Bab 8

Romance Series 106380

ZAILANI melangkah tenang menghampiri Juwita yang masih ralit mengadap komputer.

"Nok... Sudah-sudahlah tu. Jomlah lunch. Aku dah lapar sangat ni. Kerja ni sampai bila pun tak habis." Juwita memandang sekilas Zailani yang sedang berdiri di depannya.

"Eh... aku ada janji nak lunch dengan kau ke?" soal Juwita selamba badak. Memang sepanjang dia berkerja di situ, dia tak pernah berjanji untuk makan tengah hari bersama sesiapa pun. Sudah menjadi kebiasaan dia akan makan sendirian.

"Kau jangan nak sombong sangat ye, Juju. Aku tarik telinga kau kejap lagi baru kau tahu." juwita merengus. Rimas dengan sikap Zailani yang seakan mahu berkepit je dengannya.

"Kau memang tak boleh pergi makan dengan orang lain ke?" Juwita acuh tak acuh.

"Juju, kau memang tak ingat dekat aku langsung ke?" Zailani tak puas hati. Kejap okey, kejap K.O perempuan ni. Betul-betul menduga hati.

"Zai, aku cuma ingat Lan. Zai yang ada depan aku sekarang ni, aku tak kenal langsung." Juwita menghamburkan rasanya. Zailani sedikit tersentap.

"Lan dan Zai ada orang yang sama. Tak pernah berubah." Zailani bertegas.

"Siapa cakap? Kau? Zai dan Lan, jauh berbeza. Bagai langit dan bumi." Zailani benar-benar terasa hati. Tanpa sebarang kata dia berlalu meninggalkan Juwita sendirian.

Andai saja Juwita tahu sebabnya adakah Juwita akan melayannya begini?

Juwita melepaskan keluhan berat apabila melihat Zailani berlalu pergi. Salahkah dia? Akhirnya Juwita mengalah. Dia segera mencapai tas tangannya lalu mendapatkan Zailani yang telah jauh ke depan meninggalkannya.

"Zai..." panggil Juwita namun, Zailani buat tak dengar.

"Zai tunggulah aku. Kata nak makan sama." Juwita tak nak mengalah. Bukan prinsipnya mengalah secepat itu. Walaupun dia berasa rimas, entah mengapa dia rasa bersalah terhadap Zailani.

"Tadi sombong." Akhirnya Zailani  bersuara. Juwita tersenyum manis.

"Kalah pompuan kalau kau merajuk. Muka hensem. Badan sado tapi dalam hati ada taman." Juwita ketawa. Zailani tersenyum. Baru hari ini Juwita ketawa ketika bersamanya.

"Ju, aku rindu kau tau. Aku rindu nak buli kau macam dulu." Kening Juwita bertaup. 

'Mamat ni buat dah. Tak padan dengan kurita. Ada hati nak buli aku. Kang kau yang kena, baru berakal,' omel Juwita dalam hati.

"Sah kau tengah kutuk aku kan? Sebab tu muka kau cemberut macam tu." Juwita ketawa.

"Dah. Jom makan. Aku lapar." Mereka jalan beriringan menuju ke kedai makan yang sering dikunjungi oleh Juwita. 

Juwita suka ke sana kerana makan di sana tak pernah lari rasanya. Memang betul-betul menjaga kualiti masakan. Baik dari makan goreng-goreng sehinggalah ke lauk-pauk.

Paling Juwita suka Telur Itik masak lemak cili api. Memang habis dietnya andai lauk itu termasuk dalam menu makan tengah harinya. Apa yang paling menarik, menu lauk-pauk yang disediakan berubah setiap hari.

"Ju, hujung minggu ni kau free tak?" Juwita angkat kening mendengar soalan Zailani. Makanan di dalam mulut dikunyah pelahan. Penuh sopan santun.

"Aku ingat nak ajak kau teman aku cari hadiah mak. Selasa depan birthday mak." Juwita tersenyum lebar.

"Untuk mak, aku sanggup je free, kan masa aku. Walaupun terpaksa keluar dengan aku." Juwita bersahaja.

"Oit... teruk sangat ke aku ni sampai terpaksa keluar dengan aku?" Zailani tak puas hati.

"Taklah teruk sangat. Tapi kalau dah muka hensem, badan sado tapi jalan macam kurita tak ke teruk rasanya?"

Baru saja hendak buka mulut membidas kata-kata Juwita, tubuh Zailani basah disirami Sirap ais. Tercengang Juwita dibuatnya.

"Auch... eee... apa ni? Tak nampak ke orang duduk sini?" rungut zailani. Suaranya semakin terkepit akibat kesejukan. Juwita segera mencapai tisu lalu mengelap baju Zailani.

"Ops..." Buntang mata Juwita memerhatikan Zack yang langsung tak ada perasaan bersalah.

"Kau buta eh? Ke kau memang sengaja?" Bukan Juwita tak tahu yang Zack selalu membuli Zailani. Dua minggu lepas ketika Zailani ingin duduk, Zack dengan tangkasnya menarik kerusi Zailani sehingga Zailani jatuh terduduk.

"You ni care sangat pasal kurita ni kenapa? Takkan jatuh cinta dengan mamat kurita ni kot. I yang macho ni sikit pun you tak pandang. Teruk sangatlah taste you ni." Juwita menjegilkan biji matanya memandang Zack.

"Sebelum aku sumbat mulut kau dengan pinggan ni, lebih baik kau berambus. Setakat macho tapi tak ada adab, tak guna. Ada otakkan? Guna kepala otak. Bukan kepala lutut." Marah Juwita.

Dia langsung tidak mempedulikan mata-mata yang memerhati. Adakalanya dia terasa ingin sekali mengajar Zack. Biar beringat sampai bila-bila.

Zack ketawa lucu. Puas hatinya ketika itu. Apa yang Zailani terima belum cukup membalas segala rasa sakit hati pada Zailani.

"Tak sesuailah bila pompuan yang kena protect lelaki. Dunia akhir zaman ni memang terbalik, kan?" Zack memandang Zailani tajam.

"Memang dunia akhir zaman ni terbalik sebab tu manusia macam kau tak ada adab. Orang letak otak dekat kepala tapi kau letak otak dekat kepala lutut. Huh! Kan terbalik tu," bidas Juwita tak nak kalah.

"Dahlah nok. Jangan kau layan orang macam ni. Sendiri sakit hati. Biarkanlah dia. Lama-lama dia penatlah tu." Zailani cuba meredakan amarah Juwita.

Aduh boleh tahan jugak pompuan ni kalau mengamuk. Mujur tak terbang cawan dengan pinggang atas meja ni ha... kalau tak, entah apalah nasib Si Zack tu.

Juwita pandang Zailani tak puas hati. Sudahnya dicapai tas tangan lalu terus beredar ke kaunter bayaran. Putus terus seleranya.

Zack tersenyum sumbing.

"Aku tak akan diam." Sempat Zack bersuara sebelum berlalu pergi. Geleng kepala Zailani dengan sikap Zack. Entah apa yang tak puas hati, dia sendiri tak tahu.

Zailani baru ingin melangkah ke kaunter pembayaran apabila Juwita menarik tangannya untuk turut sama beredar.

"Aku dah bayar." Hanya sebaris ayat diucapkan membuatkan Zailani akur mengikut langkah kaki Juwita.

"Kenapa kau biar Zack buli kau?" soal Juwita tak puas hati. Matanya melilau ke kiri dan kanan. Apabila pasti tiada kenderaan, dia segera menarik tangan Zailani.

"Aku malaslah nak kecoh-kecoh. Benda kecil je." Juwita berpaling memandang Zailani. Ketika itu mereka telah pun berada di depan pintu masuk utama.

"Benda kecil ni boleh jadi besar tau. Kau biar je orang buat kau macam tu. Kau tu bukan boneka tau. Bukan badut untuk diketawakan," marah Juwita. Dia segera berlalu meninggalkan Zailani terkulat-kulat.

Zailani menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tak faham mengapa dan kenapa Juwita marah benar. Salah ke apa yang dilakukan?

Perempuan ni memang rumit agaknya. Sukar untuk diduga. Ada je yang tak kena. Malas mahu kusutkan fikirannya, Zailani menukar langkah menuju ke kereta. Mujur saja dia sentiasa membawa baju ganti di dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience