BAB 14

Family Completed 6753

“Assalamualaikum. Cepatlah cakap nak apa? Orang tengah
bersahur ni.”

Azril menyabarkan hatinya. “Waalaikumussalam. Eyla ni kenapa
balik kampung tak minta izin abang pun? Kan kita dah janji nak balik
lepas subuh?”

“Eyla dah tampal nota kat cermin meja solek tu tak kan tak
nampak kot?”

Ya Allah, sakitnya hati! “Eyla ingat bila abang dah
menggelabah macam tu ada masa ke nak pergi tengok kat meja solek? Ni
tadi abang telefon nombor Eyla banyak kali kenapa tak angkat?”

“/Phone /dalam /silent mode. /Tak dengar.”

Terpejam mata Azril mendengarnya. “Senangnya bagi jawapan?”

“Okeylah, nak bersahur ni. Perut dah lapar.”

“Sampai hati Eyla. Eyla kat sana makan sedap-sedap, abang
kat sini nak makan apa?” Azril buat suara sedih.

“Suruhlah BAKAL ISTERI BARU AWAK tu masakkan!” Talian terus
dimatikan.

“Helo, Eyla... Eyla...” Telefon pintar Azril pandang,
kemudian menggeleng kepala. Dia melangkah ke meja solek dan mencabut
nota yang Halilah tampal.

/Balik kampung. Rumah mak./

“Macam ni /je /tulis? Merajuk betul bini aku ni!” Nota itu
disimpan di dalam laci. “Apa yang aku nak makan ni? Nak masak tak ada
/mood!/” Dia menggaru kepala. “Sahur kat luar /jelah!./” Dia melangkah
ke bilik air membersihkan diri.
*****
HALILAH menjenguk ke tingkap di ruang tamu apabila terdengar bunyi enjin
kereta dimatikan. Sayu matanya melihat Azril melangkah masuk ke rumah
ibu mentuanya. Perlahan-lahan dia berpusing mahu melangkah ke bilik.

“Monyok /je /muka kenapa? Siapa yang datang?” tegur Siti
yang turut sama menonton televisyen di ruang tamu.

“Abang Aril dah sampai.” Perlahan saja suara Halilah
menjawab pertanyaan emaknya.

“Mana dia? Dia tak masuk ke?” Siti memanjangkan leher ke
luar pintu.

“Dia pergi rumah ibu. Eyla masuk bilik dululah, mak.”
Halilah meneruskan langkah. Pintu bilik ditutup. Air matanya mengalir.
Suaminya langsung tak pedulikannya. Dah tahu dia merajuk tapi tak nak
pujuk. Sebab pertengkaran semalam, dia tak sempat menunjukkan video
semalam kepada suaminya.

Halilah bersandar di kepala katil dan mengusap perutnya.
“Rasyad, agaknya ayah memang dah tak sayang mama. Kalau dia sayang mama,
mesti dia datang sini dulu jumpa mama dengan Rasyad. Tak apalah... mama
sedar mama ni tak penting pun kat ayah.”

“Assalamualaikum, mak...”

Telinga Halilah menangkap suara Azril di ruang tamu. Dia
bangun membuka sedikit pintu bilik, mengintai ke ruang tamu. Dia nampak
suaminya bersalam dengan emaknya.

“Eyla mana, mak?”

“Dia ada kat dalam bilik tu. Kamu berdua ni bergaduh pasal
apa sebenarnya? Risau mak tengok sorang ke sana, sorang ke sini. Dah nak
dapat anak takkanlah nak bergaduh /pulak /kot.” Siti memperlahankan
suara televisyen.

“Macam ni ceritanya, mak...”

Halilah memasang telinga mendengar Azril bercerita mengenai
serangan Fitri ke rumah mereka.

“Laaa... pasal tu /je /ke? Hesy, Eyla ni boleh /pulak
/merajuk sampai macam ni sekali. Pasal majlis tu Eyla dah tahu ke belum ni?”

Majlis? Majlis apa? Hati Halilah mula tertanya-tanya.

“Belum lagi. Bila ibu dah bagi /green light /baru Aril
bagitahu.”

“/Hmmm.../ yalah tapi jangan lama sangat, majlis tinggal
lagi lima hari /je/. Hantaran semua dah siap ke?”

“Dah, mak. Along yang tolong hiaskan dulang semua tu.”

Hantaran? Maknanya betullah aku bakal dapat madu? Dada
Halilah terasa sebak. Hancur berkecai hatinya. Dia baru saja bersedia
mahu berbaik dengan Azril jika lelaki itu memujuknya.

“Arif bila balik? Rasa macam lama sangat dah dia kat laut tu.”

“Insya-Allah, esok dia balik. Kerja /offshore, /mak. Cuti
tak tentu. Kejap kat laut, kejap kat darat. Aril nak pergi tengok Eyla
ya, mak.”

“Pergilah pujuk dia. Lama manalah dia nak merajuk tu. Kena
pujuk terus sejuk. Dia tu kan manja sikit.”

Halilah mengunci pintu apabila ternampak Azril mahu
melangkah ke biliknya. Dia kemudian melabuhkan duduk di katil.

“Eyla, buka pintu ni, sayang.” Azril mengetuk pintu apabila
pintu berkunci.

/Huh, /sayang konon. Sayang tahi kucing! Halila senyap tak
bersuara.

“Bukalah pintu ni. Kalau tak buka pintu macam mana abang nak
pujuk?”

“Baliklah, bang. Eyla tak nak jumpa abang!” Matanya Halilah
hala ke tingkap. Panas pula hatinya mendengar suara Azril.

“Eyla tak kesiankan abang ke? Dahlah pagi tadi abang tak
dapat tengok muka sayang. Tak dapat bercakap dengan anak kita. Bagilah
abang masuk, abang rindu kat anak kita.” Azril buat suara sedih.

Kesian? Yang dia tu sampai hati nak madukan aku, dia tak
fikir pun perasaan aku macam mana. Mak pun sampai hati bersubahat dengan
dia! “Abang baliklah, hati Eyla ni rasa panas bila dengar suara abang.”
Dia menarik nafas cuba menahan sabar.

“Eyla...”

“Eyla kata balik tu baliklah!” Bantal dibaling ke pintu.
Mukanya berkerut menahan rasa sakit diperut. Mungkin anaknya menendang
kerana tak suka dia meninggikan suara kepada Azril. “Maafkan ibu,
Rasyad. Ibu bukan sengaja nak marah ayah. Ibu tak boleh kawal marah ni,”
ujarnya perlahan. Perutnya diusap.
“Dah, Aril... baliklah dulu. Biarkan dia. Esok-esok sejuklah tu.”
Halilah terdengar suara emaknya memujuk. Dan bilik itu sunyi tanpa
ketukan dari Azril. Dia merebahkan diri cuba menenangkan hati yang panas.

“Eylaaa...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience