Bab 10

Drama Series 3858

Rumah Musalmah. Waktu petang.

Musalmah masuk ke bilik. Dia lihat adiknya ada di birai katil.

“Dik, Meh cuba baju ni.” Panggil Musalmah.

Maizurah yang sedang main anak patung kertas melompat turun dari katil mendapatkan kakaknya.

          “Cantiknya kak baju ni. Dah nak raya ke kak?” tanya Maizurah ketika baju baru itu masuk ke badannya. Musalmah pantas menggeleng.

          “Raya lambat lagi. Puasa pun belum.”

          “Habis tu, kenapa kita pakai baju cantik-cantik ni, kak?”

          “Ada kenduri kahwin hujung bulan ni.”

Maizurah angguk kepala. Dia berlari mengadap cermin demi melihat baju kurung baru yang dipakainya. Musalmah sekadar pandang baju baru untuknya. Tidak pula dicubakan ke badan. Yakin sungguh dia baju itu muat di badan. Bukan kerana tidak suka tapi untuk memakai baju secantik itu ke hari pernikahan ayahnya, dia terasa ada sesuatu yang janggal dalam hati.

          “Nanti dapatlah kita makan ayam masak merah ya kak.” Girang sekali suara Maizurah. Musalmah sekadar mengangguk. Mujur adiknya tak bertanya siapakah yang bakal berkahwin. Baju yang diberikan adiknya digantung dalam almari, sekali dengan bajunya.

          Tiba-tiba, muncul ayahnya di pintu.

          “Ayah nak ke surau. Nanti jangan lupa masak sayur atas meja tu. Barang-barangnya semua ayah dah siapkan.”

          “Baik ayah.”

Musalmah bingkas. Dia berdiri di jendela demi melihat ayahnya pergi ke surau. Setelah itu, tingkap jendela pun ditutup.

Terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience