bab 8

Drama Series 9417

"Morning leha, masak apa tu?" sapa puan aima kepada mak leha yang berada di dapur.

"Saya buat nasi lemak je untuk sarapan ni." beritahu mak leha sambil mencuit lengan puan aima.

"Meh saya tolong. Dhia dah bangun ke?" tanya puan aima sambil mengacau sambal dikuali.

"Dah mandi agaknya." jawab mak leha sambil menghiris menghiris timun.

"Haihh pagi pagi dah busy nampak." sapa Dato hisham yang baru tiba didapur bersama zafril.

"Busy lah abang masak makanan favourite awak dengan zaf." balas puan aima.

"Mak, nia dapat ikan bilis yang halus je. Yang besar semua habis." beritahu kak nia yang juga baru tiba didapur sambil membawa sebungkus ikan bilis yang disuruh maknya untuk beli.

"Okay takpe nia goreng dulu sekali dengan kacang tu." arah mak leha sambil membancuh air teh dan kopi.

Tersenyum puan aima yang melihat telatah dania dan mak leha. Setelah 5 minit dhia pula tiba didapur dengan berbaju lengan panjang bertudung sarung dan berkain sopan.

"Morning mak, auntie, uncle, boss." sapa dhia kepada semua yang berada didapur walaupun nervous sebenarnya.

"Morning, cantik dhia pagi ni manis je auntie tengok." balas puan aima sambil menghidang sambal di meja makan.

Dhia yang mendapat pujian itu hanya tersenyum malu sambil mendapatkan kak nia yang sedang mengupas telur.

"Kak, lapar...." rengek dhia gedik ditelinga kakaknya dengan perlahan taknak ada yang mendengar rengekannya tadi.

"Sabar lah. Tu pergi hidang air atas meja mak dah buat tu." arah kak nia sambil menolak lembut adiknya.

Dhia akur dan menuju ke meja makan yang terdapat keberadaan dato hisham, puan aima, dan zafril.

"Dhia, mak buat dua air tau tanya dulu nak air apa." laung mak leha yang sedang menyenduk nasi lemak kedalam mangkuk untuk dihidang.

Dhia menuangkan air teh kepada dato hisham dan puan aima seperti permintaan mereka.

Manakala zafril dhia menghidangkan air kopi kerana dia tahu kopi ialah kegemaran zafril.
"Nah air kopi" beritahu dhia sambil menghulurkan cawan kopi itu kepada zafril.

"Thanks." ucap zafril sambil memandang kewajah dhia.

Dato hisham dan puan aima tersenyum memandang pasangan tersebut. Mereka bangga kerana dhia tahu minuman kegemaran zafril walaupun dhia tidak bertanya kepadanya.

Mak leha dan kak nia juga sudah mengambil tempat duduk untuk bersarapan bersama dengan tetamu. Puan aima terkejut setelah menjamah sesuap nasi lemak kedalam mulutnya.

"Macam nasi lemak yang zaf bawak balik lah." beritahu puan aima sambil memandang wajah anaknya.

"Haah mak leha punya nasi lemak lah yang sedap tu." beritahu zafril sambil memandang wajah mak leha sambil tersenyum.

"Lahh yeke kalau macamni boleh lah share resepi dengan saya leha." gurau puan aima mengundang tawa dimeja makan tersebut.

"Patut lah dhia masak haritu ada iras rasa nasi lemak papa makan before that." beritahu dato hisham sambil tersenyum memandang wajah dhia.

Mereka semua menghabiskan sarapan pagi dengan ceria dipenuhi gelak ketawa.

*JAM 10 PAGI

"Terima kasih leha tumpang tidur rumah seronok sangat saya duduk sini tenang je." ucap puan Aima sambil memeluk mak leha sebelum bergerak pulang ke KL.

"Sama-sama ada masa nanti datang lah sini ye bawak sekali adik zafril." kata mak leha.

Dhia yang berdiri disamping kak nia hanya mendiamkan diri sebelum mula melangkah mendekati puan aima untuk bersalaman.

"Dhia jaga diri ye kalau dhia takut ke apa ke ingat zikir, selawat, doa banyak banyak tau. Dhia boleh call auntie anytime atau uncle dengan zaf." beritahu puan aima kepada dhia sambil memeluk gadis itu.

"Baik auntie, uncle, boss... Terima kasih caring dekat dhia InsyaAllah dhia jaga diri dengan mak kat sini." ucap dhia.

"Dhia, saya bagi awak mc sementara waktu ni kalau awak dah okay nanti inform saya untuk masuk office semula." beritahu zafril sambil memandang wajah dhia.

"Baik terima kasih boss." balas dhia hormat.

"Okaylah kami gerak dulu ye kesian zarah sorang dekat rumah. Leha, nia, dhia jaga diri ye nanti anytime kami datang lagi InsyaAllah. Assalamualaikum." ucap dato hisham sambil menuju ke keretanya.

Tiga beranak itu hanya melihat pemergian keluarga tersebut sambil melambai tangan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

*MALAM DI RUMAH MAK LEHA

Dhia hanya termenung diruang tamu sambil bermain dengan telefonnya. Mak leha yang baru selesai mengaji perasan keadaan dhia mula mendekati anaknya.

"Dhia, termenung jauh ni pikir apa ni?" soal mak leha sambil melabuhkan punggungnya di sofa mengejutkan dhia.

"Ehh mak mana ada dhia termenung." dalih dhia.

"Dhia fikir apa sebenarnya? Share lah dengan mak sini."

Dhia memandang sekilas wajah maknya lalu menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan.

"Mak, kenapa mak nak kahwinkan dhia dengan zaf?" soalan yang telah lama berlegar difikirannya akhirnya diutarakan kepada maknya.

"Dhia, permintaan mak ni mungkin agak susah untuk dhia terima tapi mak yakin zaf boleh jaga dhia bimbing dhia sebaiknya. Mak tahu dhia dengan zaf baru je kenal tapi tak semestinya dhia tak boleh kenal zaf lepas kahwin." terang mak leha sambil mengusap lengan anak bongsunya.

"Haah dik kenal lepas kahwin sweet tau time tu start bercinta lagi best dik lagipun dah halal." sambung kak nia yang baru tiba diruang tamu sambil menghirup kopi panas buatannya.

"Mak, dhia takde niat nak tolak permintaan mak tapi dhia belum ready lagi...." luah dhia perlahan sambil memandang redup wajah maknya.

"Dhia, naluri mak ni kuat.... Zaf tu mak yakin boleh lindungi dhia sekarang ni..." ucap mak leha lagi.

"Tapi mak..."

"Kalau dhia taknak takpelah... Mak tak boleh paksa sebab yang kahwin dhia cuma mak nak bagitahu yang mak bukan nak masuk campur urus kehidupan dhia... Mak buat semua ni sebab mak yakin zaf tu jodoh dhia... Dah mak masuk bilik dulu korang jangan tidur lambat." beritahu mak leha sayu sebelum bangun melangkah ke bilik tidurnya.

"Mak...." belum sempat dhia berkata mak leha sudah masuk kedalam biliknya. Dhia rasa serba salah kerana telah mengecewakan maknya tapi apakan daya dia masih belum bersedih untuk menjadi seorang isteri.

"Dhia, kau pergi lah buat solat istikharah minta petunjuk dekat Allah. Yang pasal mak ni takpe esok okay lah tu. Akak sebenarnya setuju dengan cadangan mak sebab akak pun yakin zaf boleh jaga kau lagikan dengan situation camni. Akak nampak macam mana caring risaunya dia dekat kau semalam kau mungkin tak nampak sebab kau dalam dunia kau time tu tapi akak yang jelas nampak semuanya dhia... Dahla akak nak tidur dulu kau jangan tidur lambat anything panggil akak goodnite dear." beritahu kak nia sambil menuju ke dapur untuk mencuci gelasnya sebelum menuju ke bilik.

Dhia yang keseorangan diruang tamu hanya mendiamkan diri. Terngiang bicara hiba maknya dan luahan kakaknya membuatkan dia rasa serba salah kepada dua orang yang penting dalam hidupnya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menunaikan istikharah seperti yang dicadangkan oleh kak nia.

*MALAM DI RUMAH KELUARGA DATO HISHAM

"Zaf, termenung nampak fikir apa tu?" tegur dato hisham yang ternampak anak sulungnya termenung memandang kolam renang dihadapannya.

"Takde pape lah pa..." dalih zaf yang sememangnya tengah serabut memikirkan permintaan ibubapanya.

Dato hisham yang hanya memandang zafril dapat membaca fikiran anaknya.

"Fikir pasal permintaan papa dengan mama kan..." tebak dato hisham.

Zafril hanya diam sambil mengangguk perlahan kepada papanya.

"Pa, zaf bukan nak buat papa ngan mama sedih tapi zaf baru je kenal dhia... Zaf taknak dhia awkward dengan zaf..." luah zafril kepada papanya.

"Papa yakin zaf boleh lindung dhia. Papa nampak caringnya zaf dekat dhia masa iqram serang dhia pun papa nampak marahnya zaf dekat laki tu. Zaf sebenarnya suka dhia kan?" soal dato hisham memandang wajah anak sulungnya.

Perlahan zafril menganggukkan kepalanya mengundang senyuman dibibir dato hisham.

"Bagi zaf istikharah dulu nanti zaf bagi keputusan tapi kalau dhia tolak zaf terpaksa terima keputusan dhia." beritahu zafril.

"InsyaAllah... Papa naik dulu lah zaf jangan tidur lambat esok ada meeting pukul 9 jangan lambat ehhh..." beritahu dato hisham sebelum melangkah masuk kedalam rumah.

"Okay pa, goodnight..."

Zafril menarik nafas dan menghembusnya perlahan sebelum bangun melangkah kebiliknya untuk menunaikan istikharah dan mengaji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience