Chapter 20

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.20 Friendly Talk

Normal POV

Malam itu , kesemua member Olala yang tersisa berkumpul di kafe hotel. Alyn menamakan perjumpaan mereka itu sebagai Friendly Meeting.

"Nad mana?" tanya Olyn.

"Nad cakap..dia tak nak jumpa Put.." kata Alyn dengan perlahan.

Put mengeluh. "Nad still fikir Put yang bunuh Ainaa dengan Yana ke? Tsk , Nad ni.." Olyn menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Olyn , kenapa tiba-tiba kita adakan friendly meeting ni?" tanya Yaya. Caranya bertanya itu agak kasar.

"Tak boleh ke? Kitakan Olala ," Olyn berkata dengan nada tenang.

"Olala tak lengkap tanpa Ainaa dengan Yana. Nad pun macam dah taknak bersama dengan Olala lagi dah aku tengok..Olala.is no longer together" Yaya memandang dinding kaca yang menampakkan bahagian luar kafe. Cara dia pandang seperti menunjukkan yang dia berada didalam mood tidak baik.

"Kenapa , Ya?" tanya Olyn. Yaya memandangnya dengan dahi berkerut. "Kau pun..dah taknak bersama dengan Olala lagi ke? Kau takut? Kau benci? Kau lupa ke Yaya , sebelum ni kau orang paling positif dalam Olala. Kau selalu nasihat kita orang. 'We are one , we are Olala' slogan yang kau ambil dari boyband kesukaan kau , Exo. Kau pun selalu cakap , susah macam mana pun kita , kita akan sentiasa bersama. Kau dah berubah , Ya."

Yaya tidak menjawab. Dia hanya menundukkan kepalanya. "Mana Yaya yang selalu positif? Mana Yaya yang sentiasa nasihat kita orang? Mana Yaya yang kuat?" Olyn memberi pertanyaan bertubi-tubi kepada Yaya.

Air mata Yaya jatuh setitik demi setitik. "..aku takut.." bisik Yaya. "Mula-mula Ainaa , then Yana. Lepas ni siapa pulak?" tanyanya. Dia memandang Put dengan pandangan menuduh.

"Kau tanya aku? Manalah aku tahu!" kata Put.

"Yaya , stay positif. Jangan main tuduh menuduh. Kita boleh cegah semua ni daripada berlaku kalau kita semua bersama.." kata Olyn.

"Aku tak percaya dia ," Yaya menujukan ayat itu kepada Put.

"Yaya , sampai hati kau tuduh aku. Apa yang aku dah buat. Apa sebab aku nak bunuh Ainaa.dengan Yana? Aku masih waras , Ya." kata Put. Nadanya penuh kekecewaan.

"Aku tak tahu. Tapi instinct aku mengatakan kau pelakunya.."

"Go f*ck with your instinct! Aku ingat kau akan sebelahi aku. Aku ingat aku kawan baik kau! Aku kecewa dengan kau , ya.." Put bangkit dari tempat duduknya. Dia menghempas pintu semasa keluar dari kafe.

"See what you have done? I think your instinct was broke , you have to repair it.." kata Olyn. Dia menyisip hot chocolatenya. Masih dengan gaya tenangnya.

"Tak salah kalau aku syak dia kan?" Yaya berkata. Alyn menggeleng-gelengkan kepalanya. Kecewa dengan apa yang Yaya telah kata kepada Put.

"Kau bukan syak , kau tuduh. Syak dengan tuduh tu berbeza maksud , Ya." kata Alyn.

Sementara itu , Put yang sedang berada didalam keadaan depress itu berjalan ke biliknya. Dia mengeluh untuk yang kesekian kalinya.

Dia betul-betul lelah. Lelah dengan permainan yang sedang berlaku ini.

Sedang dalam perjalanan ke biliknya itu , dia terserempak dengan Nad. Put melihat Nad dengan hujung matanya. Dia kecewa apabila Nad langsung tidak memandangnya. Nad hanya berjalan melepasi Put seperti mereka tidak pernah berkenalan.

Kembali ke tiga orang gadis yang berada di kafe , Olyn menceritakan tentang dia dan Put menjumpai tali di tempat Yana mati. Dia memotong bahagian Isabella dan Cassandra. Dia tidak mahu Yaya dan Alyn bertambah takut.

"Maksudnya , Yana terjatuh sebab tersandung tali tu?" tanya Alyn. Yaya menunjukkan raut terkejutnya. Olyn mengangguk. "..ada orang yang rancang semua ni..?" gumam Alyn.

"Aku tak tahu siapa , tapi aku yakin orang tu bukan Put." kata Olyn.

"Macam mana kau boleh seyakin tu?" tanya Yaya.

"Tali tu mesti diikat masa Yana dalam perjalanan nak ambil bola dalam semak. Masa tu , Put ada dengan member lain. Nak cakap tali tu diikat sebelum game , tak logik lah kan?" Alyn dan Yaya tidak menjawab. Wajah mereka berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Betul jugak tu. Lainlah kalau Put ada kuasa , macam..dapat ramal masa depan ke.. Tu baru aku yakin dia adalah dalang dalam semua kejadian ni." Kata Alyn.

