Ariana Atilia baru saja tiba di rumah. Tubuh gadis itu yang masih terasa kesejukan membalut tubuhnya menggunakan sut kemeja yang diberikan oleh Adi Ashraf. Maklumlah tubuh tegap Adi Ashraf terlalu besar berbanding dengan tubuh kecil Ariana Atilia.
Sut tersebut berjaya membalut tubuhnya dengan sempurna. Terasa hangat tubuhnya apabila memakai pakaian itu. Secara tiba-tiba, dia terbersin hingga hidungnya mula kemerahan. Hingus mula keluar dari rongga hidungnya membuatkan Ariana Atilia tak selesa.
Suhu badannya juga mula meningkat sedikit demi sedikit. Semua simptom itu menunjukkan bahawa dirinya akan demam panas tak lama lagi. Dia melajukan langkah ke dalam bilik tidur untuk segera membersihkan diri.
Riak wajahnya dimasamkan. Ini semua sebab Adi Ashraf! Kalau dia balik awal tadi mesti tak demam macam ni. Dia sudah la paling tak suka apabila demam. Mulutnya mula membebel kecil tentang kedegilan lelaki itu yang membuatkan dia semakin geram.
Baru sahaja dia mahu menanggalkan pakaian, sut lelaki itu menarik perhatiannya. Mungkin dia marah kepada Adi Ashraf kerana menjadi penyebab dia demam tapi dia tak dapat menafikan bahawa dia terasa terharu dengan tindakan tunangnya itu sebentar tadi.
"I don't like people staring on what's mine."
Kata-kata lelaki itu mula terlayar difikiran membuatkan pipinya mula terasa hangat. Tangannya naik ditekapkan pada kedua-dua belah pipinya yang gebu itu. Kepalanya digelengkan. Anak rambutnya terjuntai pada dahinya beralun mengikut pergerakan kepalanya.
"Stop, Ariana. Kau kena kawal perasaan kau. Jangan lemah." ucap gadis itu pada dirinya sendiri.
Sekali lagi, dia terbersin. Kepalanya mula sakit mencucuk membuatkan dia pening. Keluhan kecil dilepaskan daripada bibirnya yang mungil itu. Belakang tangannya ditekap didahi. Sut itu tadi diambil oleh Ariana Atilia.
"Tengok aku demam sebab kau. Jahat!" marah Ariana Atilia pada pakaian tersebut. Seolah-olah membayangkan Adi Ashraf yang berada dihadapannya sekarang ini.
Entah mengapa, pakaian tersebut dibawa ke dalam pelukan gadis itu tanpa dia sendiri tahu penyebabnya. Bau minyak wangi yang dipakai oleh Adi Ashraf menerpa ke dalam rongga hidung Ariana Atilia. Dia mendekatkan lagi sut tersebut agar dapat menghidu bau tersebut dengan lebih jelas.
Bibirnya mengulum senyuman. Bau lelaki itu membuatkan terbuai sehingga mengurangkan rasa sakitnya di bahagian kepala. Selepas beberapa ketika, Ariana Atilia mula sedar dengan perbuatannya. Dia tertawa halus.
"Kenapa? Kenapa kau boleh jadi jahat dengan sweet dalam satu masa, Adi Ashraf?" gumam Ariana Atilia perlahan sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Sut tersebut dia telah letakkan ke dalam mesin basuh terlebih dahulu. Mahu memulangkannya dengan cepat kepada tunangnya. Risau nanti dituduhnya yang bukan-bukan oleh Adi Ashraf.
Siapa je tak kenal Adi Ashraf macam mana kan?
Usai membersihkan diri, Ariana Atilia menelan dua biji panadol untuk mengelakkan dia terkena demam panas. Lalu, tubuhnya dihempaskan ke atas katil empuk miliknya. Telefon pintarnya yang berada di atas meja diambil. Satu mesej ringkas dihantar kepada tunangnya.
Nanti aku pulangkan sut kau.
Sebaik saja mesej itu dihantar, aplikasi WhatsApp itu ditutup. Namun satu mesej baharu masuk membuatkan dia membuka kembali aplikasi tersebut. Dia terkejut macam tak percaya apabila buat pertama kalinya tunangnya itu membalas dalam masa yang singkat!
Bukan apa tapi Adi Ashraf selalu membalas lambat mesej yang dihantar olehnya. Tak pun tak balas langsung. Dia memang kejam. Tapi sekurang lepas dua atau tiga minggu tu dia balas la jugak. Tapi sakit hati jugak bila dia hantar punya lama tapi dapat balasan...
"Aku tak rindu kau."
"Jangan kacau aku boleh tak?"
Disebabkan itulah kalau nak berbual dengan tunang dia tu memerlukan kesabaran yang tinggi. Perempuan mana je yang sanggup tahan dengan lelaki macam dia tu? Harap muka hensem tapi perangai ke laut!
Sempat juga Ariana Atilia mengutuk lelaki itu dalam diam. Mesej yang dihantar oleh Adi Ashraf dibaca dengan penuh fokus.
"No need."
"It's yours for now."
Ariana Atilia menarik nafas dalam-dalam. Sabar. Tunang dia tu cuma nak cakap yang sut tu sekarang dia punya je. Yang dia rasa terharu tu dah kenapa? Fikir Ariana Atilia dalam diam.
Cincin pertunangan yang tersarung pada jarinya dipandang lama. Tangan gadis itu mula memusingkan cincin tersebut sesekali. Dia hanyut dalam lamunan sendiri.
Mampukah dia membahgiakan Adi Ashraf selepas mereka berkahwin nanti? Apa agaknya yang akan terjadi pada rumah tangga mereka pada masa yang akan datang? Atau mampukah Adi Ashraf memaafkan dirinya setelah apa yang sudah terjadi selama ini.
Suasana yang sunyi sepi membuatkan Ariana Atilia berfikir dengan lebih mendalam. Dia sendiri tak tahu bagaimana untuk menghadapi semua itu bersendirian. Galeri telefonnya dibuka. Sekeping gambar seorang gadis itu ditatap lama.
Ariana Atilia mengukir senyuman lemah. Dia menyimpan kembali gambar tersebut didalam galeri telefonnya. Matanya dipejamkan sebelum terlelap dalam kepenatan. Sebaris nama tertulis pada bahagian bawah gambar itu.
Mawar Adriana.
??????
Akid Ahnaf yang baru sahaja mengetahui kakak iparnya datang melawat abangnya segera mengatur langkah ke pejabat milik Adi Ashraf. Matanya diliarkan ke sekeliling pejabat cuba mencari kelibat gadis itu. Namun malangnya tiada.
Adi Ashraf melihat adiknya yang sedang khusyuk mencari seseorang sehingga pejabatnya diterjah sebegitu sahaja. Memang pejabat dia ni tempat orang terjah sesuka hati ke apa?
"Kau kenapa?" soal Adi Ashraf akhirnya. Soalan lelaki itu membuatkan Akid Ahnaf menoleh ke arah abangnya. Kening Adi Ashraf dijongketkan sedikit.
"Aku cari Ariana. Maksud aku, kakak ipar. Mana dia? Kenapa kau tak ajak aku lepak dengan dia sekali? Aku nak bagitahu something ni." terang Adi Ashraf tak puas hati.
Adi Ashraf mengerutkan dahi. Apa yang sebenarnya yang berlaku antara tunangnya dengan adiknya? Sejak bila mereka berdua menjadi rapat sejak akhir-akhir ini.
"Tak silap aku, Ariana Atilia tu tunang aku bukan kau. Yang kau sibuk nak ambil tahu pasal dia dah kenapa, Akid? Korang berdua ada apa-apa ke hah belakang aku?" duga Adi Ashraf dengan mata yang dikecilkan.
Akid Ahnaf galak mentertawakan abangnya. Gila ke dia dengan Ariana Atilia ada apa apa? Kakak ipar dia tu punyalah garang. Masa pertama kali jumpa pun gadis itu pun jenis keras kepala. Sampai sekarang dia sendiri pun tak tahu bagaimana mereka berdua mula selesa antara satu sama lain.
"Kau ni, abang. Cemburu buta! Takkanlah aku suka kakak ipar. Aku dah ada orang lain la." balas Akid Ahnaf sambil memegang perut yang sakit kerana terlalu banyak ketawa.
Lantas, mulutnya ditekap menggunakan tangan apabila dia sedar bahawa sendiri telah mendedahkan sesuatu yang paling ingin disembunyikan dari Adi Ashraf. Mulut ni pun satu!
Adi Ashraf mengulum senyuman kecil. Dia sendiri dengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi. Nampaknya telah tiba gilirannya pula untuk mengenakan adiknya kembali. Manakala, Akid Ahnaf sudah mula mengelabah. Tangannya mengosok bahagian belakang kepalanya.
"Oh kau-" kata-kata Adi Ashraf dibiarkan tergantung apabila telefon pintarnya mula berdering. Akid Ahnaf menghela nafas lega.
"Kita tak habis lagi eh." bisik Adi Ashraf kepada Akid Ahnaf sebelum menjawab panggilan. Akid Ahnaf tersenyum kekok sambil mengangkat bahu. Dia keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan abangnya.
Nama pemanggil yang terpapar pada skrin telefon pintarnya membuatkan dia mula tertanya-tanya. Tanpa berlengah, panggilan itu diangkat oleh Adi Ashraf.
"Helo, Alif." ucap Adi Ashraf cuba menyembunyikan rasa ingin tahunya.
"Helo, Adi. Aku ada maklumat baru tentang tunang kau. Kau free tak sekarang?" soal Alif Zafran terus terang.
Adi Ashraf mengerling jam tangan di tangannya. Jadualnya pada saat itu diperiksa sekali lagi untuk memastikan sekiranya ada apa-apa pertemuan atau mesyuarat. Mujurlah tiada.
"Haah, aku free sekarang. So, kita nak jumpa dekat mana ni?" balas Adi Ashraf memaklumkan kepada penyiasat pensendirian yang diupah olehnya.
"Kalau macam tu, aku datang office kau. Aku on the way." maklum Alif Zafran pula.
Adi Ashraf membalas dengan okay sebelum panggilan tersebut diputuskan. Sambil menunggu lelaki itu, Adi Ashraf bermain-main dengan telefon pintarnya untuk seketika.
Mesej yang dihantar oleh Ariana Atilia dibalas dengan pantas. Nak buat macam mana apabila dah tak ada apa nak buat? Baik dia kacau tunang dia sendiri berbanding kacau orang lain kan?
Ketukan di pintu pejabatnya menghentikan tindakan Adi Ashraf. Dia melaung masuk dari dalam. Tak lama selepas itu, Alif Zafran masuk menyapa Adi Ashraf. Mereka berdua bersalaman. Alif Zafran mengambil tempat dihadapan Adi Ashraf selepas dipelawa oleh lelaki itu.
"Ni fail tentang tunang kau, Ariana Atilia. Semua maklumat dia ada dalam tu. Jangan risau, maklumat kali ni memang betul. Bukan yang palsu lagi dah." ucap Alif Zafran sambil menyuakan sebuah fail yang mengandungi maklumat tentang Ariana Atilia kepada Adi Ashraf.
Adi Ashraf mengangguk perlahan. Fail tersebut bertukar tangan. Satu persatu helaian fail itu diselak lalu dibaca dengan teliti. Beberapa gambar Ariana Atilia turut disertakan di dalam fail tersebut.
"Berdasarkan apa yang aku siasat, Ariana bekerja dari rumah untuk tolong Encik Johan kendalikan syarikat. Sebab tu kita tak tahu waktu bekerja dia bila. Buat masa sekarang, dia tinggal dengan ibu bapa dia, Puan Sandra dengan Encik Johan." terang Alif Zafran memberikan maklumat lanjut.
"Tapi kenapa dia pilih kerja dari rumah? Bukan syarikat Encik Johan tu antara yang terbesar ke?" soal Adi Ashraf pelik dengan pilihan tunangnya.
"Itu aku tak tahu lagi. Mungkin ada alasan peribadi. Tapi aku akan usahakan untuk cari maklumat tentang tu." balas Alif Zafran tenang.
Adi Ashraf yang sudah selesai meneliti kandungan fail tersebut meletakkan fail itu didalam laci mejanya. Laci meja tersebut dikunci agar tiada sesiapa mengetahui tentang kewujudan fail itu. Lebih-lebih lagi, Ariana Atilia.
"Oh lagi satu, Adi. Ariana Atilia ada abang. Tak pasti sama ada abang kandung atau abang angkat. Sebab dalam surat beranak dia tertulis yang dia anak tunggal. Yang lebih mencurigakan bila sebenarnya Puan Sandra tak boleh mengandung. Maklumat tentang Puan Sandra tu tak boleh dikatakan sahih atau tak." kata Alif Zafran hampir terlupa menyampaikan maklumat yang penting itu.
Adi Ashraf mengerutkan dahi. Misteri tentang Ariana Atilia masih tidak dapat dirungkaikan lagi. Malah menjadi semakin rumit. Apa lagi yang disembunyikan oleh gadis itu sebenarnya?
"Maksudnya, sama ada Encik Johan dengan Puan Sandra ambil Ariana sebagai anak angkat untuk dijadikan pewaris syarikat dia orang atau Puan Sandra sebenarnya boleh mengandung? Tapi apa kena mengena dengan abang Ariana? Siapa dia? Dia dekat mana sekarang?" soal Adi Ashraf menyuarakan persoalan yang bermain di fikiran.
" Tentang abang dia tu memang tak ada maklumat langsung. Seolah-olah macam tak wujud. Tapi salah satu rekod Ariana mengatakan dia ada abang. Tak apa, aku akan siasat tentang ni dengan lebih dalam." maklum Alif Zafran meyakinkan Adi Ashraf.
Adi Ashraf mengangguk kecil. Mereka berjabat tangan sebelum berpisah. Dia harap Alif Zafran takkan menghampakan dirinya.
"Teruskan siasat Ariana senyap-senyap."
??????
Izz Faris merenung pada gambar pertunangan Adi Ashraf bersama Ariana Atilia. Dia mengukir senyuman lebar apabila melihat senyuman yang terukir pada wajah Adi Ashraf sepanjang pertunangan tersebut berlangsung.
Namun, senyumannya mati serta-merta apabila teringatkan sebab lelaki itu bersetuju untuk berkahwin dengan Ariana Atilia. Dia mula bersimpati terhadap nasib pasangan tersebut. Risau sekiranya mereka berakhir dengan kedua-duanya terluka pada akhirnya.
Wajah Ariana Atilia ditatap lebih lama oleh Izz Faris. Sungguh wajah gadis itu mengingatkan dia kepada seseorang yang dia kenali. Namun, dia tak dapat mengingati dimana mereka pernah berjumpa.
Akhirnya, dia bercadang untuk mendail sebuah nombor telefon untuk mengesahkan sangkaannya itu. Namun panggilan tersebut sering kali masuk ke dalam peti suara. Barangkali nombor telefon tersebut telah ditukar. Keluhan berat dilepaskan. Sebaris nama gadis itu memenuhi ruang fikiran Izz Faris.
Ariana Atilia.
-To be continued..-
Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! Rasa macam nak buat triple update tapi kita tengok dulu macam mana eh? Kalau tak jadi, author mintak maaf awal-awal hehehe... Have a nice day! -ftnfzyyy-
Share this novel