Hakim membawa Adam ke arah terletak motorsikalnya. Mereka berada di tingkat satu dan melihat melalui cermin ke bawah stesen terdapat kerumunan zombi pada bahagian parking untuk motor kerana masih terdapat beberapa tubuh segar bergelimpangan di situ. " Alamak, banyak pula zombi dekat motor abang tu. ! "Hakim mengeluh. " Urmm... biar saya tembak zombi tu dan kita dapatkan balik motor abang?" Adam memberi cadangan. " Hakim menggeleng kepalanya tidak bersetuju. " Tak boleh. Setahu abang pistol kamu ni dah guna tadi mesti peluru makin sikit. Kamu patut jimat peluru. " Hakim berkata sambil berasa pelik akan percakapan ini. " Kalau tengok dalam cerita, zombi ni sensitif dengan bunyi. Ah, abang ada bawa speaker baru jadi kita buat bunyi berdekatan kawasan parking. Sebaik sahaja zombi ni terdengar mesti diorang berkerumum sebab bunyi speaker. Nanti kita segera pergi ke motor abang dan kita pergi daripada sini." Hakim memberi idea tetapi bila teringat akan peritnya untuk berpisah daripada speaker yang baru sahaja dibeli itu, dia lebih sayang nyawanya. Hakim menyuruh Adam supaya tunggu di pintu menghala ke parking manakala dia keluar dari pintu utama stesen dan perlahan-lahan menuju ke arah gerombolan zombi itu tidak sejauh satu meter. Dia meletakkan speaker barunya pada atas sebuah kerusi duduk dan menekan punat on sambil membuka mod bluetooth pada telefon yang hanya tinggal lima peratus. " Bluetooth connected. Ready to play music." bergema bunyi speaker itu dan Hakim kalut terus berlari masuk ke dalam stesen itu. Gerombolan zombi itu perlahan-lahan pergi ke arah speaker. Hakim menyertai Adam dan mereka berdua mengintai di celahan pintu. Hakim menekan telefonya dan speaker memainkan lagu. Kedengaran lagu jiwang melayu bergema dan semua zombi menerpa ke arah speaker. Hakim perit melihat speakernya rosak di mamah oleh zombi itu. Dia segera menarik tangan Adam dan pergi ke arah motornya. Sebaik sahaja Adam selesai membonceng motornya, dia menghidupkan enjin dan menarik perhatian gerombolan zombi tadi. Hakim segera keluar daripada petak parking dan menekan pedal memecut meninggalkan kawasan stesen itu. Motor laju melalui jalan raya yang dipenuhi kenderaan yang bergelimpangan tanpa pemandu.
Bunyi hutan dan kehijauan menemani kiri dan kanan jalan raya sedikit sebanyak menenangkan perasaan Adam yang tidak tentu arah. Walaupun dia kelihatan tenang namun fikirannya masih bercelaru mengingatkan semua yang terjadi padanya. Dia masih bersedih akan kematian tragis Harden, Milly dan lelaki askar yang tidak diketahui diketahui namanya. Dia bersyukur walaupun mereka berniat tidak baik tetapi akhirnya mereka berubah dan mahu menolongnya. Dia memeluk erat badan Hakim kerana dia lega ditemani oleh orang dewasa. Jika dia keseorangan dia fikir boleh jadi gila kelak. " Kamu ok Adam?" Hakim perasan akan perubahan Adam. " Yup ,terima kasih sebab bantu saya." Adam memberitahu. " Abang pun berterima kasih pada kamu juga. Nasib baik kamu ada berbanding abang yang tak tahu apa-apa ni. Kalau tak abang mungkin payah nak selamatkan diri. Tambahan pula, kamu pandai guna senjata tu yang paling dahsyat. Maksud abang hebat. Abang sendiri pun tak pandai guna pistol dan senapang.Oh yelah. Adik kamu ada berlindung di pusat beli belah berdekatan Orion. Jadi ada orang yang terselamat di sana? Sekejap, kalau betul kita kena musibah zombi ni mana tentera? Bukan sepatutnya kita dilindugi ke? " Hakim keliru. " Menurut kata lelaki yang tahu keberadaan adik saya memang ada orang yang terselamat berlindung di dalam mall tu. Tapi kalau pasal zombi maaf abang. Saya memang tak tahu macam mana boleh jadi sebab saya berada di hospital lama teman adik. Kami lari selamatkan diri sebab kami kena serang di sana. Kami berdua nak ke hotel cari papa kami dan kebetulan adik saya kena culik. Saya terlepas hasil bantuan adik saya dan sekarang saya nak cari dia. Saya jumpa dengan penculik adik saya dan dia beritahu adik saya diselamatkan oleh orang lain dan kini berada di mall." Adam menceritakan panjang lebar. Dia malas nak bercerita terperinci kerana agak kepenatan. " Ouh, jadi mana penculik adik kamu sekarang?" Hakim ingin tahu dan Adam hanya mengeluh dan enggan bercerita lagi kerana dia masih trauma akan kematian Harden dan Milly. Hakim mengangguk faham dan fokus semula pada pemanduaanya.
"Eh?" Kedengaran suara hairan Hakim membuatkan Adam mengintai di sebalik badan lelaki itu ke hadapan. Terdapat dua buah kereta jip yang menghalang laluan yang diletakkan di tengah jalan raya kiri dan kanan. Hakim memperlahankan motorsikal itu dan melihat terdapat tiga lelaki dewasa yang lengkap bersama senapang menanti ketibaannya. Hakim berdebar dan berhenti tidak jauh dari situ. " Hei, kau ke mari! " Arah seorang lelaki pertengahan umur sambil mengacukan senapangnya pada Hakim. Hakim tidak sedap hati. " Kau bagi kami motor dan budak kecil tu. Kami tak akan apa- apa kan engkau. Kalau kau nak, boleh jadi geng kami." Lelaki itu berteriak. Hakim dapat merasakan tangan Adam mengigil ketakutan. Adam teringat akan lelaki separuh zombi dan wanita yang menangkapnya sebelum ini pernah meyakitkan dirinya. " Abang saya tak mahu ikut mereka. " Adam berbisik. " "Abang faham. Kamu pegang kuat- kuat. Kita akan lari masuk hutan sebab abang tahu jalan alternatif nak ke sana." Hakim membalas bisikan Hakim.
Hakim menghidupkan enjin dan membelok laju memecut masuk ke dalam laluan kecil di sebelah kiri jalan raya. " Woi, tak guna! " Lelaki pertengahan umur itu melepaskan tembakan mengenai sebatang pokok besar. Mereka menaiki jip dan bergegas memandu mengikuti motor Hakim. Hakim sedaya upaya mengelak beberapa batang pokok sambil mengelak juga tembakan rawak yang datang dari arah belakang. Mereka bertuah kerana hari masih siang. " Bang" satu das tembakan akhirnya mengenai bahu kiri Hakim. " Abang!" Adam cemas dan melihat bahu Hakim yang berdarah. " Tak guna!" Hakim menyumpah. Dia menahan juga luka itu demi menyelamatkan diri dan Adam daripada penjahat yang mengejar mereka. Secara spontan Adam melepaskan pelukkan pada Hakim dan memegang besi pada tempat duduknya. Adam cemas akan keadaan Hakim yang luka. Akhirnya mereka menemui jalan raya utama kembali dan Hakim hampir goyah semasa memandu. " Abang Hakim boleh ke? Abang jangan paksa diri. Biarlah kita menyerah. Saya tak mahu abang mati sebab saya." Adam menangis teresak-esak. Hakim sayu mendengar tangisan Adam. " Adam, jangan menyerah. Abang mampu bertahan lagi. Kamu jangan macam ni. Kamu perlu sokong abang ." Hakim memujuk. Hakim mahu ke arah pusat beli belah kerana dia yakin orang yang berlindung di sana dapat membantu mereka. Dia memasuki kawasan parking kereta mall dan memecut memasuki kawasan lobi mall yang tertutup dengan pintu berkaca. Mereka berdua turun dan mengetuk pintu kaca itu meminta bantuan. Kebetulan Will sedang membuat rondaan berdekatan pintu masuk utama mall yang ditutup dengan kaca kalis peluru itu. Dia terkejut melihat Hakim yang cedera rebah sambil ditahan oleh Adam yang menangis sambil menoleh ke belakang. Will mengeluarkan walkie talkie dan berhubung dengan David yang berkawal di bahagian atas bumbung mall. " David, ini Will. Cuba lihat pada lensa senapang kau pada arah pintu hadapan mall. Ada apa-apa yang mencurikan? " . David mengintai pada scope senapang SA80 itu dan melihat dua jip memecut laju menuju ke arah mall. " Kau nak aku tembak mereka?" David menyoal. " Yup. Bagi mereka takut. Bahaya jika mereka tempuh mall ni. Cara mereka mengejar lelaki dan budak kecil di depan aku ni. Memang orang jahat. " Will membuka kunci pada pintu kaca dan memapah Hakim yang pucat akibat kehilangan banyak darah pada bahunya. " Tolong abang Hakim. Dia kena tembak. Hu...." Adam menangis sambil mengikuti Will memapah Hakim ke dalam mall. "Kunci pintu tu" dia mengarahkan dan Adam menuruti. Will membuka lagi siaran pada walkie talkie. " John, ini Will. Datang segera di eskelator tingkat satu dekat pintu utama. Ada lelaki cedera kena tembak sekarang aku bawa dia ke arah engkau. " Will memaklumkan. " Roger" John membalas. Nadia mendengar tangisan Adam kerana kebetulan dia berada di hadapan kedai baju mencari baju baru untuk Chen. " Will siapa mereka?". Nadia menyoal. Dia terus memeluk Adam yang sudah penat menangis. " Adik kamu ok? Jangan risau kami akan bantu kamu dan abang kamu. Mari ikut saya." Nadia membawa Adam pergi ke arah tempat tidur kumpulan itu yang terletak di tingkat satu di dalam kedai perabot. John sampai dan membantu Will memapah Hakim ke dalam kedai farmasi.
"Lisa sediakan peralatan." John memberi arahan kepada jururawat yang sedang memeriksa ubat di kaunter bayaran. Lisa tanpa berlengah menuruti arahan John. Di luar pula, David berjaya menembak mati seorang pemandu jip dan kereta jip itu terbabas. "Opss ,maaf. Aku punya skill masih tajam lagi,bagus." dia berkata sambil tersenyum sinis. Apabila pemandu jip pertama melihat musibah pada jip kedua terus mereka beredar dari situ bagi menyelamatakan diri. " Tak guna. Bob nak juga budak malam ni! " Lelaki pertengahan mengetuk stereng keretanya melepaskan berang sambil memandu. " Kita cuba cari budak lain di kem lain. Bahaya sebab ada penembak sniper di mall tadi. Kita kena beritahu Bob pasal ni. Pasti ramai budak-budak berlindung di dalam mall tu." Rakannya memberitahu. " Haha, kalian bersabarlah. Kami akan balas dendam untuk Bill dan Leong. " Dia mengertap gignya.
Share this novel