“Aku nak daddy aku. Call daddy aku.” merintih Sofia Amelia dalam kesakitan. Sakit di pinggangnya tidak mampu untuk ditahan lagi. Rohani yang duduk sebelah Sofia Amelia berasa kasihan.
“Sofi, tolong tahan sakit itu sikit. Lagi sekejap je klinik sampai.” Iskandar Faiz turut berasa sayu dengan Sofia Amelia.
“Yes Sofi. Kau tahan lah sikit.” rambut kawan baiknya diusap perlahan.
“Daddy!” raung Sofia Amelia. Dia sangat memerlukan ayahnya di sisi sekarang untuk memberi kekuatan pada dirinya. Selalunya kalau Sofia Amelia sakit, Dato’Johari akan berada di sisinya. Segala kerjanya akan diabaikan oleh Dato’Johari.
Selepas beberapa minit, mereka sampai ke satu poliklinik. Kalau hendak pergi ke Specialist agak lambat. Memandangkan Sofia Amelia tidak mampu tahan sakit, Iskandar Faiz membawa ke poliklinik yang berdekatan. Rohani menolong Sofia Amelia untuk keluar dari kereta Iskandar Faiz.
“Sofi, bagi saya IC awak. Saya nak daftar kan nama awak kat kaunter.” Iskandar Faiz tanya perlahan. Dia tidak mampu tengok keadaan Sofia Amelia yang sakit itu.
“Here it is, Is.” Rohani mengambil IC dari beg Sofia Amelia dan menghulur kepada Iskandar Faiz.
Telefon bimbit Iskandar Faiz pula berbunyi apabila dia berada di kaunter untuk daftar. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar. Nama Wahidah Tiara terpapar di telefon bimbitnya. Perasaan marah terhadap Wahidah Tiara makin membuak. Panggilannya tidak dijawab. Iskandar Faiz risau kalau dirinya tidak dapat dikawal sekiranya menjawab panggilannya.
“Sofia Amelia!” seorang jururawat memanggil namanya. Rohani memapah Sofia Amelia dan bawa masuk ke dalam bilik rawatan. Iskandar Faiz pula sabar menunggu di luar bilik.
“Why Tia? Kenapa makin hari perangai awak tu berubah? Mana perginya Wahidah Tiara yang saya kenal dan jatuh cinta dulu?” Iskandar Faiz bersandar lesu di sofanya. Gambar kekasihnya ditenung.
**********************
“Tak guna! Apa kurangnya aku? Muka aku ni nampak teruk ke? Kenapa dia tak suka aku? Kenapa dia malukan aku?” Adam jerit sekuat hatinya. Beg sandangnya dilempar ke dinding. Khairil yang berehat di biliknya terkejut apabila mendengar jeritan Adam. Cepat-cepat Khairil keluar dari biliknya untuk tengok keadaan Adam.
“Cha! Kenapa ni?” Khairil menyoal sambil menghampiri Adam yang duduk di atas sofa. Rambutnya serabai. Kedua-dua tangannya mengepal.
Persoalan Khairil tidak dijawab. Mata Adam tidak sekali pun memandang Khairil. Matanya hanya menekur lantai. Khairil boleh jangka siapa punca Adam terjadi sebegini. Khairil mendekati Adam. Punggung dilabuhkan di sebelah Adam. Tangannya diletak di bahu Adam.
“Cha?” Khairil bersuara perlahan.
Adam mendongak dan membalas pandangan Khairil. Mata merah itu menyebabkan Khairil terkedu. Otak Khairil cuba membayangkan apa yang telah terjadi tadi.
“Kau okay ke tak?” soalan pertama itu muncul dari mulut Khairil. Namun, tiada balasan dari Adam.
“Adam, bagitahu lah aku apa dah jadi. Kenapa kau macam ni? Share lah dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong kau?” pujuk Khairil lagi.
“Sofia tak suka aku. Dia cakap muka aku nampak teruk. Dia benci aku.” tutur Adam. Apabila kejadian tadi diingat balik, hatinya begitu sakit. Geram dengan perempuan yang bernama Sofia Amelia.
“Cha, kan aku dah warn kau dari hari itu lagi. Jangan kacau perempuan sombong itu lagi. Dia bukan macam perempuan lain. Dia itu berlagak. Lagak sebab dia kaya. Dia memang lah tak pandang orang macam kita.”
“Kenapa Khairil? Kau tahu kan ayah aku ni doktor. Memang keluarga aku ni kaya. Macam keluarga Sofia jugak. Tapi salah ke aku nak hidup sendiri? Salah ke aku belajar dengan guna duit sendiri? Aku just nak independent.”
Ayah Adam seorang pakar ortopedik. Ibunya pula seorang ahli perniagaan. Adam adalah anak tunggal. Adam dimanjakan oleh kedua-dua ibu bapanya. Sehingga Adam habiskan zaman persekolahan, ibu bapa Adam yang tanggung semuanya. Adam tidak pernah bekerja. Kawan-kawan dia semua bekerja dan mencari duit sendiri. Disebabkan itu Adam tinggal berjauh dari ibu bapanya untuk belajar dengan duit sendiri. Ibu bapa Adam pun tidak menghalang keinginan Adam. Mereka ikut sahaja dengan keinginan Adam.
“Aku tahu cha. Aku tahu sangat pasal latar belakang keluarga kau. Tapi Sofia tak tahu apa-apa pasal kau. Lagi satu dia itu bukan mudah jatuh cinta. She is not a girl like we think cha.”
“Maksud kau Sofia akan cinta kalau berduit? Sofia mengutamakan kekayaan ke? Macam itu?” menyoal Adam dengan nada geram.
“Aku bukan maksudkan itu Adam. Kau fikir lah betul-betul. Kau dah pun berusaha untuk menarik perhatian Sofia. Tapi adakah dia hargai semua perbuatan kau?” soalan Khairil membuatkan Adam diam sejenak. Fikir tentang persoalan Khairil.
“Sejujurnya betul jugak apa yang Khairil kata. Tak pernah sekali pun Sofia menghargai apa yang aku buat. Setiap kali dia akan marahkan dan malukan aku.” Adam mengumam sendiri.
“Cha, better kau stop seeking her attention. Lupakan dia. Dia tu tak sesuai untuk kau. Better kau layan Christina tu.” Khairil menasihati Adam.
“Tak! Aku tak akan biarkan dia hidup aman lepas ni. Dia malukan aku depan semua tadi. Kau tak akan faham perasaan aku. Kau tahu tak aku malu. Seumur ini aku tak pernah dilakukan macam ni. I will make her feel regret for what she had done.” nekad Adam.
“Cha! Kau jangan buat bukan-bukan.” Khairil memberi amaran kepada Adam. Khairil risau Adam akan membuat perkara bukan-bukan.
**************************
"Sofi awak okay ke tak?” tanya Iskandar Faiz.
Sofia Amelia dan Rohani baru sahaja keluar dari bilik rawatan. Sofia Amelia hanya mengangguk kepalanya.
“Rohani, apa doktor cakap?”
“Doktor kata bengkak sikit. Itu yang dia rasa sakit bila duduk. Doktor kata dia akan okay lagi 2 atau 3 hari.” terang Rohani.
“Tak ada apa-apa serius kan?” risau Iskandar Faiz.
“Tak. jangan risau.”
“Alhamdulillah. Nasib baik tulang Sofi tak patah.”
“Awak nak tulang saya patah ke?” menyoal Sofia Amelia geram.
“Hish! Apa pulak cakap macam itu. Saya takut kalau-kalau jadi lebih teruk. Dah lah awak jerit tadi. Tak tahan sakit.” kata Iskandar Faiz.
“Cik Sofia Amelia.”
“Sofi, aku pergi ambil ubat and bayar bil.” Rohani bangun untuk pergi ke kaunter pembayaran dan ambil ubat.
“Tak pe Rohani. Saya bayar bil. Awak cuba call Christina untuk bawa kereta Sofi ke rumah dia, boleh?”
“Owh. Okay.” jawab Rohani.
“So sweet of him.” sempat Rohani memuji Iskandar Faiz dalam hatinya.
“Assalamualaikum Christina. Kau bawa kereta Sofi ke rumah dia.” - Rohani.
“Waalaikumsalam. Okay. Sofi okay tak?” - Christina.
“Dia okay. Sekejap lagi kita jumpa kat rumah Sofi. Bawa kereta elok-elok.” - Rohani.
“Dah jom. Kita balik rumah.” Iskandar Faiz mengambil kunci keretanya.
*********************
“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam. Ya Allah. Cik Sofi! Kenapa ni?” Mak Ziah membuka pintu utamanya. Tengok muka Sofia Amelia macam tak maya je.
“Jemput masuk. Saya panggil Dato’ ye.” Mak Ziah menjemput Iskandar Faiz dan Rohani masuk ke dalam rumahnya. Mak Ziah naik ke atas untuk memanggil Dato’Johari.
Tok! Tok! Tok!
“Ye Ziah? Kenapa nampak risau?” menyoal Dato’Johari kepada Mak Ziah yang nampak risau.
“Dato’ turun ke bawah sekejap. Cik Sofi.”
“Kenapa dengan Sofi?” Dato’Johari tergesa-gesa keluar dari biliknya apabila mendengar nama anak tunggalnya.
“Sofi! Kenapa ni?”
“Assalamualaikkum Dato’.” Iskandar Faiz memberi salam.
“Waalaikumsalam Is. Kenapa dengan Sofi?
“Daddy, Sofi jatuh tadi.” belum sempat Iskandar Faiz menjawab soalan Dato’Johari, Sofia Amelia mencelah.
“Jatuh? Macam mana boleh jatuh ni?”
“Silap langkah.”
“Next time be careful Sofi. Dah pergi klinik?”
“Dah. Is dengan Rohani bawa Sofi ke klinik.”
“Terima kasih Is.” Dato’Johari meraih kedua-dua tangan Iskandar Faiz.
“Its okay uncle.” hanya itu sahaja dapat menjawab oleh Iskandar Faiz.
“Nasib baik Sofi tak buka cerita tadi. Kalau dia cerita semuanya, tak pasal-pasal Tia kena saman nanti.” Iskandar Faiz membebel dalam hati.
**********************
“Christina aku rasa kan aku batalkan challenge aku dengan Sofi.” Rohani mulakan perbualannya.
“Good to hear it Rohani. Aku pun rasa lebih baik kau batalkan challenge kau.”
“Yes. Aku akan bagitahu kat Sofi besok.”
“Esok kita pergi jumpa Sofi. Kau bagitahu dia elok-elok.”
“Yelah. Biar Wahidah Tiara hidup gembira dengan Iskandar Faiz. Disebabkan challenge ini kasihan Sofi kena belasah dengan Wahidah Tiara.” menyesal Rohani. Kalaulah Rohani tidak mencabar Sofia Amelia hari itu, sekarang ini Sofia Amelia tidak dilayan seperti ini oleh Wahidah Tiara.
Share this novel