walaupun sudah 3 tahun virus ini menyerang dan memusnahkan Malaysia, Zul tetap setia mengenakan seragam tentera miliknya. Zul merasakan dia masih lagi seorang pegawai tentera yang berjuang demi tanah airnya. Zul masih ingat kejadian 3 tahun yang lalu.
3 Tahun yang lalu di pos kawalan tentera Kuala Lumpur....
"Tuan, Kuala Lumpur sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Kita kena berundur." Kata seorang Leftenan kepada Zul yang ketika itu merupakan pegawai memerintah pasukan batalion ke 2 RAMD yang bertugas di sana.
"Kau nak pergi kau pergi tapi aku akan tetap di tempat ni walau apa pun yang terjadi." Tegas Zul yang tidak mahu berundur.
"Tapi tuan, ini merupakan arahan dari Brigadier Jeneral Akbal Singh. Sudah lah tuan apa yang tuan nak buat lagi. Semua penduduk bandar ni yang terselamat dah berpindah, hanya Kita sahaja di sini." Balas Leftenan tersebut yang Cuba memujuk pegawai atasannya itu.
Di pos ketenteraan itu hanya ada tinggal kira kira 65 orang anggota tentera dan 22 anggota polis serta 8 orang awam sahaja yang masih tinggal.
"Aku dah tiada Siapa-siapa lagi di dunia ini. Isteri dan anak aku dah lama tiada. Aku tiada ibu bapa sejak kecil lagi. Dari dulu aku di tinggal di jalanan, mengutip sampah dan aku sering menjadi mangsa kumpulan gangster dan balaci yang paksa aku kutip sedekah. Nasib baik aku diselamatkan. itulah yang menjadikan aku kuat hingga ke hari ini. Aku yakin aku mampu hapuskan semua makhluk makhluk durjana tu dari negara ini. itu sumpah aku dan aku takkan pergi selagi sumpah aku tak terlaksanakan." Kata Zul lagi sambil menceritakan kisah masa lalunya.
"Kalau itu pilihan tuan saya tak dapat buat apa-apa. tapi kalau tuan tukar fikiran hubungi kami lalui radio itu. Saya akan tinggalkan bekalan senjata dan makanan kepada tuan. Saya doakan tuan berjaya. Cuma jika tuan perlu hadap mahkamah tentera, Saya tak dapat tolong apa-apa." Kata Leftenan itu akhirnya akur dengan keputusan Zul. Akhirnya, pasukan tentera yang tinggal berundur dan tinggallah Zul sendirian. Pasukan tentera yang berundur tersebut bergerak ke arah Johor Bahru yang masih selamat dari virus zombie. Johor dikelilingi oleh tembok besar yang tinggi serta di kawal ketat oleh pasukan tentera Malaysia yang dibantu oleh anggota tentera JMF (Johor Military Forces) dan juga pasukan pengaman dari Jordan dan Pakistan.
Zul terjaga dari tidurnya. Dia bergegas turun dari katil lalu mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Selepas solat subuh, Zul keluar mencari bahan makanan sambil membawa senjata lengkap.
Zul keluar ke arah bandar dan mencari bekalan makanan di kawasan tersebut. Zul melihat sebuah kereta perisai tentera yang berada di celah runtuhan bangunan. Zul menghampiri kereta perisai tersebut lalu membuka pintu kereta perisai tersebut dengan menggunakan bahan letupan.
Beberapa ekor zombie berseragam tentera keluar dari kereta perisai tersebut lalu menyerang Zul. Zul melepaskan tembakan dan membunuh kesemua zombie di dalam kereta perisai itu. Zul masuk ke dalam dan menjumpai beberapa paket rangsum (makanan tentera) tentera di dalam sebuah peti.
Zul gembira melihat bekalan makanan yang banyak dan mencukupi untuk seminggu. Zul mengangkut semua makanan dan senjata di dalam kereta perisai itu lalu pergi dari sana. Ketika Zul sedang memandu, Zul melihat kelibat berpakaian hitam di atas sebuah bangunan.
Pada mulanya, Zul menyangka kelibat itu merupakan seekor Zombie namun Zul melihat pergerakan kelibat itu seperti manusia biasa dan Zul juga melihat kelibat itu melihat ke arah tangan seperti sedang melihat jam tangan. Zul merasa pelik, Zombie pun guna jam tangan? Zul memberhentikan kereta lalu pergi ke arah bangunan tersebut.
Menyedari kehadiran Zul, kelibat itu terus melarikan diri. Zul cuba mengejar kelibat itu namun dia sangat pantas melarikan diri. Kali ini Zul yakin jika itu memang manusia.
Zul mundar mandir di sekeliling kawasan bangunan berharap dapat berjumpa dengan kelibat tadi namun dia tidak lagi kelihatan di sana. Zul akhirnya memutuskan untuk pulang ke rumah dan berehat. Selepas pulang Zul segera mencampakkan diri ke sebuah sofa untuk melepaskan penat.
Zul terfikir, siapa yang dia nampak tadi dan kenapa dia masih tinggal di tempat ini sedangkan banyak lagi zon selamat yang boleh di duduki? Semua ini menambahkan tanda tanya di minda Zul. Kerana terlalu penat akhirnya Zul terlelap di atas sofa.
Di sebuah tempat....
Seorang perempuan berpakaian hitam masuk ke sebuah bilik yang menjadi tempat tinggalnya. Dia meletakkan senjatanya di tepi sofa. Perempuan itu memiliki tiga senjata utama iaitu pedang samurai, Senapang jenis Acc-int. AWM dan juga pistol jenis revolver.
Dia duduk di sebuah sofa lalu melihat sebuah gambar di atas sebuah meja. Perempuan itu lalu mengambil gambar tersebut dan tiba-tiba saja dia menangis. Air mata membasahi wajah jelitanya lalu dia berkata.....
"Adik akan balas dendam untuk Mak dan Abah." Kata perempuan tersebut lalu dia bangun untuk mendirikan solat zohor.
Share this novel