Bab 75

Romance Completed 207871

"Tuan, Puan Intan di tandas.." tak sempat ayat dihabiskan, talian terus dimatikan.

Pantas Caden bangun dan melangkah laju menuju ke pintu. Rick yang melihat, turut sama mengikut Caden dari belakang.

"Carlos, come!" jerit Caden pada Carlos yang ada di tepi pintu VIP room.

Carlos yang tidak tahu apa yang terjadi laju membuka langkah mengikut Caden dan Rick. Apa yang jadi? Carlos dan Rick saling memandang.

Sebaik tiba di tandas, dilihat Fahmi sudah memegang Alice yang bajunya ada kesan merah. Darah. Intan!

Tajam pandangan Caden pada Alice yang sudah tertunduk di lantai. Fahmi pula masih kuat memegang lengan Alice tanpa ada ruang untuk dia lepaskan diri.

Rick yang baru tiba bersama Caden turut terkejut dengan apa yang dilihatnya. Sudah dapat dijangka apa yang jadi di dalam tandas. Jangan ada yang terkorban sudah, jika tidak, dia dan Alice pasti lenyap dari muka bumi ini nanti dikerjakan Caden.

Caden yang masih dengan marahnya laju melangkah meninggalkan Alice yang terjelepuk di lantai. You wait Alice! You wait! marah Caden dalam hati.

Caden kemudian meluru masuk ke dalam tandas. Sudah tidak dipeduli tandas perempuan atau lelaki.

"Sayang!" panggil Caden sebaik melihat Intan yang tersandar di dinding tandas memegang lengan kanannya yang sudah basah dengan darah.

"It's okay, sikit je" ucap Intan dengan bibir yang sedikit menggeletar menahan sakit.

Caden waktu itu sudah pucat wajahnya bimbangkan Intan. Sebaik melihat luka di lengan Intan, bergerak-gerak rahangnya menahan marah.

Intan yang terduduk di dinding pantas dicempung ke dalam dukungan dan di bawa keluar dari tandas. Sebaik kaki melangkah keluar, dilihat Alice sedang dimarahi Rick. Basah wajah Alice dengan air mata, pipinya juga memerah, mungkin ditampar Rick. Ah, dia tidak peduli. Kau tunggu balasan dari aku Alice!

"How dare you Alice!" jerit Caden.

Kalau tidak mengenangkan Intan yang luka, sudah lunyai Alice dikerjakan, tidak kiralah dia dipanggil dayus pun bila memukul perempuan, dia tidak kisah. Tajam mata memandang Alice. Bergerak-gerak rahangnya.

"Fahmi, get the car!. Carlos, you handle this." arah Caden lalu melangkah laju bersama Intan dalam dukungan.

"I'm sorry.. I'm sorry.." hanya itu yang diucapkan Alice apabila melihat Intan dalam dukungan Caden.

"Cosa stai pensando? (what are you thinking?)" soal Rick marah. Tinggi suaranya, sudah tidak dipedulikan lagi di mana dia berada. Tidak sangka Alice akan bertindak sejauh ini.

"Are you out of your mind? Ha! answer me!" jerit Rick lagi sambil rambut Alice ditarik agar memandang wajahnya. Ikutkan hati mahu saja dihentak muka adiknya itu. Sungguh dia malu dengan tindakan Alice.

"Do what is right, I don't care anymore" kata Rick lalu melepaskan pegangan rambut dengan kasar hingga tersungkur Alice di lantai. Rick kemudian meninggalkan Carlos bersama Alice yang tangan masih lagi memegang pisau.

"Carlos.. please help me.. Saya tak sengaja.." kata Alice lalu pisau ditangan dicampak ke lantai lalu kaki Carlos dipeluk. Hanya Carlos yang boleh membantunya.

"Alice.. bangun!" Carlos membantu Alice bangun. Kedua-dua tangannya naik ke pipi Alice. Ada rasa belas pada Alice tapi..

"Alice.. love is pure. We cannot force others to love us. It must come from heart" kata Carlos pada Alice. Air mata yang turun membasahi pipi diseka dengan jarinya lalu tubuh Alice dibawa ke dalam pelukannya. Makin kuat Alice dengan tangisannya.

+++

Mujurlah luka Intan tidak teruk tapi tak teruk pun berjahit juga. Hai la, kiri kanan lengannya bertanda. Sebelum ni kena tembak, ni kena pisau pula. Nasib baik la dah kahwin, kalau tidak kurang hantaran kahwin. Intan berkata-kata di dalam hati.

"Abang, sayang okay. Sikit je ni" kata Intan pada Caden yang sudah pun berada di sisinya di atas katil.

"Sikit sayang cakap? Kalau ikut hati abang, memang mati Alice tu abang kerjakan!" kata Caden dengan wajah yang merah menahan marah.

"Abang.." panggil Intan sambil jemarinya mengurut lembut jari Caden yang dalam genggaman.

"Alice terlalu cintakan abang hingga tindakan dia membutakan mana yang salah mana yang betul" perlahan tutur Intan. Dia tahu apa yang Alice lakukan adalah salah tapi semua itu nak menunjukkan betapa kuatnya kuasa cinta cuma cara dia nak mendapatkan cinta itu agak ekstrem.

"Sayang.. kenapa baik hati sangat? Alice dah buat macam ni pun sayang nak bela dia lagi!" marah Caden tidak puas hati. Orang dah buat macam ni pun masih nak back up!

Intan hanya tersenyum dengan kata-kata Caden. Hm.. nak buat macam mana, dah ditakdirkan perkara ini akan terjadi. Kiri kanan bertanda. Tiba-tiba Intan terjerit dan terus terduduk tegak.

"Sayang, kenapa ni? sakit ke?" soal Caden bimbang lalu lengan Intan yang luka ditelek. Kalut dia kalau-kalau jahitan terbuka semula.

"Abang.. minggu depan ada ujian tembak.. macam mana ni?" Intan dan mengongoi.

Tepuk dahi Caden. Ingatkan apa lah tadi. Ujian tembak je pun, bukan jauh, di Bentong je kan.. Iya la.. Bentong! Ala.. macam mana nak honeymoon. Ish, kacau betul la.

Kedua-dua mereka berbalas pandang, jelas riak wajah kecewa tetapi kecewa dengan sebab yang berlainan..

"Esok sayang nak masuk pejabat juga ke?" soal Caden bimbang.

"Luka belum sembuh ni" bimbang dengan keadaan Intan. Satu-satu perkara terjadi.

"Nak tak nak, sayang kena masuk kerja juga. Takkan nak MC pulak. Tak nak lah" ucap Intan lalu tubuh dibaringkan semula.

Caden hanya diam lalu keluar dari bilik tidur bersama telefon bimbit di tangan.

Intan hanya memerhati tindakan Caden, entah dengan siapa dia bercakap pun tidak tahu. Biarlah. Intan kemudian memejamkan mata. Tidak lama Caden masuk semula ke dalam bilik dan waktu itu juga mesej masuk ke telefon Intan.

"Siapa la pula sibuk mesej malam-malam macam ni.." bebel Intan lalu telefon bimbit di atas meja sisi diambil lalu icon whatsapp ditekan.

Tuan Aniq : Assalamualaikum. Esok tak perlu masuk pejabat, saya dah maklum pada Tuan Saiful awak ada bantuan tugasan luar seminggu. Take care, semoga cepat sembuh.

Intan dah terkebil-kebil mata memandang mesej whatsapp dari Aniq. Kemudian dipandang Caden yang sudah berada di sisinya. Hm.. something fishy..

Intan : Terima kasih Tuan. Tapi saya tak ada tugasan luar.

Tuan Aniq : It's okay, Caden dah terangkan semuanya. Cepat sembuh. Latihan tembak tunda dua minggu lagi, jadi pastikan betul-betul sihat sebelum jalani ujian tu.

Intan : Baik. Terima kasih Tuan.

Lebar senyuman Intan. Sebaik selesai mesej dibalas, telefon diletak kembali di meja sisi.

"Abang..." panggil Intan.

Caden hanya tersenyum.

"Sini la sikit.. nak peluk.." panggil Intan manja. Laju Caden merapati Intan dan ditarik tubuh itu ke dalam pelukannya tapi penuh hati-hati takut terkena lengan yang luka.

"Tadi tu abang call Tuan Aniq ke?" soal Intan seakan tidak percaya.

"Tapi mana abang dapat nombor telefon Tuan Aniq?" soal Intan lagi.

"Hm.. lupa la tu.. Ingat tak kes yang dulu tu.." kata Caden sambil meregangkan sedikit pelukan. Kes yang dulu.. Intan kemudian menganggukkan kepala sambil bibir dibentuk bulat.

"Sejak tu la abang ada nombor telefon Tuan Aniq" terang Caden.

"Abang.. thank you tau.. you are the best!" kata Intan lalu bibir Caden yang dari tadi rapat di wajahnya dicium sekilas.

"Untuk sayang, apa pun abang sanggup lakukan" jawab Caden.

"Tapi.. ayah macam mana?" soal Intan pada Caden. Bimbang pula ayahnya akan tahu mengenai perkara ini. Makin marahlah orang tua tu nanti. Sudahlah masalah yang ada belum selesai.

Terdengar keluhan dari bibir Caden.

"Sayang percayakan abang?" soal Caden pada Intan sambil tangan kanannya naik ke pipi Intan dan diusap perlahan pipi itu. Intan mengangguk.

"Kita selesaikan satu-satu dulu, nanti kita jumpa ayah sayang. Mengenai business di Italy tu, Carlos yang akan uruskan. Abang tak perlu ke sana" terang Caden.

"Alice macam mana?" soal Intan.

Terus pipi Intan dilepaskan dan Caden tegak berdiri. Dapat dilihat bergetar genggaman tangannya.

"Yang tu biar abang uruskan, sayang tak perlu ambil tahu" tegang sahaja ayatnya berbunyi.

"Abang nak buat apa pada Alice?" soal Intan bimbang. Bukan boleh dijangka tindakan Caden ni.

"Don't worry, I won't kill her" balas Caden. Terbuntang mata Intan mendengarnya.

"Sayang rehat dulu, abang nak keluar sekejap. Nanti abang balik. Sayang nak makan apa-apa? Boleh abang minta Fahmi pesankan?" soal Caden pada Intan yang sudah tegak memandangnya.

"Where are you going abang?" soal Intan tidak sedap hati.

"No where" sepatah Caden membalas lalu menghilangkan diri di sebelik closet. Tidak lama Caden keluar dengan pakaian yang sudah bertukar. All in black. Intan sudah tidak sedap hati.

Caden datang menghampiri Intan di katil lalu duduk dilabuhkan di sisi Intan.

"Abang.. what are you going to do?" soal Intan. Tangan Caden tidak dilepaskan. Mata Intan tegak memandang mata Caden, terkalih ke sisi wajah Caden tidak mahu memandang Intan.

"You do not need to know" jawab Caden lalu pegangan Intan dilepaskan lalu dahi Intan dikucup sekilas dan kaki laju membuka langkah. Daun pintu bilik ditutup rapat.

Intan rasa tidak sedap hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience