, orang yang ambil nyawa dia sendiri ni penakut; pentingkan diri sendiri. Maybe it is true. Maybe I am selfish?

Ku relakan jiwa tuk menjadi penghuni dalam sangkar hati mu

Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku

Yang mampu melarut kian setiap sepi hatiku

~

"Dhia keluar makan. Kakak-kakak dengan abang-abang semua dah ada." Diyan memanggil adiknya. Entah kenapa dia rasa macam ada tak kena dengan Dhia. Tadi Diyan tanya kalau-kalau Iqbal jadi makan malam bersama. Dhia hanya menjawab dengan menggeleng kepala.

"Kau masak semua ni Yan?" tanya Zaiful.

"Kenapa tak percaya ke?" Diyan menjawab sampai meletak kimchi di atas meja.

"Memang pun! Kau ingat masa time sekolah dulu? Kau cuba nak masak maggie? Tak pernah aku nampak maggie hangus!" usik Zaiful.

"HAHAHA aku ingat! Nampak macam maggie murtabak pun ada. Cuma rasa dia aja tak sampai! Nasib baik lepas tu Dhia balik masakkan kita makanan. Time tuh aku lapar sangat! Rasanya aku boleh makan kau lah kalau dah tak ada pilihan!" Diyan tertawa lantang.

Memang sejak Zaiful menyelamatkan Dhia, mereka bertiga menjadi rapat. Diyan rasa beruntung kerana akhirnya bestfriend dia akan menjadi saudaranya sendiri.

"Dhia, kenapa mata kau bengkak?" tanya Raudah yang sejak tadi berdiam diri. Dia ternampak Dhia keluar dari biliknya dan perlahan-lahan mengambil tempat di meja makan.

Semua ahli keluarganya mengalihkan tumpuan kepada Dhia. Dhia menjadi tidak senang duduk. Namun belum sempat Diyan berkata apa-apa, pintu pagar rumahnya dibuka kasar. Abahnya terhuyun-hayan masuk rumah.

"Sabar Diyan. Ingat apa kakak cakap. He is still your dad." Raudah nasihat dengan lembut.

Mata abah seperti mencari seseorang. Matanya berhenti ke arah Dhia. "Kau." Abah berkata sambil menunding jarinya.

"Apa lagi abah nak dengan adik? Tak puas ke abah cederakan dia?" Diyan berkata dengan marah. Dia sudah pun berdiri dan berjalan ke arah abahnya. Dhia masih terpaku di tempat duduk.

"Kau tanya aku kenapa aku benci kau? Kau berani tanya aku kenapa aku benci kau?!"

Semua tersentak dengan herdikkan abah.

"Sebab kau! Sebab kau perempuan tak guna itu tinggalkan aku! sebab kau, perempuan itu tidak bahagia! Sebab kau isteri aku mati! Anak malang!" kata-kata tajam abah menusuk ke dalam hati Dhia. Kebencian abah terhadap anak perempuannya, sesiapa pun boleh dengar.

"Abah! Mama yang pilih untuk tinggalkan kita. Mama yang tinggalkan abah. Dhia tidak ada kena mengena dengan hal ni. Jangan babitkan orang yang tidak bersalah." Diyan cuba untuk berkata dengan baik. Baginya, dia masih tidak faham mengapa abah selalu mengaitkan Dhia dengan kematian mama.

"Kau tak tahu apa-apa! Sebab budak malang tuh lah isteri aku mati! Sejak dia lahirkan budak itu, dia meroyan. Dia kemurungan."

Kemurungan. Depression. Mama ada depression?

"Aku dah cuba. Aku dah cuba untuk buat dia bahagia. Aku dah cuba untuk faham kenapa dia rasa sedih selalu. Aku nak dia sedar yang dia ada keluarga yang sayang dia. Aku sayang dia. Tapi dia tinggalkan aku. Dia kata dia nak cari kebahagiaan dia sendiri. Tapi dia tinggalkan aku. Dia tinggalkan budak malang ni dengan aku. Dia bunuh diri! Dia lebih rela mati daripada hidup dengan orang-orang yang dia sayang! Semua pasal anak malang ni!" akhirnya, semua soalan telah dijawab.

Diyan terdiam. Dhia terdiam. Semua terdiam. Sememangnya apa yang boleh dikatakan saat ini?

"Sepatutnya anak malang ni yang mati. Sepatutnya dia lemas hari tu. Aku dah rancang. Aku dah rancang semuanya. Aku bawak dia pergi berenang. Aku biarkan dia seorang diri dalam air. Aku biarkan dia lemas. Tak ada sesiapapun yang patut selamatkan dia. Dan sekarang, sekarang aku akan habiskan apa yang patut aku habiskan dulu." kata-kata abah bertukar menjadi menakutkan. Dalam keadaan semua orang terkejut, abah menyerang Dhia yang masih terduduk dengan botol kaca.

Mungkin Allah masih menyayangi Dhia. Mungkin belum masanya untuk Dhia pergi. Abah tidak sempat sampai ke tempat Dhia. Zaiful, Diyan dan Fandi yang mula menyedari kata-kata abah sempat bertindak dengan pantas. Mereka sempat menahan abah dari menyerang Dhia.

Dunia Dhia berputar.

Dunia Dhia mula gelap.

Dunia Dhia seperti tidak wujud lagi.

"Zaiful! Telefon polis!"
--

Day 13
"Dhia..."

"Mama..."

"Dhia anak mama... maafkan mama sayang."

"Mama...betul ke sebab Dhia, mama selalu sedih?"

"Mama...jangan diam mama. Jawablah..."

Esakkan Dhia terhenti apabila dia melihat mamanya mengangguk kepala. Dan Dhia terdengar bunyi yang sudah sering dia dengar. Hatinya retak buat sekian kalinya.

Malam semakin menjadi sukar buat Dhia. Kata-kata Wani, Iqbal, Faiz dan Abah terngiang-ngiang di dalam kepala. Kotak memori yang mengandungi fikiran gelap dan jahat yang berjaya Dhia tutup kembali terbuka.

Dhia cuba menahan airmatanya yang sejak tadi asyik gugur. Suasana diluar biliknya senyap. Sebentar tadi dia dengar abangnya dan Zaiful pulang dari stesen polis. Radiah dan Rafedah turut berada di rumahnya. Semua tidak berani berkata apa-apa tetapi Dhia tahu, mereka semua sedang menunggu reaksinya. Adakah Dhia akan mengulangi perbuatannya setahun lalu? Tetapi Dhia tidak sekejam itu. Dhia tidak akan biarkan dirinya diselamatkan hanya untuk dia bunuh diri lagi. Namun sukar buat Dhia menepis kata-kata jahat di dalam kepalanya.

Sebab kau, mama mati.

Sebab kau, abah jadi macam gini.

Sebab kau, abang sedih.

Kalau kau mati, tak ada orang rindu.

Sebab kau anak malang. Sebab kau tidak layak untuk terus bernyawa.

~

"Aku risau Zaiful. Aku risau sangat." Diyan berkata. Mereka baru pulang dari stesen polis. Waktu sudah menginjak pukul 4 pagi. Tetapi rumahnya terang. Dia memandang semua yang berada di situ. Zaiful, Fendi, Raudah, Rafedah, Radiah dan juga Cik Moktar (ayah ketiga-tiga Rs) turut berada di sini.

"Sudah lah. Kau dah buat apa yang termampu. Biar polis yang uruskan semuanya." Zaiful cuba untuk menyedapkan hati rakannya.

"Diyan, besok kita pergi balai lagi. Tengok apa kata polis. Inshaa Allah, Allah permudahkan segala urusan." Cik Moktar bersuara.

Diyan memandang Cik Moktar sambil tersenyum tawar, "Terima kasih cik. Saya malu sebenarnya. Saya tak pernah sangka yang mak bapak saya seperti ini."

"Cik pun tidak tahu banyak tentang hal keluarga kamu. Tapi arwah isteri cik pernah cakap, yang memang arwah mama kamu sakit. Abah kamu bukan orang jahat. Dia sabar melayan karenah arwah mama kamu. Tapi iyalah, kalau Allah nak duga kita, sekarang pun boleh dia duga." Tenang sahaja Cik Moktar berkata.

"Susah saya nak percaya yang abah bukan orang jahat. Saya sebagai anak sendiri rasa terperanjat dengar yang abah pernah cuba nak bunuh adik. Abah yang saya lihat cuba bunuh adik tadi bukan abah yang saya kenal." Suara Diyan teramat sayu. Sedangkan dia sebagai abang terasa amat tersentak dan hampa, apatah lagi Dhia.

"Aku tadi dah tengokkan Dhia. Lepas kau orang pergi, Dhia sedar dari pengsan. Aku bilang dia pasal abah kau. Dia nampak tenang aja. Inshaa Allah Yan, dia tak akan apa-apakan dirinya." Kali ini Radiah pula yang bersuara.

"Kalau Yan perlukan apa-apa, bilang kami. Inshaa Allah akak sekeluarga boleh bantu." Raudah terasa sedih yang amat. Baru seminggu lalu dia lihat Dhia tersenyum riang dan bergurau senda. Sekarang bila dia melihat raut wajah adik saudaranya, seperti sudah hilang cahaya.

~

'Dia yang patut mati.'

'Aku rancang semuanya. Dia patutnya lemas.'

Kali ini airmata Dhia sudah mulai kering. Sudah tidak ada airmata untuk dia tumpahkan lagi. Memang tipulah kalau dia berkata yang sedikit pun dia tidak terluka. Sebenarnya, Dhia sendiri tidak tahu apa yang patut dia rasa. Sememangnya, apa yang patut seorang anak rasa kalau dia tahu yang abahnya, darah dagingnya sendiri, merancang untuk membunuhnya?

Saat ini, dia mahu lari. Dia mahu pergi dari tempat ini yang ,mengandungi pelbagai memori pahit. Ke mana sahaja dia pandang, dia nampak mama. Dia nampak abah. Dia nampak abang. Semua yang baik dan yang buruk semua bermain di dalam mindanya seperti CD rosak. Ulang, ulang, ulang.

Iqbal. Dia teringat kembali lelaki yang berjaya membuat hatinya berbunga dan membuat hatinya hancur dalam masa dua belas hari. Dhia tertawa sinis. Mungkin memang semua ini salahnya. Memang kerana dirinya sebegini, dia tidak layak untuk bahagia. Dia teringat kembali kata-katanya semalam.

'Terlalu kasar kah aku? Tidak patutkah aku merasa marah kerana perasaan aku menjadi pertaruhan mereka?'

Dhia mengeluarkan telefon bimbitnya. Segala yang dia lakukan selepas ini memang tidak akan masuk akal. Dia tidak mahu semua ini masuk akal. Dia hanya bergerak mengikut emosi. Biarlah, apa yang akan jadi nanti, jadilah.

Dia membuat applikasi mesej nya.

Iqbal,

Terima kasih kerana walaupun sementara, you dah buat I rasa istimewa. You buat I rasa bagaimana disayangi seorang lelaki. Dan tahniah, you dah buat hati I huru-hara. I sudah tersukakan you, tapi I sedar taraf I. I sedar siapa I di samping you.

I tak harapkan you kembali. I tak nak you kembali. Biarlah apa yang kita lalui selama dua belas hari ini menjadi kenangan yang terindah. You kembali ke kehidupan you, I kembali ke kehidupan I.

Please talk to Wani. As much as she sounds very crazy, she's sincere. Mana tahu, mungkin jodoh you dengan dia. Dan bilang Faiz, perasaan bukan boleh dipertaruhkan. Cakap dengan dia, I minta maaf. I tak boleh terima salam perkenalan dia.

Iqbal,

We don't always get what we want. And we don't always want what we get. Terima kasih Iqbal.

~

Mendapat mesej dari Dhia membuat hati Iqbal berbunga dengan harapan. Tetapi membaca kandungan mesej itu membuat hatinya kembali hampa. Dhia memberi mesej selamat tinggal kepada nya. Dhia tidak mahu lagi berjumpa dengan nya. Boleh kah Iqbal kembali ke KL dan hidup seperti biasa tanpa memulihkan keadaan? Tidak.

Iqbal tahu siapa dia harus jumpa dahulu.

~

Iqbal memandang Wani. Wajah Wani muram. Wajah Iqbal tegang. Ya Allah let's hope for a civilised conversation.

"Wani, Let's talk."

Wani tertawa sinis. "Talk? Finally we're talking. Selalunya, bila I nak berbual, you keep shutting me down. So tell me, what is it about yang boleh membuat the Prince of Ice melt?"

Iqbal mengambil nafas. Dia membiarkan sahaja kata-kata sinis Wani berlalu. Dia datang sini bukan untuk bertengkar. Dia datang sini untuk lakukan apa yang sepatutnya dia lakukan dulu.

"I just want to say yang di antara kita sudah tidak ada hubungan lagi. So I want you to stop bothering me and allow me to find my own happiness. And so should you."

"Macam mana kalau kebahagiaan I hanya pada you?"

"Wani...."

"Listen, just let me talk for a minute." Wani berkata dengan nada lembut. "Kita sudah kenal each other our whole entire life. Masa kita kecil dulu, you pernah janji dengan I yang you akan jaga I sampai ke tua. When we were dating, you've assured me that you would love me till the end of time. What has changed Iqbal? Apa yang membuat you berubah hati? Dhia?"

Hati Iqbal terasa rindu mendengar nama Dhia.

"Dhia has got nothing to do with this. She did not stroll in destroyed what's already been destroyed."

"Then what?"

"You and I. Both of us destroyed this relationship. I terlalu sibuk untuk luangkan masa bersama you. Dan you, you tidak sanggup tunggu I so you left. You tinggalkan I sebab I tak ada masa untuk you. I tried, remember? I cuba untuk berubah untuk you but you didn't give me a chance. And you left. Tinggalkan I for a year. Wani, you have no right to stroll right back in after walking out. I tak tunding jari. Kita sama-sama masih mentah dulu. Kita fikir just because we have known each other all our lives, we should be together forever. Hakikatnya, this is not true. Selama setahun you tinggalkan I, I cuba cari kebahagiaan I. And a week ago, I found her. I sudah jumpa kebahagiaan I. And I hope you understand." Iqbal berkata dengan panjang lebar.

Wani menutup mata. Dia teringat kembali saat dia meninggalkan Iqbal untuk pergi ke Paris. Saat itu Iqbal berjanji untuk berubah. Dia cuba untuk berubah tetapi Wani hanya mahu pergi jauh dari Iqbal. Dia tidak yakin tentang perasaan Iqbal kepadanya. Dia tidak yakin dengan dirinya sendiri. Setahun berada di Paris membuat Wani rindu; hatinya inginkan Iqbal. Siapa yang sangka hati Iqbal sudah tertutup untuknya.

"Iqbal, adakah I telah menjadi hamba cinta?" soalan Wani membuat Iqbal mengerut dahi.

"What?"

"I, Dhia kata I terlalu taksub dengan you. I terlalu cintakan you sampai I lupa harga diri I. I, I memang terlalu cintakan you tapi kalau sudah tak ada jodoh. I... Ya Allah."

Iqbal mula faham kata-kata Wani. Dhia, ah rindu sungguh aku dengan suara nya.

"I'm sorry Iqbal. I minta maaf sebab I tak dapat tengok atau I tak nak dengar apa yang you sebenarnya hendak katakan. I realised one thing sepanjang I berada dekat sini, its that I like the idea of you and not you." Wani mengambil nafas seperti apa yang dia hendak katakan selepas ini teramat berat sekali. "I akan undur diri. Sebab akhirnya I nampak apa yang sepatutnya I nampak. Bila you cakap pasal Dhia, bila you pandang Dhia, sama macam I pandang you. You're in love with her. I can't do much to help you get her back but I akan bilang daddy I yang I tolak pinangan mama you. I hope you chase after your happiness."

~

Diyan menghempas tubuhnya di atas sofa. Waktu sudah menginjak pukul dua belas tengah hari. Radiah, Rafedah, Raudah, Fendi dan Zaiful telah lama meminta diri untuk pulang dan merehatkan tubuh. Pada mulanya, Diyan sudah merancang untuk ke balai polis dengan Cik Moktar untuk menyelesaikan kes abahnya tetapi pihak polis tidak membenarkannya. Kata mereka banyak lagi yang perlu diselesaikan. Kerana itu Diyan mengambil peluang ini untuk turut merehatkan tubuh. Sejak malam semalam dia tidak dapat berehat. Pelbagai perkara telah berlaku yang membuat otak Diyan berserabut. Dalam masa hanya beberapa jam, dia mendapat tahu tentang abah dan mama. Abah pernah merancang untuk membunuh Dhia dan abah hampir berjay mencederakan adik jika mereka tidak pantas menghalang.

Dan mama; informasi bahawa mamanya mengambil nyawanya sendiri membuat Diyan buntu.

Diyan memandang pintu bilik Dhia yang masih tertutup rapi. Sejak dia pulang dari balai polis sehingga sekarang, kelibat Dhia tidak kelihatan. Tipulah jika dia kata dia tidak risaukan Dhia. Namun Radiah sudah pun memantau adiknya dan mengatakan bahawa dia hanya sedang berehat. Oleh itu Diyan membuat keputusan untuk tidak mengacau rehat adiknya.

Sedang Diyan berkhayal, pintu bilik Dhia terbuka. Dhia keluar sambil menyandang beg sandangnya. Beg itu kelihatan sarat. Diyan mengerut dahi.

"Adik nak pergi mana?"

"Abang, maafkan adik." Dhia mula berbicara. Dia melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan abangnya lalu berkata, "Sebab adik, abah kena tangkap polis. Sebab adik, mama bunuh diri. Sebab adik, keluarga jika jadi pecah belah."

Hati Diyan sedih mendengar nada sayu adiknya. "Tidak! Adik tak boleh salahkan diri adik. Adik tak ada kuasa atas kelakuan arwah mama dan abah. Mereka yang memilih untuk melakukan sedemikian. Abah, mama..." payah untuk Diyan menyambung kata-katanya. If you don't say it out loud, it won't be true.

"Abang...mama mula meroyan sejak dia melahirkan adik. Pasti ada sebab kenapa mama meroyan. Dan abah. Kita berdua tahu yang abah sebenarnya bukan seorang yang kejam. Tidak mungkin dia akan membunuh anaknya sendiri jika tidak terdesak. Adik ni abang. Adik ni adalah sebab kenapa abah jadi begitu. Kalau adik lemas dulu, abah mungkin akan jadi lebih bahagia. Dan mama, mama mungkin tidak akan mati. I should have died then." Semakin lama, semakin perlahan suara Dhia.

"Adik! Don't you dare say that. Ada sebab kenapa Allah belum lagi nak ambil nyawa adik. Dan kata-kata adik, have you been taking your medication? Abang dah kata, jangan berhenti." Tegas Diyan. Dia mula risau. Mungkin Dhia sebenarnya tidak okay. Dia tidak mahu lalai lagi. Dia tidak mahu apa yang terjadi setahun lalu terjadi lagi. Tidak sanggup rasanya untuk melalui peristiwa itu lagi.

Setahun dahulu....

"Adik! Bangun adik! Bangun! Kenapa ni??" Diyan panik melihat sekujur tubuh Dhia terlantar di atas lantai tandas. Berdekatan tubuhnya kelihatan sebotol pil penenang yang sudah kosong.

"NO. No. NO. Adik! Adik! Ya Allah adik!"

Mulut Dhia sudah berbuih.

Di hospital doktor berkata yang mereka sudah mencuba segalanya dengan sedaya upaya. Sekarang terserah kepada Dhia. Jika Dhia sendiri mahu teruskan perjuang, inshaa Allah dia akan sedar.

Bila akhirnya setelah lebih seminggu berada di ICU Dhia menyedarkan diri. ketika itu pelbagai soalan yang ingin Diyan tanyakan. Tetapi yang penting, adiknya sudah sedarkan diri.

Bila adiknya sudah mula pulih, mereka berjumpa dengan pakar sakit jiwa. Pakar itu mengesahkan bahawa adiknya menghidap kemurungan kronik. Diyan telah cuba bertanya apa sebab kemurungan nya tetapi sering dibalas dengan sepi. Kadangkala, Dhia memberontak dengan tidak memakan ubat yang telah diberi. Sejak itu, Diyan berhenti bertanya. Tetapi tidak pernah sekali dia berhenti merisaukan adiknya. Dan sejak itu, Diyan sering menyalahkan dirinya kerana leka dan tidak sedar akan penyakit Dhia.

~

"Abang, apa yang adik buat setahun dulu, adik tidak akan memaafkan diri adik. Percayalah, macam mana kuat pun godaan untuk adik ulangi perbuatan adik dulu, I'll never do it. Why? Because I have realised how many people actually loves me. And that its all in my head. Tapi all I need now abang, is time and space. Banyak yang perlu adik fikirkan. Plus, its not easy to ignore the fact that my own father tried to hurt me." Dhia berkata membuat Diyan kembali ke realiti.

"Apa yang adik cuba nak cakapkan?"

"Adik nak minta izin abang. Adik nak pergi berehat untuk sehari dua. Adik nak habiskan cuti adik kat tempat lain. I need to breathe a different air."

"Adik nak pergi mana? Kita pergi sama. Abang boleh ajak yang lain."

"No abang. It'll be nice but I need time alone. Dan abang jangan risau. Adik akan ambil ubat adik dan adik tak akan buat benda bodoh tuh lagi. Please abang. For my own mental health, you need to trust me. You need to let me go." Pujuk Dhia.

Diyan sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh dia bangkangkan. Adiknya sudah besar. Diyan pasti Dhia boleh menjaga diri sendiri.

"Just janji dengan abang to call me everyday. Sekali sehari pun jadi. So that I won't worry dan pergi cari adik."

"Janji."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience