BAB 15

Romance Completed 42886

Adi Ashraf memusingkan tubuhnya cuba mencari posisi yang selesa untuk menyambung lenanya yang terganggu. Namun pergerakan dihalang dengan tubuh seseorang yang berada disebelahnya. Matanya dibuka dengan perlahan-lahan.

Jam digital pada dindingnya dikerling. Jam menunjukkan 5.30 pagi. Dia menggagahkan diri untuk bangun walaupun badan masih terasa penat. Rambutnya diraup ke belakang. Mulutnya menguap sesekali.

Kepalanya ditoleh ke arah isterinya yang masih diulit mimpi. Lampu tidur yang dipasang membenarkan dia untuk memerhatikan gadis itu dengan lebih jelas. Dengkuran halus masih kedengaran.

Nak kejut ke tak nak? Tapi dia nampak macam penat sangat. Adi Ashraf mula berkira-kira untuk mengejutkan isterinya yang kepenatan. Rambut panjang isterinya yang menutup separuh wajah itu dialihkan oleh Adi Ashraf.

Cute. Eh, maksud dia, dah la. Haish.

Adi Ashraf bingkas bangun mahu membersihkan diri. Dia menerobos masuk ke dalam bilik airnya. Bunyi pancuran air yang dibuka memenuhi ruangan bilik airnya sehingga keluar. Ariana Atilia terjaga dari lena apabila bunyi pancuran itu mengejutkan dirinya.

"Siapa pulak mandi dalam bilik aku ni?" gumam Ariana Atilia perlahan masih memejamkan mata. Dia terpisat-pisat berusaha  mencuba untuk membuka kelopak matanya yang masih berat. Tangannya naik menggosok matanya agar penglihatannya lebih jelas.

Persekitaran bilik yang didiaminya membuatkan dia mengerutkan dahi. Ini bukan bilik aku, detik hati Ariana Atilia. Pandangannya jatuh pula pada pintu bilik air yang masih digunakan oleh seseorang.

Memori semalam mula menerjah ke fikiran. Tangannya yang masih tersarungkan cincin perkahwinan dia bersama Adi Ashraf membuatkan dia menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa dia dah jadi isteri orang?

Dia menoleh ke arah tempat disebelahnya yang merupakan tempat suaminya tidur semalam. Kosong. Pandangannya beralih kepada pakaian tidurnya. Masih lengkap dan tidak terusik sedikit pun. Satu nafas lega dilepaskan. Mana tahu suami dia tu ada buat apa-apa kan?

Rambutnya yang kusut masai itu diluruskan menggunakan tangan sebelum diikat sanggul menyerlahkan batang lehernya yang jinjang. Kedengaran bunyi pancuran sudah ditutup menandakan Adi Ashraf sudah selesai mandi. Ariana Atilia memeluk tubuh sambil menyandar pada kepala katil.

"Dia tak kejut aku pun. Memang nak kena dia ni. Sekurangnya kejutlah aku dulu. Kalau aku tak terbangun macam mana?" bebel Ariana Atilia sendirian.

Eh, kejap. Kalau Adi Ashraf bangun dulu, maksudnya suami dia tu mesti nampak muka dia masa tidur kan? Oh no. Harapnya tak. Aku berdengkur kuat ke masa tidur? Ada air liur basi ke? Arghhh...

Ariana Atilia mula panik sambil hanyut dalam lamunan. Tanpa dia sedari, Adi Ashraf telah pun selesai mandi. Dia merenung ke arah isterinya yang jauh termenung pagi-pagi buta ni. Perlahan-lahan, dia mendekati gadis itu. Namun, tidak disedari lagi oleh isterinya.

Sehinggalah dia berdiri dihadapan isterinya, Ariana Atilia masih berada dalam dunianya. Bibir isterinya mengumam sesuatu sambil mengelengkan kepala sesekali. Tangannya pula meraup muka seolah kecewa. Adi Ashraf mengerutkan dahi. Dah kenapa isteri dia sorang ni. Baru sorang dah macam ni. Belum dua. Oops!

Tubuh Adi Ashraf dibongkokkan sedikit bagi menyamai kedudukan wajah isterinya. Jarinya mengangkat dagu Ariana Atilia membuatkan gadis itu terdongak ke arah wajah Adi Ashraf. Anak mata Adi Ashraf tajam menikam tepat ke dalam anak mata Ariana Atilia.

Kini, pandangan Ariana Atilia jelas menunjukkan seraut wajah Adi Ashraf bersama rambut yang masih basah sehingga melekat pada dahi lelaki itu. Riak wajah penuh kerisauan terpamer pada wajah suaminya. Manakala, Ariana Atilia sedang menikmati wajah tampan suaminya.

Matanya turun ke bawah menemui lelaki itu tidak berbaju! Tubuh suaminya hanya ditutup dengan sehelai kain tuala yang diletakkan di bahagian pinggang. Ikatan tuala yang masih longgar itu menakutkan Ariana Atilia. Tubuh tegap milik Adi Ashraf basah dengan titisan air yang  masih mengalir. Dia bagai terpaku tidak berbuat apa-apa.

Adi Ashraf pelik apabila tiada respons dari isterinya. Dia cuba melihat arah mata isterinya pergi ke mana. Senyuman senget terukir dibibir. Tangannya digoyangkan dihadapan wajah Ariana Atilia tetapi mata isterinya tidak berkelip langsung.

"Like what you see, wifey?" bisik Adi Ashraf pada telinga isterinya. Cuba menegur perbuatan isterinya itu. Mata Ariana Atilia dibulatkan apabila menyedari tindakan dirinya sendiri. Astaghfirullah!

Tubuh Adi Ashraf ditolak sekuat hati oleh Ariana Atilia secara tiba-tiba membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang. Kedua-dua belah matanya ditutup menggunakan tangan.

"Mana baju kau? Tak tahu malu! Pergi pakai baju cepat. Mata aku, kesian mata aku. Mana air yasin? Aku nak bersihkan mata aku daripada perkara kotor macam kau ni." bebel Ariana Atilia tak henti-henti.

Adi Ashraf yang jatuh terduduk mendesis kesakitan. Kalau dia ditolak lembut dia boleh terima, ini tidak. Ditolaknya dia macam nak bunuh. Teringin nak jadi janda ke apa, isteri dia tu.

"Woi, sakitlah. Kau tu jauh termenung. Aku tanya tak jawab. Duduk diam macam orang kena sampuk." bidas Adi Ashraf tak puas hati. Dia mengetatkan ikatan tuala di pinggangnya.

"Kau diam! Dah la tak kejut orang bangun. Kau memang saja kan? Memang nak rasa penumbuk aku ke?" kata Ariana Atilia membuta tuli. Maklumlah, matanya masih ditutup. Lagaknya tak kurang macam orang buta penglihatan.

"Shhh...jangan memekak pagi-pagi ni. Aku tak larat nak layan. Pergi mandi cepat. Ke nak aku mandikan huh?" ugut Adi Ashraf sudah tak tahan mendengar bebelan isterinya.

"Don't you dare! Aku reti mandi sendiri." balas Ariana Atilia menolak pelawaan itu sekeras-kerasnya. Dia cuba bangun berdiri.

"Ouch!" jerit Ariana Atilia apabila cuba menggerakkan pergelangan kaki kanannya. Matanya yang masih tertutup dipejamkan dengan rapat. Dahinya terkerut menahan kesakitan.

"Kau kenapa ni? Sumpah, aku tak buat apa-apa kat kau semalam. Kau tidur mati sebab tu aku tak kejut." terang Adi Ashraf mula panik dengan jeritan daripada isterinya.

"Sakit. Sakit sangat." adu Ariana Atilia sambi mengigit bibir untuk mengelakkan dirinya daripada melepaskan jeritan sekali lagi. Adi Ashraf yang sudah lengkap berpakaian mendekati isterinya.

"Sakit dekat mana? Bukak lah mata tu aku dah pakai baju dah." maklum Adi Ashraf risau. Ariana Atilia membuka mata perlahan-lahan.

Pergelangan kakinya yang sakit diangkat sedikit lalu diberi kepada suaminya. Adi Ashraf memegang pergelangan kaki isterinya dengan berhati-hati risau mencederakan lagi kecederaan tersebut.

"Yang ni?" soal Adi Ashraf lembut. Ariana Atilia  mengangguk tanda mengiyakan. Dia cuba menahan air mata dari mengalir. Adi Ashraf memeriksa pergelangan kaki isterinya yang kemerahan menandakan sudah bengkak.

"Kalau sakit cakap, faham?" ucap Adi Ashraf terlebih dahulu sebelum meneruskan tindakannya yang seterusnya. Anggukan kecil diberikan sebagai balasan.

Bahagian yang bengkak itu ditekan sedikit membuatkan tubuh Ariana Atilia terhenjut sedikit kerana sakit yang menyerang kakinya. Lengan Adi Ashraf ditampar kuat.

"Sakit, gila!" marah Ariana Atilia kepada suaminya. Adi Ashraf mengangguk faham. Kini dia dah tahu apa masalah dengan pergelangan kaki isterinya.

"Aku rasa kaki kau terseliuh ni. Berapa lama dah kau sakit? Kau ingat tak apa-apa punca yang buatkan kaki kau terseliuh?" soal Adi Ashraf tenang. Dia dah biasa sangat dah uruskan kecederaan macam tu.

"Dari semalam. Aku rasa kaki aku terseliuh sebab aku terjatuh semalam kot. Aku pakai heels entah macam mana terpijak kain sendiri." jujur Ariana Atilia berkata. Tak disangka pula sampai boleh terseliuh kaki dia tu.

"Ha itulah kau. Kenapa tak bagitau aku? Ni dah sampai dah bengkak lagi susah nak baik. Kalau aku tak ada macam mana? Lain kali, jangan pakai heels. Sedar diri tu sikit dah pendek. Jangan mengada nak berlagak tinggi." tegur Adi Ashraf bersama perlian. Suaminya sudah mencekak pinggang.

Ariana Atilia menjeling tajam ke arah suaminya. Riak muka menyampah ditayang. Dia berpeluk tubuh. Tahulah dia pendek. Tak perlulah nak diperlekehkan sebegitu sekali! 160cm kot tinggi dia.

"Dah, jom." ucap Adi Ashraf sambil membantu Ariana Atilia bangun berdiri. Ariana Atilia akur saja dengan arahan suaminya.

"Kau nak buat apa ni?" soal Ariana Atilia pelik dengan tindakan lelaki itu.

"Lah...nak mandikan kau la apalagi?" perli Adi Ashraf.

Ariana Atilia memberhentikan langkah serta-merta. Adi Ashraf mengerutkan dahi. Apalagi minah ni?

"Kau gila ke? Aku ni kaki je sakit bukan tangan. Dah tepi." marah Ariana Atilia berjalan terhincut-hincut menuju ke dalam bilik air.

Adi Ashraf menepuk dahi. Salah faham pulak dah minah ni. Tangan isterinya ditarik lembut. Risau jatuh pula karang apabila ditarik kuat.

"Aku maksudkan nak tolong kau mandi dalam bilik air tu sorang-sorang la, alahai. Apa jauh sangat kau fikir?" tegur Adi Ashraf. Dia mengeleng kepala.

Ariana Atilia mengekalkan riak muka biasa cuba menutup perasaan malunya. Dia mengelak dari bertembung mata dengan suaminya.

"But mind if i join?" usik Adi Ashraf bersama senyuman senget. Lantas, segenggam buku lima ditunjukkan oleh Ariana Atilia sebelum melarikan diri ke dalam bilik air.

Adi Ashraf tersenyum nipis. Dia menunggu isterinya selesai membersihkan diri untuk menunaikan solat secara berjemaah. Sementara itu, sepucuk surat yang berada dalam laci mejanya terlayar di fikiran.

Adi Ashraf memanjangkan tangan untuk membuka laci meja yang berada di sisi katilnya. Sebaik laci itu dibuka, sepucuk surat itu dikeluarkan. Dia kemudian menutup semula laci meja tersebut sebelum membaca isi kandungan di dalam sampul surat itu.

Kandungan surat itu lantas dibaca oleh Adi Ashraf dengan teliti. Riak mukanya berubah serta-merta. Perlahan-lahan, dia menyimpan semula surat tersebut di dalam poket seluar. Risau sekiranya Ariana Atilia membacanya secara tak sengaja.

"Ha kau kenapa?" tegur Ariana Atilia yang sudah siap bertelekung untuk menunaikan solat secara berjemaah. Wajah suaminya yang pucat lesi bagai nampak hantu itu membuatkan dia risau.

Adi Ashraf menarik nafas panjang. Nampaknya dia perlu berurusan dengan Alif Zafran lagi selepas ini. Demi keselamatan dia dan Ariana Atilia.

"Nothing, jom solat."

??????

Usai solat berjemaah, Adi Ashraf turun untuk bersarapan. Keresahan yang menguasai dirinya membuatkan dia tak senang duduk. Baru beberapa langkah dia berjalan, baru dia tersedar sesuatu.

"Macam mana aku boleh lupa aku dah isteri?"
gumam Adi Ashraf sendirian. Suami jenis apa kau ni? Ish, ish, ish.

Dia berpatah balik ke kamar tidurnya. Matanya tertancap pada sebuah figura yang cuba berjalan dengan terhincut-hincut. Tangannya naik menutup mulut risau tawanya meletus. Tindakan lelaki itu disedari oleh Ariana Atilia.
Pandangan tajam diberikan kepada suami tercinta.

"Aku kena tolong ke?" soal Adi Ashraf selamba sambil bersandar di pintu. Dia mengukir senyuman senget.

"Kau mintak kaki aku ke, tolonglah!" bentak Ariana Atilia tak puas hati. Kalau kaki dia elok tu, dah lama kena sepak suami dia sorang ni.

"Okay, okay. Jangan marah nanti cepat tua." balas Adi Ashraf mengatur langkah mendekati isterinya. Peti kecemasan diambil dari atas almarinya lalu dibawa bersama.

"Duduk. Biar aku rawat dulu kaki kau ni." arah Adi Ashraf sambil duduk melutut di hadapan isterinya.

Ariana Atilia menurut kata suaminya. Tangan Adi Ashraf memegang lembut pergelangan kaki isterinya penuh berhati-hati. Minyak panas diletakkan pada bahagian kaki Ariana Atilia yang bengkak.

Tangan kasar milik Adi Ashraf meratakan minyak itu dengan lemah lembut. Lalu, pergelangan kakinya diurut membuatkan kesakitan itu mula beransur hilang. Ariana Atilia merenung ke arah Adi Ashraf tanpa lelaki itu sedari.

Pergelangan kakinya itu pula dibalut dengan sempurna. Tidak terlalu ketat atau longgar. Adi Ashraf mendongak menemui renungan daripada isterinya. Dia tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih.

"Done staring?" tegur Adi Ashraf. Ariana Atilia membuat riak wajah menyampah cuba menutup malu.

"Perasan." ringkas Ariana Atilia membalas sambil memeluk tubuh. Kakinya yang dibalut oleh suaminya dikerling sekilas. Dia tersenyum kepuasan.

"No thank you, husband? Or hubby? At least say thank you, wife." perli Adi Ashraf bangkit berdiri.

Dia berura-ura untuk pergi tanpa Ariana Atilia namun ditahan oleh isterinya. Senyuman yang mahu meniti di bibir disembunyikan. Riak wajah tanpa riak dikekalkan.

"Thank you." ucap Ariana Atilia perlahan. Matanya dilarikan daripada pandangan Adi Ashraf. Lelaki itu mengangguk sebagai balasan.

"Ermmm, boleh tak kau tolong aku berjalan sekali?" soal Ariana Atilia sambil menekur lantai.

"Nope, kau ingat aku tolong kau tadi free ke? Payment dia mahal. So, kau still nak aku tolong kau?" balas Adi Ashraf sambil mengukir senyuman sinis.

Ariana Atilia mendengus kegeraman. Isteri sendiri pun nak berkira ke? Dia isteri! Bukan orang lain pun. Ceh.

"Apa payment dia?" tanya Ariana Atilia nak tak nak. Otaknya ligat memikirkan beberapa permintaan mengarut daripada suami dia. Mana tahu, dia kena jadi bibik seminggu ke kan? Laki dia tu bukan betul sangat kadang.

Adi Ashraf tersenyum kemenangan. Nampaknya isteri dia memang benar-benar terdesak. Riak muka tak puas hati Ariana Atilia membuatkan dia melebarkan senyuman.

Ariana Atilia mula tak sabar. Nak bagitahu ke tak nak? Perut dah lapar ni. Semalam punya penat pun tak habis lagi. Ditambah pula dengan kaki dia yang terseliuh. Sekarang kena layan Adi Ashraf pulak. Tak ada ke benda baik yang boleh dia mulakan hari dia dengan tenang?

"Payment aku simple." jawab Adi Ashraf kepada isterinya. Ariana Atilia mengangguk tanda faham.

Lelaki itu meneruskan lagi kata-katanya membuatkan Ariana Atilia terdiam kaku. Adi Ashraf pula telah mengukir senyuman penuh makna.

"Just don't hurt yourself again for me, please?"

-To be continued..-

✯✯✯ Hello my lovely readers! I'll update daily ✨ So enjoy reading! Don't forget to vomment! Stay tune!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience