Chapter 1: Hari Biasa

Superhero Series 699

Sssssss
......
........
BOOOOM!!!!

"SERANG!!!!!!!" jerit seorang lelaki kepada semua yang berada di situ.

Orang ramai mula menyerang apa yang dikatakan sebagai musuh.Suasana perang di seluruh dunia telah menjadikan tempat yang dulunya aman menjadi kucar kacir.Mayat orang-orang yang tidak bersalah berada di merata tempat.Tiada siapa yang sempat untuk menangis mahupun berasa gembira.Di dalam kepala setiap orang cumalah mempunyai keinginan untuk menghabiskan perang ini.

"Aaaaa" seorang lelaki berperisai sedang bertarung dengan seekor makhluk yang berupa seperti manusia.

"Haru,belakang awak!" seorang perempuan memberi amaran lelaki tersebut untuk mengelak.

Lelaki tersebut diserang dari belakang.Dia telah jatuh disebabkan serangan itu.Kemudian,dia mula berkata.....

"Macam mana semua benda ni boleh terjadi?Saya ada buat salah di mana?Adakah saya mahu menjadi seorang hero dari awal lagi......"

"Haru!Bangunlah,Haru!"
"....."

"Apa yang kamu mengelamun lagi ni,Haru!"

"Eh,mak?Sekarang pukul berapa?"

"Pukul berapa?Kamu tengok jam tu.Lagi 30 minit pintu pagar sekolah kamu akan tutup"

"Eeeeehh!" budak lelaki itu bangun dengan lekas dan segera bersiap untuk ke sekolah.Dengan mengendahkan sarapan pagi yang disediakan ibunya,dia berlari ke sekolah dengan sepenuh hati.

Pasti ramai yang tertanya,siapakah lelaki yang sedang berlari ini?Rambut hitam yang tidak terlalu panjang,tidak terlalu pendek,lurus dan disikat dengan rapi,muka yang licin dan menjadi idaman para wanita,badan idaman para lelaki serta rupa yang kacak menarik minat semua umur.Haha,tak lain tak bukan,lelaki ini ialah saya,Kuroiwa Haru! Saya merupakan pelajar tahun kedua Sekolah Tinggi Midoriyama.Merupakan ahli terbaik dalam pasukan bola keranjang sekolah.Saya telah membawa pasukan sekolah ke peringkat antarabangsa dan berjaya mendapat tempat kedua!!!!

"Sikit ja lagi!!!" jerit saya dalam hati sambil berlari dengan sepenuh tenaga.

"Aaaaarggghhhh,SAFE!!!!!!!" dengan penuh gaya,saya sliding melepasi pagar sekolah seperti pemain baseball terbaik di dunia.

"Kenapa awak tergesa-gesa ni?Awak ada 20 minit lagi.Lagipun,rumah awak cuma beberapa meter dari sini kan" kata seorang perempuan yang berkaca mata sambil menghulurkan tangan untuk membantu saya bangun.

Saya menerima bantuannya dan berterima kasih padanya "Haha,mak saya kejut saya pagi tadi macam saya betul-betul sudah terlewat jadi saya pun paniklah"

"Haih,mak awak kejut untuk bersarapanlah tu dan juga bukan awak yang kata hari ini pasukan bola keranjang ada latihan pagi" kata perempuan itu.

Nama perempuan ini ialah Murasaki Chisato.Dia sebaya dengan saya dan juga rakan saya dari kecil.Kami pergi ke sekolah yang sama setiap tahun.Disebabkan hal ini,ramai yang menyangka kami ni berdating tapi sebenarnya tidak.Kami cumalah kawan dan kami juga ada beberapa sebab kami tidak boleh memandang satu sama lain sebagai pasangan.Sebabnya biarlah rahsia bagi kami sahaja.Oh,dan sebelum saya lupa,saya memanggil Chisato dengan nama Chi-sama.Sebenarnya,saya sudah terlupa kenapa saya panggil dia macam tu sebab saya telah panggil dia seperti itu sejak kami kecil lagi.Apapun,kalau saya diberi borang yang bertanya siapa kawan baik kamu dan siapa yang paling kamu percayai,jawapan saya semestinya Chi-sama!

"Baiklah,saya pergi dulu" sambil melambai tangan kepada Chi-sama,saya berlari ke arah gelanggang bola keranjang.

"Awak lewat hari ni,Haru-senpai" tegur seorang junior saya.

"Maaflah,hari ni saya terlajak tidur.Jadi ayuh kita mulakan latihan" kata saya dengan semangat.

"Baiklah,kami telah bahagi kumpulan jadi Haru-senpai akan berada di kumpulan B"

"Nice!" kata saya lalu teringat yang saya terlupa bawa baju sukan ataupun jersi saya.Cikgu lepaskan saya kali ini dan benarkan saya bermain dengan pakaian seragam sekolah.