"Aku rasa bersalah sebab tuduh Put. Put mesti marah gila-gila dekat aku kan?" Yaya menundukkan kepalanya.

"Pergilah mintak maaf dekat dia ," kata Olyn.

Yaya menggigit bibirnya. Tiba-tiba dia bangun dari tempat duduknya. "Okay. Better aku pergi mintak maaf dekat dia sekarang sebelum dia benci aku.." Olyn tersenyum kecil.

"Good luck , Yaya ~" Alyn melambaikan tangannya.

Kafe menjadi sunyi kembali setelah Yaya menghilang dibalik pintu kaca itu. "Macam mana kau boleh tenang?" Alyn bertanya kepada Olyn dengan nada yang serius.

Olyn mengacau kopinya. "Aku cuba..terima kenyataan.." Jawabnya.

Alyn menyandarkan tubuhnya pada kerusi. "Aku tak faham , apa salah Ainaa dengan Yana sampai orang ni bunuh dorang." Katanya. Matanya dipejam.

Olyn melipat tangannya di hadapan dada. "Jealous maybe?" Olyn mengangkat bahunya.

Biarpun di luar Olyn nampak seperti tenang. Tapi yang sebenarnya dia betul-betul sedang ketakutkan. Dia cuba untuk lindungi rakannya , tapi dia tak tahu siapa pembunuh sebenar antara mereka semua.

Sama ada orang itu member Olala , KRS ataupun orang yang mereka tidak kenali.

*
*
*

Apabila Yaya masuk ke bilik yang dia duduki bersama Olyn dan Ani , dia lihat Yasmin sedang berbaring di atas katilnya.

"Apa kau buat kat sini?" tanya Yaya.

"Boleh tak kalau aku pindah bilik dengan kau?" tanya Yasmin kembali.

"Tapi kenapa?"

"Saja! Hehe.." Yasmin tersengih. Sengihnya itu nampak dibuat-buat. Ani yang sedang memandang mereka terus mengunyah makanan tanpa ada niat untuk menyampuk.

"Kau takut dengan Put ehh ~?" Yaya mengusik Yasmin.

"Eh , taklah. Mana ada aku takut dengan Put ," Yasmin menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak apa lah , aku kemas barang aku dulu.." kata Yaya.

-

Kini Yaya sudahpun terpacak di hadapan pintu bilik Put. Dia mengetuk pintu itu tiga kali sekuat yang mungkin dengan harapan Put akan mendengar ketukannya itu.

Pintu dibuka dengan perlahan. Put memandang Yaya dengan mata 'puffy'-nya.

"Kau nak apa?" tanya Put. Suaranya serak-serak basah.

"Yasmin tukar bilik dengan aku.." kata Yaya. Dia menunjukkan raut 'rasa bersalah'-nya.

"Kau tak takut kene bunuh dengan aku ke?" tanya Put. Dia tersenyum pahit. Yaya menggelengkan kepalanya. "Masuklah ," Put berjalan masuk. Yaya pula hanya mengikut Put dari belakang seperti 'lost kitty'.

Yaya lihat dua-dua katil tempat Yasmin dan Aleeya tidur telah pun kosong. Put merebahkan dirinya di atas katil.

"Aleeya mana?" tanya Yaya.

"Entah." menukar-nukar channel TV "Dekat bilik Adilla kot ," dia mengangkat bahunya.

Yaya duduk di atas katil Yasmin. "Put , aku mintak maaf.." katanya. Put tidak memandang dia sedikit pun. "Aku tahu aku tak patut tuduh kau. Maybe betul apa yang Olyn kata. Instinct aku dah rosak.." katanya penuh penyesalan. "Aku takut , Put. Bila dapat tahu kematian Ainaa dengan Yana bukan disebabkan bunuh diri atau kemalangan tapi sebab dibunuh , rasa takut aku semakin bertambah. Aku takut kehilangan kau. Aku sayang kau macam aku sayang adik aku. Kau bestfriend aku.." Air mata Yaya mengalir.

Put menelan air liurnya. Dia duduk berhadapan dengan Yaya. "Aku tak marah kau , Ya.. Aku cuma kecewa. Yelah , kita kawan baik dah lama. Sebelum Olala ada lagi kita dah berkawan. Aku anggap kau pun dah macam adik beradik aku sendiri. Aku tak expect yang kau akan tuduh aku sebagai pembunuh macam dorang semua. Aku ingat kau akan sebelahi aku..."

Yaya memeluk kawan baiknya itu dengan erat. "Put.. Aku mintak maaf.." lirihnya.

Put dapat rasakan bajunya basah disebabkan air mata Yaya. Dia mengusap belakang badan Yaya dengan lembut.

"Aku maafkan kau.."

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience