Fathia dan Haswani melangkah masuk kedalam lif dan menuju ke tingkat 12.Sesampai sahaja di tingkat tersebut,Haswani memintanya untuk duduk dahulu di sofa yang tersedia di satu sudut.
Fathia hanya akur dan berlalu ke sofa dan terus melabuhkah punggung ke sofa yang empuk.Dia memerhati keseluruhan tingkat tersebut.Selang beberapa pintu terdapat sebuah pintu kaca yang bewarna hitam.
Diluar pintu tersebut tertulis "Meeting Room 2".Wow,meeting room syarikat ni ada berapa?!Sampai ada nombor 2 plak.Fathia berfikir.Di hujung sana terdapat sebuah bilik yang sederhana besar tanpa pintu.Dan bilik itu ialah bilik pantri.
Pandangan Fathia jatuh semula kepada bilik yang dimasuki Haswani sebentar tadi.Di pintu kaca itu terdapat tanda nama yang besar bewarna hitam emas.
Tertulis TENGKU FAQIH AIMAN BIN DATO' FAQIF AZMAN CEO FA COMPONY AND PROPERTIES.Haish kenapa aku rasa berdebar semacam aja?!"Fathia menggerutu dalam hati.
Seketika kemudian Haswani keluar dari bilik dengan senyuman terukir dibibir.Fathia membalas.Tapi hatinya masih tidak tenteram.
"Thia,jom masuk Tengku Faqih dah suruh Kak Wani panggil Thia masuk.Dah jangan takut.Dia tak makan orang."Haswani menarik tangan Fathia.Nak atau tak nak Fathia terpaksa mengikut.
Pintu bilik diketuk sebelum dibuka.Haswani masuk kedalam dengan senyuman terukir dibibir.Fathia hanya diam sambil menundukkan kepala.
"Tengku Faqih ni PA baru.Maaflah lambat sikit Tengku,salah saya sebab lewat datang ambik dia.Jadi saya keluar dulu ye."Haswani meminta diri.Tengku Faqih hanya mengangguk memerhati Fathia.
"Thia,don't be scared,dia ok je,cuma kadang-kadang tu agak suka mengarah.Nanti lunch kakak tunggu kat bawah tadi.Ok.Bye."Haswani berbisik sebelum melangkah pergi.
"Have a seat."Tengku Faqih menyuruh Fathia duduk.Fathia tersentak sebelum menarik kerusi untuk duduk.
"So awak lah yang mummy saya kata akan jadi PA sementara.Mama awak tu kawan mummy saya rupanya.What a coincidence!"Dia bersuara sinis.
Aikk,pahal mamat ni?Bukannya reti nak cakap terima kasih sebab sudi jadi PA saya ke atau maat sebab susahkan awak ke?Ini tak menyindir-nyindir pulak.Fathia membebel dalam hati.
"Yes.Saya pun tak sangka akan jadi PA orang.Saya ingat bila balik Malaysia terus dapat kerja ngan papa saya tapi apakan daya sudah tersurat saya terpaksa jadi PA orang."Fathia turut bersuara sinis.
"Jodoh lah tu."Faqih berkata selamba.Terus Fathia mengangkat muka memandang wajah tampan lelaki itu.
Terus berdegup jantung saat pandangannya dan Faqih bersambung.Mata yang bewarna coklat cair itu memang memukau pandangan matanya.Raut kacaknya itu boleh buat Fathia pengsan selama 2 bulan.Haish mamat ni handsome nyaaa!!!!Relax Fathia.Prinsip kau 'No men until have a stable job.'
Dengan kemeja bewarna maroon dan seluar slek hitam dia.Kacak macam model!Heii,sudah-sudahlah tenung anak bujang orang Fathia,kang tetiba dia tanya buat malu aja.Terus Fathia mengalihkan pandangan.
"Jodoh?Saya dengan Tengku ke?"Fathia bertanya dengan riak wajah pelik.Eh,betul ke dia kata aku dan dia?Ke maksud dia jodoh ngan tempat ni?Ayoyo mana 1 ni?!Fathia keliru.
Terdiam seketika Faqih memerhati gadis manis dan comel di hadapannya.Biar betul dia ni,direct betul.Hmm,budak lurus bendul memang macam ni!Dia menggerutu dalam hati.
"Betullah tu.Ok,please introduce yourself formally."Lelaki itu mula berkata serius merenung Fathia.
Fathia menarik nafas sebelum mengangkat wajah memandang lelaki itu dengan senyuman manis.
"My name Tengku Fathia Aleesya binti Dato' Fazman Amreyn.Graduate from University of Harwick US in Instructural engineering.Age,24."Fathia berkata.
Hmm,jadilah.Faqih berkata sendirian.Dia memerhati gadis dihapannya.Budak ni boleh tahan.Manis aja aku tengok tapi direct sangat.Menyampah pun ada!Tengku Faqih bermonolog sendiri.
Share this novel