Bab 3
Hari ini Harun dan Intan Saleha akan mengikut Muhammad Hanafi ke Thailand. Muhammad Hanafi telah membeli tiket kapal terbang kelas ekonomi untuk Harun dan Intan Saleha. Sementara Muhammad Hanafi membeli tiket kelas perniagaan untuk dirinya sendiri. Mereka menaiki kapal terbang yang sama tetapi berbeza kelas dan tempat. Sudah hampir dua minggu kejadian Intan Saleha di ragut kesuciannya oleh Muhammad Hanafi. Mereka jadi lambat untuk bernikah di Thailand kerana Intan Saleha tidak mempunyai Pasport Antarabangsa untuk pergi ke Thailand. Harun terpaksa membawa Intan Saleha membuat Passport Antarabangsa terlebih dahulu.
Hanya Harun yang akan mengikut Intan Saleha dan Muhammad Hanafi ke negara Thailand. Manakala Muhammad Hanafi pula telah membawa pembantu peribadinya untuk menemaninya ke Thailand. Pembantu peribadi Muhammad Hanafi bernama Zulfikri. Zulfikri telah memboking hotel dan pakej pernikahan di Thailand. Kerana ramai rakyat Malaysia bernikah di negara Thailand. Mudah saja mencari maklumat tentang pernikahan di Thailand. Begitu banyak pakej yang di tawarkan di internet untuk memudahkan rakyat dari Malaysia bernikah di Thailand.
Zulfikri telah memboking 4 buah hotel untuk mereka semua. Semuanya dapat seorang satu bilik. Setelah kejadian malam itu Intan Saleha tidak pernah pertemu dengan Muhammad Hanafi. Hanya Harun bapa saudaranya sahaja yang akan berurusan dengan Muhammad Hanafi. Intan Saleha tidak lagi ke sekolah selepas kejadian itu. Intan banyak menghabiskan masanya di kedai makan Puan Rohana. Wajah Intan Saleha juga sudah tidak seceria dahulu lagi. Ingin rasanya Intan Saleha mengadu kepada rakan sekerjanya mengenai apa yang telah bapa saudaranya lakukan kepadanya. Tetapi mulut Intan Saleha tidak mampu untuk meluahkan kepada mereka. Kerana ia malu untuk menceritakan bahawa dirinya sudah tidak suci lagi.
Malam ini Intan Saleha tidur didalam bilik hotel seorang diri. Intan Saleha dan bapa saudaranya mempunyai bilik hotel masing-masing yang telah di tempah oleh pembantu peribadi Muhammad Hanafi. Intan Saleha dapat merasakan Muhammad Hanafi bukanlah calang-calang orang. Intan Saleha juga tidak tahu bagaimana nasibnya nanti setelah bergelar isteri kepada lelaki yang telah meragut kesuciannya. Intan Saleha dapat merasakan Muhammad Hanafi tidak menyukainya. Kalau boleh Intan Saleha juga tidak ingin menjadi isteri lelaki yang telah meragut mahkotanya. Intan Saleha begitu trauma dengan kejadian malam itu. Kerana badannya berasa sangat sakit. Bibirnya juga berdarah kerana telah di gigit oleh Muhammad Hanafi pada malam itu.
Ingin rasanya Intan Saleha lari dari bapa saudaranya. Tetapi Intan Saleha tidak berdaya kerana dia tidak mempunyai sesiapa lagi selain Harun bapa saudaranya. Kerana Intan Saleha tidak pernah mengenali bapa biologinya. Hanya Harun abang ibunya yang mempunyai hubungan keluarga dengan Intan Saleha. Sudah kering air mata Intan Saleha menangis mengenangkan nasib dirinya. Intan Saleha tidak pernah menyangka bapa saudaranya sanggup lakukan semua itu demi wang. Walaupun bapa saudaranya juga ada memberi wang kepadanya asil menjual daranya. Sedang Intan Saleha asyik mengelamun tentang nasib dirinya. Tiba-tiba daun pintu biliknya di ketuk.
Tok... tok... tok.
Intan Saleha segera berjalan ke arah daun pintu. Intan Saleha membuka daun pintu itu. Harun yang telah mengetuk daun pintu bilik Intan Saleha. Harun melangkah masuk ke dalam bilik hotel Intan Saleha.
“Ada apa Pak Cik datang ke bilik Intan ni?”tanya Intan Saleha bila melihat bapa saudaranya itu berjalan masuk ke dalam biliknya.
“Pak Cik nak bagitahu sesuatu pada, Intan," balas Harun.
Intan Saleha hanya diam, dan matanya memerhatikan saja Harun melabuhkan punggungnya di sofa yang ada didalam bilik hotel ini.
“Esok lepas Intan nikah kita akan balik ke Malaysia... Sampai di Malaysia nanti Intan akan tinggal bersama dengan Encik Hanafi.”beritahu Harun kepada anak saudaranya itu.
“Kenapa Intan kena ikut lelaki tu. Pak Cik betul-betul dah jual Intan pada lelaki tu.”kata Intan Saleha sambil air matanya mula mengalir membasahi pipi.
“Maafkan Pak Cik. Tapi Pak Cik benar-benar terdesak. Lagi pun orang yang telah meragut kesucian Intan mahu kahwin dengan Intan.”kata Harun.
“Tapi Intan ingin sekolah. Intan ada impian dan cita-cita.”balas Intan Saleha.
“Intan jangan risaulah. Intan boleh sekolah balik tahun depan. Cuma Intan kena tukar sekolah di bandar.”kata Harun cuba memujuk hati anak saudaranya.
Intan Saleha hanya diam tidak menyahut apa yang dikatakan oleh Harun. Rasanya jika dia masih berada di Malaysia ingin rasanya ia melarikan diri. Tetapi sekarang ini dia sudah berada di negara Thailand mustahil untuk dirinya melarikan diri. Esok pagi ia bakal bernikah dengan lelaki yang telah meragut kesuciannya. Intan Saleha tidak mengetahui bapa saudaranya telah mengugut Muhammad Hanafi dengan kamera tersembunyi yang berada di lehernya malam itu. Harun telah menuntut wang kepada Muhammad Harun jika tidak ia akan menyebarkan video yang telah dirakam pada malam itu.
Bagi Harun yang penting ia dapat wang. Walaupun terpaksa mengadaikan kesucian anak saudaranya sendiri. Setelah Intan Saleha bernikah nanti, Intan Saleha bukan lagi menjadi tanggungjawabnya. Sudah semestinya Intan Saleha terpaksa mengikut suaminya Muhammad Hanafi. Intan Saleha tidak tahu apa yang bakal dirinya lalui setelah sah menjadi isteri Muhammad Hanafi.
Malam ini Intan Saleha tidak dapat melelapkann matanya. Intan Saleha teringat kata-kata bapa saudaranya. Esok setelah selesai bernikah mereka akan terus pulang ke Malaysia. Dirinya akan mengikut suaminya pulang ke rumah. Harun pula akan pulang ke rumahnya tanpa Intan Saleha. Air mata Intan Saleha mula jatuh membasihi pipinya. Mulut Intan Saleha berhenti dari menyebut mak.
“Mak... mak kenapa mak sanggup jual benda terlarang tu. Sekarang mak dalam penjara. Intan tak ada sesiapa dekat sini. Semua orang jahat dengan Intan.”gumam Intan Saleha.
Akhirnya Intan Saleha terlelap juga dengan pipi dibasahi air mata. Bangun pagi Intan Saleha membersihkan dirinya dan menunaikan sembahyang subuh. Dalam pukul 8.00 pagi daun pintu bilik hotel Intan Saleha di ketuk oleh seseorang. Intan Saleha mengagap itu pasti bapa saudaranya. Intan segera membuka daun pintu biliknya. Rupanya bukan bapa saudaranya yang berada di sebalik daun pintu. Tetapi Zulfikri pembantu peribadi Muhammad Hanafi yang berada didepan biliknya.
“Cepat bersiap pakai baju untuk nikah. Dalam 15 minit lagi kita akan bertolak.”Zulfikri memberi arahan pada Intan Saleha.
“Baiklah,”balas Intan Saleha.
Intan Saleha segera memakai baju kurung biasa saja untuk majlis akad nikahnya hari ini. Kerana Intan Saleha tidak ada membuat apa-apa persiapan untuk hari pernikahannya. Begitu juga dengan Muhammad Hanafi yang terpaksa bernikah dengan Intan Saleha. Mereka berdua tidak saling menyukai antara satu sama lain. Muhammad Hanafi membenci Intan Saleha. Begitu juga dengan Intan Saleha yang sangat tidak menyukai Muhammad Hanafi. Pada lagi Intan Saleha juga mengetahui bahawa Muhammad Hanafi sudah pun mempunyai isteri dan anak.
Sepertinya yang di katakan oleh Zulfikri mereka berempat keluar dari hotel dan bertolak ke satu tempat. Mereka telah di tunggu oleh seseorang di luar hotel. Masuk sahaja ke dalam kereta. Pemandu warga Thailand itu terus memandu menuju ke arah tempat untuk melakukan akad nikah. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk akad nikah. Selesai saja akad nikah mereka berempat di hantar ke hotel kembali. Walaupun pemandu itu menawarkan pakej berbulan madu kepada Muhammad Hanafi. Dengan cepat Muhammad Hanafi menolak tawaran itu.
Muhammad Hanafi tidak menoleh langsung ke arah Intan Saleha. Seolah-olah Intan Saleha tidak ada berdekatan dengannya. Intan Saleha juga tidak mahu memandang wajah Muhammad Hanafi. Intan Saleha kerap mengalihkan pandangannya dari melihat ke arah Muhammad Hanafi. Sampai di hotel Intan Saleha segera berjalan menuju ke arah biliknya. Dada Intan Saleha merasa sesak bila terlalu hampir dengan Muhammad Hanafi. Tubuhnya merasa seram sejuk dan akan mula berpeluh. Intan Saleha merasa sangat takut bila berdekatan dengan Muhammad Hanafi.
Sekarang ini Intan Saleha dan Harun sudah pun sampai di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Zulfikri datang mendekat ke arah Intan Saleha.
“Cepat masuk ke dalam kereta tu. Encik Hanafi dah tunggu tu,”Zulfikri memberi arahan kepada Intan Saleha.
“Baik,”balas Intan Saleha.
Intan Saleha berjalan ke arah kereta yang dikatakan oleh Zulfikri pembantu peribadi Muhammad Hanafi. Intan Saleha duduk dibangku penumpang di bahagian belakang yang sudah ada Muhammad Hanafi di situ. Jantung Intan Saleha mula berdebar-debar dan rasa tidak selesa bila terpaksa duduk disamping Muhammad Hanafi. Tetapi Intan Saleha tetap cuba mengawal perasaan tidak selesanya. Intan Saleha mengalihkan pandangannya ke arah tingkap kereta. Tidak sanggup Intan Saleha melihat wajah lelaki yang telah meragut kesuciannya malam itu. Sehingga sekarang ini Intan Saleha masih merasa sakit dan trauma kerana kejadian malam itu.
Lebih kurang dalam setengah jam berada didalam kereta. Barulah kereta yang membawa mereka sampai di sebuah rumah banglo yang sangat besar. Intan Saleha terkesima melihat rumah banglo ini. Rumah banglo sangat besar dan cantik dari rumah bapa saudaranya.
“Cepat keluar!”kata Muhammad Hanafi bila melihat Intan Saleha masih lagi berdiam diri didalam kereta.
“Baik,”ujar Intan Saleha lalu melangkah keluar dari dalam kereta.
“Boss, saya balik dulu,”Zulfikri meminta izin untuk pulang.
“Kamu boleh balik sekarang,”kata Muhammad Hanafi membenarkan Zufikri pulang ke rumahnya.
“Kamu cepat ikut aku masuk ke dalam rumah,”arah Muhammad Hanafi.
“Baik... encik,”kata Intan Saleha agak gugup.
Intan Saleha mengekori langkah kaki Muhammad Hanafi berjalan ke arah pintu utama. Masuk sahaja ke dalam rumah Intan Saleha merasa kagum melihat keadaan dalam rumah ini. Kerana tatahiasnya yang sangat menarik. Tiba-tiba ada seorang wanita dan budak lelaki datang mendekati Intan Saleha dan Muhammad.
“Papa... papa,”panggil budak lelaki itu.
“Adam rindu papa ya,”kata Muhammad Hanafi.
“Ya, Adam rindu papa,”jawab budak lelaki itu.
“Siapa perempuan ni?” soal wanita yang berada disamping budak bernama Adam.
“Ini abang kenalkan nama dia Intan Saleha. Dia akan bekerja di rumah kita sebagai orang gaji,”jawab Muhammad Hanafi.
Intan Saleha terkejut mendengar Muhammad Hanafi mengenalkan dirinya sebagai orang gaji di rumah ini. Tetapi Intan Saleha hanya mampu terdiam dan menundukkan sedikit kepalanya.
“Untuk apa lagi ambil orang gaji? Rasanya sudah cukup bibik seorang saja jadi orang gaji di rumah ini,”ujar wanita bernama Nur Jannatil isteri Muhammad Hanafi.
“Aku ambil dia ni jadi orang gaji sebab nak mermudahkan urusan dalam rumah ni. Bibik tu dah berumur, lambat laun akan balik Indonesia juga,”kata Muhammad Hanafi sambil merenung tajam ke arah Jannatil.
“Yalah, saya faham,”balas Jannatil tersentak bila Muhammad Hanafi meninggikan suaranya.
“Sekarang kau pergilah suruh bibik tunjukkan bilik dia ni. Aku letih nak rehat, harap kau tak ganggu aku,”kata Muhammad Hanafi memberi arahan.
“Baiklah, saya akan minta bibik tunjukkan bilik,”kata Jannatil sambil matanya memerhatikan Muhammad Hanafi berjalan menaiki anak tangga.
“Bibik, meh sini!” Nur Jannatil memanggil orang gajinya.
“Ya, puan,”kata bibik sambil tergesa-gesa datang ke arah Jannatil.
“Bibik kamu tolong tunjukkan bilik orang gaji dekat perempuan ni. Nanti perempuan ni akan bantu bibik buat kerja dalam rumah ni,”ujar Jannatil.
“Baik, puan. Mari ikut bibik,”kata bibik sambil memandang ke arah Intan Saleha.
bagaimana agaknya kehidupan Intan Saleha selepas ini.
Share this novel