Bab 3

Romance Series 80702

SELIMUT di tarik hingga rapat ke dada. Nurjihan merenung dalam-dalam wajah Mak Eton. Jatuh kasihan melihat ibu kesayangannya yang berbanting tulang membesarkannya. Masa yang di lalui mereka kini selepas pemergian ayah kandung Nurjihan sangat sukar. Hidup mereka biasa-biasa sahaja sebelum Mak Eton berkahwin dengan Pak cik Zabidi iaitu bapa tirinya.

Flashback 1 tahun yang lalu :

"Sakit la ! kalau aku cakap tak ada tu tak ada la!". Jerit Mak Eton memarahi Pak cik Zabidi. Nurjihan yang ketakutan berada di balik pintu itu hanya menggigil melihat dari luar melalui bukaan pintu yang sedikit. Sakit berpijar rasanya Mak Eton bila rambutnya di tarik oleh Pak cik Zabidi.

Wajah Mak Eton di cengkam kuat.

"Aku tak percaya! aku cakap bagi...bagi!! kalau kau tak bagi.... aku jual jihan." Kemerahan mata Pak cik Zabidi menahan marah.

Nurjihan yang mendengarkan namanya menjadi sebutan itu terkejut. Begitu juga dengan Mak Eton.

"Kau langkah mayat aku dulu kalau kau nak usik anak aku!".

Berkaca mata Nurjihan. Mak!! mahu sahaja dia pergi untuk pukul pak cik Zabidi itu. Namun mengenangkan dirinya yang tidak berapa sihat akibat demam panas dia hanya mampu mengetap gigi di balik pintu itu.

Pak cik Zabidi ketawa dengan sangat kuat. Dia menghantuk kepala Mak Eton di bucu katil dan dengan segera dia pergi ke arah almari baju untuk selongkar segala barang yang ada.
Apa lagi yang dia cari? seutas rantai emas pemberian arwah ayah Nurjihan pada Mak Eton. Hanya itu sahaja yang tinggal selepas habis smua wang simpanan di kebas oleh Pak cik Zabidi. Wang peninggalan untuk belajar Nurjihan? Awal-awal lagi dia bertindak bijak dan memberi pada Pia untuk di simpan.

Setelah lama di selongkar, Akhirnya Pak cik Zabidi terjumpa juga rantai emas yang di cari itu.

"Kalau cakap awal-awal tadi, tak la berdarah kepala kau tu". Senyuman sinis di berikan pada Mak Eton dan dia berlalu ke pintu untuk keluar.

Terhenti dia di muka pintu bila terlihat Nurjihan yang sedang berdiri di situ. "Mak dengan anak sama saja menyusahkan". Terus Pak cik Zabidi keluar dari rumah itu.

Nurjihan mengepal penumbuk. Terus dia berlari masuk ke dalam bilik sehingga dia rebah di hadapan Mak Eton kerana tidak berdaya dia tiada tenaga. Sememangnya demamnya itu sangat teruk.

Terkejut Mak Eton melihat Nurjihan yang pucat lesi itu. Di pegang wajah Nurjihan.

"Jihan, buka mata nak. Ya Allah panasnya".

Mak Eton ingin bangun mencari kain basah namun di tahan oleh Nurjihan.

"Tak payah mak. Dahi mak tu..berdarah!. orang minta ampun mak. Orang tak mampu nak lawan dia mak".

Menangis kedua-dua beranak itu.

2 hari selepas itu...

Rumah terbakar di hadapan mereka itu hanya di pandang sepi namun ada air mata yang tidak berhenti mengalir. Rumah peninggalan arwah ayahnya hangus di jilat api. Di bakar secara langsung di hadapan mereka.

"Wa bagi lu warning. Zabidi sudah mati pun, hutang dia tetap jalan!. Lu orang kena ingat!".

Pak cik Zabidi meninggal di langgar kereta semasa dia mabuk dalam perjalanan pulang dari berjudi. Kata orang kampung dia kalah teruk malam itu. kerugian 10 ribu ringgit. Duit terakhir di dalam tangan.

Hutang 30 ribu ringgit itu bukan jumlah yang kecil di tambah dengan bunga untuk selesai dalam sekelip mata dengan keadaan hidup mereka yang sememangnya susah itu.

Kenapa dunia ini kejam? sampai bila mereka akan terus menderita hidup melarat?.

Pap ! dahinya di tampar lantas peristiwa lalu terbang dari ingatan. Sedarnya kini ada Pia di depan mata.

Hek eh minah ni. Bukan nak bagi salam. Ish.

Erk? bagi salam pun bukannya aku boleh dengar. Apalah Nurjihan. Dahinya pula di tepuk sendiri. lupa bahawa keadaan Pia itu seperti apa.

Nurjihan terus meletakkan jari di bibirnya isyarat suruh Pia diam takut Mak Eton terbagun. Tangan Pia di tarik dan Nurjihan keluar menutup pintu bilik itu dengan perlahan.

*Bahasa isyarat Pia : Kau kenapa? apa yang ada dalam fikiran kau tu?

Nurjihan melepaskan keluhan berat. Matanya kembali memandang Pia.

"Aku kesiankan mak aku. Walaupun dia tak tunjuk dia penat tapi aku tahu dia penat, sangat penat. Haritu aku terdengar dia menangis tengah malam. Masa aku nak baring dan tidur sebelah dia, aku nampak dia pegang gambar arwah ayah aku. Hati aku sakit sangat tengok jiwa dia terseksa macam tu Pia".

Pia menepuk-nepuk bahu Nurjihan sebelah kanan.

*Bahasa isyarat Pia : Tak apa lah, kau kena kuat demi mak kau. Sekurang-kurangnya kau belajar tinggi dan ada masa depan yang cerah. Kau kena sabar Jihan. Kau pun dah berusaha sebaik mungkin untuk sama-sama cari rezeki kan? Banyak berdoa. Allah dengar doa kau. Kau kena percaya tu suatu masa nanti kau akan keluar dari kehidupan yang sukar ini.

Nasihat Pia itu sangat mendalam. Nurjihan mengganguk faham.

"Kau tahu tak lagi mana-mana ada kerja kosong yang gaji dia masyuk sikit?". Tanya Nurjihan.

*Bahasa isyarat Pia : Kau gila? kau nak kerja apa banyak-banyak? kau sekarang ni dah ada dua kerja tau. kau nak tambah lagi? biar betul.. macam mana kau nak bahagi masa?

Nurjihan meramas rambutnya. Kusut fikirannya sekarang ini. Baru sempat membayar 10 ribu hutang along dan berbaki 20 ribu. tak..lebih dari itu rasa. Nurjihan serahkan semua duit gajinya kepada Mak Eton tanpa menyentuh sedikit pun tabungan duit gaji itu khas untuk membayar hutang along. Hanya berbekal gaji Mak Eton yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat swasta untuk menampung kehidupan mereka.

Nurjihan tidak mengenal apa itu dress cantik, handbag, kasut baru apatah lagi alat bersolek. Dia memejam mata dari menginginkan semua itu.
Hanya Pia dan Hawa yang banyak membantunya dengan memberi pakaian dan keperluan yang lain.

Jasa rakan-rakannya tidak terbalas dengan apa pun di dunia ini.

NURJIHAN keletihan sepanjang hari ini setelah dia berdiri 5 jam secara terus dia berdiri di tengah kesesakkan orang ramai. Kerja menjadi maskot itu dibayar rm 20 ringgit satu jam. Apa pun dia bersyukur masih boleh meraih pendapatan. Tidak peduli dirinya kepenatan asalkan ibunya tidak perlu berhempas pulas dengan teruk.

Dalam perjalanan pulang itu Nurjihan mencari tempat duduk untuk melepaskan kepenatannya sekejap. Sakit pinggang dia satu hari ini tanpa rehat. Sesampainya pada satu lorong.. dia harus mendaki tangga untuk ke atas. Semasa dia lalu di situ, kelihatan seseorang sedang duduk di atas tangga sebelah kiri. Alamak, hot spot tempat dia lepak semasa kepenatan menjadi maskot itu di ambil orang lain. Namun tak apa..di teruskan perjalanan mendak tangga mencari tempat lain. Air Botol mineral di tanganya masih berbaki.

Sekejap! Nurjihan menoleh semula ke belakang. Dia melihat kembali orang yang sedang duduk itu. Kenapa dengan orang itu? keadaan itu macam sedang dalam di landa masalah. Perlukah dia menegur? kenapa kena tegur? Nurjihan memang sangat prihatin. Don't underestimate the power of depression. Mungkin lelaki itu stress? kalau kena anxiety macam mana? dia adalah orang yang lalu di situ. Kalaulah terjadi, dia pasti akan di mempersalahkan dirinya kerana tidak membantu. Memanglah Nurjihan sikapnya seperti itu baik hati.

Dia turun semula menapak anak tangga ke bawah dengan berhati-hati kerana kostum maskot ini berat. Karang dia pulak dalam masalah jika tergolek jatuh.

Sesampainya di tepi lelaki itu, Dia melambai-lambai sebelah tangannya menarik perhatian lelaki yang sedang menunduk itu.

Tiada respond. Mungkin terbatas penglihatan oleh topi snap back yang di pakainya?

Nurjihan melangkah lagi dua tapak dan kini dia berada betul-betul di hadapan lelaki itu. Kepala lelaki itu bergerak ke atas sedikit mungkin merespond dengan kehadiran Nurjihan di situ.
Lelaki itu menunduk semula.

Nurjihan kehairanan. Dia mencuit bahu di sebelah kiri lelaki itu untuk memandangnya.

Lelaki itu mengangkat mukanya penuh dan melihat satu maskot beruang comel sedang berdiri di hadapannya kini tengah bercekak pinggang.

Nurjihan macam biasa tengok lelaki ini? tak apa mungkin hanya perasaannya barangkali.

"Kenapa duduk sini sorang-sorang? awak okey ke?". Suara comel sebagai maskot beruang di keluarkan oleh Nurjihan untuk berkomunikasi dengan lelaki itu. Caranya adalah untuk menarik perhatian lelaki itu.

Lelaki itu menggeleng perlahan. Dia kembali menunduk. Terlihat tompokan air mata di atas simen tangga. Ya benarlah lelaki itu sedang di dalam masalah.

Nurjihan bergerak dan duduk di sebelah lelaki itu. Dia menepuk-nepuk bahunya di sebelah kanan kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya memandang sepi. Nurjihan menepuk-nepuk lagi sekali bahunya dan lelaki itu memandang lama.

Akhirnya lelaki itu melentokkan kepalanya di atas bahu maskot beruang itu. Di balik kostum Nurjihan tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu untuk menenangkannya seperti memujuk anak kecil. Di biarkan lelaki itu melayan rasa sambil menangis di bahunya.

"Menangis la tak apa...jangan di tahan. Biar semua masalah tu tak membebankan kepala kita. Be strong.. kesakitan itu akan hilang".

Hanya terdengar bunyi esakkan dari lelaki itu yang tersangat perlahan.

Begitulah, Nurjihan kuat untuk menasihati orang lain yang sedang berduka, tetapi dia sendiri?

tik..tik..tik

Jam tangan di pakai oleh Nurjihan berbunyi 3 detik. Itu menandakan sudah masuk waktu tengah malam pukul 12.

Nurjihan terus bangun. Dia harus pulang !

Tangan di lambaikan pada lelaki itu yang tercengang melihatnya yang tiba-tiba bangun sebagai tanda perpisahan. Pantas Nurjihan mendaki tangga untuk pergi.

Opps sekejap ! Nurjihan turun semula dan memberikan lelaki itu sekeping kertas. Ya kertas flyers promosi iklan.

Lelaki itu mengambil flyers itu dan melihat maskot yang comel itu berlalu pergi. Setelah sekian lama memendam, hatinya tersangat lapang. Mudah, jangan di tahan air mata itu.

Dia melihat flyers yang berada di tangannya. (Promosi minuman jus buah-buahan tempatan).

Sempat lagi ye Nurjihan !

Lelaki itu menoleh ke belakang semula. Samar-samar bayangan maskot beruang comel itu hilang dari pandangan.

PAGI itu Nurjihan mengumpul kekuatan untuk mengimbangi badannya dari terjatuh. Kakinya di angkat sebelah sambil menjunjung sebuah buku di atas kepala. Kenapa dia buat macam itu?

Ya, sudah pasti dia di denda oleh Dr.Husni akibat lewat masuk kelas. Bukan sikit tapi setengah jam dia lewat. Keletihan pulang lewat bekerja seharian kelmarin.

Pelajar-pelajar yang lalu lalang di hadapan kaki lima bilik kuliah bernombor 5 itu hanya tersengih-sengih memandang dirinya yang di denda itu.

Adakah Nurjihan malu? tidak ! lantak lah dia tidak kisah pasal orang lain nak ketawakan dia.

Seketika itu ada seseorang yang datang menegurnya.

"Err adik..boleh tau kat mana pejabat?".

Nurjihan memandang ke atas dan ke bawah orang yang menegurnya itu. Berpakaian kemas macam orang korporat. Salesman kot?

"Encik nak jual barang ke?". Tanya Nurjihan.

Terkejut lelaki di hadapannya itu. Lambat-lambat dia mengganguk mengiakan pertanyaan Nurjihan itu.

Sudah Nurjihan mengagak, banyak kali dia di terjah oleh orang-orang seperti itu.

"Oh, kalau macam tu encik jalan terus dan pusing sikit ke kiri. Dekat situ ada kaunter pejabat fakulti. Encik boleh tanya orang dekat kaunter tu".

"Terima kasih ya". Lelaki itu berkata.

"Jihan!!! berdiri straight!". Laung Dr.Husni dari dalam bilik kuliah itu.

Alamak ! tajam betul mata nenek sihir itu. (Dr.Husni)

Nurjihan berdecit. Dia berdiri semula dengan sebelah kaki bila tadi dia dilihat mengelat dari arahan denda itu.

Lelaki di hadapannya tersenyum lucu bila mendengarkan decitan dari Nurjihan itu sebelum berlalu pergi. Sudah pasti gadis di hadapannya kini sedang di hukum.

"Ni sorang lagi. Orang duk kena denda, sibuk nak tanya macam-macam. Banyak lagi student lain. Aku jugak yang nak di tanya..Haishh !!".

Nurjihan mengomel sendiri. Serabut kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience