Chapter 6

Romance Series 5086

Niel memandang kereta yang lalu-lalang melalui cermin di syarikatnya. Hatinya mula diburu rindu terhadap gadis yang bernama Nur Dania Rayna. Sejak pergaduhan mereka yang lalu, mereka tidak lagi berhubung .

Pintu biliknya yang diketuk membuatkan Niel berpaling. Wajah pembantu peribadinya itu dipandang tajam.

"Hmmm, you nak apa?"

" Ada orang nak jumpa, bos. Katanya penting sangat."

"Who?" Soal Niel, dingin. Memang sekarang bukan waktu yang sesuai untuk dia bertemu dengan sesiapa. Begitu juga dengan semua kliennya.

Aileen memandang bossnya , gerun.

"I dont know. Maybe your friend "

"Hmmm, suruh dia masuk."

Aileen mengangguk. Pantas dia keluar dari bilik itu . Takut juga dia dengan mood bossnya minggu ini . Tidak seperti biasa . Mungkin ada family matter.

Niel duduk membelakangi pintu . Pintu diketuk tidak membuatkan dia berpaling malah dia menyuruh orang itu masuk .

"Niel..."

Niel berpaling memandang empunya suara . Terperanjat dibuatnya melihat Dania berada dihadapan matanya.

"Nia..." nama itu meniti di bibirnya perlahan.

"Abang sihat ? " soal Nia perlahan. Niel dihampirinya .

Niel mengangguk perlahan .

"Abang rindu Nia . Kenapa Nia buat abang macam ni ??" Niel merapati Dania . Tubuh mereka berlaga .

Dania menjauhkan sedikit dirinya dari tubuh Niel .

"Jangan dekat sangat please ...Kita belum kahwin , nanti timbul fitnah pulak "

" Abang nak kita cepatkan majlis kita . Next week , hari selasa kita buat majlis ! " ujar Niel , tegas .

"Tapi ..."

"Tak ada tapi-tapi lagi . Abang tetap nak kita cepatkan majlis kita ni "

"Tapi Nia takut Kakak Nia tak setuju . Apa kata dia pula nanti ."

Niel mengeluh panjang . " Pasal kakak Nia nanti abang uruskan ..."

"Bang..."

niel berpaling memandang si gadis yang amat dicintainya itu .

" Nia rindu abang ...." luah Dania tanpa segan silunya .

Niel merenung tepat ke dalam anak mata Dania . Tidak dijangka yang gadis itu akan merinduinya.

Perlahan - lahan wajah gadis itu dirpatinya . Baru dia mahu membenamkan bibirnya , tubuh Elman terconggok di hadapannya .

" Tak reti ketuk pintu ke ! Kau marah PA kau sebab tak ketuk pintu dulu boleh pula ! "

Elman tersenggih . Bahu Niel ditepuk berkali-kali .

"Korang tak kahwin lagi tahu tak ! Jangan nak buat benda terkutuk tu ! Kalau tak tahan sangat kahwin je cepat-cepat . Aku dengan Ayna boleh tolong set up majlis korang . Amacam ? Baik tak tawaran aku ?"

Niel menjeling sepupunya itu . Tapi nasib baik jugak si Elman ni datang , kalau tak , dia tak tahu apa yang jadi . Mahu terbabas dia dengan Nia . Wajah Nia dikerlingnya . Mesti nia tengah malu sekarang ni . Hmmmm , sorry sayang .

"Kau nak apa datang sini , El ? "

"Saja je . Wife aku suruh aku keluar pergi mana-mana sebab dia rimas dengan aku . So aku datang jumpa kau lah..."

Niel menjeling manja sepupunya itu .

" El , wife kau lawo lah..." puji Niel tiba-tiba.

Menmbuntang mata Elman mendengar kata pujian yang ditujukan buat isterinya.

"Kau jangan nak mengada ehhh ...Aku tahu wife aku lawo tapi jangan rembat dia daripada aku "

Niel tersenggih . Wajah Nia disebelahnya dikerling sekilas . Kalau muka macam tertelan cicak tu , nampak sangat cemburu . Nasib kaulah Nia .

"Aku nak baliklah . Rindu pulak kat my beloved wife ."

Niel mencebik . Tangan Elman yang dihulurkan kepada dirinya disambut . Tangan lelaki itu ditarik sehingga Elman terdorong ke wajah Niel . Pipi Elman dicium .

Elman mendengus . Kalau Ayna tengok , mampuih aku....Hesy mamat ni .

"Bye darling " Niel melambaikan tangannya ke arah Elman .

Elman buat tak tahu sahaja . Kakinya terus menapak keluar dari bilik itu .

Dania memandang Niel tajam . Kakinya terus menapak menuju ke pintu .

"Awak nak pergi mana Nia sayang ? "

Dania terus menjeling lelaki itu lalu memulas tombol pintu .

"Saya malas nak layan awak . Buang masa je saya datang jumpa awak kat sini ."

Niel terus merapati gadis itu sebelum sempat Dania keluar dari bilik itu.

"Sayang dah kenapa ? Tiba-tiba bad mood semacam je . Ke sayang merajuk sebab abang tak cium sayang tadi ? " Bibirnya mengoyak senyum nakal .

Dania menumbuk dada lelaki itu . Geram dengan pernyataan lelaki itu.

"Ouchhhh...Sakitlah ,sayang ." Niel memegang dadanya yang sakit ditumbuk Nia . Ganas betul lah makcik ni !

Dania menjeling lelaki itu sekali lagi . Sakit hatinya melihat Niel dengan selambanya mencium pipi Elman dihadapan matanya . Nak kata cemburu , bukan . Cuma sakit matanya je .

"Kenapa sayang marah sangat ? "

Dania mengangkat tangan kanannya betul-betul dihadapan muka lelaki itu .

"Talk to my hand ! "

Dania terus mengorak langkah selaju yang mungkin . Namun dia perasan yang Niel mengikutinya dari belakang .

Di dalam lif , hanya ada mereka berdua sahaja . Terpancar senyum nakal Niel .Wajah Nia dipandang tunak.

"Macam mana kita nak kahwin kalau perangai awak macam ni ? "

Dania memandang lelaki itu .

"kalau macam tu , kita tak payah kahwin . Sebab saya rasa , kata-kata bekas teman wanita awak hari tu ada betulnya."

Niel memandang tajam wajah Dania . Dia paling cukup tak suka kalau nama perempuan itu disebut-sebut .

"Apa yang betulnya ? " Soal Niel separa menjerit .

Dania menelan liur sebelum memandang Niel kembali.

"Sa...ya ra..sa yang saya ni mangsa awak sahaja "

Dania terus berjalan laju apabila pintu lif sudah terbuka . Namun langkahnya tidak selaju langkah Niel . Niel lebih pantas dengan menarik lengan Dania sehingga tiba di tempat parkir keretanya .

"Lepaslah Niel ! " Dania merentap lengannya dari pegangan Niel .

Berlaga-laga gigi Niel melihat perempuan di hadapannya .

"Dasar psycho ! " jerit Dania tetapi dia tetap tidak berganjak dari situ.

Sekali lagi Niel memegang lengan Nia .

"You memang dah melampau Nia ! You memang tak faham bahasa ke ? I dah cakap kan yang I ni bukan playboy . I dah cerita kat you pasal semuanya . Tapi kenapa you still nak ungkit pasal semua ni ? " Jerkah Niel tanpa menghiraukan pekerja-pekerjanya yang memandangnya .

Dania terdiam . Bahunya ternaik sedikit menerima jerkahan itu .Kali ini dia benar-benar takut dengan NIel . Tak pernah-pernah dia melihat Niel naik hantu sampai sebegini rupa .

"Awak betul nak kita berpisah ? " Suara Niel mula mengendur .

Dania masih kaku . Tidak mengangguk mahupun mengeleng .

"Please jawab , Nia . Abang penatlah kalau macam ni . Kalau Nia rasa yang abang ni tak layak untuk Nia , cakap je . "

Dania memandang tepat ke dalam mata lelaki itu . Perlahan -lahan Dania mengangguk .

" Nia tak nak teruskan lagi hubungan kita . Full stop ! "

Dania terus berjalan laju meninggalkan lelaki itu . Hatinya menangis hebat . Memang benar dia tak sanggup meninggalkan lelaki itu tapi ...

Niel memandang dari jauh tubuh Nia yang mula menghilang . Perlahan - lahan air mata kelakiannya mengalir .

" Kau kejam Nia ! " Niel terus masuk ke dalam keretanya. Kereta dipandu dengan laju .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience