Prologue

Drama Series 633633

“Dr Hana. Dr Emery is looking for you” Hana Aishah yang sedang berjalan menuju ke kafeteria hospital itu terus terhenti apabila jururawat yang sedang duduk di kaunter itu memaklumkan kepadanya.

“Gosh, now what” jururawat berbangsa Thailand bernama Jessi itu tertawa melihat reaksi kelat Hana Aishah saat itu.

“Ahh you know her dear. Just shut your ear off when she’s starts yapping” Hana Aishah tertawa mendengar jawapan Jessi berserta dengan gaya mengejek Emery. Seorang wanita British yang tidak digemari di hospital itu.

“As if you can shut that ‘oooo why did you do this ... its suppose to be like this... yada yada yada’. I just got back from seeing referrals. I’m really hungry and I need to pump anyway. Haishhh. Just tell her I’ve been paged can you gorgeous “ Hana Aishah benar - benar lapar dan tidak mahu berjumpa dengan teman sekerjanya itu.

“Go grab your brunch Dr Hana. Just ignore her. I know how to do deal with her. She just woke up at the wrong side of the bed” Jessi dapat melihat kepenatan doktornya itu.

“Thanks Jessi. Owe you big time gorgeous” Hana Aishah tersenyum lebar ke arah Jessi yang mengeyitkan matanya ke arahnya itu. perjalananannya disambung kembali.

Tidak cukup kaki dia hari itu menerima rujukan - rujukan daripada pelbagai jabatan di hospital itu. Sampai tidak sempat makan. Dengan keadaan dirinya yang masih lagi menyusukan Adam , badannya cepat letih dan memerlukan zat yang banyak.

Ini pun dadanya sudah mulai berdenyut kerana dia tidak sempat mengepam susunya semenjak masuk kerja pada jam 8 pagi tadi. Kasihan anaknya yang tidak akan berjumpa dengannya sampai keesokan harinya. Kalau dia oncall bermakna bermalamlah dia di hospital.

Kadang - kadang kalau waktu oncall nya tidak sibuk sempat juga Scott , Emir ataupun Mikhail membawa Adam ke hospital untuk berjumpanya. Tetapi melihat keadaannya hari itu, dia seperti dapat mengagak tahap kesibukannya.

Kakinya dilajukan menuju ke kafe untuk membeli makanan sementara dia sempat. Tidak sampai 5 minit Hana Aishah memborong , dia menuju pula ke bilik doktor oncall di tingkat 11 bangunan hospital itu. Sambil mulutnya mengunyah sambil itu dia memulakan proses mengepam susu badannya.

“Ya Allah. Ease my oncall today” Hana Aishah berdoa sambil matanya melihat hasil susunya yang tidak banyak hari itu. Inilah akibatnya kalau dia terlalu sibuk dan tidak cukup makan. Yang menerima natijahnya , anaknya Adam.

“Sorry Adam” keluhan berat dilepaskan Hana Aishah.

Lamunannya terhenti saat deringan telefonnya berbunyi. Hana Aishah tersenyum lebar melihat nama pemanggil itu. Diletakkan roti sandwich yang dibelinya sebelum dia menekan punat pembesar suara.

“Assalamualaikum Umi” suara garau itu menegur.

“Waalaikumussalam Papa Mikha” ceria suara Hana Aishah menjawab walaupun jelas kepenatan di sebalik suara itu.

“You sounds tired Hana? How’s you call so far?” suara Mikhail yang kerisauan itu bertanya. Hana Aishah dapat mendengar suara latar belakang yang agak bising itu.

“Bad as usual. Anyway enough about me, you’re on the way to the course is it?” Hana Aishah membalas. Tangannya mengambil kembali sandwich yang masih separuh berbaki itu.

“In the car as we speak now. Hang in there ok. Just another 18 hours to go” Mikhail seperti selalu pandai memujuk Hana Aishah.

“I miss Adam. And the milk is not coming out that much cause I’ve been busy plus I just had my brunch now” Hana Aishah mengadu kepenatan. Ini baru 6 jam masuk shift.

“I’ve put the energy bar in you oncall bag yesterday. There’s 10 of it. Just bring 2 in your pocket everytime you see referrals. Don’t skip meals Hana. I told you right” Hana Aishah sudah tersenyum sendiri mendengar bebelan Mikhail itu.

“Ok Papa. Jeez. So garang” Hana Aishah mengusik. Hatinya gembira sikit apabila berborak dengan lelaki itu.

“Of course. Umi is not behaving well” Mikhail tertawa sambil membalas.

“I don’t think Adam can come to see me today. I’ll just have to suck in everything and wait till tomorrow “ bibir Hana Aishah sudah dicebekkan kesedihan.

“Sweetheart. You know he’s fine at home with Em and Scott right. Don’t burden your mind like this. You’re working. And I’m far also. So better behave” Hana Aishah tersenyum kembali mendengar bicara Mikhail itu.

“Yeah. I know. I miss you by the way. Adam too. Its been a week already” Hana Aishah mengeluh berat.

Mikhail terpaksa mengikuti kursus di USA untuk satu bulan. Sudah hampir seminggu lelaki itu pergi meninggalkan mereka. Rindunya anaknya Adam tidak boleh dibawa berbincang. Dua malam anak kecil itu mencari Mikhail. Nasiblah ada Scott dan Emir.

“I miss both of you too. So take care of yourself. I’m not there if you’re in trouble” Hana Aishah tersenyum pahit.

“I can’t thank Him enough for sending the three of you to me and Adam” sebak suara Hana Aishah memberitahu jujur.

“I’ve never imagine that a total stranger will take us in and accept us to this extend. When ... when ... “ Mikhail hanya diam mendengar luahan ibu tunggal itu.

“God this is so hard. Its so hard to explain. When your family become a stranger and stranger becomes a family” deruan nafas Mikhail kedengaran di talian itu. Seperti selalu Hana Aishah tidak akan memberitahu cerita sebenar kepada mereka.

“Enough sweetheart. You’re oncall now. Focus on that” Mikhail memujuk Hana Aishah.

Entah mengapa pagi tadi hatinya sudah tergerak mahu memanggil wanita itu. Betullah sangkaannya. Memang setiap kali Hana Aishah oncall , emosi wanita itu akan menjadi tidak stabil. Lama mereka berborak di talian. Apabila Mikhail pasti Hana Aishah sudah stabil sedikit barulah dia meletakkan ganggang.

Usai meletakkan talian telefon , kesunyian bilik itu mula kembali mengasak jiwa Hana Aishah. Apabila dia sudah menyimpan susunya di peti sejuk beku di bilik itu kakinya melangkah menuju ke jendela kecil di bilik oncall itu.

Mata Hana Aishah memandang ke bangunan pencakar langit di Kota London. Pemandangan daripada bilik oncall itu menggamit berbagai rasa. Sudah tiga tahun dua bulan dia berada di kota metropolitan itu.

Tiga tahun meninggalkan bumi Malaysia. Setiap hari dia bertarung untuk tidak memikirkan tentang tanah airnya. Rindunya dengan segalanya di sana tetapi dia tahu saat dia menjejakkan kaki di tanah airnya , nyawa Adam akan berada dalam bahaya.

Semenjak hari lahir Adam yang ke dua ini hatinya tidak keruan. Entah mengapa mimpi ngerinya menjadi semakin kerap. Emosinya semakin tidak stabil. Hana Aishah cuba untuk menguatkan dirinya tetapi semakin hari tekanan yang dihadapinya semakin hebat.

Perasaan bersalah kerana memisahkan Adam dengan Fakhrul menghantui sehingga saat itu. Setiap kali melihat Adam menumpang kasih tiga lelaki itu , hatinya seperti dicucuk sembilu.

“We just need to get pregnant again. Everything will be ok after this. Abang , sayang and our babies. It’ll be just us. Ok” kata - kata lelaki itu pada pagi terakhir mereka bersama. Erat pelukan Hana Aishah pagi itu. Mata Hana Aishah dipejam rapat seperti dapat merasai kehangatan tubuh suaminya. Haruman badan lelaki itu yang menyesakkan tetapi dalam masa yang sama menenangkan hatinya.

Hana Aishah cepat - cepat beristighfar saat itu. Dia perlu fokus. Sekarang saat dia sedang bertugas dia tidak boleh lalai dan terbawa oleh emosi. Bermain dengan nyawa manusia ini memerlukan dirinya untuk fokus.

Sejadah diambil , dia duduk memohon padaNya. Seperti selalu , tempat mengadunya. Untuk menceritakan keperitan yang dilaluinya Hana Aishah tidak kuat. Tiga lelaki itu sentiasa sabar dan setia untuk mendengar tetapi dirinya masih tidak kuat untuk mengikati dua tahun terakhir yang dilaluinya di Malaysia yang membuatnya dirinya pergi membawa diri.

Alat pager yang di pegang Hana Aishah berbunyi. Hana Aishah memandang alat itu seketika mengumpul balik kekuatan dirinya. Seperti yang diajar pakar kaunselinnya , nafasnya ditarik dan dihela beberapa kali. Perlahan - lahan hatinya mulai tenang.

Kali ini panggilan daripada wadnya. Kakinya melangkah perlahan menuju ke lif tetapi saat itu dia seperti mahu memanjangkan masa perjalanannya untuk ke wad. Jadi kakinya berjalan perlahan menuju ke tangga kecemasan. Satu per satu langkah di ambil.

Hana Aishah mengosongkan fikirannya dalam setiap langkah yang diambilnya. Dia mengira setiap tangga yang dituruninya itu sampailah ke tingkat empat. Sewaktu kakinya mahu membuka pintu untuk menuju ke lobi itu , telefonnya berdering lagi. Lagu Maher Zain , InsyaAllah berkumandang.

Bibir Hana Aishah tersenyum buat kesekian kalinya melihat nama pemanggil daripada Malaysia itu. Satu - satunya manusia daripada tanah airnya yang masih berhubung dengannya.

“Assalamualaikum Pa...” salam cerianya berubah saat mendengar perkabaran yang diterimanya daripada Malaysia itu. Kakinya terus longlai saat itu. Hana Aishah terduduk di sebalik pintu itu. Air matanya gugur.

“Ya Allah...” kata - kata itu meluncur di bibirnya sebelum segalanya kelam saat itu.

Share this novel

Nur Izzah Kamal
2022-09-11 16:34:01 

Harap jgn la lm sgt delay ye jenuh tggu

Linda Adnil
2022-07-06 13:52:54 

tq eva....... sedih.....complicated.... Dr pun bila warded jadi degil nak discharge hehehhehehhe

YAZNI-ERNIE
2022-03-22 23:14:12 

bedt


NovelPlus Premium

The best ads free experience