Ya Allah, habis kembung perut aku yang kempis ini sudah membuncit ke depan. Kenyang tu tak payah cakaplah... rasa macam dah tak boleh nak masuk dah ni.
Farish Mikael pula bukan main suka lagi tengok wajah aku yang kekenyangan ini. Dahlah beli banyak tak ingat dunia. Aku minta ayam KFC dengan air milo ais je yang dia beli macam sepuluh orang nak makan! Memang aku sedekahkan dekat makcik cleaner jelah macam tu nanti.
"Amboi suka dia eh, tengok kita makan?" Ucapku sambil menjeling ke arahnya.
"A'ah, suka." Balasnya sambil tersenyum-senyum.
"Masalahnya banyak sangat ni!" Balasku lagi namun bukan dengan keadaan marah cuma kedengaran tegas kerana perangai membazirnya ini.
"Alah, makan jelah. I suka tengok you makan. Makan biar chubby sikit. Ini tak, cengkung je pipi tu haa..." Ucapnya lagi sambil ketawa manis.
Terlopong mulutku dibuatnya. Apa, pipi aku cengkung? Gila ke? Aku tepuk pipi aku pun dah melantun macam puding, ada pulak dia kata pipi aku cengkung.
Aku diamkan sahaja malas nak cakap lagi.
"Hmm, merajuklah tu." Ucap Farish Mikael turut memuncungkan bibirnya sepertiku.
"Sikit-sikit merajuk." Tambahnya lagi.
"Excuse, saya mana pernah merajuk. Urgh, ni nak marah ni." Ucapku dengan nada suara yang perlahan, lantas aku terus menuju ke singki untuk membasuh tangan, sumpah perut aku dah penuh gila ni.
Aku membuka paip air dan memicit sedikit sabun ke tapak tangan. Eh, aku baru teringat. Nombor telefon Kak Siti Fatimah! Nasib aku tak basuh!
Aku basuh tangan dengan berhati-hati. Takut nombor telefon itu nanti terbasuh sekali.
Usai sahaja membasuh tangan, aku terus bergegas ke arah Farish Mikael. Aku mencuit bahu tegapnya dari arah belakang, lantas dia memandang ke arahku dengan pantas.
"A'ah... ya?" Ucapnya dengan wajah polos.
"Nah, number nurse tadi. Simpanlah." Ucapku dengan senyuman.
Farish Mikael mengerutkan dahinya serta memandang wajahku dengan tajam sekali...
Share this novel