Dan permainan pun bermula,
Permainan dimulakan dengan kumpulan A mengelecek bola dan saling menghantar bola sesama mereka.Kumpulan A dipenuhi dengan pemain utama pasukan sekolah jadi ahli kumpulan B nampaknya agak sukar untuk mengawal perlawanan ini.Namun,mereka mungkin sudah terlupa tapi Ace sekolah ini ada di sini!

"Heh,ini bola saya!" dengan licik saya mengambil bola dari mereka.Saya mengelecek bola dengan sangat lincah.Tiada seorang pun yang dapat menyentuh saya.Namun,saya tidak boleh bermain-main lama sangat.

"Tanaka,pass" saya menghantar bola pada junior saya.Dia menjadi panik seketika sehinggalah dia melihat tangan saya.Semua ahli pasukan bola keranjang Sekolah Tinggi Midoriyama faham maksud isyarat tangan yang saya lakukan ini.Inilah teknik yang saya berusaha untuk mahirinya!

"Haru-senpai!!!"

"Jangan harap saya akan benarkan awak" salah seorang pemain terbaik pasukan kami cuba menahan bola tersebut tetapi ia takkan semudah itu.

"Awak ingat sekadar block macam tu saya tidak boleh melepasinya?Awak dah silap!"
"Aaaargghhh"

"I-itu dia!Teknik yang hanya boleh digunakan oleh Haru dan teknik yang telah membawa pasukan sekolah kita ke peringkat antarabangsa!Itulah Curve Throw!!!!!" jerit salah seorang pelajar seperti seorang komentator.

Bola itu berjaya masuk ke dalam jaring!Dengan itu,latihan pagi berakhir dengan satu jaringan dari kumpulan B dalam perlawanan 10 minit itu.Selepas itu,saya dan yang lain pergi ke bilik persalinan untuk membersihkan diri.Chi-sama tinggalkan pakaian yang bersih di hadapan bilik persalinan dan kata yang dia dapatnya dari rumah saya sebab dia tahu yang saya akan bermain dengan baju seragam sekolah.Kenapa dia tak dapatkan baju sukan sekali kalau macam tu?Ahli yang lain membaca mesej yang ditinggalkan itu dan mengusik saya.Tidak kiralah berapa kali saya beritahu mereka,mereka akan kata yang saya dan Chi-sama bercinta.Budak muda zaman sekarang ni memang tiada benda lain selain cinta kah dalam kepala?

Setelah selesai membersihkan diri dan menukar pakaian,saya berjalan ke kelas saya.Dalam perjalanan,saya terserempak dengan satu kebun bunga yang dipenuhi pelbagai jenis bunga.Ada yang pernah saya lihat dan ada yang baru saya kenal.Setahu saya,orang yang menanam bunga-bunga ini ialah pelajar dan bukannya pekebun.Dari apa yang saya tengok,pelajar itu memang tekun dan teliti dalam menjaga kebun ini.Pokok-pokok bunga ini sangatlah subur dan disiram setiap hari serta saya rasa orang itu datang ke sekolah pada hari cuti juga untuk menyiram pokok bunga di sini.Saya yakin yang tanam semua pokok bunga di sini ialah pelajar junior sebab ia baru ada di sini dan selama saya berada di sekolah ini,tiada siapa yang saya percaya ada jari hijau termasuklah Chi-sama...

"Eh,Haru-senpai?Apa yang awak buat di sini" kata seorang perempuan yang berdiri di sebelah saya sambil memegang bekas siraman.Macam yang saya agak,memang junior yang jaga pokok ini.

"Tak ada apa pun.Saya cuma menikmati pemandangan bunga-bunga di sini"

"Oh,macam tu.Err,boleh beri saya laluan untuk menyiram pokok-pokok ni" kata dia sambil menundukkan mukanya.

"Ah,eh,ah,baiklah.Saya pun patut pergi ke kelas saya sekarang.Jumpa lagi"

Okay,okay.Apa tu tadi?Macam yang saya kata,saya tiada perasaan cinta pada Chi-sama dan saya juga memang merendah-rendahkan mereka yang hanya fikirkan tentang cinta.Tapi dengan perempuan ini berbeza!!!Dialah heroine ideal saya!Tiada yang saya minat selain dia! Dan sebelum saya terlupa,saya akan perkenalkan junior saya tadi.Nama dia ialah Mizuki Sakura.Dia merupakan pengurus pasukan bola keranjang sekolah ini selama sebulan dan letak jawatannya kerana dia mahu lakukan aktiviti lain.Ramai yang agak kecewa ketika itu kerana mereka pun meminati dia tapi saya berasa lega sebab mereka semua tu senang berubah hati dan mula jatuh cinta dengan pengurus baharu kami.Saya tidaklah selalu bercakap dengan Sakura tetapi kadang saya akan berbual dengan dia ketika waktu balik sekolah.

Dia beritahu saya yang dia sangat suka dengan bunga dan buat keputusan untuk letak jawatan sebagai pengurus pasukan bola keranjang dan sertai kelab yang lebih fokuskan penanaman bunga dan sebagainya.Dia juga pernah beritahu saya yang abang dia bersekolah di sini dan dia pelajar tahun 3 pada tahun ini.Namun,abang dia telah berkurung di rumah selama setahun sejak tahun lepas.Saya mungkin pernah tengok dan mungkin tidak abang dia tapi saya agak kasihan dengarnya.Dan juga,dengar suara dia yang risau akan orang lain membuat saya sangat lemah dan membuat saya mahu memberi segala hidup saya dan membantu dia.Haaaaahhh.....

Selepas tamat sekolah,saya akan pergi makmal sains untuk berjumpa dengan Chi-sama.Dia suka berada di situ kerana dia sentiasa melakukan eksperimen dan dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang saintis yang boleh mencipta apa jenis ubat yang mengubati penyakit di dunia.Dia jadi macam tu kerana dia kehilangan ibu dan bapanya disebabkan penyakit tanpa penawar.Kemudian,dia dijaga oleh jiran saya yang merupakan nenek dia.

"Hei,Chi-sama!Kenapa awak tidak ambil baju sukan saya sahaja tadi kalau awak balik ke rumah" kata saya.

"Jika saya beri awak baju sukan pastinya awak tidak akan datang ke sini sebaliknya pergi berlatih bola keranjang" balas Chi-sama.

"Eh,awak cemburu ke?Tak pernah-pernah pula awak cemburu" balas saya dengan nada yang mahu mengusiknya.

Sambil menarik pipi saya,dia membalas "Siapa yang nak saya ajar mata pelajaran sains pada dia kerana pada ujian baru-baru ini,markah dia cuma cukup-cukup makan saja"

"Ma-maafkan saya,Chi-sama yang agung"

"Huh,sudahlah tu.Jangan buang masa lagi.Ayuh kita mulakan"

Sebelum sempat kami memulakan sesi pembelajaran hari ini, seseorang membuka pintu makmal dan yang membuka itu ialah....

"Err,Murasaki-senpai!Boleh awak tolong saya dengan baja ini dan eh,Haru-senpai" yang membuka pintu itu ialah Sakura.Nampaknya dia memerlukan bantuan Chi-sama.

"Hei,bunga idaman hati awak ada di sini.Pergilah cuba buat sesuatu pada dia" usik Chi-sama dengan suara yang perlahan.

"Di-diamlah" balas saya.

"Haru,boleh awak tunggu sebentar.Saya mahu uruskan ini dahulu.Awak boleh cuba ulang kaji semua kertas periksa sebelum ini dulu"
"Jadi,baja mana yang awak nak saya tengok,Sakura"

Dengan begitu sahaja,dia tinggalkan saya belajar bersendirian.Selepas beberapa minit,dia kembali dan sambung mengajar saya.Setelah beberapa jam,kami pulang ke rumah.

"Hah,baring di atas katil selepas mandi sememangnya rasa sangat selesa!"
"Hurm,rasanya berapa lamalah saya akan dapat rasa keselesaan ini.Bila-bila masa saja saya boleh hilang hari biasa saya ini" kata-kata yang penuh mendalam itu keluar dari mulut saya setelah tamat membaca komik kegemaran yang akhirnya telah tamat.

"Haru,pergi tidur.Kamu sedar sudah pukul berapa sekarang" jerit ibu saya.Apalah akan jadi pada saya jika tidak dengar kata dia?Mungkin dia akan keluarkan laser dari mata dia dan tembak saya.Haha,kelakar betul.Baiklah,masa untuk tidur.Selamat tinggal hari ini,hello pada hari esok....

"Aaargghhhhhh,saya dah betul-betul lewat hari ni!"
"Mak,kenapa lansung tak kejut saya.Coach pasti akan marah saya sebab lewat untuk dua hari"

Hurm?Kenapa mereka senyap saja?Selalunya ibu saya akan sebat saya dengan selipar kerana lewat ke sekolah tetapi mereka cuma terdiam sahaja melihat saya dengan muka yang pelik.

"Err,kamu ni siapa?" satu-satunya perkataan yang saya tidak mahu keluar dari ibu saya telah keluar dari mulutnya tiba-tiba.

"Eh,sayalah.Haru,Haru!"

"Ha-Haru?" ibu dan ayah saya membuat riak muka yang menunjukkan mereka lansung tidak melawak.

Biar betul?Mereka ni memang tak ingat sayakah??? APA SEMUA NI!?!?????!???

Siap pun

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience