83

Romance Series 93218

Masuk hari ini sudah seminggu Yasir di tempatkan di ICU. Malah dalam tempoh seminggu ini juga Ezmal dilihat langsung tidak berenggang dari menjaga Yasir di hospital. Ruang khas yang disediakan oleh pihak hospital untuk waris pesakit itu bagaikan rumah kedua buat Ezmal. Walaupun dia tidak dibenarkan menjenguk Yasir di dalam, namun dapat melihat adiknya dari ruang kaca itu pun sudah cukup bermakna buat Ezmal.

“Yasir.. Abang Ez datang ni, dik. Abang Ez harap kesihatan kau bertambah baik hari ni. Semua family kita mendoakan yang terbaik untuk kau, dik. Semua orang tak sabar nak tunggu kepulangan kau. Sunyi je rumah tu bila kau takde. Tapi takpe. Abang Ez tahu kau mesti penat kan? So kau rehatlah dulu puas - puas kat sini. Nanti bila dah tiba masa kau balik rumah, Abang Ez bawa kau balik ok? Abang Ez tahu kau pun rindukan rumah kita kan? Kau rindu masakan mom, kau rindu nak gaduh dengan Abang Ez, kau rindu nak usik Kak Nad. Betul tak? Don't worry, dik. Tak lama lagi kau akan lalui kembali detik - detik tu. Sabar ok?" Borak Ezmal dari luar cermin.

Melihatkan keadaan Yasir yang berselirat wayar di badannya membuatkan Ezmal semakin sayu. Apatah lagi dalam keadaan Yasir yang masih tidak sedar dari komanya. Tanpa sedar air matanya mengalir entah untuk yang ke berapa kali. Jujur dia sangat merindui telatah nakal Yasir. Jika di rumah, Yasir sangat kuat menyakat. Hampir semua orang di dalam rumah itu akan menjadi mangsa usikannya. Terutamanya orang gaji mereka yang mereka gelarkan sebagai Umi Nab. Kecoh rumah agam itu dibuatnya. Namun kini semuanya sudah berubah. Suasana di rumah itu juga kelihatan sunyi dan suram. Setiap penghuninya bagaikan berada di alam mereka sendiri tanpa mempedulikan hal - hal yang lain.

************************************

Throwback..

Suasana petang itu dilihat begitu mendamaikan. Angin sepoi - sepoi bahasa yang meniup menambahkan lagi rasa tenang di hati. Yasir mengatur langkah menuju ke arah Ezmal yang sedang duduk beristirehat di bawah gazebo. Segelas jus oren dihulurkan kepada Ezmal yang dilihat begitu kusyuk merenung ke dasar kolam.

“Jauh menung. Fikirkan Kak Sofya eh?" Sapa Yasir membuka bicara.

“Huh? Ish, takdelah. Tengah teringatkan kenangan - kenangan kita sekeluarga semasa di Rusia dulu. How I missed that moments." Luah Ezmal jujur.

Yasir dilihat tersenyum kecil. Mendengarkan hal itu membuatkan Yasir turut mengimbau kembali kenangan - kenangan mereka ketika berada di sana suatu ketika dahulu. Andai diberikan peluang, mahu sahaja dia memutarkan kembali masa ke saat itu. Mahu sahaja dia membetulkan segala kesilapan yang pernah dilakukan.

Dari kecil mereka bertiga memang dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Tidak sedikit pun ibu dan bapa mereka mengabaikan segala kebajikan dan keperluan mereka. Segala kasih sayang diberikan dengan penuh ikhlas dan sama rata. Betapa indahnya dirasakan saat itu. Namun dikala usianya semakin meningkat dewasa, perasaan cemburu terhadap Ezmal semakin menghimpit dirinya. Baginya Ezmal sering sahaja diberi keutamaan dalam setiap perkara. Apatah lagi apabila nama Ezmal sering disebut - sebut ketika di sekolah mahupun di rumah. Sejak dari itu Yasir mula menyimpan suatu perasaan iri hati terhadap abang kandungnya sendiri. Apa sahaja yang dilakukan Ezmal pasti serba tidak kena di matanya.

“Kau ingat tak Yasir? Masa kau mula - mula masuk tadika dulu kau selalu je menangis dan mengelat nak ke kelas. Macam - macam alasan kau reka supaya dad tak hantar kau ke sekolah. Tapi satu pun alasan kau tak termakan oleh dad. Penyudahnya kau lari dari sekolah dan menyorok di rumah Aunty Jane jiran kita tu." Ezmal cuba mengimbau kembali kenangan ketika mereka masih kecil.

Mendengarkan cerita itu membuatkan Yasir tertawa gelihati.

“Maunya tak ingat. Dad punyalah marah masa tu sampaikan sanggup rotan Yasir depan Aunty Jane dan anak dia si Daisy yang cun melecun tu. Malu siot!!" Tambah Yasir pula.

Saat itu yang kedengaran hanyalah tawa mereka berdua yang memenuhi ruang. Dari satu cerita hinggalah ke satu cerita mereka kongsikan bersama. Tawa riang sentiasa mengiringi perbualan mereka pada petang itu.

“Tapi kenapa kau tolak si Daisy tu mentah - mentah eh bila dia luahkan perasaan dia pada kau? Serius Abang Ez tak faham. Padahal punyalah cun melecun si Daisy tu dari kecil sampai ke besar." Soal Ezmal pelik.

“Mana Abang Ez tahu yang Daisy ada confront tentang perasaan dia terhadap Yasir?" Soalan Ezmal turut dibalas dengan soalan oleh Yasir.

“Come on!! Ini Abang Ez lah! Apa sahaja yang berlaku antara korang berdua, semua Abang Ez tahulah. Semuanya dalam poket Abang Ez ni je." Balas Ezmal dengan nada yang bongkak. Senyuman sinis diberikan kepada Yasir.

“Heleh, sombong!! Ok fine! Ni mesti Daisy tu cerita dekat Abang Ez kan? Almaklumlah masa tu kan Abang Ez ni umpama abang kesayangan dunia dan akhirat dia." Yasir memulangkan paku buah serpih dan sekali lagi tawa mereka bersatu.

“Tapi kan Yasir? Bagus juga kau tak terima dia jadi girlfriend kau masa tu. Honestly Abang Ez tak berkenan sangatlah dengan perangai dia tu. Dahla sosial. Kaki minum pulak tu. Haish!! Kesian Aunty Jane dan Uncle Ronald nak handle perangai anak dia orang tu. Dahla si Daisy tu satu - satunya anak dia orang." Ujar Ezmal dalam memberi pandangannya.

“Hmm.. Yasir pun bukanlah lelaki yang baik sangat pun pada masa tu. Abang Ez lupa ke?" Tiba - tiba suara Yasir bertukar nada. Dari ceria menjadi sayu.

Ezmal tersentak. Dia tidak menyangka kata - katanya itu telah membuatkan Yasir terasa hati. Jujur dia benar - benar terlupa.

“Err.. Sorry! Sorry! Abang Ez takde niat nak buat kau terasa. Ok kita lupakan pasal tu ok? Lagipun Daisy pun dah bahagia dengan suami dia sekarang. Yang tinggal sekarang ni adik Abang Ez ni. Sampai bila nak membujang? Tak teringin nak ada awek ke? Ke nak mom and dad tolong carikan?" Ezmal sengaja mengusik adik bongsunya itu.

“Excuse me!! Abang Ez jangan nak mulakan eh. Nanti kalau mom dengar ni mulalah dia. Bingit tau telinga ni nak dengar." Yasir menghadiahkan jelingan tajam ke arah Ezmal dan sekali gus membuatkan Ezmal tertawa besar.

End of throwback..

**********************************

“Encik Ezmal." Tegur satu suara dari belakang.

Ezmal menoleh. Kelihatan Dr Elayna sedang berdiri tegak di belakangnya. Sebaris senyuman terukir di bibir doktor muda itu.

“Dr Elayna! Maaf I tak perasan doktor dekat belakang tadi. Dah lama doktor berdiri di sini?" Soal Ezmal ramah.

“It's ok. Lagipun I baru je berdiri dekat sini. So far Encik Ezmal ok kan? How's your mom? Hope she will be fine now." Soal Dr Elayna penuh hormat.

“Alhamdulillah, she's more better now. Lagipun dengan perkembangan Yasir yang semakin positif ni mampu membuatkan we all semua boleh menarik nafas lega. In shaa Allah we all yakin Yasir pasti akan sedar tak lama lagi. Eh, by the way macam mana
keadaan doktor sekarang? I heard doctor was unwell and took long leave. Is that true?" Soal Ezmal lagi.

“Alhamdulillah, I dah sihat sikit sekarang. Itu yang masuk kerja juga hari ni. Lagipun bosanlah duduk rumah lama - lama. Tak tahu apa nak buat." Balas Dr Elayna.

“Good to hear that. Tapi apa - apa pun doktor tetap kena jaga kesihatan tu baik - baik. Kalau doktor - doktor kat sini pun tak sihat, siapa pul yang nak rawat pesakit - pesakit ni kan?" Seloroh Ezmal dalam tawa.

“Ada - ada je Encik Ezmal ni kan? Doktor pun manusia jugak. So tak kan boleh lari dari sakit demam macam ni." Kali ini pandangan Dr Elayna dialihkan ke arah Yasir yang sedang terbaring kaku di sebalik ruang kaca itu. Lama dia merenung ke situ.

Suasana menjadi sunyi sepi seketika sebelum Ezmal meminta diri untuk ke kafe.
Tiba - tiba perutnya terasa lapar dan perlu diisi. Ezmal hanya membiarkan Dr Elayna terus berdiri di situ dengan pandangan yang kosong. Entah mengapa Ezmal dapat merasakan seperti ada sesuatu yang terbuku di hati doktor muda itu. Namun dia tidak pasti apa yang berada di fikiran Dr Elayna yang kelihatan begitu kusyuk merenung ke arah Yasir. Akhirnya Ezmal hilang di sebalik pintu lif yang sudah sedia terbuka itu.

Share this novel

Samsul Siliwangi
2020-03-04 19:16:36 

gk juga sih menurutku

Stasiun Balapan
2020-03-04 19:15:15 

aku gk merasa ada kesamaan apa-apa tuh


NovelPlus Premium

The best ads free experience