Chapter 5

Romance Series 19229

BAB 5

“Memang saya nak convert. Tapi sebelum tu…saya nak belajar dulu selok-belok ugama.” Dia bersuara dengan penuh yakin. Sesuatu yang jarang dia tampilkan bila bersama aku. Maklumlah selama ini, kami jarang bercerita tentang perkara-perkara yang serius. Lebih banyak berjenaka dan merapu itu ini.

Aku tersenyum. “That’s great! Wish you all the best.”

“Itu je?”

“Habis tu..awak nak saya buat apa? Screaming out loud that I’m proud of you? Heh..tak kuasa nak buat camtu. Lagipun bukannya awak convert lagi.”

Wajahnya mendadak berubah. Kalau tadi dia kelihatan yakin, tapi sekarang ianya kelihatan lesu. Aku menggigit bibir bawahku sampai berbekas. Alamak…apa yang aku sudah buat ni? Sepatutnya aku memberi sokongan moral padanya. Ini tidak..aku bagaikan tidak berperikemanusiaan langsung. Mulut aku inilah..celupar sungguh!

“Erm…sorry! Actually…saya takde niat nak kata camtu. Sorry ye?” Aku betul-betul rasa bersalah. Malah kalau disuruh aku melututpun, mungkin aku sanggup. “Navin….janganlah macam ni. Saya janji…lepas ni saya tak kata macam tu lagi. Sumpah!”

Lama juga aku memujuknya. Itupun dia masih mencuka. Nak tak nak, aku guna taktik sendiri. Kali ini aku pula buat-buat merajuk. Tarik muncung sedepa. Kalau dia tak maafkan aku juga, alamatnya aku balik naik teksi. Habis cerita!

“Tengok tu…dia pula nak merajuk. Macam budak-budak. Meh sini…nak cubit pipi tu!” Navin tergelak sambil menghulurkan tangannya ke pipiku. Cepat-cepat aku mengelak. Gatal!

Aku turut tergelak. Nampaknya mood dia kembali ceria. Lega rasanya hati aku. Tak payahlah habis duit nak naik teksi. Hehe…

Namun dalam hati, aku bertekad. Aku akan bantu dia untuk mencapai impiannya. Aku akan cuba sedaya upaya untuk membimbingnya. Ewah! Macamlah aku ini alim sangat. Padahal tuntutan ugama supaya menutup auratpun, belum aku turuti.

Aku akui, aku memang lemah dalam selok-belok ugama. Malah pengetahuan aku amat cetek. Aku cuma belajar tentang Islam semasa di alam persekolahan saja. Selepas itu, aku langsung tidak ambil peduli. Nasib baiklah, aku masih bersembahyang. Itupun belum cukup lima waktu.

Nampaknya, aku kena berusaha semula untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam. Sekurang-kurangnya, semangat Navin untuk memeluk ugama Islam telah membuka pintu hati aku untuk berubah menjadi seorang yang betul-betul Islam.

Jauh di sudut hati aku ini, aku rasa malu pada diri aku sendiri. Tambah-tambah lagi pada Tuhan. Betapa selama ini, aku hanya Islam pada nama. Padahal aku langsung tidak mempraktikkan nilai-nilai murni dan ajarannya.

Mungkin inilah rahmat Tuhan kepadaku. Dia sengaja tunjukkan jalan supaya aku insaf. Supaya aku lebih menghargai kesempatan yang ada selagi aku masih bernyawa.

“Ni pehal termenung pulak ni? Teringat kat boyfriend baru ke?” Navin mencuit tanganku. Dia tersenyum sinis melihat aku tersentak.

“Boyfriend apa pulak. Saya tengah fikir ni ha….camana nak bantu awak.” Aku menjawab selamba.

“Bantu apanya? Asalkan awak selalu disamping saya…bagi semangat…itupun dah mencukupi.” Dia menjawab dengan pandangan mata yang menggambarkan harapannya. Dan aku dapat rasakan bahawa dia inginkan pengertian yang lebih dari itu, bukan setakat berada disamping atau memberinya semangat.

Aku cuma mampu tersenyum. Jika itu yang dia harapkan, aku sedia membantu. Malah aku ingin sekali berkongsi pengalaman mencari sinar Islam bersama-samanya. Dan siapa tahu..jika suatu hari nanti, aku juga akan turut berkongsi kehidupan dengannya.

Sudikah aku? Relakah aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience