Bab 2
Ayu Falisha, Haryati dan Anisah tertidur didalam van. Setelah hampir dua jam berada di dalam van. Tetapi van masih terus bergerak di jalan lebuh raya. Mereka tidak tahu ke mana mereka bertiga akan di bawa pergi. Mereka bertiga juga sudah keletihan. Setelah hampir 3 jam perjalanan barulah van membawa Ayu Falisha, Haryati dan Anisah berhenti didepan sebuah bangunan.
“Kamu semua boleh turun sekarang,”kata lelaki yang memandu van. Setelah membuka pintu van.
“Kita sudah sampai?” soal Haryati sambil memandang ke arah lelaki itu.
“Ya, sudah sampai,” balas lelaki itu.
“Ayu, Anis cepat bangun! Kita sudah sampai,” ujar Haryati sambil memengang tangan Anisah.
Perlahan-lahan Ayu Falisha dan Anisah membuka mata. Mereka bertiga mula keluar dari dalam van. Keluar saja dari dalam van, Ayu Falisha, Haryati dan Anisah terpinga-pinga melihat tempat mereka berada sekarang ini. Sepertinya mereka bertiga sekarang ini berada di kawasan bandar. Hari sudah gelap gelita tapi banyak lampu-lampu jalan yang menyala. Banyak juga bangunan-bangunan di kawasan ini.
“Jom ikut saya,” perintah seorang lelaki yang keluar dari sebuah bangunan.
“Pak, kami semua bekerja sebagai apa disini?” soal Anisah sambil mengekori langkah kaki lelaki itu.
Ayu Falisha dan Haryati juga mengikut lelaki itu berjalan masuk ke dalam sebuah bangunan. Masuk saja di dalam bangunan itu mereka di sambut oleh seorang wanita bermata sepet.
“Ini ada 3 orang baru sampai. Semuanya masih muda dan cantik. Sesuai sangat,” kata lelaki itu kepada wanita bermata sepet dalam lingkungan umur 40an itu.
“Okey,okey,” sahut wanita itu dengan menatap wajah Ayu Falisha,Anisah dan Haryati.
Wanita itu mengukir senyuman bila melihat wajah mereka bertiga.
“Memang sesuai sangat,” kata wanita itu sambil melirik ke arah lelaki yang membawa masuk gadis bertiga ini ke dalam bangunan.
“Kalau macam tu saya tinggal mereka bertiga ni dekat you lah,” ujar lelaki itu sebelum beredar.
“Kamu bertiga baru sampai. Kamu semua pergi rehatkan dan tidur. Kamu pasti letih,”kata wanita itu.
“Boleh saya nak tahu apa pekerjaan kami di sini?” soal Anisah merasa tidak puas hati kerana lelaki tadi tidak menjawab pertanyaannya.
“Ooh, esok kamu akan tahu sendiri. Sekarang ini kamu bertiga pergi masuk dalam bilik hujung tu, untuk tidur dan berehat. Esok kamu bertiga akan mula bekerja,” ujar wanita itu sambil menunjukkan ke arah bilik untuk mereka bertiga masuk.
“Sebelum itu boleh saya tahu nama kamu bertiga?” tanya wanita itu.
“Nama saya Ayu Falisha. Panggil Ayu saja,”
“Saya Anisah boleh panggil Anis saja,”
“Saya pula Haryati, boleh panggil Yati saja,”
“Kamu semua boleh panggil saya Kak Maria. Sekarang kamu semua boleh masuk dalam bilik tu,” ujar Maria.
Ayu Falisha, Anisah dan Haryati mula melangkah masuk ke dalam bilik. Mereka bertiga melihat ruang bilik ini. Bilik ini tidak besar tapi muat untuk mereka betiga. Ada katil dua tingkat. Ayu Falisha tidur di belah atas. Manakala Haryati dan Anisah tidur di bawah. Mereka bertiga mula merebahkan badan. Walaupun rasa agak kurang selesa kerana tilam yang sudah agak nipis. Kain cadar tilam juga kelihatan agak sedikit kotor. Oleh kerana tubuh badan mereka sudah keletihan disebabkan perjalanan yang agak jauh. Mudah sungguh mereka bertiga melelapkan mata.
Ayu Falisha terjaga dari tidurnya. Ayu Falisha memandang ke arah jam yang ada di dinding bilik ini. Jarum jam itu menunjukkan pukul 4.00 pagi. Perlahan-lahan Ayu Falisha turun dari katil untuk pergi ke bilik air. Kerana Ayu Falisha merasakan pundi kencingnya penuh. Sudah tidak tahan untuk membuang. Selesai membuang hajatnya. Ayu Falisha kembali untuk menyambung tidurnya. Tapi matanya sudah cerah dan sepertinya tidak mahu tertidur kembali. Ayu Falisha merasa gelisah bila memikirkan apa pekerja yang bakal dirinya lakukan nanti. Kerana tidak ada sesiapa pun menjawab pertanyaan Anisah tadi. Kak Maria yang baru mereka kenal pun tidak mahu memberitahu.
Kerana merasa sudah tidak mengantuk. Ayu Falisha membuka begnya lalu mengambil sekeping gambar ibu dan ayahnya memakai baju nikah.
“Nanti bila Ayu dah dapat kumpul duit yang banyak. Ayu akan cuba cari ayah. Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu juga,” ujar Ayu Falisha dengan suara yang agak pelan.
“Maafkan Ayu, mami... semoga mami bahagia dengan keluarga baru mami,”keluh Ayu Falisha sambil air matanya mula mengalir membasahi pipinya.
Matahari mula memancarkan cahayanya. Ayu Falisha, Anisah dan Haryati sudah bangun dan mula mengemas tempat tidur.
Mereka bertiga mula melangkah keluar dari dalam bilik. Mereka bertiga agak terkejut melihat ada berapa wanita terbaring di lantai ruang tamu. Bila mereka berjalan mendekat ke arah wanita itu. Hidung mereka terhidu bau yang kurang menyenangkan.
“Bau apa ni?” soal Ayu Falisha sambil tangannya memicit hidung.
“Rasanya mereka semua ni mabuk. Ini bau air arak,” jawab Haryati.
Ayu Falisha dan Anisah menatap wajah Haryati. Seperti meminta penjelasan kepada Haryati.
“Sebenarnya ayahku seorang kaki mabuk. Kerana itu aku sanggup datang ke Malaysia,” terang Haryati.
“Mari kita cari Kak Maria. Mungkin kita sudah boleh bekerja pagi ni,” ajak Anisah.
“Okey,” sahut Ayu Falisha.
Mereka bertiga mula berjalan untuk mencari Kak Maria. Sedang mereka ingin berjalan keluar dari dalam bangunan. Tiba-tiba sebuah pintu bilik tidak jauh dari pintu utama terbuka. Kelihatan Kak Maria keluar dari dalam bilik itu.
“ Itu Kak Maria,”ujar Ayu Falisha.
Mereka bertiga mendekati Kak Maria.
“Kak Maria bila kami bertiga akan mula bekerja?” tanya Anisah tanpa berselindung.
“Malam ini kamu bertiga akan mula bekerja. Pagi ini kamu bertiga bolehlah rehat secukupnya,” jawab Kak Maria sambil tersenyum.
“Maksudnya kami bertiga hanya kerja pada waktu malam saja?” soal Haryati ingin kepastian.
“Ya, kamu semua akan kerja pada waktu malam saja. Sama seperti mereka semua tu,” balas Kak Maria sambil menunjuk ke arah beberapa wanita yang terbaring di atas sofa dan lantai.
“Kami akan bekerja sebagai apa malam nanti?” tanya Ayu Falisha pula.
“Kerja kamu bertiga mudah saja. Hanya melayani tetamu yang datang untuk berhibur di malam hari,” balas Kak Maria lalu berjalan pergi.
Ayu Falisha merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan pekerjaan mereka. Hati Ayu Falisha agak gelisah. Mindanya mula terfikir yang bukan-bukan.
“Sebenarnya apa pekerjaan kita malam ini?” soal Haryati sambil memandang Ayu Falisha dan Anisah.
“Entah... tapi jika gajinya lumayan tidak mengapa. Hanya sekadar melayani tetamu rasanya tidak menjadi masalah,” Anisah memberi pandangan.
“Benar juga... Kita datang ke sini jauh- jauh memang untuk bekerja mencari wang,” balas Haryati setuju dengan Anisah.
Ayu Falisha hanya diam saja mendengar kata-kata Haryati dan Anisah. Ayu Falisha bukan seorang yang peramah. Dirinya jenis lambat untuk rapat dan mesra. Apalagi jika berlainan jantina. Ayu Falisha seperti kurang suka dengan pekerjaan yang bakal ia lakukan malam ini. Bagi Anisah dan Haryati mereka berdua memang pasrah saja. Lagi pula mereka datang tanpa dokumen yang sah. Tidak kira pekerjaan apa yang pasti boleh mendapatkan wang akan mereka lakukan. Berbeza dengan Ayu Falisha yang datang bukan sekadar mencari pekerjaan. Tetapi niat utamanya ingin mencari keberadaan ayah kandungnya.
Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Ayu Falisha baru saja selesai menunaikan solat magrib. Ketika Ayu Falisha membuka telekung sembahyangnya tiba-tiba pintu bilik di ketuk.
Tok...tok... Tok!
Haryati segera membuka daun pintu. Dibalik daun pintu kelihatan Kak Maria sedang berdiri.
“Nah, pakai baju ni! Lepas dah tukar baju kamu bertiga ikut Kak Maria,” Kak Maria memberi arahan. Sambil memberi tiga pasang baju kepada Haryati.
“Baik, kak Maria,” balas Haryati sambil meletak baju di tangannya ke atas katil.
“Anis kamu mahu baju yang mana?” tanya Haryati.
“Anis mahu baju yang warna biru ni,”jawab Anisah sambil tangannya mula membelek-belek baju itu.
“Ayu kamu pula mahu baju yang mana?” soal Haryati pada Ayu Falisha pula.
“ Ayu tak kisah baju apa pun. Lagi pula baju ini kelihatan sama saja fesyennya. Cuma warna saja berbeza,” jawab Ayu Falisha sambil memandang dua pasang baju di atas katil itu.
Setelah rapi memakai baju yang diberi oleh Kak Maria. Mereka bertiga mula melangkah keluar dari bilik. Ayu Falisha agak sedikit kurang selesa dengan baju yang ia pakai. Kerana baju itu agak seksi dan terdedah.
“Kamu bertiga sudah siap ya. Sekarang mari ikut Kak Maria,” perintah Kak Maria sambil memandang ke arah Ayu Falisha, Haryati dan Anisah.
Mereka bertiga mengekori langkah Kak Maria keluar dari bangunan ini. Keluar dari bangunan mereka bertiga berjalan hampir 10 minit. Kemudian Kak Maria berjalan masuk ke sebuah bangunan lain. Mereka bertiga mengikut Kak Maria masuk ke dalam bangunan itu. Ayu Falisha terpinga-pinga melihat suasana dalam bangunan ini. Suasana agak gelap di penuhi oleh lampu warna-warni. Kedengaran bunyi lagu yang sangat kuat. Ayu Falisha dapat lihat dengan jelas ada beberapa wanita dan lelaki sedang menari dan berjoget.
“Mari sini, Kak Maria kenalkan dengan pelanggan yang akan kamu layani,”ujar Kak Maria sambil menarik tangan Anisah.
Ayu Falisha dan Haryati mengikut langkah kaki Kak Maria dan Anisah. Kak Maria membawa mereka bertiga ke sebuah bilik.
“Kamu bertiga akan melayan lelaki yang ada di dalam bilik ini. Jangan risau kamu bertiga hanya perlu melayani mereka minum dan berbual saja,” kata Kak Maria.
“Benar hanya itu saja?” soal Ayu Falisha agak gelisah.
“Ya, hanya itu saja. Tapi jika kamu ingin memberi layanan lebih dari itu terpulang,” balas Kak Maria sambil mengukir senyuman nipis di bibirnya.
Kak Maria membuka daun pintu bilik itu. Kelihatan di dalam bilik ini ada tiga orang lelaki dewasa. Dua darinya agak sedikit berumur.
“Mereka bertiga ini akan melayani Encik semua pada malam ini. Mereka bertiga ini orang baru,” kata Kak Maria sambil memandang ke arah 3 lelaki yang sedang duduk di sofa didalam bilik ini.
Tiga lelaki itu menoleh ke arah tiga gadis yang ada di depan mereka.
“Wah, nampaknya ketiga-tiga mereka ini masih muda remaja lagi,” kata seorang lelaki berbadan agak besar.
“Tak sangka malam ini kita akan dapat layanan dari pucuk muda,” kata lelaki yang agak sedikit kurus.
“Kamu berkenalan lah. Saya ada urusan lain,” ujar Kak Maria sambil mula melangkah keluar dari bilik.
“Meh lah sini... Janganlah malu-malu pula. Kalau layanan kamu bagus, saya akan bagi tip yang banyak untuk kamu,” kata lelaki yang berbadan besar sambil memengang tangan Anisah.
Lelaki berbadan agak kurus itu pula menarik tangan Haryati supaya duduk di sampingnya. Kelihatan hanya ada seorang lelaki saja yang tidak begitu peduli dengan kedatangan 3 wanita didalam bilik ini. Lelaki itu mempunyai wajahnya yang agak kacak dan kelihatan agak begis.
“Kenalkan saya Nordin. Nama kamu pula?” soal Nordin sambil menatap wajah Anisah.
“Saya Anisah... Panggil saja Anis,” jawab Anisah memperkenalkan dirinya.
“Nama saya Haikal, kamu pula nama apa?”
“Nama saya Haryati... Ini pula namanya Ayu Falisha,” jawab Haryati sambil memperkenalkan Ayu Falisha yang masih berdiri.
“Kawan saya ni pula namanya Iskandar... Ayu duduklah sebelah Iskandar tu,” kata Nordin sambil memandang ke arah Iskandar yang hanya diam saja dari tadi.
“Tak apa,”sahut Ayu Falisha serba salah.
“Ayu jangan takutlah. Iskandar ni memang macam ni perangai dia. Kurang bercakap dan susah nak tengok dia senyum,” ujar Haikal pula.
“Kalau nak duduk, duduk je la. Tak payah nak berdiri dekat situ,” Iskandar mula bersuara dan memandang ke arah Ayu Falisha yang masih berdiri.
“Baik,” sahut Ayu Falisha.
Dengan terpaksa Ayu Falisha duduk disebelah Iskandar. Ayu Falisha tidak berani ingin menatap wajah Iskandar. Ayu Falisha agak gelisah kerana terpaksa duduk agak rapat dengan lelaki.
Ayu Falisha sesekali melirik ke arah Haryati dan Anisah. Kelihatannya Anisah dan Haryati sudah kelihatan semakin mesra dengan Haikal dan Nordin.
“Bagi aku air tu,”perintah Iskandar kepada Ayu Falisha.
“Baik,” sahut Ayu Falisha sambil mengambil cawan berisi air yang di minta oleh Iskandar.
“Jangan nak berlakon sangat lah. Perempuan semua sama saja. Gila pada harta dan wang,” ujar Iskandar sambil menatap tajam wajah Ayu Falisha.
“Maaf, saya tidak seperti itu,”balas Ayu Falisha.
Ayu Falisha tidak terima bila lelaki bernama Iskandar mengatakan dirinya mementingkan wang dan harta. Sedangkan kedatangannya ke negara ini ingin mencari keberadaan ayah kandungnya. Ayu Falisha tahu sukar untuk mencari ayah kandungnya itu. Kerana Ayu Falisha sendiri tidak tahu di mana ayah kandungnya itu tinggal. Malaysia ini juga agak besar dan ada13 negeri semuanya. Ayu Falisha tidak tahu di negeri mana ayahnya tinggal.
“Bagi aku, kau sama saja. Jika tidak mana mungkin kau akan buat kerja seperti ini,” ucap Iskandar dengan sinis.
“Maaf, anda salah. Saya tidak pernah minta untuk jadi pelayan seperti ini. Saya datang ke negara ini untuk berkerja dan mencari ayah kandung saya,” ujar Ayu Falisha.
“Malam ni aku akan bayar kau sebanyak dua ribu ringgit. Untuk kau layan nafsu aku,” balas Iskandar.
“Maaflah... Saya hanya diberi arahan oleh Kak Maria untuk menemani pelangan minum dan berbual. Tidak lebih dari itu,” Ayu Falisha menjelaskan tugasnya yang telah diberitahu oleh Kak Maria.
"Hahaha... kau terlalu naiflah. Di tempat macam ni mustahil hanya melayani minum dan berbual saja. Mungkin wangnya masih kurang. Kalau begitu saya akan ganda jadi tiga ribu ringgit," balas Iskandar.
"Maaf, saya tak mahu," Ayu Falisha tetap dengan pendiriannya.
"Tiga ribu ringgit, wow! kalau Ayu tak mahu jangan paksa. Saya boleh gantikan tempat Ayu," sampuk Haryati.
Iskandar memandang ke arah Haryati.
"Aku nak balik... Kamu semua berseronok lah," ujar Iskandar. Lalu mula bangun dari sofa.
Bersambung...
Terima kasih sudi baca dan support
Share this novel
nk bg koin koin xckup bg like n star je kak
kj mmg dpt predict .. cuma xdpt nk predik iskandar hihihi