“Bila kau mula kerja Nori ?” tanya Carmen sambil mengesat hidung yang dari tadi menitis macam paip rosak.
“Besok aku start. Itu pun kalau aku boleh sedar.”
“Bagus juga kau dah dapat kerja ye? Tak macam aku ni melangut kat rumah tunggu jantan masuk minang… boring ah macam ni,” keluh Carmen .
Kau ni Carmen , apa yang nak risaukan, bapa kau banyak duit…duduk rumah sudahlah. Lain la macam aku ni, mak bapa aku dah lama lari dari rumah, tinggal aku seorang nak sara diri sendiri. Kalau kurus tak pe juga, …kau tengok je lah saiz aku camner, besar kedobie woi…beras 5 kilo boleh tahan lima hari je,” balas aku selamba.
Carmen atau JaCarmen ialah kawan baik aku, aku kenal dia kat hospital. Masa tu aku kerja sebagai seorang jururawat, Carmen pula pesakit yang aku rawati. Dia masuk hospital pasal overdose.
Dia anak orang kaya tapi tak sombong. Dia baru kecewa ditinggalkan Adam, tunangnya. Aku pun tak tahu apasal si Adam tu tinggalkan dia, padahal Carmen ni boleh tahan juga orangnya, ada rupa.
“Oklah Nori , aku pun dah sampai ni, aku balik duluk ye? Nanti besok kau dah balik kerja kau telefon aku ye?”
“Ok , nanti esok aku tepon kau, oh ya hampir aku terlupa…kau cakap dengan adik kau yang aku minat nak join kelas aerobik tempat dia kerja tu, suruh dia ambikkan form ye?” Carmen menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
Aku ni memang besar orangnya. Orang kat sini semua panggil aku Nori Gagah . Walaupun agak keterlaluan panggilan itu, namun aku sedar, saiz aku yang heavyweight inilah yang membuat aku digelar begitu. Macam-macam gelaran diberi. Aku pernah dengar orang panggil aku Nori Esbok atau Nori WWF. Tapi yang popular ialah Nori Gagah .
Sampai hati manusia ni, tidakkah mereka tahu yang aku juga hamba ciptaan Allah seperti mereka? Aku juga punya perasaan dan hati. Kerana saiz aku lain dari yang lain inilah aku diberhentikan kerja sebagai jururawat, mereka takut aku secara tak sengaja terklepet pesakit agaknya, dan kerana saiz inilah aku tidak mempunyai ramai kawan apatah lagi teman lelaki.
Share this novel