BAB 2

Drama Completed 21201

Setelah seminggu peristiwa itu berlaku, aku mendapat surat di atas meja dan terkandung sejumlah wang. Lelaki itu ingin menggantikan semula wang yang telah aku korbankan demi membeli baju sekolah rakanku namun kukirimkan semula wang tersebut kepadanya melalui seorang rakanku. Rakan? Bolehlah dikira sebagai rakan.

“Aduh! Oops!” Entah macam mana, aku terlepas telefon dalam genggamanku. Aku terus menekup mulut. Macam mana kalau Haikal cari aku? Kalau dia telefon? Telefon yang terjatuh atas batu kerikir tadi kukutip. Cuba buka, mati. Hm, tidak berfungsi langsung. Aku terus berpaling mencari Haikal. Manalah tahu dia ada berdekatan aku berdiri.

Isk, masa nilah dia tak ada. Itulah, aku main-main lagi! Menyesal pula! Kepalaku diketuk-ketuk berulang kali.

Aku terus berjalan menuju ke deretan rumah kedai untuk mencari kedai telefon.
Jumpa! Desis hati kecilku. Kakiku terus melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. “Cik, boleh saya bantu?”

Aku mengetap bibir. Handsomenya mamat ni. Haha, sempat lagi. “Tadi telefon saya jatuh. Boleh repair lagi tak kalau keadaan macam ni?” Aku pun menyerahkan telefonnya kepadaku. Pekerja itu membelek-belek telefonku.

“Hm, insyaAllah ada harapan lagi ni. Boleh bagi nombor telefon cik?”
“01… Eh? Telefon saya rosak. Macam mana encik nak hubungi saya?”

“Err.. Ikut prosedurlah cik.” Pekerja itu mempamerkan wajah yang serius.
Wajah itu serta-merta membuatkan aku agak kecut perut. Aku pun lantas memberikan nombor telefon. “Okey. Nombor selain nombor ini, ada?”

“Hm. Telefon nombor kawan saya, boleh?” Aku menyerahkan nombor Haikal. Hehe, memandangkan kami banyak meluangkan waktu bersama 24/7, maka bagiku nombornya turut diperlukan. Pekerja itu mengangguk-angguk.

Setelah selesai segala urusan, aku keluar dari kedai dan berasa sangat bersyukur kerana telah menjumpai Haikal betul-betul di luar kedai.

“Kau pergi mana hah??” Wajah Haikal nampak runsing benar. Aku yang tengok pun takut. Ni first time kot tengok Haikal marah.

“Sorry.. Aku pergi taman je. Lepas tu telefon jatuh. Sorry. Janganlah jerit kuat sangat. Tengok tu, mamat tu pandang-pandang tau. Malulah..” Aku bersuara perlahan seperti berbisik. Malunya. Dahlah jerit kuat. Macam suami dera isterilah pula.

“Hm, jom cepat pergi kerja. Kau buat aku risau betul! Dahlah kau naik kereta aku. Kalau hilang, tak fasal-fasal aku yang bersalah pula. Dah dekat nak office hour ni. Jom.” Muka Haikal masih lagi masam. Aku pula tergedek-gedek ikut dari belakang. Kadang-kadang, aku ada juga pusing belakang. Mak aii seramnya pekerja-pekerja kat situ masih lagi pandang kitorang terutamanya mamat handsome tadi.

***

“Eh, dah datang dah brother sister! Apasal lewat 5 minit ni? Biasanya punctual?” Usik Yani. Haikal hanya berjalan ke arah tempat duduknya sambil membebel, “Tanya budak tu!”

Aku yang mendengar hanya tersengih-sengih dan menggaru-garu kepala. “Sakit perut!” Mendengarkan jawapan aku tadi, rakan-rakan sekerjaku melopong.
“Sakit perut pun kena marah?”

“Dahsyatnya Haikal bila marah!”

“Hm tak sangguplah nak tackle dia. Moody!”

“Aduhai, mengalahkan perempuan! Hormon tak stabil kot!”

Aku sudah terkekeh-kekeh ketawa mendengar komen rakan-rakanku. Setelah tawaku reda, aku kembali menyambung kerjaku. Setelah beberapa minit, Haikal datang ke arahku. “Kenapa tak balas mesej?” Mukanya mempamerkan riak bersahaja.

Aku hanya mengangkat bahu. Kura-kura dalam perahu, buat-buat tidak tahu. Huh, macamlah tidak tahu yang telefon aku sedang dibaiki! Seperti sebelum waktu rehat tadi, aku hanya meneruskan kerja. Malas layan Haikal yang persis perangai abang sulungku itu.

Haikal mendengus geram. “Lyn…. Jangan sampai aku beritahu semua orang yang tadi kau rayu aku suruh senyap.”
“So?”

“Aku ada record suara kau tadi ni…” Serta-merta aku berpusing. Dan malangnya Haikal terus berlalu pergi sambil berpesan, “Jangan lupa balas mesej..”

Haih! Haikal memang tak faham bahasa. Macam mana aku nak balas kalau telefon pun tiada? Aku pun meneruskan konsentrasi terhadap kerjaku. Si mamat Haikal tu memang suka kacau orang buat kerja.

Yeahhh! Siap pun akhirnya! Dahlah aku terpaksa balik lewat sikit untuk habiskan kerjaku tapi memang berbaloi kerana bos nak naikkan gaji aku bulan ni sebab banyak kali balik lewat untuk siapkan kerja.

Tengok jam, 6 petang! Alamak, tinggal setengah jam lagi kedai telefon tu nak tutup. Pekerja tu kata boleh ambil petang tu juga. Kalau boleh, aku nak guna telefon tu cepat-cepat sebab manalah tahu ada something urgent yang berlaku ke.

Hm, sepanjang perjalanan aku rasa tak sedap hati. Rasa macam diikuti je. Dah banyak kali aku pusing belakang tapi tak ada orang yang mencurigakan pun.

Hari itu aku hanya menaiki bas untuk pergi kerja maka sewaktu pulang, aku hanya mengambil teksi dan berhenti agak jauh daripada kedai tersebut. Jadi aku perlu berjalan kaki untuk ke kedai tersebut.

“Hish! Apasal dengan aku ni? Fikir pelik je!” Aku pun terus berpusing ke belakang dan betapa terkejutnya aku apabila melihat Haikal yang begitu hampir denganku.

“Oh my god!” Aku terus terduduk mencangkung sambil menekup muka dengan tangan.

“Kenapa? Nak cium kaki aku ke? Nah!” Kakinya dihulurkan. Dengan geram, aku bangun dan menyepak kakinya. Langkahku diteruskan ke kedai telefon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience