Jam di bilikku berbunyi, Aku bangun dan melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30. "Eh! apa hal ni. semalamkan aku setkan pukul 7 tepat." bisikku dalam hati. Agak lama aku berfikir rupanya aku yang silap akibat terlalu mengantuk. Masaku banyak terbuang. "Alamak! kejap lagi dia nak datang sudah. mesej dengan sufian semalam tak padam lagi." kataku sambil mencapai tuala dan terus mandi.
Pon...pon... Sebuah kereta produa Myvi berhenti tepat dihadapan rumah. Aku yang baru sahaja selesai mandi terus berlari ke bilik apabila di beritahu Hafiz sudah sampai. "Apahal awal sangat.Semalam cakap jam 8." kataku dan terus masuk ke bilik. Setengah jam kemudian aku selesai bersiap dengan mengenakan baju Jersi,seluar jeans dan shawl hitam, Sedikit bedak dan lipstik. Dengan yakin aku keluar dan bersiap untuk jalan Adik-adikku tidak berkelip melihat penampilanku yang tidak seperti wanita-wanita lain bila ada temu janji dengan lelaki. "Biar betul kak?" Kata hanna sambil memandang dari atas ke bawah. "Biar betul apanya?" soalku bingung. "Nak pergi temu janji dengan pakaian macam ni? Apalah." sambung hanna dengan muka menahan tawa. Amira hanya tersengih tidak memahami apa yang aku dan hanna perdebatkan. "Ok apa senang nak lari nan..." Aku menutup mulutku. Riak wajah Hanna berubah. "Lari pergi mana?" Soal hanna keliru. "Ke hati awak." kataku sambil ketawa. "Huh! Hampir terlepas." bisikku.
"Sudahlah, Akak jalan dulu" Kataku. "Sebelum jam 12 tengah hari nanti balik" Kata ibu sebelum aku beredar.
Banyak tempat yang hafiz bawa aku. Sebelum ini dari kami berpindah tidak pernah lagi aku datangi tempat-tempat yang aku lawati sekarang ni.
"Er, Tik kejap. Saya Call kawan jap." Kata Hafiz sambil melangkah keluar dari kereta. "Nak call pun perlukah keluar kereta." bisikku. Aku mengambil kesempatan itu untuk menghantar mesej kepada sufian. (Ya, Aku ni johan. Pian tengah Drive ni. Kita orang memang dari tadi follow korang. Buat macam takda apa-apa ja.)Mesej yang aku terima. Melihat Hafiz yang sudah selesai menelefon aku segera memadam mesej johan.
"Tik kita pergi ambil kawan saya dulu ah." Kata hafiz. aku sudah mulai seram sejuk. mukaku terasa hangat. Aku sedaya upaya mengawal gelabaku. "Oo...ok. Kat mana?" soalku sedikit gagap. "Tak jauh pun."kata hafiz sambil senyum dan memegang tanganku. Aku menarik laju dari genggamannya. "Eh, Sorry." Kata hafiz. Aku hanya mendiamkan diri.
"Ha! Sampai sudah." Kata hafiz memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah banglo. "Nak ikut masuk atau tunggu sini?" soal hafiz memandang ke arahku. "tu..tunggu sini ja." jawabku. " Ok, kejap lagi kita gerak." Sambungnya lagi. Titt...titt berbunyi telefonku. Panggilan daripada Sufian. Aku lantas menjawab. "Kenapa kau Tak ikut dia sekali. Buat apa yang kita dah rancang." Jelas suara johan tegas. "Takutlah" jawabku. "Jangan risau kita orang sudah ready buat laporan polis tadi. Sekarang ni cuma kau sahaja yang boleh masuk dan tengok berapa orang mereka semua." kata Johan. "Baiklah" jawabku pendek dan mematikan panggilan.
Aku keluar daripada kereta dan menuju ke pintu rumah. Aku menarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk membuka pintu rumah. Belum sempat aku membuka pintu. Hafiz sudah duluan membukanya. Terkejut melihatku. "Bila lagi kau disini." soal hafiz. "Baru ja ni. panas dalam kereta" jawabku. "Mana kawan kau? Berapa orang nak ikut?" soalku basa basi. "Tengah besiap la tu. nak masuk ka?" soal hafiz lagi. "Habis tu. panas ni diluar." kata ku sambil berpeluk tubuh. "Oo. ok. masuk lah" kata hafiz.
Aku memberanikan diri melangkah masuk. Aku melihat kesemua wajah mereka. "hmm, boleh tahan muka. Apasal nak jadi penjenayah?" bisikku. "Tandas dimana?" soalku. Salah seorang daripada mereka berdiri dan menunjukkan arah kepadaku. "Eh Asal kau bawah dia masuk!" Kata salah seorang yang agak berumur sedikit. "Dia yang nak masuk." kata Hafiz. Mengelaba juga aku dalam tandas sambil menekan skrin telefon. Aku memdail nombor Sufian dan aku sengaja tidak mematikan talian. Aku keluar berlagak seperti tidak ada apa yang perlu ditakutkan.
Aku mengambil tempat duduk aku semula. semua memandang kearahku. Seorang lelaki yang bernama mat menghampiriku dengan segelas air. "Minumlah dulu.Panas sekarang ni" katanya. "Terima kasih" ucapku menyambut air yang dihulurkan kepadaku. Aku merasa ragu dan meletakkannya diatas meja. Aku memandang ke arah Hafiz yang duduk disebelahku. "Lepasni kita nak pergi mana?" soal ku. "Nak pergi satu tempat. Nak hantar barang." jawab Hafiz selamba. Aku pasti Johan dan sufian masih lagi didalam talian. Sedikit demi sedikit aku mengorek identiti mereka. Bagi memastikan johan dan sufian mengetahui jumlah mereka semua. Aku tidak tahu kenapa mereka tidak berbuat apa-apa kepadaku dalam rumah tersebut. Malah mereka melayaniku dengan baik.
Share this novel