Bab 17

Fantasy Completed 13890

"akak!"

Jane menoleh. Dia mengangkat kening. Apa?

"nak saya teman tak? Dah nak gelap ni" tanya dani sambil tersenyum.

"mak kau macam mana? Kesian kat mak kau nanti kang" jane menggeleng.

"akak tak takut ke?" bisik dani perlahan. Badannya di rapatkan ke tubuh jane.

"hish dani!" marah jane. Dia bergerak ke tepi.

"jom jumpa mak jap" dani menarik tangan jane mengikuti langkahnya.

"hei jangan la tarik aku woi!" jane cuba menarik tangannya kembali namun pegangan dani agak kuat.

"akak jangan bisinglah"
"mak!"

Makcik tina yang sedang memasang pelita di luar rumah tersenyum memandang jane. "macam mana dah dapat kerja?"

Jane hanya tersenyum dan mengangguk. Dia mula rasa tidak selesa. Yela dani masih pegang tangan dia.

"hei dani lepaskan tangan kakak kau tu" makcik tina menepuk tangan dani.

"mak.. Dani teman kak jane ambik baju kat rumah boleh tak? Dia penakut." ujar dani sambil tersengih.

Jane membulatkan matanya. Kurang asam punya budak. "kau ni aku debik karang!"

"ala garang la akak ni" ujar budak lelaki itu mengusik.

"dani pergila teman kakak kamu tu.. Mak tak apa apa, pergi cepat elok elok ya" pesan makcik tina.

"terima kasih mak. Kami pergi dulu"
_________

"akak, kau okay tak?" dani yang sedang memegang obor di hadapan menoleh ke belakang.

"ei aku okaylah. Kau tu pandang la depan dahla gelap ni" jane menolak kepala budak lelaki di depannya supaya memandang ke hadapan.

"kalau kau takut pegang baju aku kak"

Tiba tiba dani dapat merasakan hujung bajunya dipegang dari belakang. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Takut la tu.

"dani.." suara jane memecahkan kesunyian malam. Kiri dan kanan mereka gelap gelita. Nasib baik makcik tina bekalkan obor.

"ya?"

"badan kau dah ok?" soal jane perlahan.

"kau cakap apa kak? Aku tak dengar" ujar dani yang sedang khusyuk berjalan. Risau juga takut ada haiwan berbisa yang tidak diundang.

Ish budak ni. Jane merapatkan tubuhnya. "badan kau dah ok ke belum?" bisik jane betul betul di telinga dani.

Dani menelan air liur. Jane ni! Pantas budak lelaki itu menoleh ke belakang. "akak jalan jauh sikit boleh tak?"

Mata jane terkebil kebil memandang dani yang sedang serius memandang wajahnya. "o.. Ok. Gadis itu berundur ke belakang beberapa langkah.

" kau ni" tangannya menarik tangan jane pantas. "nampak tak apa kat belakang kau tu?"

Hah? Jane pantas menoleh. Eh curam? Sejak bila pula ade curam ni?

"kau ni! Dah jom" budak lelaki itu menarik tangan jane dan berpaling semula ke hadapan. Perlahan-lahan Kakinya melangkah.

Jane hanya membisu. Tidak tahu hendak buat apa. Tangannya masih lagi di dalam genggaman dani.

"kat sini bahaya. Aku lepaskan tangan kau lepas kita selamat nanti"

Gadis itu tidak membalas. Kenapa dia rasa dani ni agak pelik?
_________________

"kak! Cepatlah!" laung Dani dari luar rumah. Lama betullah kalau dah namanya perempuan. Serba serbi cemerkap.

"dah aku dah siap" laju jane keluar dari rumah. Dia menggalas sebuah beg. Di tangannya terdapat sebuah lagi beg galas. "nah"

Dani memandang beg yang dihulur kepadanya. "kenapa?"

"tak laratla aku nak bawa dua beg ni" jane menunjukkan wajah simpati.

"tapi.." dani terdiam. Tubuhnya masih lagi terasa sakit dan mencucuk. Lebih lebih lagi lepas berjalan tadi.

Haih. "meh la" budak lelaki itu terus mencapai beg dari tangan jane dan menggalasnya. Entah berapa lama dia mampu tahan tak tahula.

"dah jom gerak"
_____________

"dani.. Kau berpeluh ke?"
"kenapa baju kau basah teruk ni?"
"hoi dani!"

Dani mendengus. "kau ni bising la kak! Ikutje la aku. Kita dah nak sampai" dieratkan lagi genggaman tangannya yang sedang memegang tangan jane.

Dani menarik nafas dalam. Luka di badannya semakin mencucuk. Dia tahu apa yang dipegang oleh jane tadi bukan peluh.

"dani.. Aku risau.." jane menarik tangannya kuat memaksa lelaki di hadapannya untuk berhenti.

"kau kenapa?" dani bersuara tegas. Kalau boleh dia mahu cepat sampai. Badannya terlalu sakit.

"da... Dani! Baju kau! Darah!" jerit jane agak kuat.

"jane!" segera lelaki itu menutup mulut jane.
"kita kat tengah hutan tau tak kau nak mampos?" marah Dani dengan suara yang agak tinggi.

"dani.." air mata jane mula mengalir perlahan. Kalau dia tahu, dia tak akan paksa dani buat semua ni.

Jane.. Dani meraup wajahnya beberapa kali. Apa nak buat ni? Asal pulak dia nangis?

"jane.. Jane.. Jangan nangis aku minta maaf ok. Tapi kita kena gerak sekarang." ujar dani lembut.

Jane tidak membalas. Badannya terhenjut henjut menahan esak.

Dani menggeleng. Tak ada pilihan dah ni. Ditarik kepala jane rapat ke dadanya dan tangannya memeluk bahu gadis itu.

" jangan menangis. Aku okay. Kita kena gerak cepat" bisik dani perlahan tanpa memandang jane yang masih terkejut. Telinga lelaki itu menangkap bunyi sesuatu dari dalam semak.

Segera ditarik rapat tubuh gadis itu dan berlalu meninggalkan kawasan itu.
__________

"kita dah sampai." ujar dani. Terus dia melepaskan pelukannya setibanya mereka di depan rumah lelaki itu.

"dani luka kau"

Baru sahaja dia hendak menarik nafas lega. Gadis itu menarik tangannya meluru masuk ke dalam rumah.

"duduk" arah gadis itu.
"bukak beg"  arahnya lagi.

Jane berlari menuju ke dapur dan mengambil beberapa helai kain dan sebesen air. Dani hanya memerhatikan sahaja tingkah laku gadis itu

"erm.. Dani.. Bukak baju" arah jane perlahan.

Dani tergelak. Segera dilakukan apa yang dipinta.
"auch!"

"tahan sikit"

"dari tadi aku tahan jane" balas dani. Matanya tidak lepas memandang wajah gadis di hadapannya.

"aku minta maaf.." jane bersuara perlahan. Tangannya membalut beberapa bahagian tubuh dani yang masih luka. "dah siap"

"budak lembik" ujar dani tersenyum dan berlaku masuk ke dalam biliknya.

Jane tersentak. Kata kata tu... Macam..

"jane. Jom gerak" suara dani mematikan lamunan gadis itu.

"err ya. Eh makcik?"

"aku dah bagitau tadi" ujar dani. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman.

Kenapa perwatakan dani ni berubah rubah? Sekejap okay sekejap tidak? Jane mula merasakan sesuatu yang tidak kena.
_________

"si kerdil" dani mengetuk pintu beberapa kali.

Prakk.. Pintu terbuka. "dah sampai? Bagus tepat pada masa. Mari aku tunjukkan bilik" ujarnya lalu keluar dari rumah.

Mereka bertiga berjalan menuju ke bahagian belakang rumah banglo. Terdapat sebuah bangunan dan beberapa buah bilik di situ.

"ni bilik kau" tunjuk si kerdil pada jane ke arah bilik yang pertama.

"ni kau punya" ujarnya lagi kepada dani pada bilik bersebelahan bilik jane.

"ni kunci" hulur lelaki kerdil itu lagi kepada mereka berdua.

"dah sekarang pergi tido esok nak bangun awal." Arah si kerdil dan berlalu meninggalkan mereka berdua.

"kak jane.." panggil dani.

"emm.." sahut jane yang masih lagi berdiri di hadapan pintu biliknya.

"bilik kita sebelah sebelah. Kau rasa kita patut buat apa?" tanya dani sambil tersenyum nakal.

Gila punya budak. Jane menunjukkan penumbuknya dan terus membuka pintu.

"ala kak jane jawablah!" usik dani lagi. Terburai ketawa lelaki itu di situ.

"diamlah budak" marah gadis itu dan terus masuk ke dalam bilik.

Comel betullah akak jane ni. Dani tersengih sebelum masuk ke dalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience