BAB 3

Horror & Thriller Completed 9360

"Semua orang kampung tahu Pak Zainal mendera isterinya. Bukan seorang dua yang pernah menasihatinya malah dah berbuih mulut orang kampung cuba mendamaikan mereka. Menasihatkan Pak Zainal samalah seperti mencurahkan air ke daun keladi.”

“Cemburu buta sangat kot Pak Zainal ni Mak Lang? Habis tu apa jadi seterusnya?”

“Di depan orang kampung, dia berjanji akan berubah sikap. Di depan Mak Long Mimah, dia kembali menjadi 'singa' lapar la. Pantang silap, Mak Long Mimah jadi sasaran herdik dan kaki terajangnya.”

“Ya Allah, Kesiannya. Sampai macam tu sekali Pak Zainal buat pada isteri. Kata sayang. Tapi sebab cemburu, sayang terus melayang,” Kata Ina diiringi gelak ketawa yang lainnya.

“Ada-ada je Kak Ina ni. Lagi apa jadi Mak Lang?”

"Kemuncak pergaduhan mereka terjadi apabila Pak Zainal menuduh isterinya membuat hubungan dengan anak Pak Din Tukang.”

“Apa jadi?” Celah Ina tak sabar.

“Anak Pak Din tu baru je lepas universiti. Sementara menunggu peluang kerja, dia menolong ayahnya bertukang menyiapkan rumah orang kampung.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience