BAB 3

Crime Series 20796

"HELAH bela diri? Defense mechanism?" Soal Dr sara seakan pernah dengar akan teori tersebut melalui pembacaannya. Mata diperkecilkan secara spontan.
lya, secara totalnya setiap dari kita sebagai individu memerlukan perlindungan daripada sifat kemurungan kerana ia merupakan keadaan yang tidak disenangi.

Dan akan membahayakan kendiri seseorang itu, jika tidak dikawal. Apatah lagi, jika telah berada di luar dari kawalan.

Maknanya ia melindungi diri kita dari tekanan?

Dan ia reaksi normal dan bersifat semula-jadi atau universal terhadap tekanan yang di alami.

Buku setebal beberapa ribu muka surat itu ditutup kembali. Kaca mata yang melorot terus dibukakannya sebelum jari memicit-micit batang hidung yang agak sengal.

Leher yang lenguh dia pusing-pusingkan buat seketika. Ada bunyi krak barulah hilang kesengalan. Botol mineral diangkat lalu diteguk tanpa membuka penutup kerana sememangnya dah terbuka.

Lalu diletakkan semula di sebelah kanan beg sandangnya. Kaca mata bulat ala gadis Korea di pakaikan semula lalu memandang skrin tablet.

Fail perubatan yang tertulis nama NEA AMEERA dibuka semula. Muka surat seterusnya di teliti sebaik mungkin kerana dia tak mahu ketinggalan sedikit pun maklumat.

Dalam banyak-banyak maklumat yang tertera. Hanya ada satu yang melekat. Nama hospital tersebut.

Jari telunjuk masih lagi mengetuk-getuk perkataan kata nama khas itu. Bibir pula muncung setiap kali dahi berkerut ketika dia dalam proses berfikir.

“Aku yakin tapi... betul ke semua ini? Atau sekadar manipulasi Nea, aku harus siasat lebih lanjut. Nea... betul ke awak yang lakukan pembunuhan tersebut?" soal Dr Sara dari merenung nama hospital kini terus mendongak.

Kemudian dia talakan matanya kembali ke fail semula.

"Hospital ini bukankah menempatkan kanak-kanak?" soal Dr. Sara sekali lagi, sebelum mendongak dari membaca satu lagi maklumat terbaru yang tadinya tertinggal.

"Adakah Nea juga kanak-kanak istimewa.
Aku harus temui doktor Ayu,” ujarnya lalu men-cari sesuatu atas meja serabutnya itu.

Segala kertas-kertas diangkat dengan tinggi sebelum dia menemui sesuatu. Telefon bimbit di pandang serta di natalkan.

Mencari bahagian koleksi nombor telefon lalu merenungnya. Ternyata masih tersimpan lagi nombor telefon Dr Ayu. Dengan segera dia mendail lalu menekap pada telinga.

Tangan lagi sebelah membuka halaman seterusnya.

“Aku tak pasti sama ada tanda-tanda ini ada pada Nea atau tidak. Hello, we must meet Ayu this noon...” ujarnya di telefon pintar.

NEA yang masih lagi dalam ikatan straitjacket mengengsotkan punggungnya untuk ke sekiankalinya.

Memang pergerakan terbatas dan sukar untuk melakukan apa pun jua aktiviti dengan laju pabila tangan terikat sebegitu rupa.

Dia masih lagi diperlukan untuk memakai straightjacket kerana emosi yang tidak stabil serta tingkahlaku agresifnya itu pasti akan membahayakan si pelawat.

Dia juga terpaksa di tempatkan di ruangan gelap atau dengan nama khasnya bilik pengasingan atau isolation room, dan bilik ini berada dalam bangunan terakhir yang terletak di blok paling hujung.
Apatah lagi dia dimasukkan ke situ atas kesalahan membunuh!
Herot-berot mulut saat mahu menurunkan kedua belah kaki ke bawah, dari sebelah atas simen tempat pembaringan yang berbentuk para dan melekat pada dinding tembok.

Setelah dia berjaya menjuntaikan kaki kanan. Kini, dia mahu menurunkan pula kaki kirinya pula juga dengan cara sama.

Namun disebabkan kaki kirinya dalam keadaan terlipat di bawah punggung, dia mengalami sedikit kesukaran untuk mengengsotkan tubuh hadapan ke pinggir simen.

Pun begitu, Nea tetap juga berusaha untuk menarik keluar kaki yang terlipat bawah punggung, walau terpaksa mendesah kesakitan.

Ternyata keadaan berbaju pasung amat menyukarkan untuk sesiapa sahaja dalam melaksanakan pekerjaan.

Entah di mana silapnya, salah-satu dari percubaannya itu menyebabkan Nea hampir terjatuh. Nasiblah ada kaki sebelah lagi sebagai penahan dan menyeimbangi semula posisi duduk Nea.
Pada ketika yang sama, kaki yang masih lagi dalam keadaan terlipat tetap dia mahu tariknya keluar walau tanpa bantuan tangan.

Mendesah keberangan dengan ditemani wajah merah padamnya.

“Kau memang lemah, Nea...” sela satu suara tidak diketahui dari arah mana hadir secara tiba-tiba sahaja.

Di manakah empunya tubuh pada suara itu berada pun juga tidak Nea ambil peduli. Yang pasti, dia mahu turun kerana punggung sudah lenguh asyik duduk. Namun ada masanya dia tidak terasa pun walau hakikatnya memang sakit.

"Nea boleh! Aku boleh!"
Tekadnya. Sekali lagi dia melakukan percubaan, walau terpaksa mengherotkan wajahnya itu dalam beberapa kali.

“Kau lemah, Nea. Kau memang lemah, tidak boleh diharap satu sen pun pada keluarga kau juga kekasih kau. Sebab itulah kau dipermainkan...”

Nea tetap membebel mahu turunkan kaki. Sekali lagi suara yang sama cuba hantar provokasinya itu.

Dari sibuk mahu menarik keluar kaki yang masih lagi terlipat terus dia mendongak dan berpaling ke arah suara tawa tersebut dengan satu pandangan yang maha tajam.
Serta lama...

"Kenapa abang buat sayang begini? Apa salah sayang pada abang? Sayang cintakan abang tahu tak?” Nea membebel seorang diri dalam kamar gelapnya itu.

Masih lagi memandang ke arah dinding yang makin penuh dengan kesan contengan pesakit terdahulu setelah bebas dari ikatan straightjacket, berkemungkinan dengan menggunakan kapur pendek yang pusat sediakan bagi beberapa pesakit.

Nea terperosok di bawah tempat pembaringan dengan wajah penuh ketakutan. Dia yang tadinya sedang elok berdiri menghadap dinding tidak tahu apakah punca, tiba-tiba dia terduduk sebegitu rupa.

Badan tergoyang-goyang dalam pakaian straitjacket. Mata liar ke setiap arah. Menggigit pinggir bibir yang sudah berparut. Suara-suara itu hadir menganggu.

Kadang mata sebelah kanan dia perkecilkan kadang tidak. Seakan menjadi satu tabiat.

"Tak mahu... sakit... sakit... sakit...” ulangnya dengan menggelengkan kepala. Di mata Nea hadapannya itu, ada beberapa orang lelaki dengan pelbagai mimik wajah menakutkan sedang cuba mencapai tubuhnya itu.

Tergoyang-goyang dengan gerak ayunan sekejap ke depan sekejap ke belakang.

Suara yang dia keluarkan bukan tangisan tetapi seakan omelan namun sukar untuk ditangkap apakah ia kerana bercampar baur bunyinya.

Sekejap bernada marah sekejap lagi bertukar semula ke nada sedih, ada masanya ketawa penuh sinis.

Dr. Sara melangkah tenang setelah pintu bilik gelap dibuka. Diiringi Misi Alya hanya Warden sahaja yang berdiri tegak di tepi pintu dan seperti biasa, bersiaga dengan cota di tangan.

Buku catatan serta perakam suara diletakkan atas simen pembaringan yang kosong.

Lama mata Dr. Sara merenung tingkah Nea Ameera. Di mata Dr Sara, Nea mempunyai seraut wajah nan jelita. Sekiranya tubuh itu diperkemaskan, sudah tentu ramai doktor lelaki dalam pusat itu akan jatuh hati padanya.

Mungkin para warden juga.  Tiba-tiba, mata Dr. Sara terpandang sesuatu. Misi Alya berkerut kening, pabila dia melihat Dr Sara merangkak pula mendekati dinding yang berada di belakang tubuh Nea.

‘Belalang mati? Badan hancur tanpa kepala dan mempunyai cecair likat berwarna hijau sama dengan yang tercalit di dagu Nea?’ bisiknya seraya memanggil Misi Alya untuk tengok sama.

Misi Alya terpaksa menunduk sedikit untuk meneliti apakah ia. Menelan liur dan muka spontan ke tampang jijik. Bangkai belalang berkecai badan tanpa kepala, membuatkan dia mulai teringatkan sesuatu.

“Pelik? Macamana boleh ada belalang pula?”

"Kemudian macam mana dia makan? Masih dalam straightjacket?"

"Menyondol? Ikut mana belalang ni masuk? Atau ada lubang?" soal Dr Sara dengan segera mendongak atas. Atas sekali, memang ada tingkap kecil.

“Doktor... Sebenarnya, saya ada sesuatu nak bagitahu doktor...”

“Apa dia? Kenapa dengan awak ni, Lya?” Dr Sara pelik dengan perubahan yang berlaku pada jururawat pembantunya itu.

Dia tahu Misi Alya sedikit jijik dengan bangkai belalang tapi takkan sampai sebegitu sekali riak muka?

Lagi pun belalang sahaja!

Macam ada sesuatu sahaja?

“Entomophargy?” soal Dr. Sara semula setelah mendengar kata-kata dari pembantunya itu tentang tabiat Nea Ameera yang satu ini.

Misi Alya juga menganggukkan kepalanya.

Dah lama dia cari maklumat tentang perkara itu hanya dia perlukan masa untuk memberitahunya.

“Doktor sendiri lihat, belalang apa dia makan tu? Bukannya belalang kunyit yang biasa orang makan. Belalang pelesit pula tu...” sahut Misi Alya sesekali merasa meremang tatkala teringat-kan nama hujung itu. Pelesit?

“Yang awak katakan tadi tu di mana? Nanti bawakan saya ke sana? Mana tahu ada sisanya lagi...”

“Tapi doktor tak ada rasa nak termuntah ke? Bukan belalang doktor tapi...” Dengan pantas Misi Alya menolak. Dia tidak dapat bayangkan lagi bagaimana rupa bentuk anak kucing tersebut.

“Bagaimana dia boleh membunuhnya? Mana dia dapatkan senjata bukankah tangannya juga terpasung? Apakah perkara ini berlaku sebelum saya ada lagi di pusat ini?” Dr. Sara semakin pelik bagaimana hal seperti itu boleh berlaku pada pesakit mental yang berada dalam zon merbahaya.

Apakah pada masa itu, mereka sudah menanggalkan baju pasung itu dari tubuh Nea?

“Begini doktor...” sahut Misi Alya mulai bercerita. Dr. Sara mendengar dengan penuh teliti akan setiap patah perkataan, yang wanita bergaun putih paras lutut itu ceritakan.

“Maksudnya dia sepatutnya sudah berada di zon sederhanalah begitu?” soal Dr Sara minta kepastian.

“Ya, begitulah yang sepatutnya berlaku...”

“Sepatutnya awak semua kena tahu pesakit-pesakit kita ini mempunyai IQ melebihi kita orang normal...”

“Ya. Kami lalai, doktor...” sambut Misi Alya tertunduk seketika. Terasa diri bersalah. Dr Sara meletakkan semula bangkai belalang tanpa kepala itu, ke tepi dinding sebelum dia mendekati Nea.

Nea masih lagi berada dalam keadaan seperti orang sedang meratib.
“Lya, sudah boleh mula pasang perakam...” pinta Dr Sara setelah Nea mulai berkata-kata. Hanya itu sahaja cara bagi menganalisis masalah Nea. Dia tak akan sesekali buka mulut, jika di soal macam polis dengan pesalah.

Misi Alya mengangguk dengan laju sebelum dia mendekati meja, mengambil perakam suara lalu dipegang setelah di hidupkan.

"Apa ni? Ap... pa ini bapak? Siapa mereka ni? Keluar aku kata. Keluar!" pekik Nea setelah mendongak. Di hadapan ada beberapa orang lelaki yang tidak dia kenali, sedang tersengih-sengih merenung anggota tubuhnya yang sedikit terdedah.

Ada juga yang dah mula memegangnya. Tak kurang juga yang beri isyarat lucah!
Dr. Sara mengangkat tangan pada Warden serta Misi Alya kerana dia mahu melihat apakah reaksi seterusnya pesakit baharunya itu.

Kini, di mata Nea di hadapannya merupakan kawasan dalaman rumah lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience