BAB 2

Romance Completed 82160

Dia terasa pipinya ditepuk perlahan, cuba membuka mata, kelihatan wajah mamanya yang terpampang di depan mata. Matanya terpisat - pisat dek cahaya lampu bilik yang mengganggu.

"Ermmmm...Mama..." Hanya itu yang terlontar di mulutnya.

"Aryan, bangun sayang, pagi ini ada mesyuarat Lembaga Pengarahkan, nanti lambat pulak, papa pagi - pagi dah gerak ke pejabat, jangan buat papa marah sayang", Puan Sharifah Zurina mengejutkan dia dari tidur, terselit sedikit teguran dari si ibu.

Aryan menggeliat perlahan dan sempat membuat senaman ringkas bagi melegakan otot - ototnya. Dia bingkas bangun dari pembaringan dan melangkah ke arah ke bilik air.

Keluar dari bilik air, dia mencapai baju yang sedia tergantung di dalam almari. Kemas dan segak dengan baju kemeja berwarna biru cair, padanan tie berjalur berwarna hitam dan kelabu cair beserta kotnya yang berwarna biru gelap. Dia mengadap cermin bagi melihat kemasan terakhir. Setelah berpuas hati, langkah di atur keluar dari bilik.

Harini mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bakal penentu segala. Siapa yang akan memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi atau COO dalam syarikat berpengaruh itu. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif masih kekal kepada papanya Syed Mokhtar sebagai peneraju utama. Kerana itu syarikat warisan keluarga dan papanya sebagai anak sulung dalam keluarga Syed Mustaza Al-Jofri.

Di dalam bilik mesyuarat bingit dengan bunyi tepukan dan ucapan tahniah kepada Aryan Mikhail. Dia mendapat kepercayaan untuk memegang jawatan COO dalam syarikatnya, iaitu jawatan kedua tertinggi selepas papanya itu.

Dia tidak menduga sama sekali akan mendapat kepercayaan penuh dari semua ahli mesyuarat. Dengan berlapang dada dia bangun dan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh Ahli Lembaga Pengarah kepadanya.

Dipandang semua yang ada di dalam bilik itu, kelihatan Wajah pak ngah dan sepupunya masam mencuka seperti riak tidak berpuas hati. Dia tidak peduli dengan pandangan itu kerana dia mendapat sokongan majoriti. Syed Andi yang juga sepupunya sejak dari dulu sentiasa nak bersaing dengannya, ada sahaja yang sepupunya itu tidak berpuas hati. Dalam erti kata lain, memang tak sebulu walaupun ada pertalian darah. Jenis orang yang tidak boleh terlebih darinya.

Mesyuarat selesai dan semua bersurai. Aryan berlalu ke biliknya. Tidak lama lagi dia akan berpindah ke bilik yang lebih besar dan selesa. Dia sendiri terasa apa yang berlaku pada hari ini bagaikan mimpi. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk bersaing dengan sesiapa bagi merebut jawatan itu. Semuanya telah ditakdirkan. Dia akan menggalasnya dengan sebaik mungkin dengan memberikan sepenuh komitmen.

Baru saja mahu melabuhkan punggung di kerusi dia terdengar bunyi pintu biliknya dibuka dari luar. Tanpa diketuk terlebih dahulu.

Syed Andi masuk, sambil bertepuk tangan, "Akhirnya dapat juga kat kau yer jawatan tu. Huh! Aku yang buat kerja bermati - matian pun takde pulak orang yang nak pandang, kuat betul kabel yang kau guna kan???." Syed Andi melontarkan kata sindirannya kepada Aryan yang telah duduk di kerusinya itu.

"Tak perlu nak menuduh aku macam tu, takde sebarang kabel pun yang aku guna untuk dapatkan jawatan ni. Aku tak perlukan semua tu untuk meraih kepercayaan Ahli Lembaga Pengarah untuk pilih aku. Bukan macam kau, kaki bodek." Sayf membalas pantas, pantang betul dia pada orang yang suka serkap jarang ni. Kalau tak difikirkan masih di dalam pejabat, nak je dia bagi sebijik pada mulut yang tiada insuran tu. Biar dia tau betapa sukarnya bila makan menggunakan straw.

"Aku sebenarnya tak hadap la dengan jawatan ni, kalau kau nak sangat, apakata kau dapatkan kepercayaan dari Ahli Lembaga Pengarah untuk melantik kau sebagai COO. Kalau mereka semua setuju, aku sanggup lepaskan jawatan ni kat kau, hmmm... Sebabnya takde faedah berebut dengan kanak - kanak ribena yang baru nak up ni." Aryan masih menyambung kata - katanya. Seakan Perlian.

Hati Andi berdongkol geram. Dikepal tangannya kuat, rahangnya juga turut diketap. Geram yang teramat dia ketika itu. Sempat lagi sepupu tak gunanya itu menyindir.

"Kau tunggu masa kau..." Jari telunjuk tepat terarah kepada Aryan. Sambil langkah di atur laju keluar dari bilik Aryan.

Bammmm!!! pintu dihempas kuat.

*******

"Kenapa kau tak bunuh je lelaki tak guna tu? aku bagi upah kat kau mahal - mahal supaya kau lenyapkan dia terus dari muka bumi ni. Ni tak masih lagi wujud sihat - walafiat kat depan mata aku, macam - mana kau buat kerja ni???." Dia yang datang ke gudang lama itu terus menyoal. Gudang lama itu merupakan markas pembunuh upahan yang dia upah.

"Maaf bos, kalau diikutkan pada kesan tikaman tu memang dia boleh meninggal bos. Tapi tak sangka ada yang selamatkankan dia pada malam tu." Ujar lelaki di depannya itu...Ada riak gugup di wajahnya. Kalau tersilap gaya, nyawanya juga akan melayang. Bukan dia tak kenal, lelaki yang bermata helang di depannya ini jenis hati kering. Sanggup buat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya.

"Penyelamat dia???" dahinya berkerut.

"Kau cam ker muka yang selamatkan si b*ngs*t tu?", Dia masih menyoal. Huhhhh...Ada sahaja halangan. Liat betul nyawa dia nak bercerai dari badan.

"Tak pasti bos. Sebab lepas tikam dia, dia pengsan, kitaorang humban dia dalam semak dan terus beredar dari situ. Risau takut ada polis datang. Kalau nak diikutkan, laluan tu memang jalan pintas, agak tersorok, memang jarang orang guna." Lelaki itu menerangkan. Tapi hatinya tetap juga gundah - gulana. Tersilap kata, ke kuburlah dia esoknya. Minta jauh. Jangan mati dulu, banyak lagi impiannya yang belum dia capai. Nak merasa juga ada isteri sebelum tutup mata. Siapa yang taknak kahwinkan.

"Arrghhhhhhhhhh...Tak guna..." Dia menjerit kuat. Terkejut semua yang ada di situ. Masing - masing mengurut dada.

Dia mencapai jaketnya dan berlalu dari situ. Sebal hatinya. 'Duduk lama - lama di situ pun bukannya ada hasil, rugi lagi adalah', desisnya menuju ke kereta.

Sampai di rumah, langkah terus dihala ke arah bilik kerjanya. Menghenyakkan duduknya di situ.

Tssskk...Hatinya berdecit. Liat betul roh Aryan nak keluar dari jasadnya. Sebelum ni pun dah berbagai cara dia guna. Tapi tetap juga tidak berhasil, ada juga yang menjadi penyelamat.

Bukkkkk!! Meja kaca ditumbuknya kuat. Retak seribu cermin kaca itu. Keluar cairan merah dari tangannya yang luka. Dia membiarkan, sebab kesan sakit akibat luka di tangannya tidak sehebat kesan sakit di dalam hatinya. Dia berdongkol geram.

Dia mengangkat punggung dan keluar dari bilik kerjanya. Pintu di hempas kuat. Dua tiga kali lagi hempas memang boleh tanggal pintu tu. Langkah diatur ke ruang menonton, dia melabuhkan punggungnya di sofa yang ada di situ.

Dia meraup wajahnya dengan kasar. Handphonenya yang berbunyi nyaring di atas meja dia abaikan. Langsung tiada hati untuk mengangkat. Diambil handphonenya itu dan Dilihat gerangan pemanggil.

'Huhhhh!!! Perempuan pisau cukur ni rupanya yang call.' Semuanya dia label perempuan pisau cukur, kerana tiada lain niat mereka untuk merapat dengannya melainkan sebab duit. Disebabkan dia anak orang kaya, semua mereka nak mendekat. Tiada yang betul - betul ikhlas. Perempuan begini selayaknya dijadikan stok geli - geli sahaja.

Hatinya masih mahu meneruskan niat jahatnya untuk menjatuhkan Aryan. Selagi matlamatnya belum dia capai, selagi itu juga hatinya belum puas. Hendak difikirkan apa lagi plannya untuk menjadikan Aryan itu jatuh tersungkur.

Happy reading semua.. Jom layan karya terbaru EL. -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience