IRIS Malaeka juga sudah lama tidak bertemu dengan keluarganya.Ini kerana Puan Yasmin melarang keras.Dia tidak suka Harith balik ke kampung bergaul bersama keluarga besannya.Takut terkena badi keluarga Iris.Baginya Iris malang mendapat ayah yang tempang sebelah kaki kanan.Dah la miskin ada hati nak berbesan dengan dia.Hina sungguh keluarga Iris di mata Puan Yasmin.
Bukan Encik Malik dan Puan Jamilah tidak tahu akan hal itu.Cuma mereka tidak mahu Iris rasa serba salah.Iris anak sulung mereka dan harapan keluarga.Dua lagi adik Iris,Mardia dan Izz masih lagi belajar.Segala perbelanjaan sekolah adik-adiknya Iris yang tanggung.Jadi mereka diamkan saja tak mahu bebankan perasaan Iris.
"Iris,ibu tak nak masuk campur.Tapi ibu rasa Iris tak payah la nak bagi duit lagi.Iris dah kahwin.Apa yang Iris buat kena minta izin suami dulu."nasihat Puan Jamilah.Dia tak mahu Iris mendapat susah kerana mereka.
"Ibu,ni duit Iris.Duit hasil titik peluh Iris.Abang Harith dah tahu dari awal lagi yang Iris memang bantu keluarga.Dia tak larang pun."jelas Iris Malaeka.Dari sebelum mereka kahwin lagi,dia dah terangkan semua pada Harith.Dan Harith sangat memahami.
"Tapi..Iris dah jadi isteri orang.Ibu tak nak menyusahkan Iris."bertakung sedikit airmata di tubir mata Puan Jamilah.Dia sedih sebenarnya akan nasib anaknya Iris.
"Ibu..Iris tak pernah anggap ibu ayah dan adik-adik beban Iris.Ini tanggungjawab Iris.Tanggungjawab Iris untuk beri apa yang Iris mampu.Iris berjaya tamat belajar pun sebab doa ayah dah ibu.Iris ada kerjaya sekarang pun sebab doa ayah dan ibu.Iris bersyukur sangat sebab abang Harith faham keadaan Iris.Ibu dengan ayah jangan risau."terang Iris menyakinkan ibunya.
Puan Jamilah memeluk erat anaknya, Iris Malaeka.Itu pelukan terakhir sejak dua tahun lalu.Lepas tu terus Iris Malaeka tidak dibenarkan balik ke kampung lagi.Puan Yasmin tak izinkan Iris Malaeka berhubung dengan keluarga dia lagi.Siap bagi kata dua samada dia pilih Harith atau keluarganya sendiri.Iris serba salah di kanan suami dan ibu mentuanya.Di sebelah kiri keluarga kandungnya sendiri.Iris terpaksa memendam kerinduan yang mendalam terhadap keluarganya.Harith pun tak boleh buat apa bila Puan Yasmin menggugut mahu keluarkan dia dari syarikat keluarga jika dia tidak menurut kata.
sampai bab 2 dulu :) nnt updated lagi :)
Share this novel