BAB 4

Romance Completed 41303

Saat pintu rumah dibuka , keadaan rumah gelap-gelita . Sebaik mengunci pintu , belum sempat suis ruang tamu dibuka , ruang tamu rumah itu telah terang-benderang . Lea menelan liur . Adakah suaminya sudah pulang lebih awal daripada yang sepatutnya . Lea berpaling . Dia dapat melihat suaminya sedang memandangnya dengan pandangan yang bengis .

Fakhri terkaku seketika . Melihat wajah isterinya buat pertama kali setelah 3 bulan mereka bernikah membuatkannya terpukau . Lea lebih cantik dari apa yang dibayangkan , dan Lea cantik dengan keaslian wajahnya yang tidak dicalit sebarang solekan seperti wanita yang lain yang pernah dia kenal dulu . Namun , satu perasaan halus yang cuba mencuri masuk ditepis segera . Dia tidak mahu jatuh cinta dengan wanita di hadapannya .

“Kau dari mana?”soal Fakhri kasar sambil menghampiri isterinya yang sedang memandangnya dengan pandangan ketakutan . Lea tahu apa yang bakal diterimanya jika arahan lelaki ini dilanggar .

“Sa…saya baru balik dari jumpa ayah”,ucap Lea cuba menerangkan perkara yang sebenar .

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Lea . Lea jatuh terduduk . Tidak semena-mena air matanya gugur. Pipinya terasa pijar . Dia dapat rasakan ada cecair likat yang mengalir dari hujung bibirnya . Lea mengusap-usap pipinya yang sakit .

Tanpa sebarang ehsan , Fakhri mencengkam pula dagu isterinya . Lea mengerang kesakitan .

“Hei , aku dah warning kau awal-awal kan . Jangan keluar rumah tanpa izin aku . Kau faham tak?” jerkah Fakhri . Air mata yang mengalir dari tubir mata Lea langsung tidak meraih simpatinya , sebaliknya dia rasa gembira melihat air mata itu semakin galak keluar .

“Saya minta maaf . Saya cuma rindu dekat abah . Saya janji saya tak buat lagi . Sakit , bang”,rayu Lea . Fakhri sekadar tersenyum sinis sebagai balasan .

“Rindu tak rindu . Mulai saat ni , aku akan kunci rumah ni dari luar . Aku akan pastikan kau takkan dapat keluar dari rumah ni sesuka hati lagi . Faham?!”terus kepala isterinya dilepaskan kasar . Lea yang sedang terhinjut-hinjut bahu menghamburkan tangis ditinggalkan keseorangan di ruang tamu .

*************

Lea duduk menanti suaminya di ruang tamu . Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi , namun kelibat Fakhri langsung tidak kelihatan . Lea mengambil keputusan untuk menelefon suaminya . Walaupun dia tidak dilayan selayaknya seorang isteri, namun dia langsung tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri . Lea masuk ke dalam biliknya untuk mengambil telefon bimbit . Tudung dan purdah yang dipakai ditanggalkan .

Belum sempat Lea mendail nombor telefon bimbit Fakhri , pintu rumah telah diketuk bertalu-talu. Hasrat untuk memakai semula tudung dan purdahnya terpaksa diabaikan dek jeritan Fakhri yang bagaikan orang sasau memanggilnya untuk membuka pintu .

Pintu dibuka . Bau arak kuat menerjah rongga hidungnya sebaik pintu dibuka .

“Lembab”,ucap Fakhri sambil terhuyung-hayang masuk . Tubuh Lea yang sedang mengunci pintu ditolak kasar . Nasib baik Lea sempat mengimbangi tubuhnya .

Lea mengejar suaminya untuk membantu suaminya berjalan mendaki tangga . Lea memapah Fakhri sehingga ke bilik suaminya itu . Fakhri dibaringkan di atas katil . Dengan pantas , Lea mengambil tuala kecil seraya masuk ke bilik air untuk mengambil segayung air untuk mengelap wajah suaminya agar Fakhri lebih segar .

Wajah suaminya yang sedang memejamkan mata dilap . Beberapa kali Lea beristighfar di dalam hati mengenangkan suaminya telah meneguk air yang diharamkan Allah itu . Bau arak yang masih melekat pada badan suaminya kuat mengganggu deria bau hidungnya .

Selesai mengelap wajah suaminya , Lea berura-ura untuk bangun . Belum sempat Lea berdiri , serasa ada tangan yang memegang lengannya . Lea terkaku . Jantungnya berdegup kencang .

Risau dia jika Fakhri memarahinya kerana tidak bertudung dan berpurdah seperti selalu . Desah nafas Fakhri serasa hangat menampar-nampar pipi mulusnya . Beberapa kali Lea menelan liur .

“Kau tahu tak , kau nampak cantik sangat malam ni . Baru aku sedar , rupa-rupanya dalam rumah ni ada perempuan cantik macam kau”,rambut Lea dibelai-belai .

Lea memejamkan matanya . Dengan beraninya , Fakhri memusingkan badan Lea agar memandangnya . Lea membuka mata . Dia dapat melihat jelas wajah Fakhri yang semakin hampir dengannya . Akhirnya bibir mereka bertaut . Dengan rela hati , Lea melaksanakan tanggungjawabnya yang satu itu sebagai seorang isteri .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience