DIA 21

Romance Completed 131781

"Ayah tak kira apa pun alasan yang Hazz dengan Hanis nak cakap sebab keputusan ayah muktamad! Kamu berdua kena kahwin secepatnya!" Marah ayah Hazzar.

Hazzar dan bondanya memandang wajah ayahnya dengan pandangan tidak percaya. Hazzar bersandar pada sofa. Hanis pula hanya menundukkan kepala dan bermain dengan jarinya.

"Ayah... Kan Hazz dah cakap kitaorang tak buat apa-apa yang tak senonoh pun! Kitaorang kena perangkap." Ujar Hazzar tetapi ayahnya sekadar memandang ke tempat lain.

"Abang, tak mungkin Hazzar akan buat macam- "

Ayahnya bangun.

"Apa yang tak mungkin!? Awak sendiri tahu perangai Hazzar macam manakan? Kaki botol kaki perempuan. Takkan itu tak cukup untuk membuktikan apa yang dia dah buat dekat Hanis!?" Celah ayahnya.

"Ayah Hazz tak pernah sentuh mana-mana perempuan! Hazz tak pernah sentuh mana-mana perempuan dan Hazz bersumpah yang Hazz tak sentuh Hanis!" Balasnya dengan nada tinggi.

"Sudahlah Hazzar. Ayah dah masak dengan perangai kamu!" Marah ayahnya balik.

Hazzar memukul sofa dengan kuat. Hazzar menoleh ke arah Hanis.

"Kalau ayah tak percaya, tanya Hanis. Hazzar tak sentuh dia pun. Aku tak sentuh kau kan?" Soal Hazzar.

Terhinjut sedikit bahu Hanis mendengar soalan Hazzar. Hanis melihat wajah setiap orang yang sedang memandangnya. Hanis tak pasti apa yang sudah terjadi pada dirinya dan Hazzar semalam.

"Hanis... Hanis tak tahu." Ujar Hanis perlahan.

Hazzar gigit bibir. Geram dengan Hanis. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia mencekik leher Hanis tapi itulah, bonda dan ayahnya berada disitu. Hanis mengeluh.

"Hey perempuan! Aku tahu kau yang nak perangkap anak-anak aku supaya kau dapat kikis harta anak aku kan? Kan!?" Suara bondanya kian meningkat.

Hanis menggeleng perlahan sambil matanya memandang wajah bonda Hazzar. Ayah Hazzar sudah menggeleng kepala memandang isterinya.

"Kalau ayah nak Hazzar kahwin dengan Hanis sebab benda yang Hazzar dah buat tu okay, tapi masalahnya sekarang ni Hazzar tak boleh kahwin dengan Hanis!"

"Kenape!!?"

"Sebab Ikram!" Balas Hazzar.

Hanis mengerutkan dahi memandangnya. Begitu juga dengan bonda dan ayahnya.

"Kenape sebab Ikram?" Hanis mula berbicara.

Hazzar mengeluh lalu berpaling memandang wajah Hanis.

"Sebab... Sebab Ikram cintakan kau. Dia berharap dia boleh miliki kau. Dia sangat-sangat berharap kau boleh tolong ubah dia kepada yang lebih baik. Aku sanggup korbankan apa saja untuk dia, termasuk kau. Sebab itulah aku tak nak kahwin dengan kau!" Ujarnya.

Hanis sekadar memandangnya dengan wajah sayu.

"Jadi Hazz sanggup ke tanggung malu? Hanis sanggup ke?" Soal ayahnya.

Masing-masing tidak bersuara dan hanya memandang antara satu sama lain. Hanis menggeleng perlahan. Begitu juga dengan Hazzar.

"Jadi... Kahwin." Ujar ayahnya ringkas.

Hanis menundukkan kepala, kalau babahnya tahu habis dia. Ada juga dia haramkan Hanis untuk berjumpanya nanti.

"Tak ada cara lain ke?" Soal Hanis.

Hazzar menoleh.

"Tadi ayah aku tanya kau sanggup tanggung malu kau geleng. Ni je jalan yang tinggal. Kalau tak, nama kau dengan nama aku hancur. KO!" Balas Hazzar.

Tiba-tiba ada seseorang melangkah masuk ke dalam rumah, Ikram. Dari semalam dia tidak pulang ke rumah. Entah ke mana dia pergi.

"Bonda, kereta siape dekat lu- " Langkah Ikram terhenti termasuk dengan kata-katanya.

Ikram berjalan laju menuju ke arah Hanis. Hanis memandang wajah Ikram. Dia rasa bersalah, dia sudah buat Ikram berharap dengan dia dan kini, dia pasti Ikram akan kecewa dengannya. Ikram melutut di hadapannya.

"Hanis awak pergi mana semalam? Puas saya cari awak tapi tak jumpa. Saya risau dekat awak. Awak pergi mana hahh? Kenape tiba-tiba saja hilang?" Soalnya dengan nada penuh risau.

Hanis tidak menjawab dan sekadar mengetap bibir.

Melihat tindakan Hanis, Ikram terus menoleh ke arah ayah, bonda dan Hazzar. Dia bangun apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Lagi satu, apa yang Hanis buat dekat rumah ni?

"Angah, semalam pun kau hilang. Lepas kau pergi tandas kau langsung tak muncul-muncul. Kau pergi mana?" Hazzar tidak menjawab.

Ikram beralih pandangan ke arah bonda dan ayahnya.

"Bonda, ayah, kenape ni? Macam ada perkara besar dah berlaku? Apa yang Hanis buat dekat sini?" Tiada sahutan dari sesiapa.

Bondanya hanya menjeling Hanis. Hazzar bangun lalu memegang bahu Ikram. Ikram menoleh. Walau apapun yang terjadi, dia tetap perlu katakan semua ni. Dia perlu berterus terang dengan Ikram.

"Aku minta maaf Ik. Aku tak sangka semua ni akan terjadi." Ujar Hazzar.

Ikram mula rasa tak sedap hati. Dia melihat Hazzar dan Hanis bersilih ganti. Kepalanya hanya memikirkan satu, Hanis dan Hazzar. Dia mengundur ke belakang sedikit. Kepala digeleng perlahan. Matanya mula berair.

"Kau bukan nak cakap yang kau dengan Hanis...." Hazzar mengangguk.

Air mata jantan Ikram jatuh. Buat pertama kalinya, dia benar-benar rasa apa itu jatuh cinta dan apa itu dikecewakan. Tangan Ikram naik ke atas kepala.

"Apa kau dah buat Hazz!?" Dia mendekati Hazzar lalu mencengkam kolar baju Hazzar.

Ayahnya dan Hanis serentak bangun.

"Ikram lepaskan!" Arahan ayahnya dia buat tak tahu.

"Kau tahu aku cintakan dia, aku sayang dia tapi kenape kau nak ambik dia dari aku Hazz!! Aku belum sempat mula apa-apa kau dah cantas. Kau si*l Hazz!!" Ikram menarik Hazzar keluar lalu melepaskan tumbukan padu.

"Ikram!!" Jerit bonda dan ayahnya serentak.

Hazzar jatuh. Hanis pula terpaku macam ais. Air mata Ikram masih mengalir keluar. Hazzar langsung tidak melawan, dibiarkan sahaja Ikram berbuat sedemikian. Baginya, Ikram layak untuk berbuat sedemikian.

"Pukullah aku Ik, memang aku salah. Tapi aku nak kau tahu, aku tak pernah sentuh Hanis. Aku tak pernah ada apa-apa perasaan dekat dia dan aku takkan pernah atau cuba untuk cintakan dia. Sebab cuma dia yang boleh buat kau gembira, aku nak kau gembira. Kau belum dengan sebab kedua kenape aku tak nak dekat Hanis." Ujarnya perlahan.

Ikram sekadar memandangnya dengan pandangan marah.

"Sebabnya adalah, aku sayang kau. Aku tak nak kau kecewa aku nak kau bahagia dan aku tak nak hancurkan hati kau. Aku tahu ini kali pertama kau betul-betul cintakan seseorang dan aku tak nak dia lukakan kau. Tapi aku betul-betul tak sangka semua ni akan menimpa dekat aku dan Hanis. Aku... Tak tahu nak buat apa Ikram." Ujar Hazzar lagi.

Ikram menoleh ke arah Hanis.

"Boleh tak kalau aku ganti tempat kau Hazz?" Soalnya dengan nada dingin.

"Kalau aku boleh buat macam tu dah lama aku buat tapi aku tak boleh Ikram. Aku tetap terpaksa kahwin dengan Hanis, itu je cara untuk jaga nama keluarga kita dari dipandang serong oleh orang luar." Balas Hazzar.

Ikram berjalan mendekati Hanis lalu menarik tangannya. Hanis terpaksa mengikuti Ikram. Mereka semua tidak bersuara dan sekadar memandang mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience