BAB 8

Romance Completed 49595

“Samser, mari makan dulu. Lagipun, kamu tu dah naik pangkat. Bukan kerja dengan Fitri lagi.” Kata Dato’ Hisham, memanggil Samser untuk sama-sama bersarapan bersama mereka. Samser menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku tahu dia cuba mengelak. Genap sudah sebulan usia perkahwinan kami, dan seperti yang dijanjikan aku akan berhijrah ke rumah keluarga Samser pula.

“Err, papa. Sam ada meeting. Sam kena cepat.” Samser memberi alasan. Ha? Meeting apa pagi-pagi buta macam ni?

“Jangan nak tipu papa Sam. Kalau ada meeting papa dah suruh Sarah batalkan semuanya. Sekarang papa nak kamu ready berkemas. Sekejap lagi Samser dengan Fitri nak balik Sabah bukan?” kata Dato’ Hisham lagi. Aku hampir ketawa. Padan muka Samser!

Samser kehilangan kata. Aku tahu dia sudah hilang modal untuk berkata-kata. Aku memandang ke arah lain. Hari ini aku tahu dia ingin jumpa sahabat baiknya. Ah, kali ni biar dia duduk rumah tak sampai beberapa jam lagi aku akan bertolak ke Sabah. Better dia duduk rumah, sedia.

“Betul tu abang, tak payahlah pergi /meeting/ tu. Kita duduk rumah aje ya? Lepaskan rindu dekat papa dengan mama dulu. Dengan abang Darwish sekali. Sekejap lagi kita dah nak pergi Sabahkan?” kataku pula. Samser menjegilkan matanya.

Sejak aku berkahwin dengan Samser, aku sudah mula memanggil Darwish abang. Aku sudah menganggapnya abangku. Aku pun tidak ada beradik, jadi elok juga dia jadi abang aku dari menjadi suami aku! Selisih!

“Dahlah Samser. Duduk sini, dari kau keluar pergi pejabat, baik duduk dengan aku main PS3 ni.” pelawa Darwish pula. Huh, tulah dia. Tak habis-habis dengan PS3, PSP-nya. Tak ada benda lain ke? Akhirnya Samser mengalah.

“Okey abang Ish, papa, honey.” Ujar Samser. Ada riak kecewa di wajahnya. Comel dia membuat wajah begitu. Aku juga tidak menyedari bahawa jantungku sudah berdegup kencang tatkala dia mengukir senyuman. Perasaan apakah ini?

Tak mungkin aku sudah betul-betul jatuh cinta kepadanya. Maksud aku, tak mungkin aku jatuh cinta pada pekerjaku sendiri! Mana mungkin! Tapi mereka kata cinta itu buta. Adakah cinta itu gila juga? Tak kenal darjat dan pangkat, juga tidak mengenal usia. Kalau hati sudah sayang, bibir tidak akan mampu berkata apa-apa. Begitukah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience