“Kenapa aku macam pernah dengar suara dia? Tapi muka dia aku tak cam pulak. Rasa macam pernah jumpa tapi kat mana?”
Zetty masih memikirkan pertemuannya dengan Naufal.
Seketika telefonnya berbunyi nyaring. Panggilan dari Melissa.
“Hello, Mel kau..”
“Zetty, sorry sangat aku tak dapat lunch dengan kau hari ni. Aku ada meeting tergempar. Last minute baru dorang ni bagitau. Sorry sangat. Ok lah, aku kena pergi dulu. Bye.”
Panggilan diletak.
Mata Zetty terkebil-kebil memandang handphonenya. Belum sempat berkata apa-apa, Melissa terlebih dahulu meletakkan panggilannya. Dia malas mengambil pusing hal itu, kakinya mula mengorak langkah untuk melintasi jalan ke keretanya.
“Awak!! Awas!!!”
Zetty tidak sempat berpaling ke arah suara yang menjerit kepadanya secara tiba-tiba, badannya ditolak ke tepi. Dia dan lelaki yang menolaknya jatuh ke tepi. Mereka mengaduh kesakitan.
“Awak?!!”
Kaget Zetty apabila melihat lelaki yang menolaknya adalah Naufal.
“Kenapa tolak saya haa?!!”
“Yelah saya. Kalau tak tolak awak tadi, agaknya awak dah kena langgar kereta yang laju tu. Mata awak tu letak kat mana haa? Ke baik sangat bagi sewa kat orang?”
Naufal menghamburkan amarahnya.
Bukannya gadis itu hendak berterima kasih kerana menyelamatkan dirinya tapi dia dimarahi kerana menolak gadis itu pula.
Zetty mencerun marah. Tetapi memandangkan lelaki itu yang menyelamatkannya, dia hanya berdiam diri. Memendam rasa di dalam hati.
Zetty mula berdiri malas mahu berlama dengan Naufal. Lama-kelamaan macam-macam perkataan yang akan keluar dari mulutnya. Dirinya tidak mahu menambah dosa yang sedia ada.
“Ouch!!”
Zetty jatuh terduduk. Tangannya mengurut kakinya. Perit sekali rasanya.
“Eh, kenapa pulak ni?”
Soal Naufal yang melihat Zetty jatuh bagaikan nangka tak berapa nak wangi itu.
“Tak tau la. Kaki saya sakit. Macam terseliuh jer.”
“Erm, kalau macam ni kena pergi hospital. Saya tak bawak kereta pulak hari ni. Awak datang dengan apa?”
“Kereta. Ada kat sana. Eh, jap awak nak hantar saya ke?”
“Yelah, takkan nak biarkan awak bawak sendiri pulak. Silap haribulan accident terus. Siapa susah? Awak jugak kan.”
Rajin pulak dia berleter kali ini. Boleh buat kerja sampingan jadi penceramah bebas lagaknya.
“Amboi-amboi. Sedapnya mulut awak cakap macam tu. Awak tahu tak kata-kata tu satu doa? Tak payah susah-susah nak hantar saya la. Saya boleh balik sendiri. Kalau buat kerja tak ikhlas baik tak payah tolong awal-awal lagi.”
Hati Naufal tersentap. Rasa bersalah mula menguasai diri. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.
“Ok-ok, maafkan saya. Tak patut saya cakap macam tu. Saya hantarkan awak yer. Awak nak mintak tolong siapa kat sini? Saya jer yang awak kenal. Takkan awak nak mintak tolong dengan pakcik tukang kebun kat sana tu. Entah-entah esok lusa baru sampai hospital.”
Dahi Zetty berkerut tanda tidak memahami ayat terakhir Naufal.
“Yelah pakcik tu kan ada kereta sorong jer. Mana boleh sampai cepat kalau pakai kereta sorong jer.”
Zetty tergelak. Boleh pulak Naufal membuat lawak badut di hadapannya.
“Dah-dah. Naik penat telinganya saya dengar syarahan awak yang entah ambil dari profesor mana. Cepatlah hantar saya. Dah nak masuk waktu Asar ni.”
Naufal membantu Zetty bangun dan memapahnya hingga ke kereta Zetty. Dia memandu menuju ke klinik berdekatan.
Share this novel