TH2 - 1

Drama Series 113650

Bismillahirrahmanirrahim...

—“ Ketika seorang suami dan isteri saling berpandangan dengan penuh cinta, Allah melihat mereka dengan belas kasih.” (HR. Bukhari).—

LANGKAH diorak dengan penuh cermat dan bergaya sebaik saja kakinya menapak keluar dari pintu kaca automatik syarikat tersebut.

Sut kemas yang tersarung di badan tegap dan sasa itu amat sinonim dengan keperibadiannya yang sentiasa disegani oleh pekerja-pekerja di syarikat tersebut. Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif H&L Family Company dan beliau juga pernah digelar sebagai 'The Young Billionaire'. Dialah Tuan Harraz.

Muhammad Harraz bin Hazman.

Siapa yang tidak kenal akan jejaka tampan ini?

Namanya hampir meniti di bibir para gadis yang memujanya pada suatu ketika dahulu. Rupa paras dan keperibadiannya cukup menjadi igauan setiap wanita.

Tapi... *bunyi filem rewind*

Itu dulu punya cerita. Sekarang, Tuan Harraz sudah menjadi seorang bapa dan juga suami kepada Puan Stella Azwina.

Sebaris nama yang telah berjaya menambat hatinya sejak empunya nama tersebut bekerja di syarikatnya sekali gus menjadi staf pengurusan disitu. Meskipun pernah pada suatu ketika dahulu, hubungan yang dijalinkan oleh mereka berdua sebelum ini berbolak balik dan kucar kacir dek atas kekhilafan sendiri, namun itu semua sudah menjadi sebagai kenangan lama. Sudah tidak perlu diungkit.

Untuk apa diungkit jika ianya akan mendatangkan rasa hiba dan bersalah pada diri sendiri? Benda pun sudah jadi. Untuk patah balik perbetulkan semula masa lalu amatlah mustahil. Apa yang harus dilakukan adalah, sentiasa berusaha untuk menjadi baik dari sebelum ini dan kesilapan lalu itu diambil sebagai iktibar.

Tuan Harraz pun sudah berubah. Kalau dulu, dialah paling sesuai digelar lelaki hati kering dek kerana tiada perasaan. Sekarang, alahai... dah macam lelaki melayu terakhir. Bertanggungjawab dan memang boleh dinobatkan sebagai suami mithalilah senang cerita. Sayang benar dengan anak-anak dan isteri.

Langkah diteruskan untuk menuju ke ruang parkir kenderaan kakitangan syarikat tersebut. Sempat juga dia melambai pada staf pekerja yang turut keluar bersaing dengannya sebaik saja tamat waktu bekerja. Sapaan para pekerja yang lain bertembung sekali dengannya pun hanya sekadar dibalas dengan senyuman ramah. Tidak sempat untuknya berbual sebentar. Dia sedang tergesa-gesa.

"Kalut-kalut nak pi mana ni Tuan Harraz oi? Awai naw nak balik. Mai lah sembang, kopi-kopi dengan kami dulu sat," sapa salah seorang pekerjanya yang berasal dari negeri Jelapang Padi, Kedah. Langkah Harraz serta merta berhenti sebaik saja disapa oleh pekerjanya. Seperti biasa, senyuman ramah tidak pernah hilang di bibir.

Tudia, dia punya penangan sayang anak bini punya pasal, dulu tak pernah senyum, entah-entah nak senyum pun tak reti, sekarang bukan main ramah lagi masya Allah.

"Sorry ya, saya tak dapatlah nak sembang-sembang ke kopi-kopi dengan awak semua sekarang ni. Saya rushing ni. Orang rumah tadi call kata anak kembar tu demam tiba-tiba. Biasalah, kembar kan? Demam pun nak serentak," kata Harraz. Terselit jua nada rasa bersalah kerana terpaksa menolak ajakan pekerjanya itu.

Kalau dulu, dia tak kisah langsung dengan hati dan perasaan pekerja-pekerja di syarikat ini. Yang dia tahu, hanya diri dia. Dia dan dia. Dulu dia agak pentingkan diri sendiri. Mahukan kerja siap secepat mungkin tanpa memikirkan sedikit langsung penat lelah orang lain. Hanya memikirkan penat lelahnya saja. Namun, sekali lagi Harraz panjatkan kesyukuran yang Allah berikan kerana dia diberi peluang sekali lagi untuk berubah menjadi lebih baik.

"Ya ka? Haa tak apalah kalau gitu. Jaga anak kembar tu elok-elok na? Kirim salam jugalah na kat depa? Habaq kata abang Jeff handsome kirim salam. Hehehe." gurau Jeff atau nama penuhnya Jeffri, pekerja di H&L Family Company. Harraz tergelak kecil seraya mengangguk tanda balas.

"Iyalah. Saya gerak dulu ya? Assalamualaikum." pamitnya dan terus berlalu pergi meninggalkan Jeffri dan juga beberapa pekerja lain yang sedang berada di hadapan lobi syarikat tersebut.

***

Bunyi 'bip' dari pintu apartment itu bergema buat seketika apabila Harraz membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam. Sepasang kasut kulit yang dari tadi tersarung di kakinya dibuka lalu diambil dan diletak ke dalam rak kasut di sebelahnya. Langkah terus diorak menuju ke bilik tidurnya dan Stella.

"Assalamualaikum, sayang?" sapa Harraz saat menolak sedikit pintu bilik tersebut. Kelihatan di pemandangannya Stella sedang menepuk-nepuk perlahan paha Haris yang sedang merengek dan mengelisat di atas katil. Stella menoleh ke arahnya lalu menghadiahkan senyuman kecil.

"Waalaikumussalam, abang dah balik rupanya. Maaf sayang tak berapa dengar. Haris merengek kuat ni ha. Tak selesa agaknya." balas Stella saat Harraz sudah melangkah menghampirinya. Tubuh Haris terus digendong lalu di bawa ke dalam dakapan. Harraz melabuh punggung di birai katil lalu mengusap sedikit belakang badan anak lelakinya.

"Tak apa. Allah hai, kesian anak-anak Daddy demam ya? Ni Suzana ni. Senyap je princess Daddy ni? Dah baik ke?" soal Harraz pada Stella apabila melihat puteri kecilnya yang sedang baring itu diam tak menghasilkan bunyi apa-apa.

"Merengek juga tadi, bang. Tapi lama-lama dia diam lepas sayang call abang suruh balik tu." jawab Stella yang masih cuba menenangkan Haris. Terbatuk-batuk anak lelakinya itu kerana menangis dan merengek tidak selesa. Harraz tersenyum sedikit. Dia membongkok mendekatkan diri dengan Suzana. Tangan kanannya menahan dirinya manakala sebelah lagi naik membelai lembut rambut si kecil.

"Dia orang ni bukan apa sayang. Dia orang rindu Daddy dia ni. Tu pasal demam." kata Harraz kemudian mengucup sekilas dahi Suzana. Merengek sedikit si kecil apabila terasa dahinya basah dengan kucupan si bapa. Harraz tergelak kecil lalu perlahan-lahan mengendong Suzana dan dibawa ke dalam dakapan. Terlentok elok anak perempuannya di bahunya itu.

"Ya ya je abang ni. Habis Haris ni dari tadi tak diam-diam pun. Hmph." muncung Stella. Harraz ketawa halus.

"Kejap lagi abang peluk dia, dia diamlah tu. Percaya cakap abang," Harraz mengenyit mata membuatkan bibir Stella semakin memuncung itik. Meledak tawa lelaki itu saat melihat reaksi masam isterinya. Dan secara tak sangka, tiba-tiba saja si kecil Haris diam. Terkejut Stella dibuatnya. Makin aneh dia rasakan saat Haris perlahan-lahan menoleh ke belakang melihat Harraz.

"Dy! Dy!" Haris menunding jarinya ke arah Harraz. Harraz dan Stella memandang sesa sendiri sebelum pandangan mereka kembali tertala pada Haris. Si kecil itu masih menunding jari dan menyebut 'Dy!' berulang kali.

"Dy! Dy!!" jerit Haris lagi. Harraz tergelak kecil. Dia memperkemaskan dakapannya dan menepuk belakang Suzana lembut.

"Daddy sayang. Bukan dy." balasnya membuatkan Haris bertambah-tambah galak memanggilnya. Seperti hilang begitu saja rengekannya tadi. Stella menghela nafas perlahan. Fahamlah dia yang anaknya itu mahukan suaminya.

"Abang, bagi Suzana kat sayang. Haris nak abang ni. Tiba-tiba panggil dy dy." ujar Stella sambil menyapu sisa air mata di wajah Haris. Harraz mengesot sedikit ke hadapan mendekatkan dirinya dengan Stella. Suzana yang terjaga dek kerana pergerakan bapanya, terkebil-kebil memandang sekeliling.

"Kejap ya sayang, abang Haris nak Daddy peluk dia." ucap Harraz lembut sambil mengelus-elus rambut Suzana yang mula hendak panjang itu. Maka, Haris dan Suzana bertukar tangan. Haih, dah macam pass barang pula dia orang buat anak-anak ni.

"Abang, nak bawa pergi klinik ke budak-budak ni? Bukan apa, sayang tengok Suzana ni monyok semacam je. Risau kalau ada jadi benda lain je nanti." Stella mengangkat wajah memandang ke arah Harraz.

"Itulah. Abang pun risau juga. Tak apalah, sayang siap dulu. Budak-budak biar abang jaga dengan siapkan dia orang." Harraz memberi kata putus. Stella mengecilkan sedikit matanya.

"Boleh ke abang handle askar kembar abang ni?" soal Stella sedikit berasa tidak yakin. Maklumlah, suaminya itu kan seharian bekerja. Malam pula, hanya sekejap saja bermain dengan anak-anak kemudian tak sampai pukul 12 lagi dah pengsan dulu depan televisyen. Sudahnya Stella juga yang kejutkan dia masuk tidur di dalam bilik.

"Come on lah sayang, bukan Tuan Harraz kalau tak pandai handle anak." Harraz menjongket kening sambil tersenyum senget ke arah isterinya. Stella menjelingnya meluat. Mula dah nak angkat bakul sendiri lelakinya tu. Akhirnya, pasangan kembar itu dijaga oleh Harraz. Stella bangun dan terus melangkah ke almari bagi mencari pakaian yang sesuai untuk ke klinik. Setelah itu, dia menapak ke bilik air.

"Aih, tukar jelah kat sini. Kenapa nak tukar kat dalam bilik air pula?"

"Malulah bang anak-anak tengok." sahut Stella.

Harraz tersengih nakal. "Oh kalau abang tengok sayang tak malulah?"

"Eee abang ni!"

Terus pintu bilik air itu ditutup oleh Stella. Harraz tergelak kecil dan kembali fokus pada anak kembarnya. Tak lama selepas itu, dia turun daripada katil bagi mencari baju-baju untuk dipakaikan pada anaknya.

***

"Syukur alhamdulillah. Anak encik dan puan cuma demam biasa saja. Tak ada apa-apa simptom lain macam ruam dan gatal-gatal masa saya check mereka tadi." ujar Doktor Sabrina selaku doktor yang memeriksa Haris dan Suzana. Stella meraup wajahnya tanda lega. Barulah hilang sedikit rasa kerisauannya terhadap Suzana dan Haris.

"Terima kasih, doktor. Bukan apa kita risau bila tengok dia diam semacam je. Ni pun first time ni dia orang demam serentak." jelas Stella mendapat anggukan faham dari doktor Sabrina.

"Puan tak perlu khuatir lagi. Memang kita sebagai ibu bapa akan jadi risau bila lihat anak kita yang umur begini diam ketika sakit. Biasanya mereka akan merengek disebabkan rasa tidak selesa dengan perubahan suhu secara tiba-tiba di badan mereka. Tapi mengikut yang saya check tadi, alhamdulillah setakat ni mereka berdua tak ada apa-apa selain demam biasa." jelas panjang lebar doktor Sabrina kepada Stella.

"Baik, terima kasih doktor atas penjelasan tadi." tutur Stella dan melemparkan senyuman buat doktor Sabrina.

"Sama-sama. Jangan lupa ambil ubat mereka di depan ya?"

Stella dan Harraz mengangguk lalu mereka berdua terus bangun untuk beransur pulang. Sempat Stella mengangkat tangan Suzana dan melambai ke arah doktor Sabrina.

Harraz membuka pintu, memberi laluan kepada Stella untuk keluar terlebih dahulu sebelum dirinya pula yang keluar. Dia memperkemaskan kendongannya pada Haris sebelum merapat dengan Stella yang sudah berada di kaunter depan untuk mengambil ubat-ubatan buat anak kembar mereka.

Usai itu, mereka sekeluarga pun bergerak pulang. Sebelum itu, mereka singgah di salah satu restoran makanan segera untuk membeli makanan. Harraz tahu, Stella mesti tidak sempat untuk masak kerana sibuk menjaga anak mereka. Makanya, dia mengambil inisiatif untuk tapau sahaja.

Tak terasa hari siang sudah berganti malam, kedua pasangan suami isteri itu bersungguh-sungguh menjaga putera dan puteri mereka sebaik mungkin. Kini, barulah mereka dapat berehat apabila kedua-duanya pun sudah tidur selepas dijamah dengan ubat yang diberikan.

"Kak nanti kalau nak balik kau jangan lupa bawa anak kembar kau tu. Rindulah aku dengan budak-budak tu." kata Azrin yang berada di hujung talian. Sebaik saja Stella selesai menidurkan anak-anaknya tadi, adiknya itu tiba-tiba saja membuat panggilan video menerusi aplikasi WhatsApp. Dan kini dia sedang duduk di ruang tamu bersama Harraz di sisi.

"Iya. Takkanlah aku nak tinggalkan anak-anak aku pula kau ni pun dik... kalau aku humban kepala kau dalam bendang sawah padi Acik Mad belakang rumah tu baru tahu." marah Stella. Ada ke patut Azrin bersangka begitu kepadanya?

"Ala janganlah marah. Aku cuma mengingatkan je. Kotlah kau nak hantar dekat babysitter mana-mana ke." Azrin cuba serkap jarang.

"Tak adanya. Okaylah dik, akak letak dululah. Nak rehat ni. Jangan lupa kirim salam dekat Abah dengan Mama eh?"

"Eleh. Cakap jelah kau nak dating dengan suami kau. Ha yelah yelah, nanti aku sampaikan. Okay bye. Assalamualaikum kakakku~"

"Waalaikumussalam." akhirnya panggilan video itu pun tamat. Harraz menoleh ke arahnya sekilas dan tergelak kecil. Rasa lucu pula bila mendengar perbualan adik beradik itu.

"Untung ada adik. Ada juga tempat nak bergurau kasar. Abang ni hm... adik beradik pun tak ada. Seorang-seorang je. Kesian..."

Stella menoleh ke arahnya dengan pandangan hairan. "Abang ni dah kenapa? Tiba-tiba bersentimental ni?" soalnya pelik. Harraz tersengih lalu menggeleng laju.

"Tak ada apa. Saja." jawabnya ringkas. Stella sekadar menggeleng kepala perlahan lalu melentokkan kepalanya di bahu Harraz. Matanya pula ditala ke arah televisyen yang sedang memaparkan rancangan komedi. Harraz mencuri pandang sedikit wajah isterinya yang sedang ralit menonton rancangan tersebut. Alahai, tiba-tiba dia rasa sunyi pula bila Stella diam saja.

Biasanya malam-malam begini ada juga topik mereka bualkan bersama. Tapi malam ni, tiba-tiba tak ada topik. Nak tak nak, kena korek jugalah ni nak cari apa benda yang boleh Harraz lakukan supaya dia tidak berasa bosan dan kekok. Bagai ada satu mentol muncul dikepalanya, Harraz sudah mendapat idea untuk melakukan apa. Dia berdehem sedikit.

"Sayang," panggilnya.

"Hmm?"

"Abang bosanlah." jawabnya. Stella mengangkat sedikit kepalanya. Yes, first step yakni ingin mencuri perhatian isterinya berjaya. Now, next step pula.

"Bosan? Kenapa pula?" soal Stella. Harraz mencebik bibir dan menjungkit bahu. Stella semakin berkerut dahi tidak faham. Tadi sedih, ini bosan pula. Banyak sangat tengok plan lukisan ke suami aku ni?

"Entahlah. Tiba-tiba rasa bosan. Rancangan ni pun abang rasa bosan." katanya sambil menunjuk ke arah rancangan yang sedang ditayang itu. Stella menoleh sekilas sebelum kembali memandang sisi wajah suaminya.

"Tapi ada satu benda je yang abang tak pernah rasa bosan dan tak akan bosan." sambung Harraz lagi membuatkan Stella menjongket kening.

"Apa dia?"

"Abang tak pernah rasa bosan mencintai sayang setiap waktu." balas Harraz lalu tersenyum ke arah Stella yang mula tersenyum dan tertawa. Dia juga ketawa saat Stella menampar bahunya perlahan.

"Abang ni. Ingatkan apa bendalah rupa-rupanya nak bagi pickupline dekat kita." kata Stella yang masih dengan sisa tawanya. Harraz tersengih dan membasahkan bibirnya sekilas. Dia mengiringkan sedikit badannya menghadap Stella. Kedua tangan isteri diraih lalu digenggam erat.

"Sayang sayang," panggilnya lagi.

"Ya abang..." sahut Stella kemudian tertawa kecil. Dia turut membalas genggaman Harraz. Kini, rancangan di televisyen sudah tidak menjadi fokusnya. Pandangan 100% diberikan kepada Harraz.

"Sayang tak penat ke?"

"Penat? Kenapa pula?"

"Sayang tak penat ke berlari-lari dalam minda abang setiap hari?"

Stella terdiam saat Harraz memberi ayat memikat itu sekali lagi buat dirinya. Harraz tersenyum suka. Pantas saja tangannya mencuit sedikit pipi isterinya yang mula kelihatan rona-rona merah.

"Eh eh, blushing-blushing pula Puan Stella Azwina ni ya?" usiknya membuatkan Stella menepuk bahunya sambil mencebik bibir. Tanda malu diusik sebegitu.

"Eeei abang ni. Sejak bila entah tiba-tiba pandai bagi pickupline ni? Setahu sayang abang tak reti pasal benda-benda macam ni."

Harraz tersenyum nipis."Biar abang tak reti sangat nak bagi ayat-ayat macam ni daripada abang tak reti menghargai cinta sayang kepada abang."

"Allahuakhbar dia bagi lagi." Stella tertunduk malu. Dia menekup wajah dan menjerit perlahan apabila wajahnya semakin membahang dek malu dengan ayat berbunga daripada Harraz. Harraz menarik tangan Stella lalu menarik rapat tubuh isterinya dekat dengan dirinya. Mata mereka berdua bertaut erat. Memandang dengan penuh rasa cinta antara satu sama lain.

"Sayang, abang rasa macam nak jerit je sekarang ni. Abang nak jerit, nak bagitahu satu dunia ni yang abang cintakan sayang," Harraz mengusap lembut pipi Stella. Stella tergelak halus.

"Kalau abang berani, pergilah jerit kat luar balkoni tu," cabar Stella membuatkan senyuman Harraz semakin melebar. Secara tiba-tiba, Harraz mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Stella lalu berbisik,

"I love you." ucapnya dengan nada suara sangat lembut dan dalam. Stella menggeliat kegeliannya sedikit sambil mengemam senyumannya. Wajahnya tidak perlu dibilang. Merah padam dah.

"Apa ni bisik? Kata nak jerit bagitahu satu dunia," rungut Stella sedikit. Harraz tersenyum dan terus memeluk tubuh isterinya erat. Kepalanya dilentok sedikit.

"Sayanglah dunia abang," balasnya. Stella sudah tidak mampu untuk berkata-kata. Dia terus membenamkan wajahnya yang merah padam dan panas berbahang itu ke dada Harraz. Kalau dibiarkan sampai esok ni, agaknya satu badannya meletup dek kata-kata manis dari Harraz.

Bersambung...

Share this novel

Aisyahranie
2024-04-12 19:32:07 

hallo kk author salm knal

Asmah
2021-05-18 07:55:15 

welcome Tuan Harraz2 harap 2 baran tak seteruk dulu

YAZNI-ERNIE
2021-05-18 00:38:57 

moning dear. congrat to u. miss u, alway's.


NovelPlus Premium

The best ads free experience