Rate

BAB 3

Drama Completed 924

Sungguh,aku tak sangka Neyla sebegitu berani meluahkan perasaan dia.Rasa menyesal plak sebab mulut aku lancang je berkata2 tanpa peduli perasaaan dia.Maafkan abang Neyla .Keesokkan harinya,selesai aku menjamah sarapan yang disediakan Neyla ,aku memanggil dia dan menyuruhnya duduk di sebelah aku.Dia hanya menurut.
“Neyla marah kat abang ke pasal semalam?”
“ tak de la,lagipon buat apa nak marah.”
“Maafkan abang sebab cakap kat Neyla macam tu.Abang tak sengaja.”
“ tak pe lagipon hati Neyla memang dah lama luka dan Neyla dah biasa.Cepat siap,abang kan nak pegi pejabat,karang lambat plak.”

Tenang sungguh Neyla .Dia bercakap seperti tiada apa2 yang berlaku semalam.Neyla maafkan abang.
Kandungan Neyla dah berusia 4 bulan.Semuanya berjalan seperti biasa sehinggalah pada satu hari.

“Abang,bawak Neyla pegi klinik boleh tak ?Neyla nak kena pegi check up.”
“yela.cepat siap.”
Aku tak tau kenapa Neyla kelakuan lain macam hari ni.Senyum memanjang.Lepas je dia siap gi check up.Dia berlari ke arah kereta aku tanpa toleh ke kiri,ke kanan.tiba2 sebuah kereta laju ke arah Neyla dan..

NEYLA !!!!!!!!!!!!!!!!

“Bilal ,arwah Neyla ada mintak aku sampaikan surat ni pada kau.Dia kata bagi surat ni pada kau apabila tiba masanya dan aku rasa sekaranglah masa yang paling sesuai.”
“terima kasih ye kak Lieya.”
“sama2.”
Dengan penuh hati2,aku buka sampul surat tu dan membaca isi surat tersebut.

Assalamualaikum.
Abang Bilal ,pertama-tama skali,Neyla nak ucapkan terima kasih sebab sanggup menjaga Neyla yang tak sempurna ni.Neyla hargai apa yang abang Bilal lakukan untuk Neyla .Neyla pon tak tau nape Neyla tulis surat ni untuk abang tapi Neyla cuma nak luahkan apa yang terbuku dalam hati Neyla melalui surat ni.

Abang Bilal
Neyla tau kebahagiaan abang musnah sebaik sahaja abang menyandang gelaran sebagai suami Neyla .Mula2,Neyla tak dapat terima hakikat yang abang akan berkahwin dengan Neyla .Tapi lama2,Neyla rasa Neyla dah mula jatuh cinta dengan suami Neyla sendiri.Neyla cuba untuk mengambil hati abang,sehingga satu tahap,Neyla tanpa rasa malu mengaku tentang perasaan Neyla terhadap abang.Tapi apabila abang mengungkapkan kata2 tersebut,baru Neyla ingat siapa diri Neyla .Neyla dah tak de harga diri dan Neyla tak layak untuk abang.Abang ingat tak ,abang pernah cakap yang hati abang dah berpunya.Neyla cuba cari gadis yang bertuah tu dan Neyla berjaya.Nama dia Mona kan?Abang memang pandai pilih dan Neyla tengok dia lebih baik dari Neyla .Cuma satu yang Neyla harap.Abang kahwinlah dengan Mona sebab Neyla yakin dia memang terbaik untuk abang.Neyla izinkan dan jika umur Neyla panjang,selepas Neyla melahirkan anak Neyla ,Neyla nak abang ceraikan Neyla .Abang kejarlah kebahagiaan abang sendiri.Neyla dah tak nak menyusahkan abang lagi.Cukuplah pengorbanan yang abang lakukan,izinkan Neyla berkorban demi kebahagiaan abang.Opppsss..satu lagi.Tentang hal mama dan Fizan ,cakap pada mereka Neyla dah maafkan mereka dan Neyla redha apa yang dah tersurat dalam hidup Neyla kerana hakikat semalam tak kan dapat diubah walau macam mana kita cuba untuk mengubahnya jadi kita tak perlu menyesal.Dan..Neyla sayangkan abang…=)

Yang selalu menyayangi
Nur Suriana Neyla ..

Air mata yang aku tahan dari tadi gugur juga.Neyla ,seperti tahu yang umurnya sudah tidak panjang dan memang betul.Neyla pergi bersama bayi yang dikandungnya.Fizan dan mama menyesal tak sudah2 namun tiada gunanya lagi,lagipon arwah Neyla dah maafkan mereka jadi tak perlu dikenang2 kan lagi.Permintaan Neyla untuk aku menikah lagi amat berat untuk aku tunaikan.Tengoklah,jika hatiku masih tebuka untuk menerima kehadiran perempuan lain di dalam hidupku kerana bagi aku,cinta dan memori aku pada Neyla sangat sukar untuk aku padamkan.selamat tinggal sayang.Abang juga mencintaimu.Tenanglah engkau disana.Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience