BAB 9

Horror & Thriller Completed 175

“Iffah!!!!” Jerit Hanna sebaik nampak kelibat lelaki tua yang mengendong
tubuh Iffah di bahunya dan berjalan ke arah mereka.

“Tu Pak Cik yang jual barbeku tadi kan” Amira berbisik pada Lutfya. Dia
cukup sangsi dengan niat orang tua yang menolong Iffah itu.

“Pakcik Barbeku kan ni?” Hanna memberanikan diri bertanya.

“Siapa aku tak penting. Kalau mahu kawan kamu ini selamat, Ikut aku!”
arah lelaki tua itu. Tubuh Iffah masih digendong.

Mereka terkejut dengan nada suara dan arahan lelaki tua itu!

“Kenapa kami nak kena ikut pakcik pula. Kawan kami tu perlukan rawatan
kan?” Bantah Lutfya

“Dia akan selamat kalau kamu semua ikut aku!!!” Gertak orang tu itu.

“Kami nak beritahu polis dulu” Lutfya tidak berpuas hati. Telefon
bimbitnya dikeluarkan.

Zappp!!!

Sebilah pisau kecil terbang mengenai tapak tangan kanan Lutfya dan
telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya berderai dan darah mengalir deras
dari telapak tangannya. Hanna dan Amira segera membantu.

“Aku tak main-main!” Lelaki tua itu menengking.

“Arghh!!!! Pisau dia ni berbisa la.” Lutfya menjerit kesakitan. Darah
membuak dari tapak tanggannya ditekup pada bajunya.

Lelaki tua itu memandang dan tersenyum. Dia memusingkan badan dan
mengusung Iffah ke arah bukit.

“Apa kita nak buat sekarang?” Tanya Amira.

“Nampaknya kita terpaksa ikut cakap orang tua tu. Iffah dalam bahaya
kalau kita degil” Hanna memberikan pandangan. Dia segera mencabut pisau
yang tercacak di tangan Lutfya dan menyimpan di poket belakang
seluarnya. Lengan baju Lutfya dikoyak bagi membalut luka di tangannya
itu. Seorang demi seorang bangun dan menurut jejak lelaki tua itu dari
belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience