BAB 13

Family Completed 6753

Kecut juga Fitri tengok muka garang Azril. Kalau penumbuk lelaki itu
singgah ke mukanya, mahu lebam berminggu. Tak nak dia beraya dengan muka
lebam. Kedua-dua belah tangannya diangkat ke paras bahu. “Okey, aku
minta maaf. Aku nak kau nasihatkan sikit bini kau tu, jangan masuk
campur urusan rumah tangga aku.”
Azril mengerut dahi. Halilah di belakang dipandang. “Apa yang Eyla dah
buat?”
“Mana ada Eyla buat apa-apa. Eyla cuma bagi pendapat /je. /Kalau Emma
dah tak tahan nak hidup bermadu, bercerai adalah jalan yang terbaik.
Abang tahu tak, Fitri madukan Emma senyap-senyap? Dia tu lelaki yang tak
reti bersyukur. Emma tu punyalah baik, dia pergi kahwin lain. Gatal
punya lelaki. Dasar tak cukup dengan sorang bini!”
Azril mengeluh kesal. Matanya dipejam dan dia memicit batang hidung yang
terletak di antara dua biji mata.
Menyinga Fitri mendengar kata-kata Halilah. “Yang kau menyibuk kenapa?
Ni hal rumah tangga aku. Suka hati akulah nak kahwin sampai berapa pun!
Ada aku minta duit kau ke kalau aku nak kahwin lain? Tak ada kan?”
“Aku menyibuk sebab Emma tu kawan aku. Kalau kau berlaku adil tak adanya
aku suruh dia minta cerailah!” Halilah turut membalas dengan suara tinggi.
Emma berlari mendapatkan Fitri. “Abang, dahlah. Jom kita balik. Malulah
bergaduh bulan puasa ni.” Lengan suaminya ditarik kuat.
Fitri menepis pegangan Emma. “Oh, tahu kau malu? Habis tu masalah
keluarga kau cerita kat perempuan tu, kau tak malu /pulak?/”
“Abang, saya minta cara baik, kan? Yang abang buat kecoh sampai macam ni
kenapa? Daripada orang tak tahu, terus ramai yang tahu.”
“Dia pukul kau lagi ke, Emma?” Halilah nampak pipi Emma merah. “Aku
pantang betul kalau lelaki naik tangan kat perempuan ni. Kalau kau dah
tak sayang dia, baik kau lepaskan dia /je./ Dia berhak cari kebahagiaan
dia sendiri. Kalau dia hidup dengan lelaki tak guna macam kau, lagi
sengsara hidup dia.”
“Kau diam boleh tak?!” Tajam Fitri merenung Halilah. “Kau, Emma... kau
nak cerai sangat kan... baik, aku boleh lepaskan kau!”
“Bawa bersabar, Fitri. Cerai ni bukan perkara main-main. Bincang dulu
sebelum buat keputusan. Aku tak nak kau menyesal nanti.” Azril memegang
bahu Fitri.
Fitri menepis tangan Azril. “Kau tak payah nak pujuk akulah, Je. Kau pun
sama macam bini kau tu!” Dia memandang Emma semula. “Kau dengar sini
baik-baik, Emma.” Dia menarik nafas. “Emma Zurina binti Abdullah,
bersaksikan semua orang, aku ceraikan kau dengan talak satu!” Usai
melafaz, dia berlalu dari situ.
Emma memejam mata. Dia menerima segalanya dengan reda. Matanya dibuka
apabila terasa tangannya dipegang.
“Kau okey tak, Emma?” Halilah menggenggam kuat tangan Emma, cuba
menyalurkan kekuatan.
“Aku okey. Kau jangan risau. Memang ni yang aku nak.” Emma senyum.
“Eyla, Je... aku minta maaf sebab Fitri buat kecoh tadi. Aku balik dulu,
malam ni aku nak balik kampung. Selamat berbuka dan selamat hari raya.”
“Puas hati Eyla sekarang dapat runtuhkan masjid orang?” Azril bersuara
sebaik saja Halilah menutup pintu rumah.
“Abang ni kenapa? Nak bela si Fitri tu ke?” Halilah tayang muka tak puas
hati pada Azril yang duduk di sofa.
“Abang bukan nak membela dia tapi abang tak suka Eyla masuk campur tadi.
Biarlah Fitri tu nak kahwin berapa pun. Dia lelaki. Lelaki boleh kahwin
empat. Yang Eyla suruh Emma minta cerai tu kenapa?”
Berang Halilah mendengarnya. Dia bercekak pinggang. “Oh, maknanya abang
pun ada hatilah nak kahwin lain?”
“Apa /pulak /babitkan abang ni? Kita tengah bercakap pasal Emma kan
sekarang?”
“Yalah, abang tu macam menyokong sangat poligami. Ingat Eyla tak sakit
hati ke? Abang jangan nak cari pasal eh...” Halilah menarik nafas.
Semput pula bertegang urat dengan suaminya.
“Kalau abang nak kahwin lain pun tak salahlah. Abang mampu nak beristeri
lebih.”
Halilah mengetap gigi. “Kalau abang nak tengok Eyla pergi jauh, abang
buatlah.”
“Suka hati abanglah nak kahwin lagi ke tak. Itu hak abang. Kalau dah
tertulis macam tu, Eyla sebagai isteri kena terima. Dah, abang malas nak
gaduh dengan Eyla lagi.” Azril berlalu ke dapur sebaik saja mendengar
azan maghrib berkumandang. Air diteguk rakus menghilangkan rasa panas di
hati. Balik kerja terus dihidang dengan drama pergaduhan, mana hati dia
tak panas? Lagi-lagi apabila isterinya terbabit sama dalam skrip itu.
Suasana di dapur terasa tegang. Masing-masing diam tak bersuara.
Sesekali tangan bersentuhan ketika mahu mengambil lauk. Namun
cepat-cepat ditarik tangan daripada sudu.
*****
AZRIL terjaga apabila jam loceng di telefon pintarnya berbunyi.
Tangannya pantas mematikan bunyi jam, kemudian tangannya menggagau
mencari isterinya di sebelah. “Eyla, bangun. Dah pukul 4.” Terus matanya
tercelik apabila tempat pembaringan isterinya kosong.

Diliarkan mata ke seluruh bilik, namun tiada kelibat si
isteri. Dia bangun membuka lampu bilik. Matanya terarah pada beg balik
kampung, hanya tinggal satu beg saja di situ. Bergegas dia turun ke
bawah, mencari isterinya di dapur namun dapur nampak gelap. Tak mungkin
isterinya duduk di dalam gelap. Kemudian dia membuka pintu rumah. Dia
lihat kereta isterinya tak ada. Sah, isterinya lari dari rumah!

Jantung Azril berdegup laju. Bimbangkan si isteri yang
membuat perangai. “Ya Allah, mana Eyla pergi ni?” Dia bergegas ke bilik
mendapatkan telefon pintar, kemudian mendail nombor Halilah. Namun si
isteri langsung tak mengangkat panggilan. Sekali lagi dia mendail tetap
sama. “Entah-entah dia balik rumah mak kot?” Telefon rumah emak
mentuanya pula didail.

“Assalamualaikum...”

“Waalaikumussalam, mak.” Dia menjawab salam sebaik saja
taliannya bersambut. “/Erk... /mak, Eyla ada kat sana tak?”

“Ada kat dapur tu. Terkejut mak pukul 3 pagi dia sampai.
Kamu berdua ni bergaduh ke? Mak tanya, dia senyap /je./”

Terasa tercekik air liur mahu menjawab. Namun dalam hati
Azril lega isterinya baik-baik saja. “Tak adalah, mak. Mana ada gaduh,
cuma selisih faham sikit. Tak sangka /pulak /dia merajuk sampai macam tu
sekali. Boleh mak panggilkan Eyla?”

“Kejap mak panggil.”

Lama Azril menunggu. Lima minit kemudian baru terdengar
ganggang diangkat.

“/Hmmm.../” Dingin suara Halilah dihujung talian.

“/Hmmm je?/ Bagi salam ke apa dah tak ada?” Panas juga hati
Azril. Dia punyalah risau, Halilah boleh buat tak bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience