BAB 26

Romance Completed 215674

"Awak, nak masak apa ya malam ni?," tanya Mia sambil membelek barang manakala Danial menolak troli.

"Emm, saya teringin nak makan nasi goreng dengan ayam masak paprik la," jawab Danial sudah terbayang-bayang ayam masak paprik di ruang matanya.

"Hemm, okay lah tu," akui Mia. Dia mula menuju ke tempat sayur-sayuran.

Setelah membeli barang, mereka terus pulang ke rumah.

"Awak pergi lah mandi dulu."

"Sayang tak nak mandi sekali ke?," tanya Danial nakal.

"Nonsense," geleng Mia. Lantas dia berlalu ke dapur untuk mengemas barang-barang yang telah dibeli tadi.

Usai solat maghrib Mia terus mula memasak untuk malam ini. Danial pula duduk di kabinet dapur sambil memerhatikan Mia.

"Awak boleh duduk dekat kerusi tak?," tanya Mia lantaran kaki Danial menghalangnya untuk membuka pintu kabinet.

"Baik sayang," jawab Danial. Lalu bangun.

'Nah. Dari awak tenung saya berjam-jam baik awak tolong saya siang sayur-sayur ni,' arah Mia lagi. Rimas dia dari tadi Danial tak lepas-lepas memandangnya. Macam nak terkam je.

"Baik boss. Sayang kan kesayangan saya. Mestilah saya tenung hari-hari," balas Danial lalu mengenyit mata kepada Mia. Apa-apa lah Danial oii asal kerja memasak dia siap.

Tepat pukul 9 malam Haikal dan Sara datang bersama.

"Sara!!!," jerit Mia sambil terlompat-lompat memeluk Sara.

"Woi.. Woi.. Sesak nafas aku ni. Mati lah aku nanti. Tak merasa nak kahwin kang." Sesak nafas Sara dipeluknya Mia.

"Rindu kau gila-gila." Macam ni lah hidup berumah tangga. Tak sempat nak hang out dengan geng-geng. Takpe-takpe ada masa dia tarik Danial berjumpa dengan kawan-kawannya.

"Macam ini lah perempuan,' perli Danial kepada Haikal.

"Marilah masuk. Nak tunggu Mia jemput esok belum tentu dia ajak," perli Danial sambil memeluk bahu sahabatnya itu.

"Ehh, lupa laa. Jemput masuk. Buat macam rumah sendiri." Atoiii, excited betul Mia jumpa Sara. BFF lah katakan.

"Woo, Mia kau masak ke semua ni?," tanya Sara kagum. Dia tahu Mia boleh masak tapi dia tak pernah pun merasa air tangan dari Mia. Mak tiri dan evil sisternya awal-awal dah bedal habis semua yang dimasak Mia.

"Yup.. Aku tahu kau dah lama teringin makan masakan aku kan. Duduk lah korang. Buat tak tahu malu je," pelawa Mia.

"Aku memang tak malu pun bila bab-bab makan ni," bidas Sara. Kecur air liurnya melihat ayam masak paprik. Favourite tuh.

"Nasib lah kau dapat bakal bini macam tu," ucap Danial.

"Nak buat macam mana yang ni je aku sangkut. Nak tambah cawangan lain pun susah," adu Haikal. Sara boleh dikatakan kuat cemburu juga lah. Tapi dia bukan jenis yang mengongkong. Itu yang dia suka pada Sara.

"Awak jangan nak cari pasal," ugut Sara.

"Yummmmy!!," jerit Mia tiba-tiba.

"Sayang kenapa?," tanya Danial apabila Mia menjerit kegembiraan.

"Saya dah terbau-bau nasi minyak lah. Bila agaknya?," tanya Mia sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.

"Kau ni tahu-tahu je kan Mia. Kau pakai detecter jenama apa hah?," perli Sara.

"Well, I am yours best buddy kan."

"Betul ke?," tanya Danial tidak percaya.

"Sebenarnya kami baru merancang je. Kalau boleh nak tunang dan nikah terus," terang Haikal.

"Wah, congrats!! Pandai kau sorok dari aku ea" ucap Danial. Tak sangka dalam diam Haikal sudah merancang segala-galanya.

"Tak sabar aku nak merasa anak buah." Terbayang-bayang dia memeluk dan membelai bayi.

"Kenapa aku pula. Kau kan yang kahwin dulu. Tiada apa-apa lagi ke?," tanya Sara separuh berbisik.

"Aa, eh nasi dah nak sejuk tu. Jemput makan la." Sara ni macam tak tahu pula kisah dia dan Danial.

Danial hanya menjongket bahu apabila Sara memandangnya.

Selesai makan mereka beristirehat di ruang tamu sambil menikmati puding karamel.

"So, amacam kau lepas kerja di syarikat arwah papa kau? Aku rasa kau tak kerja pun takpe. Danial boleh tanggung kau and BAKAL anak-anak kau lagi," tanya Sara yang menekankan perkataan 'bakal'. Biar Mia sedar sikit. Dia berharap betul hubungan Mia dan Danial berkekalan. Dia nampak cinta dalam mata Danial. Ceh, macam dia ni doktor cinta pula.

"Betul. Aku sokong," sahut Danial yang mendengar perbualan mereka.

"Kau tahukan impian aku nak tadbir syarikat arwah papa aku nanti." Syarikat arwah papanya sudah menjadi impiannya semenjak dia tinggal bersama-sama mak tirinya lagi.

"Hah, bercerita pasal syarikat, aku ada one 'great-great' news," sambung Mia.

"Apa dia? Kau jumpa mamat hot ke?," tanya Sara excited.

"Sara!!," tegur Haikal. Sara hanya tersengih sambil menunjukkan tanda peace.

"Lagi hebat dari mamat hot," jawab Mia.

'Lagi hebat dari mamat hot???' getus Danial dalam hati. Cemburu la wei. Mia ni lupa ke dia yang hot stuff ni adalah suaminya.

"Mira dah balik Malaysia and dia will stay in Malaysia forever," terang Mia. Sara turut mengenali sepupunya itu lantaran dia selalu bercerita dengan Sara.

"Oo, Mira rupanya," bisik Danial perlahan. Lega.

"Are you kidding??," jerit Sara.

"No i'm not. Dan yang paling best dia bekerja di syarikat arwah papa aku. Of course la jawatan dia lagi tinggi dari aku," sambung Mia.

'Mira? Macam nama ex-Danial,' getus Haikal dalam hati.

"Girls, siapa Mira? Artis ke or orang yang famous ke sampai korang excited gila," tanya Haikal. Ada ke artis nama Mira? Entah la. Dia dengan dunia hiburan memang tak ngam.

Sejurus itu semua tergelak. Lagi lah bertambah pelik Haikal dibuatnya.

"Sepupu Mia la," jawab Sara bagi pihak Mia.

"Oh, by the way Mira tu ex-Danial yang dekat Australia. Haikal mesti kenal kan."

"Seriously!!," jerit Haikal dan Sara serentak. Memang padan la mereka berdua ni.

Haikal pandang Danial. Danial mengangguk mengiakan kata-kata Mia. Bertambah-tambah pelik Haikal apabila Danial hanya senyum. Biasanya bila sebut je nama Mira mesti dia melenting habis.

"Kecilnya dunia. Alih-alih jumpa orang yang sama," bisik Haikal perlahan.

"Watch out Danial. Aku dapat tahu kau brake my bestfriend's heart siap kau. Aku cari kau sampai lubang cacing," ugut Sara. Tak sanggup dia melihat Mia diperminkan.

"Woo, I will not do that for my sayang. She is the one for me. The one that I love the most," luah Danial berani.

"Waaa, sweetnya," sahut Sara. Macam-macam la Sara ni sekejap ugut orang lepas tu puji pula.

"Okay Mia back to your story. Dia buat apa pula kali ni?," tanya Sara.

"Semalam dia baru masuk kerja. And semalam la aku tension gila.dengan minah tu. Rasa nak cekik-cekik je," ujar Mia kegeraman.

"Kenapa kau tak cekik je?"

"Gila kau nak cekik anak orang. Dah la anak pak cik aku lagi."

'Apa punya idea la Sara ni. Nanti tak pasal-pasal masuk penjara Mia tu. Malaysia ni ada undang-undang la sayang oii,' bebel Haikal. Nak diluah takut menganggu perbualan mereka.

Oh, lupa pula Danial nak tanya Mia kenapa dia moody semalam. Itulah sibuk mengusik Mia je.

"Dia suruh aku buat macam-macam. Pula tu sanggup dia turun dari level 5 ke level 3 demi nak arahkan aku. Dia suruh aku photodstat rekod-rekod kewangan tahun-tahun lepas sedangkan semuanya dah disave dalam komputer dia," adu Mia. Sakit jiwa betul.

'Oo, pasal Mira ke dia bad mood,' getus Danial.

"Habis tu kenapa kau buat bukan ke kau sendiri cakap yang kau takkan ikut telunjuk dia."

"Sara, you know me kan. Aku memang takkan ikut kerja gila si Mira tu. Tapi dia ugut aku dengan rantai pusaka nenek moyang aku."

"Rantai kesayangan mama kau tu ke? Macam mana ada pada dia.' Pelik. Seingatnya Mia ada menceritakan akan kehilangan rantai tersebut.

Bila Mia menyebut tentang rantai baru Danial teringat rantai yang berada di atas meja solek Mia. Rantai yang itu ke? Mati-mati dia ingat ada laki lain yang beri. Mujur tak dibuangnya. Kalau tak mengamuk la isteri dia ni.

"Yup. Maybe sewaktu hayat nenek aku masih ada dia berikan kepada Mira supaya dia dapat berikan kepada aku. Arwah nenek aku mana tahu aku dengan Mira tu musuh."

"Isyh, aku rasa nak ganyang-ganyang je minah tu," ujar Sara geram.

"Tak sangka pula Mira macam tu. Nasib la korang suami isteri berkenalan dengan manusia bernama Mira," ucap Haikal setelah lama berdiam diri mendengar cerita Mia.

"Aku lagi la tak sangka si Mira tu sepupu Mia. Lain betul perangai dia yang aku kenal dengan versi Mia ni," luah Danial pula. Dia mengenali Mira dengan perangai lemah-lembut dan ayu. Rupa-rupanya talam dua muka.

"Kau jangan kembali semula ke Mira. Nanti aku rembat Mia jadi bini kedua aku," ugut Haikal disokong Sara.

"Alamak, Haikal kita kena gerak dulu. Dah lambat. Nanti ibu bising," jerit Sara apabila terpandang jam sudah menunjukkan pukul 11 lebih.

"Okay lah wei aku balik dulu. Tunggu aku kahwin la kita lepak lama-lama. Bawa anak dara orang ni bahaya sikit." Haikal kemudian menyalami Danial.

Mia pula berpelukan dengan Sara. "Good luck Mia. Aku doakan kau bersabar dengan Mira. Apa kata dari kau duduk pejabat baik kau lawat hotel-hotel syarikat kau."

"Nanti aku fikirkan. Lain kali datang lagi rumah aku okay," pelawa Mia.

"Terima kasih Mia untuk malam ni. Beruntung Danial dapat isteri pandai masak," puji Haikal.

"Take care Mia okay Danial," nasihat Haikal.

"Don't worry I'm her man." Kembang juga dia apabila ada yang memuji masakan isterinya.

"Sayang!!," panggil Danial setelah Haikal dan Sara beransur pulang.

"Hemm."

"Sayang jangan risau okay. Hati saya hanya sayang yang bertakhta. Tiada ruang untuk orang lain. Bagilah seribu Mira pun saya tetap pilih sayang," luah Danial lalu mencium pipi Mia.

"Saya tak tanya pun. Tak kisah la." Padahal dalam hati Mia dah berbunga-bunga. Masih ada yang sudi sayangkan dan ambil berat pasal dia selain Sara.

"Sayang tak peduli tapi I care. Jom lah tidur," ajak Danial.

"Siapa nak tidur dengan awak?."

"Saya nak tidur dekat bilik lain," sambung Mia. Sengaja bergurau dengan Danial.

"No... No... No...," jerit Danial seraya mencempung Mia menuju ke bilik mereka.

Mia tergelak dalam hati. Di bibirnya terukir senyuman. 'Ya Allah jika dia memang jodohku, kau satukan lah hati kami. Kau rahmatilah rumah tangga kami. Amin,' doa Mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience