BAB 8

Romance Series 3317

Fia senyum sahaja mendengar cerita Ivy tentang dia yang sudah mulai rapat dengan Senior The Gem’s. Bahkan Ryna mengajaknya untuk ke bilik muzik setiap kali waktu rehat.

“Baguslah.. Lepas ni, jangan nak membebel lagi.”

Ivy mengangguk bersemangat, dengan senyuman bahagia terukir di bibirnya. Wajahnya berseri-seri. Kakinya yang bergoyang-goyang bersemangat.

“Kau tak nak balik asrama ke?”soal Fia lagi, bukunya yang terbuka di atas meja pondok dia masukkan ke dalam beg. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4 petang.

“Kau dah nak balik rumah ke?”Ivy menyoal apabila melihat Fia sudah mengemas barang-barangnya. Mereka berdua ketika ini berada di pondok, belajar bersama-sama. Kalau diikutkan cuma Fia sahaja yang stay hingga ke petang di sekolah, tapi Ivy pula tak sampai hati biarkan Fia seorang diri takut pula nanti Fia diculik bunian ke nanti dia dah tak ada kawan baik. Sebab itu Ivy temankan, lagipun dia kan tinggal di asrama sekolah.

Fia mengangguk. “Mak cik aku dah datang jemput..”Fia bangkit daripada duduknya sambil menggalas begnya, diikuti oleh Ivy.

“Aku hantar kau ke pagar..”ujar Ivy. Mereka berdua berjalan bersama, awalnya Fia menolak kerana tidak mahu Ivy berjalan jauh, dari pagar sekolah ke asrama jauh gila. Tapi, dah dasarnya Ivy ini keras kepala maka Fia pun ikutkan sahaja.

Angin petang berderu sejuk mengiringi langkah santai mereka. Sepanjang perjalanan mereka seulas bibir Ivy tidak berhenti bercerita, dan Fia pula fokus mendengar dan sesekali menanggapi cerita Ivy.

“Bye!”ucapnya dengan sebelah tangan melambai ke arah Fia yang hendak menaiki kereta. Dia menunggu di situ sehingga kereta milik mak saudara Fia hilang dari pandangan mata.

Ivy mula melangkah namun terhenti ketika dilihatnya Noah berdiri di dekat sebuah motosikal. Ivy mendekati Noah dengan senyuman yang sudah lebar.

“Hai, senior!”sapanya.

Noah memandang ke arahnya. “Kau buat apa kat sini? Dah petang tak balik rumah..”soal Noah, sambil memasang helmet di kepalanya.

“Saya duduk kat asrama, memanglah tak balik rumah..”

“Habis tu, yang kau dekat pagar ni kenapa? Kau fly asrama ke?”Noah memandangnya dengan tatapan tajam khasnya.

Laju Ivy menggeleng, “Mana ada fly asrama..Saya cuma hantar kawan saya ke pagar je, takkan nak biarkan dia jalan sorang-sorang jauh tau..sekarang kan dah petang..”

“Dah tahu petang, kau pun balik asrama sekarang, pendek..”

Ivy buat muka masam, lalu berjalan pergi. Sempat juga dia melambaikan tangan dengan lesu kepada Noah. Sudahlah dia dihalau, dikatakan pendek lagi. Nasib baiklah Noah tu crush dia, kalau tak…ada juga terima penampar.

*********

“Saya suka senior, boleh saya jadi girlfriend senior ?”luahnya disertai dengan tangannya menghulurkan gula-gula lolipop perisa strawberi di depan Noah.

Kata-kata Noah mati dan digantikan oleh luahan perasaan daripada Ivy. Noah memandang seraut wajah milik Ivy, lekat. Memastikan sama ada Ivy bergurau ataupun tidak.

Namun, sepasang mata Ivy yang memandangnya dengan yakin dan kedua belah pipi yang merona merah tipis itu meyakinkan Noah yang bahawasanya Ivy tidak bergurau sama sekali.

Noah jadi kelu tidak tahu hendak berkata apa. Meskipun ini bukan pertama kalinya dia menerima luahan perasaan yang dengan mudahnya dia tolak.

Melihatkan Noah yang terdiam sahaja, Ivy membuka suaranya lagi. “Senior, masih ingatkan yang senior cakap akan tunaikan apa yang saya minta..jadi saya minta nak jadi girlfriend senior..”

Okey, dia tahu sekarang ni dia nampak macam perempuan tak tahu malu dan pemaksa..tapi, ni yang dia nakkan. Dia cuma jujur dengan dirinya sendiri. Suka kata suka.

Noah mengeluh, “Aku tak…”

“Saya tak kan mengada-ngada, janji!”Ivy menyela bicara Noah. Noah dipandang dengan mata yang berkaca-kaca dan raut wajah penuh mengharap.

Noah masih diam. Dipandangnya Ivy sejenak lalu setelah itu jatuh kepada lolipop di tangan Ivy.
Ivy pula masih menunggu jawapan Noah dengan jantungnya yang berdegup laju.

Dengan gerakan yang tenang, Noah mengambil lolipop daripada genggaman Ivy. “Satu je..?”soalnya sambil melihat Ivy yang sudah memandangnya dengan mata terkebil-kebil, tidak percaya.

“Lolipop ni satu je?”soalnya lagi sambil menunjukkan lolipop ditangannya. Raut wajahnya yang tenang sahaja, dengan dia yang mengoyakkan plastik pembalut lolipop. Lalu setelah itu, lolipop perisa strawberi itu dia masukkan ke dalam mulutnya.

Ivy menggeleng, lalu tangannya menyeluk saku baju kurungnya dan mengeluarkan satu lagi lolipop perisa strawberi. Diberikan kepada Noah.

Sambil mengulum lolipopnya di dalam mulut, tangan Noah lincah mengoyakkan plastik pembalut lolipop yang kali kedua diberikan Ivy kepadanya. Setelah itu, lolipop itu disuakan kepada Ivy.

Dengan gerakan isyarat menyuruh Ivy mengambil lolipop yang sudah dia buka. Ivy yang masih tidak terlalu mengerti dengan tindakan Noah, mengambil lolipop itu. Noah dipandang dengan wajah penuh tanda tanya.

Noah pula terus berpaling dan bergerak menuruni tangga. Ivy pula masih berdiri terpacak memandang Noah yang sudah menuruni tangga itu.

‘Aku kena reject ke?’getus hatinya, dengan matanya yang sudah mula berair.

Sedar dengan Ivy yang tidak mengikutinya, Noah menghentikan langkah.

“Kau terpacak kat situ kenapa? Tak nak masuk kelas?”

Mendengarkan itu, Ivy yang menahan rasa sedihnya mula melangkah menuruni tangga. Mengekori Noah daripada belakang dengan kepala menunduk lesu, dan mata yang sudah berair. Lolipop masih ditangan.

Ketika sudah berada di koridor, mereka mula berpisah kerana arah blok tingkatan lima dan tingkatan tiga yang berlainan. Blok tingkatan lima di kiri dan blok tingkatan tiga di arah kanan.

Masih dengan kepala menunduk dan bibir yang sudah mengetap menahan sebak, Ivy melanjutkan langkahnya menuju ke blok tingkatan tiga tanpa berpamitan dengan Noah. Dia tidak sanggup hendak bersuara, kerana risau dia akan menangis teresak-esak di hadapan Noah.

“Pendek!” Ivy menghentikan langkah, mendengarkan panggilan Noah untuknya. Apalagi? Dah reject dia, takkan nak ejek dia pula? Mahu tak mahu dia berpusing ke belakang, ke arah Noah.
Kalau dia diejek pun, dia kena terimalah dengan lapang dada. Dah dia yang berani sangat kan. Kenalah tanggung risikonya.

Dengan pipi merah, hidung merah dan mata yang berair, Ivy memandang Noah yang sedang tersenyum nipis.

Eh, kejap! Senyum?

“Belajar rajin-rajin, aku tak nak ‘kawan’ yang pemalas..”dengan senyum senget, Noah menggoyangkan lolipop di tangannya sebelum memasukkannya kembali ke dalam mulut. Noah berpaling dan sempat juga dia melambaikan tangannya sebelum meneruskan langkahnya menuju ke blok kelasnya meninggalkan Ivy yang masih mematung mencuba untuk mencerna apa maksud daripada tindakan dan perkataan Noah tadi.

Dilihatnya, belakang tubuh Noah yang sudah menjauh lalu pandangannya jatuh pada lolipop di tangannya. Lolipop yang dibukakan bungkus pembalutnya oleh Noah. Noah yang senyum pada dia. Dan Noah yang suruh dia belajar rajin-rajin.

Fikir punya fikir, Ivy sampai pada satu kesimpulannya. Kalau dia tak salah, Noah terima dia kan? Dia tak kena reject kan?

Perlahan senyuman Ivy mula melebar, dia melompat-lompat kecil sambil mengangkat sebelah tangan yang sedang memegang lolipop di udara.

“Aku tak kena reject!”pekiknya tertahan, dengan wajah penuh kebahagiaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience