PART 1

Crime Completed 8878

Aku jadi bingung. Mahu menolak, takut di katakan derhaka pada orang tua. Mahu menurut, dia sudah berjanji dengan seseorang untuk sehidup dan semati. Mahu membantah suruhan orang tua, dia tidak sampai hati. Kini dirinya berada di tengah-tengah antara kekasih hati dan ibu bapanya.

"Tak perlu nak berfikir lagi Rizal. Minggu depan kami dengan makcik pakcik kamu akan datang ke rumah gadis itu untuk melamar. Kau setuju sahajalah. Untung kau dapat dia untuk di jadikan bini" Suara Mak membuatkan aku tersentak dari lamunan. Bagaimana dengan Misya? Aku tak mahu sakitkan hatinya. Tapi, aku tak boleh ingkar dengan kata-kata mak dan ayah aku. Aku dalam dilema untuk membuat keputusan. Yang pastinya, keputusan yang bakal aku putuskan melibatkan masa depan aku. Aduh! macam mana ni. Ya Tuhan, tolong aku untuk membuat keputusan.

"Bagilah masa pada saya Mak. lagipun ini melibatkan masa depan saya, sudahlah saya tak kenal perempuan tu siapa. Tiba-tiba aje, mak suruh saya kahwin dengan dia," Aku mula menunjukkan protes, "Jangan kau cakap dengan ayah, yang kau tak nak kahwin sebab kau tak ada perasaan dengan dia. cinta dan kasih sayang tu boleh di pupuk selepas kahwin." nasihat ayah kepadaku, satu-satunya anak bujang mereka.

"Tak payah nak fikir-fikir lagi. setuju aje lah. yang lain biar mak dan ayah yang uruskan. hah, ini gambar budaknya, cantik. mak yakin kau pasti suka." kata Mak sambil menghulurkan sekeping gambar kepadaku.

Aku menyambut huluran mak itu. terkebl-kebil mataku menatap wajah yang di miliki oleh gadis itu. "Cantik.." ucapku perlahan. senyuman manis segera terukir di hujung bibirku tanpa kusedari.

"Kan mak dah kata, kau mesti suka, mak dah jumpa orangnya. cantik dan lemah lembut. sesuai untuk kau Rizal." puji mak lagi sambil tersengih-sengih.

"Mak, ayah, saya setuju. tapi, saya perlu jumpa dia untuk berkenalan." cadangku. aku dapat lihat, mak dan ayah saling bertukar pandangan. "Tak perlulah. lagipun dia tak ada kat sini. dia ada di luar negara. seminggu sebelum tarikh kahwin nanti dia balik" beritahu mak.

Aku merasa sedikit kecewa. Aku mahu tahu siapakah gadis itu. Gadis yang pandai memikat hati kedua ibu bapa aku.

"Tak apalah kalau macam tu. nak buat macam mana lagi. dia tak ada di sini. Tapi sekurang-kurangnya bagitahulah nama dia dia." kataku sambil memandang wajah kedua org tua ku itu.

"Melati Insyirah nama dia. kan bang" jawab mak.
Ayah hanya mengangguk mengiyakan apa yang di katakan mak,

"Sedap namanya secantik pemiliknya" getus ku dalam hati,

"Jadi? kau setujulah ni?" Soal Ayah.

Aku hanya tersenyum menandakan aku setuju. Jodoh itu ketentuan Allah kan. Nak buat macam mana lagi.

"Tak sabarnya saya bang, tak lama lagi kita dapat menantu. lepas tu dapat cucu." Ujar mak teruja. Aku jumpa tok kadi pun belum, dah sampai ke bab cucu pulak dia.

"Awak ni Tini, sabarlah. budak tu belum akad nikah lagi. Awak pulak melebih." tegur ayah. Mak hanya tersengih-sengih kerang.

"Saya teruja sangat ni bang. tak sabar dah." jawab Mak bersungguh-sungguh. Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu menyampuk perbualan mereka berdua.

"Mak,ayah Rizal nak keluar sekejap" kataku sambil bingkas bangun menuju ke bilik untuk menyalinkan pakaian..

"Kemana sahaja kau nak keluar Rizal. duduklah ke rumah sesekali " Soal mak.

"Sekejap aje." Akhirnya Mak memberikan keizinan pada aku untuk keluar..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience