Chapter 22

Horror & Thriller Completed 4955

Chapter 22

Olyn POV

"Olyn! Say something!!" Put menggoyangkan tubuhku dengan kuat. Aku lihat dia sudah menangis teresak-esak.

"Ugh.." aku melepaskan tangan Put. Aku berjalan mendekati Anis yang sedang memeluk tubuh Alyn yang bermandikan darah di atas lantai bilik hotel. "Anis?" panggilku.

"Kak Olyn , Alyn dah tak ada. Kak Olyn.. Macam mana ni?" Anis menatapku dengan mata penuh kesedihan.

"Alyn..?" aku melutut di hadapan tubuhnya. "Alyn bangun.." aku mula memegang tubuhnya.

"Olyn , jangan macam ni.. Alyn dah tak ada.." aku terdengar Nabihah berkata.

Aku menggelengkan kepalaku. "Tak mungkin.." aku merasakan knot di tekakku. Aku menggenggam penumbukku. "KENAPA!!??" jeritku. "ALYN!!" aku sudah tidak dapat menahan diriku lagi. Aku menangis teresak-esak sambil menggoncang tubuh longlai Alyn dengan kuat.

Anis menahan tanganku. "Kak Olyn jangan buat macam tu!" jerit Anis. Aku merasa tubuhku di tarik ke belakang. Aku lihat Yasmin dan Ani megang tanganku. Aku memberontak.

"Lepaskan aku!!" aku menghentak tanganku dengan kuat tetapi tiada guna. "ALYN BANGUNLAH , BODOH!! KAU TAK PAYAH BERLAKON LAGI! LAKONAN KAU SUCK! NOW GET YOUR ASS UP FROM THE FLOOR AND YELL 'JULYFOOL' TO ME!" aku menjerit. Anis menangis teresak-esak.

Sejak kematian Ainaa lagi aku menahan tangisku. Kini aku sudah tidak dapat tahan lagi. Seorang demi seorang rakanku mati. Semuanya mati akibat kecuaianku. Sepatutnya aku perlu awasi mereka dengan lebih ketat.

"Olyn , cukup. Jangan seksa Alyn.." rayu Yaya.

"Ugh.. Huu.." tubuhku melemas. Yasmin dan Ani melepaskan tubuhku. Mungkin mereka tahu aku telah lelah. Aku jatuh melutut sambil memandang tubuh Alyn tanpa ekspresi.

"She's dead?" tanyaku perlahan. Sangat perlahan.

"She's dead." Nad mengiyakan pertanyaanku. Dia melingkarkan tangannya ditubuhku. Apa yang mengejutkan , aku membiarkan Nad memelukku.

Aku memejam mataku. "Kenapa? Kenapa pembunuh ni kejam sangat..?" aku menumbuk lantai dengan tenaga yang ku ada.

"Shh.." Nad mengusap-usap bahuku.

***

Keadaan menjadi semakin sorrow antara kami semua. Kini seorang lagi gadis ceria dalam hidupku sudah pergi. Pergi dalam usia yang muda sangat menyedihkan. Lagi-lagi apabila dia pergi ketika dia baru nak kenal dunia dengan lebih lagi bersama dengan kami.

Alyn baru sahaja mula bebas tahun ini. Sebelum-sebelum ini , dia tidak pernah dapat keluar dengan kami. Bukan kerana dia tidak mahu , tapi kerana ibu bapanya yang sangat strict. Apa reaksi keluarga mereka jika mereka tahu Alyn sudah tiada? Adakah mereka akan membenciku? Adakah Anis membenciku..? Itu sudah tentu..

"Olyn ," aku merasakan seseorang memegang bahuku.

Aku memandang Put. "Apa?" tanyaku. Suaraku tersangkut-sangkut. Mungkin kerana menjerit tadi.

"Aku..cuba kau tengok Aleeya dan Adilla tu.." Put memandang Aleeya dan Adilla.

"Kenapa dengan dorang?" tanyaku.

" Dorang dua orang nampak resah.." bisik Put. Betul kata Put. Aleeya dan Adilla nampak resah seperti mereka telah melakukan sesuatu kesalahan berat.

Aku memesan kepada diriku untuk bertanya sendiri kepada mereka nanti. Buat masa ini , aku perlu menguruskan yang lain dahulu.

_________________________________________________________________________________

"Aleeya , Adilla.." aku berjalan mendekati dua orang gadis berumur 14 tahun ini. Mereka nampak nervous apabila melihatku mendekati mereka.

"Ada apa , Kak Olyn?"

"Ada apa , Olyn?"

Tanya Adilla dan Aleeya serentak.

"Meh sini , aku nak tanya korang something." aku membawa mereka ke tempat lebih tertutup.

"Ada apa?" tanya Aleeya. Aku lihat Adilla memainkan jarinya.

"Aku nak tanya ni , korang tahu apa-apa ke tantang kematian Ainaa , Yana dengan Alyn?" tanyaku to-the-point. Aku lihat raut ragu-ragu pada wajah mereka. "Aku mintak korang jujur. Aku janji aku tak akan marah.."

"Urm.." Adilla memandang Aleeya. Aleeya mengangguk. "Sebelum kematian Kak Ainaa.."

Flashback

Pagi itu , Aleeya dan Adilla berjanji untuk bertemu di kafe hotel. Ini kali pertama mereka hang out bersama minggu itu.

Adilla tertawa mendengar jenaka-jenaka yang diceritakan oleh Aleeya. Namun tawa Adilla terhenti apabila dia ternampak seorang 'kakak senior' yang amat mereka kenali sedang bergaduh dengan seseorang di sebalik pokok-pokok.

"Aleeya , cuba kau tengok tu." Adilla menundingkan jari telunjuknya ke arah kakak senior yang dilihatnya. Aleeya memicingkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.

"Tu Kak Ainaa kan? Dengan siapa tu?" tanya Aleeya.

"Tak tahulah. Yang penting aku rasa dia salah seorang dari kita sebab baju yang dia pakai tu baju KRS.." kata Adilla.

"Urm.. Pelik.." gumam Aleeya.

End Flashback

"Tu sebelum Kak Ainaa meninggal.." kata Aleeya.

"Siapa dia tu..?" gumamku.

"Kami tak tahu. Kami cuma nampak baju dia je.." kata Adilla. Aleeya mengangguk setuju.

"Dan pasal semalam pulak.."

Flashback

Adilla memaksa Aleeya membawanya keluar dari bilik mereka apabila hotel yang mereka inap tiba-tiba sahaja tiada elektrik.

"Jangan lah pijak kaki aku. Sakit kau tahu tak!" Aleeya menjerit dengan nada berbisik.

"Sorry.." gumam Adilla. "Now keep walking. Aku tak suka tempat gelap tu.." katanya.

Aleeya memutarkan matanya walaupun dia tahu Adilla tidak dapat melihatnya sekarang ini. Dia menyuluh jalan dengan flashlight dari telefon bimbitnya.

Tiba-tiba dia ternampak seseorang keluar daripada bilik di sebelah bilik mereka. Pada awalnya dia ingat dia akan mati mengejut melihat orang berpakaian serba hitam itu tiba-tiba sahaja keluar dari bilik dan berlari tanpa sebarang lampu , tapi dia masih hidup.

"Kau kenapa? Nampak hantu ke?" tanya Adilla.

"Hush! Aku nampak someone keluar dari bilik Kak Alyn lah.." kata Aleeya.

"Iya ke? Kak Alyn kot.." kata Adilla.

Aleeya nampak tidak yakin. Tapi dia diamkan sahaja.

End Flashback

Aku mengusap wajahku. Siapa dia ni? Kenapa dia buat macam ni? Aku tahu dia bersekutu dengan Isabella , tapi apa sebab utama dia? Mesti dia ada sebab lain kan..?

Okay.. Sekarang aku dah tahu dia ni salah seorang daripada Member KRS , aku perlu lebih berhati-hati walaupun dengan Yasmin atau Ani sekalipun.

Aku perlu lindungi Nad , Yaya dan Put. Aku tak mahu kehilangan sahabatku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience