ABD1

Romance Completed 199333

"tahniah Izz.. akhirnya kau kahwin juga ye.." usik kawannya yang datang ke majlis perkahwinan sahabat karibnya tersebut dengan memeluknya erat.

"erm.. kau tak payah nak bertahniah sangat la.. kau tahukan aku tak pernah pun setuju dengan semua ni.. apa lagi kahwin dengan perempuan tu.." bisik perlahan Izz pada kawannya yang masih memeluknya tanda ucapan tahniah atas perkahwinan tersebut kerana masih ada ramai tetamu yang mundar mandir didepannya sekarang ini, dia tak ingin ada yang akan terdengar kata-kata yang akan dia ucapkan tanpa dia sedar kemudian nanti.

"bro, chill la.. kau dah jadi suami dia pun dalam kau tak suka.. apa susahnya.. Ameena tu bukannya tak cantik.. cantik kot.. ramai je aku tengok jantan-jantan yang terkejar-kejarkan dia.. kau je yang berlagak tak nak dengan Ameena tu.." ucap Huzair pada Izz bila saja dia melihat muka masam Izz yang seperti terlalu bencikan Ameena tanpa sebab.

"ye.. ramai jantan kejarkan perempuan tu.. tapi bukan aku la.. kalau kau nak ambillah.. aku tak heran la.." ucap Izz lagi dengan perasaan meluatnya bila melihat gelak ketawa 'isteri' yang baru saja dinikahinya beberapa jam yang lalu.

"woi.. kau baru je kahwin dengan dia hari ni Izz, takkan la kau dah fikirkan yang bukan-bukan.. kau jangan macam-macam.. kesian Ameena tu.." terkejut Huzair dengan kata-kata Izz tadi kerana baginya Izz tidak sepatutnya meluahkan kata-kata tersebut tanpa fikirkan akibatnya.

"kenapa kau nak terkejut sangat ni? kau pun tak payah nak buat-buat baik sangat la.. aku tahu la niat kau.. kau pernah cuba Ameena kan sebelum ni? tapi kena tolakkan?" sedikit suara perlian dari Izz buat Huzair sehingga timbul perasaan yang kurang menyenangkan di telinga si pendengar.

"erm.. okeylah Izz.. aku balik dulu la.. sekali lagi tahniah dari aku.. semoga kau bahagia sehingga ke anak cucu.. terima kasih atas jemputan ni.." ucap Huzair perlahan kepada Izz selepas hatinya sedikit kecewa dengan tuduhan Izz padanya sebentar tadi.. tapi ucapan tahniah untuk perkahwinan sahabatnya tadi adalah sangat ikhlas dari hatinya walaupun perempuan yang dia sangat cintai dalam diam menikahi lelaki lain.. dan lelaki tersebut adalah sahabat baiknya sendiri.

"erm yelah.." hanya itu yang keluar dari mulut Izz keran dia sangat marah dengan kata-kata sahabatnya Huzair mengenai Ameena, sepatutnya Huzair menyebelahinya dan bukannya perempuan yang sedang tersenyum senang dengan kehadiran tetamu yang datang ke majlis tersebut.

"meluat betul aku tengok muka kau perempuan tak sedar diri.." luah Izz perlahan dan kebetulan Ameena memandang tepat kearah Izz yang sedang memerhatikan gerak gerinya.

"kau cakap kau meluat dengan aku? jantan tak guna.." bisik Ameena perlahan kerana dia cukup arif dengan gerakkan bibir Izz dan matanya yang sememangnya sedang tertuju kearahnya.

"ada apa Meena? cakap dengan siapa?" tegur ibunya sebaik saja dia melihat anaknya seakan membebel pada seseorang.

"tak ada apa ibu.. Meena cakap ramai sangat orang hari ni.. ibu ayah jemput berapa puluh ribu orang sampai Meena tak sempat nak sembang dengan semua.. hihihi.." usik Ameena selepas ibunya perasan yang dia sedang membebel seorang diri.

"ish ke situ pula anak ibu ni.. dah la ibu nak pergi jumpa kawan-kawan ibu kat sana.. tu hah mak mertua Meena panggil tu.. pergi la sana.. kesian suami Meena seorang je tu pergilah teman.." arah ibu Ameena yang sudah mula melangkah kakinya tapi ditahan oleh tangan Ameena yang mula tidak senang duduknya sebaik saja mak mertuanya mula memanggil namanya dari jauh.

Share this novel

zaza
2024-04-05 04:57:43 

yes

Zahra haniffa
2024-03-25 00:16:48 

mental jgn balik dgn izz....dia yg buat hiduk kau tunggang terbalik....biar mama and papa baik..tapi huz yg tlg saat kau terpuruk...klu kau balik dgn izz betapa sakitnya huz....pikirkan...

aku
2024-03-15 19:35:27 

yes


NovelPlus Premium

The best ads free experience