84

Romance Series 93217

Aayra tersedar dari tidurnya apabila dia merasakan seakan ada jari yang sedang mengelus - ngelus rambutnya perlahan. Perlahan - lahan Aayra membuka matanya lalu pandangannya terus sahaja disajikan dengan sebuah senyuman yang cukup menawan.

“Good morning my sweetie pie!!" Bisik Harraz perlahan di telinga Aayra.

“Good morning, abang. Awalnya abang bangun? Hari ni bukan ke abang cuti?" Soal Aayra dengan nada yang serak - serak basah.

“Seksinya suara sayang abang ni. Tergoda abang dibuatnya." Ujar Harraz tanpa menjawab soalan Aayra. Ciuman hangat dihadiahkan di leher jinjang isterinya.

“Emm.. Abang.. Jangan mulakan please!!" Aayra merengek manja. Jujur dia tidak kuat apabila menerima ciuman seperti itu di awal pagi sebegitu. Apatah lagi ciuman tepat mengena di ruangan sensitivitinya.

Harraz tertawa kecil. Matanya dikenyit perlahan sebelum tangannya merangkul leher Aayra.

“Sayang bangun dan mandi bersihkan diri dulu kemudian sayang turun bawah eh? Abang dah siapkan sarapan istimewa untuk
sayang. Abang tunggu sayang dekat bawah ok? Ke sayang nak abang mandikan sayang sekali?" Usik Harraz lagi.

Aayra menjegilkan biji matanya ke arah Harraz lalu lengan sado suaminya dicubit kuat. Harraz mengaduh kesakitan sebelum dia hilang dari pandangan Aayra. Sebaik Harraz berlalu pergi, Aayra segera menuju ke kamar mandi. Tidak sabar rasanya dia ingin menjamah sarapan istimewa yang disediakan oleh suaminya. Aayra tersenyum sendiri sebelum pintu kamar mandi itu ditutup rapat.
Seusai mandi dan bersiap, Aayra segera menapak turun ke bawah. Bau aroma pastri yang begitu kuat menjengah ke hidungnya membuatkan Aayra mula terasa lapar. Dari jauh kelihatan Harraz sedang sibuk menyiapkan hidangan di dapur lalu makanan - makanan itu terus sahaja dibawa dan dihidangkan di atas meja. Aayra memandang dengan penuh kemusykilan. Perlahan - lahan kakinya menapak menuju ke dapur.

“Abang.." Panggil Aayra wajah yang penuh tanda tanya.

“Ye sayang. Dah siap? Sayang dah lapar ke?" Soal Harraz ceria. Tidak sedikit pun dia menghiraukan wajah isterinya yang penuh dengan tanda tanya itu.

“Ada sesuatu yang sayang tak tahu dan ketinggalan ke? Kenapa banyak sangat abang masak ni? Ada sesape yang nak datang rumah kita ke?" Akhirnya Aayra meluahkan kemusykilannya.

“Nanti sayang akan tahu juga. Tapi sekarang ni boleh tak kalau sayang tolong abang angkat gelas - gelas tu dan hidangkan di atas meja ni?" Pinta Harraz sambil memuncungkan bibirnya ke arah meja bar.

Tanpa banyak bicara Aayra hanya menurutkan sahaja permintaan suaminya. Sedang mereka asyik menghias meja makan, tiba - tiba loceng berbunyi menandakan ada tetamu yang datang. Harraz bergegas ke ruang tamu lalu pintu dibuka dengan penuh ceria.

“Jemput masuk!" Pelawa Harraz.

“Thanks Harraz." Ucap tetamu - tetamu istimewanya itu.

“Sayang!! Datang sini kejap. Cuba tengok sape yang datang ni." Laung Harraz dari ruang tamu.

Seketika kemudian Aayra muncul dengan wajah yang penuh tanda tanya. Namun sebaik melihat siapakah gerangan tetamu - tetamunya itu, bibir Aayra kembali tersenyum riang.

“Sofya! Dania! Eh, Dr Elayna pun ada di sini? OMG! Seriously? Abang, abang yang planned semua ni?" Soal Aayra penuh teruja.

Harraz mengangguk bersama senyuman di bibir. Disamping itu matanya sempat mengerling ke arah Ezmal, Hefny dan Yasir. Masing - masing dilihat tersenyum penuh makna.

“Sayang, alang - alang makanan dah siap terhidang, why not kita jemput mereka semua ke ruang makan dulu? Lagipun lepas ni ada satu lagi kejutan yang menanti sayang tau." Ujar Harraz penuh misteri.

“Kejutan? Kejutan apa lagi ni? Abang, abang boleh tak jangan buat sayang nervous? Tak keruan sayang dibuatnya." Bisik Aayra perlahan di telinga suaminya.

“Don't worry. I'm sure that you will more excited when you know it. Now kita breakfast dulu ok?" Balas Harraz sambil memaut pinggang isterinya menuju ke ruang makan.

Rancangan mereka untuk bersarapan beramai - ramai pada pagi itu dilihat berjalan dengan penuh lancar. Dari satu cerita ke cerita mereka kongsikan bersama. Masing - masing dilihat begitu ceria menikmati suasana itu. Sesekali pandangan Aayra jatuh ke arah Yasir. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Alhamdulillah kini Yasir sudah sembuh sepenuhnya. Orangnya juga kelihatan ceria dan berseri - seri sahaja pada pagi ini. Entah mengapa Aayra berasa kagum melihat perubahan yang ditampilkan diri Yasir. Dari seorang yang dikenali dengan sikap sosial dan liar, kini Yasir sudah mampu menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Keberaniannya dalam menentang kejahatan yang dilakukan oleh arwah Fariz sangat dipuji. Apatah lagi ianya telah melibatkan nyawanya sendiri. Siapa sangka dua beradik yang sebelum ini bermusuh kini mampu menjadi akrab dalam sekelip masa. Betapa indahnya percaturan Allah itu sehinggakan tiada siapa pun yang mampu menidakkannya.

“Sayang.." Panggil Harraz perlahan.

Aayra kembali tersedar dari lamunannya lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah Harraz di sisi. Saat ini semua pandangan tertumpu ke arahnya. Harraz dilihat tersenyum penuh makna.

“Sebenarnyakan pagi ni Sofya, Ezmal dan Yasir ada sesuatu yang nak dikongsikan dengan kita tau. Sayang nak tahu tak?" Soal Harraz cuba memancing reaksi isterinya.

Aayra tidak menjawab terlebih dahulu. Sebaliknya dia merenung wajah - wajah di hadapannya itu satu persatu. Entah mengapa hatinya menjadi berdebar - debar. Apatah lagi saat ini semua orang dilihat seperti sedang tersenyum simpul memandang ke arahnya. Aayra menjadi semakin penasaran.

“Of course lah nak tahu. Hal apa tu? Cepatlah beritahu." Desak Aayra tidak sabar.

“Aku rasa hal ni lebih baik Ezmal yang beritahu. Lebih afdal orang tua - tua cakap." Balas Sofya bersahaja.

Tawa mengiringi mereka semua. Kini pandangan Aayra tertumpu sepenuhnya ke arah Ezmal. Wajah lelaki itu ditatap dengan penuh tanda tanya. Seketika kemudian Ezmal dilihat seperti sedang mengeluarkan sesuatu dari pouch bag nya lalu sampul putih yang berisi kad itu diserahkan kepada Aayra.
Aayra menyambut dengan penuh debaran. Perlahan - lahan sampul di tangannya itu dibuka. Sebaik ternampak isi sampul itu, Aayra terjerit kecil. Buntang matanya memandang ke arah Ezmal, Sofya, Yasir dan Dr Elayna.

“What a surprise!! Seriously guys? OMG!! All of you are getting married soon? Ya Allah, I'm so excited!!"

Aayra dilihat begitu teruja menerima perkhabaran berita gembira itu. Tanpa menunggu lama dia segera berlari mendapatkan Sofya dan Dr Elayna. Tubuh kedua - dua gadis itu dipeluk erat. Seketika kemudian Aayra turut memanggil Dania untuk menyertai mereka lalu keeempat - empatnya saling berpelukan erat di situ. Aksi mereka itu benar - benar telah mencuit hati Harraz, Hefny, Ezmal dan Yasir.

“But wait!! Tapi sejak bila pula Yasir dan Dr Elayna menjalinkan hubungan ni? Kenapa Kak Aayra tak tahu pun sebelum ni?" Soal Aayra kepada Yasir.

Soalan Aayra itu tidak dijawab sebaliknya hanya tawa yang mengiringi mereka semua. Dr Elayna dilihat tersipu - sipu malu apabila terus diusik Aayra. Dalam diam - diam dia menjeling manja ke arah Yasir. Senyuman bahagia mengiringi kedua - dua pasangan itu.

Share this novel

mangga manis1112
2020-03-04 19:27:24 

wik banyak banget yg mirip

Bapak Wibu
2020-03-04 19:26:31 

kok aku ngerasa kyk "Lama-Lama Juga Jatuh Cinta"

Hilda Triasmojo
2020-03-04 19:25:15 

menurutku sih mirip sama "Ketika Cinta Menemukan Tuannya"


NovelPlus Premium

The best ads free experience