BAB 6

Family Completed 10579

“Dilah! Dilah! Kau kena tolong aku dilah!”

Tercungap-cungap Fasha menuturkan kata-kata. Ditambah dengan penyakit semput yang dihidapinya membuatkan keadaan Fasha kelihatan tidak terurus. Buku-buku dalam pegangan Fasha juga kelihatan senget-senget seperti mahu terlepas dari genggaman Fasha. Aku terpana seketika. Kontroversi apa lagi yang mahu dicetuskan oleh Fasha ni??

“Kenapa?” ringkas sahaja pertanyaanku.

“Aku nak minta tolong kau tidur kat rumah aku malam ni. Kalau mak aku tanya, kau jawablah nak siapkan assignment group kita. Boleh ek Dilah? Kau je lah yang boleh aku harapkan Dilah. Tolong…… please….” Fasha merayu sesungguh hati.

“Eh, mana kau pergi semalam pun aku tak tanya lagi. Kelas kau ponteng. Call tak jawab. SMS tak balas. Kau pergi mana?” aku bertanyakan soalan yang sudah lama bertapak di dalam hati.

“Semalam aku keluar dengan Hairi. Masa nak balik tu kereta dia buat hal pulak. Dah tersadai. Kena tunggu pagi ni baru boleh balik sini. Aku tak balik rumah malam tadi. Aku cakap kat family, aku tidur rumah sewa kau. Buat assignment. Ni pun aku tak balik rumah lagi. Hairi hantar aku terus ke fakulti. Please…. tidur rumah aku ya? Kalau tak mak aku tak percaya aku tidur rumah kau. Aku dah tak terfikir jawapan lain masa mak aku call malam tadi. Kalau mak aku tau aku duduk dengan Hairi satu malam… matilah aku!” Panjang lebar Fasha cuba memujuk aku.

Tengok tu…… libatkan aku lagi! Fasha ini memang suka cari pasal tau. Lepas itu heret aku sekali. Aku sudah tidak tahan dengan perangai dia lagi. Saat ini otak aku juga sudah tidak dapat berfikir alasan apa lagi yang boleh diberi kepada keluarga Fasha.

Fasha tercungap-cungap lagi. Penyakit semputnya masih ada. Kasihan aku melihat Fasha. Aku bertekad….. ini kali terakhir aku membantu Fasha. Inilah kali terakhir aku mencerobohi prinsip tidak mahu menipu. Aku harus meletakkan syarat yang lebih ketat terhadap Fasha.

Aku mahu hentikan segala dunia “lakonan” ini. Aku mahu ucapkan selamat tinggal kepada “watak pembantu” yang selama ini terpaksa aku pegang semenjak mengenali sahabat bernama Fasha.

Masalah yang dialami oleh Fasha selalu sahaja memasukkan aku ke dalam situasi rasa kasihan dan rasa bersalah jika tidak membantunya. Aku amat mengenali keluarga Fasha. Mahu diganyang Fasha hidup-hidup jika mereka mendapat tahu kesalahan Fasha.

“Okey….. aku boleh tolong kau. Tapi ini kali terakhir aku menipu untuk kau. Dan kau tak boleh mengulangi kesilapan lagi. Kau kena jaga sikit tingkah laku kau tu,” ucapku penuh bersungguh-sungguh.

“Iya… aku janji… aku janji Dilah. Aku dah insaf. Aku takkan layan lagi lelaki-lelaki lain kat luar tu. Aku takkan layan lagi Dr. Mazlan. Betul ni! Aku janji!” bersemangat dan bersungguh-sungguh benar Fasha menuturkan kata-katanya. Aku harap Fasha sedar dengan apa yang baru diucapkannya.

“Kalau kau mungkir janji.. dan kalau aku tahu kau berhubung lagi dengan Dr. Mazlan… atau aku dapat tahu kau layan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa kat luar tu…. jangan salahkan aku kalau aku bongkarkan semuanya pada family kau. Menipu ni kerja berat tau. Tanggung dosa,” aku benar-benar meletakkan syarat itu. Aku sudah bertekad mahu menamatkan semua pembohongan yang menyiksakan jiwa ini.

“Aku janji!!” Aku menganggukkan kepala mendengar janji Fasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience