BAB 24

Romance Completed 43245

"Huarghh.." Anis Raihanna menguap sesekali apabila tersedar dari tidurnya memandangkan telah masuk waktu subuh.

Dia memicit pelipisnya beberapa kali. Rasa pening yang membebani kepala kini telah beransur hilang. Suhu badannya juga sudah kembali kepada biasa. Anis merasakan keadaannya pada pagi itu lebih baik daripada semalam.

Seraya itu dia berlalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai membersihkan diri, dia menunaikan solat subuh.

Setelah itu, Anis mengatur langkah ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dia hanya masak nasi goreng sahaja bersama dengan air kopi.

Dia mengatur langkah ke bilik Afiq Raihan pula. Mahu panggil suami yang TERCINTA la katakan..Uwerkk nak muntah bila sebut.

Tok! Tok! Tok!

"Afiq aku dah siapkan sarapan! Makan cepat. Boleh kita pergi kerja terus!" laung Anis Raihanna dari luar bilik. Pintu diketuk bagai nak rak. Namun tiada balasan daripada Afiq Raihan.

"Hish dia ni aku panggil buat pekak jer. Lantak kau lah nak makan ke tak!" laung Anis Raihanna lagi.

Anis segera bersiap untuk pergi kerja didalam biliknya. Kalau lambat nanti kena tinggal dengan mamat tu. Haihh
Nasib demam dia tak teruk sangat. Yelah ada suami tolong jagakan memang lah. Hahaha

Setelah ditilik pakaiannya dicermin beberapa kali, Anis Raihanna mengatur langkah ke ruang makan untuk bersarapan.

"Kenapa kau tak siap lagi ni? Nanti lambat pergi kerja kau yang bising." soal Anis Raihanna tak puas hati. Dia mengambil tempat dihadapan Afiq Raihan. Nasi goreng diceduk ke dalam pinggannya.

Pelik juga dengan pakaian kasual yang dipakai oleh Afiq Raihan. Rileks jer mamat tu makan. Dia ni pergi kerja ke tak ni? monolog Anis Raihanna sendirian.

"Yang kau bersiap nak pergi kerja buat apa? Tak sedar diri ke yang kau tu tengah demam lagi. Duduk rumah. Tak payah pergi kerja" arah Afiq Raihan selamba. Dia kembali menikmati makanannya.

"Eh aku dah sihat la. Tak percaya rasa ni" kata Anis Raihanna bersungguh-sungguh.

Tanpa amaran,ditarik tangan Afiq Raihan lalu diletakkan pada dahinya. Mahu membuktikan bahawa suhu badannya lebih rendah berbanding semalam.

Afiq Raihan terkedu. Dia terkejut dengan perbuatan isterinya. Anak mata Anis Raihanna bertembung dengan anak matanya buat seketika.

Sekali lagi, debaran mula dirasakan oleh dirinya. Namun cepat-cepat dia mengalihkan tangannya daripada dahi isterinya.

Afiq Raihan cuba mengawal perasaannya dan cuba beriak biasa.

"Kalau kau dah sihat, biar aku jerlah pergi kerja. Kau duduk rumah berehat." kata Afiq Raihan tanpa perasaan.

"Tapi aku dah betul-betul sihat. Jadi biar lah aku pergi kerja. Aku naik kereta sendiri." pujuk Anis Raihanna lagi.

"Tak payah pergi kerja. Dengar cakap aku. Kereta kau aku dah hantar ke bengkel." balas Afiq Raihan lagi. Dia terus berlalu pergi ke biliknya untuk bersiap.

Kenapa setiap kali aku sentuh Hana atau dekat dengan dia aku rasa lain macam? Kenapa dengan Hana jer? Dengan perempuan lain tak ada pulak rasa macam ni. Kenapa kalau aku pegang tangan Fiqa aku tak rasa macam ni eh? Persoalan mula bermain difikiran Afiq Raihan.

Gila ke kalau kau rasa apa-apa dekat Fiqa. Itu namanya sumbang mahram oi. Dia tu adik kau lah gila! perli akalnya. Afiq tergelak kerana kecuaiannya. Ye tak ye jugak. Hahaha.
Mungkin perasaan aku je kot. Afiq cuba menyedapkan hatinya.
Dia segera bersiap untuk pergi kerja

???

"Ish buat penat aku bersiap bagai nak rak. Dah lah sesuka hati dia jer tak bagi aku pergi kerja." rungut Anis Raihanna.

Anis mengemas meja makan sebelum berehat di ruang tamu. Sengaja dia tak mahu menukar pakaian. Manalah tahu mamat tu berubah fikiran pulak kan. Hehe.

Tidak lama kemudian, Afiq Raihan yang sudah lengkap berpakaian kerja lalu di ruang tamu. Dia sudah siap untuk bergerak ke pejabat.

"Afiq!" Panggil Anis Raihanna. Langkah Afiq Raihan terhenti. Dia menoleh ke arah isterinya. Perasaan yang dirasakan tadi dibuang jauh jauh. Riak muka tanpa perasaan dikekalkan.

"Ha kau nak apa? Aku nak pergi dah ni. Lambat pulak kang. Apa staf lain cakap nanti." bebel Afiq Raihan. Dikerling jam tangannya sekilas. Nampaknya awal lagi.

"Hish kau ni. Bagi lah aku ikut kau pergi kerja. Kalau tak pun aku naik grab ke apa?" pujuk Anis Raihanna lagi.

"Tak boleh. Hana dengar cakap aku. Duduk rumah rehat. Kau nak aku report  kat  ibu ke? " ugut Afiq Raihan. Dia tersenyum sinis.

"Ishh apa main report  ni! Yelahhhh. Aku duduk rumah. Pergilah kerja tu. Tadi kata takut lambat lah apa. Pergilah. Pergi.." balas Anis Raihanna.
Dia sudah mencebik. Tak sangka Afiq Raihan akan jadi selicik ni.

"Hahaha yer aku nak pergi la ni. Tak payah halau. Eh jap" kata Afiq Raihan. Anis Raihanna menjeling tajam ke arah Afiq Raihan.

Apalagi mamat ni nak buat hah? Aku siku nanti baru tahu.

Afiq Raihan menghulurkan tangan kanannya kepada Anis Raihanna. Dia tersenyum nakal. Manakala, Anis Raihanna terpinga-pinga. Buang tebiat ke apa mamat ni?

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba nak hulur tangan bagai. Kau nak bagi aku duit ke apa?" soal Anis Raihanna tak puas hati.

"Aku saja nak hulur tangan. Yerlah ada orang tu kan dia nak salam tangan aku. Tapi dia tak mintak kebenaran pun.

Dah tarik tangan aku lepastu blah macam tu je. Satu hari tu orang tu mengelak daripada jumpa dengan aku tau. Malu lah tu.." perli Afiq Raihan. Dia cuba menahan ketawa.

Muka Anis Raihanna mula memerah. Aduh,ingat lagi rupanya mamat ni! Mana aku nak letak muka ni oi. Halah halah.

"Tak apa lah. Tak ada orang rupanya nak sambut huluran aku ni. Aku pergi dululah eh." balas Afiq Raihan dengan nada kecewa. Padahal dalam hati tengah gelak sakan tengok muka Anis yang merah tu.

Tiba-tiba, huluran Afiq Raihan tadi disambut oleh Anis Raihanna.

Afiq tersenyum simpul. Tenang rasanya apabila dilakukan sedemikian.

Beberapa saat kemudian, huluran tangan Afiq Raihan dilepaskan oleh Anis Raihanna. Anis menekur lantai. Tak sanggup menahan malu.

"Hurmm pergi lah cepat kerja. Nanti kau lambat." kata Anis Raihanna perlahan. Dia masih menekur lantai.

"Yer nak pergi dah ni. Jap ada benda dekat kepala kau. Biar aku buangkan" kata Afiq Raihan tiba-tiba.

"Mana? Mana?! Buang cepat!" jerit Anis Raihanna. Dia menutup mata menggunakan kedua dua belah tangannya.

Afiq Raihan mendekatkan dirinya kepada isterinya. Dia mengukir senyuman.

Seraya itu, satu ciuman dihadiahkan di dahi isterinya. Lalu dia meninggalkan Anis Raihanna sendirian.

Anis Raihanna yang tersedar dengan perbuatan suaminya membuka mata. Wangian yang dipakai oleh Afiq Raihan menusuk ke hidungnya.

Afiq Raihan sudah tiada dihadapannya. Mungkin sudah pergi kerja agaknya. Anis menyentuh dahinya. Rasa hangat masih terasa akibat daripada ciuman yang diberikan tadi.

Serta merta mukanya kembali memerah. Anis memegang dada bagi merasakan degupan jantungnya. Dia terkejut dengan degupan jantungnya yang laju.

"Ishh mamat ni kan saja nak buat aku macam ni tau! Nak balas dendam lah tu" omel Anis Raihanna sendirian.

Dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan bahawa perasaan tersebut sekadar kebetulan sahaja. Mungkin dia tak sihat sepenuhnya lagi. Ya betul tu. Monolog Anis Raihanna sendirian.

"Sekarang ni aku nak buat apa? Nak keluar, kereta dekat bengkel. Nak tukar baju malaslah. Hmm"

Anis Raihanna berfikir sebentar. Dia duduk di ruang tamu buat seketika.

"Ha Aira!" Anis terjerit kecil. Dia mengambil telefon lalu mencari nama Aira untuk didail.

Sebaik saja terjumpa, Anis mendail nombor telefon Aira. Tidak lama kemudian, panggilan telefon disambungkan.

"Hello,assalamualaikum. Dah kenapa call aku ni. Sejak dah kahwin ni dah tak cari aku dah eh? Sekarang reti pulak cari. Apa cerita kau sekarang?" kata Aira dari corong telefon.

"Waalaikumusalam. Hehehe. Jangan lah marah. Aku nak tanya. Kau free tak sekarang ni? Kalau nak lepak boleh tak?" soal Anis Raihanna lemah lembut.

"Hmm boleh jugak. Dah lama kan kita tak lepak. Lagipun aku cuti hari ni. Kita lepak dekat rumah aku lah. Malaslah nak keluar hari ni." balas Aira.

"Ok nanti aku datang. Tunggu aku tau. Bye. Sayang kau!" kata Anis Raihanna sebelum menamatkan panggilan.

Dia segera memanggil Grab. Anis membawa sepersalinan pakaian untuk ditukar di rumah Aira nanti. Mana tahu dia berada disitu buat masa yang lama.

???

Pin! Pin! Pin!

Hon kereta kedengaran diluar rumah Aira. Aira segera mengintai siapakah gerangan yang membunyikan hon diluar rumahnya.

Aira berasa pelik apabila melihat kereta tersebut. Tak pernah dia nampak kereta itu sebelum ni. Nak kata kereta Anis Raihanna pun bukan.

Apabila Anis Raihanna yang keluar dari kereta tersebut, Aira segera keluar dari rumahnya.

"Woi,kereta kau mana? Kenapa tak naik kereta kau?" soal Aira terlebih dahulu.

" Kereta aku rosak. Tu aku naik grab." terang Anis Raihanna.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Baik aku ambik kau tadi." balas Aira tak puas hati.

"Aku tak susahkan kau lah." jelas Anis Raihanna lagi.

"Yelah. Jom masuk dalam. Kita sambung sembang. Ada banyak benda aku nak tanya kau ni" kata Aira. Dia menarik Anis Raihanna ke dalam rumahnya.

Anis Raihanna sekadar menurut. Maklumlah, dah lama tak jumpa kan. Inilah jadinya. Redha je lah.

"Wei kenapa kau nampak berseri-seri lepas kahwin ni?" soal Aira teruja. Baru saja Anis Raihanna mahu merehatkan diri disofa dia ditanya oleh Aira.

"Mana ada. Aku baru baik daripada demam lah. Kau jangan macam macam Aira" balas Anis Raihanna. Merepek betul minah sorang ni.

"La yeke? Dah tu kenapa kau datang sini? Kenapa tak rehat dekat rumah?" soal Aira tanpa berfikir terlebih dahulu.

"Ya Allah,Aira. Sebab aku dah sihat lah aku ajak kau lepak ni. Sejak bila kau macam ni Aira? Haihh" Anis Raihanna menggeleng kepala.

"Hehehe sorry. Aku lupa. Ceritalah sejak kahwin ni kau dengan Afiq macam mana? Korang dah mula bercinta ke?" soal Aira lagi.

Baru saja, Anis Raihanna mahu membalas kata kata Aira. Aira mendekatkan kepalanya kepada perut Anis Raihanna. Lalu mengusap perutnya.

"Kau kenapa tiba-tiba usap perut aku?" soal Anis Raihanna pelik.

"Aku tengah check mana tahu kau dah mengandung ke kan? Boleh aku jadi aunt. Aunt Aira" kata Aira yakin.

Pakkk!

Lengan Aira dipukul oleh Anis Raihanna. Aira mengaduh kesakitan. Kuat betul eh pukulan minah ni sejak kahwin. Kesiannya Afiq.

"Kau merepek apa ni,Aira? Mengandung? Bercinta? Kau tahu kan aku dengan Afiq akan berpisah nanti. Buang masa aku untuk semua tu" bidas Anis Raihanna. Dia menjeling ke arah Aira.

"Manalah tahukan. Sebab tu aku tanya. Janganlah marah. Nanti cepat tua. Lari suami kau nanti." pujuk Aira.

"Biarlah dia lari. Aku tak kisah." balas Anis Raihanna tanpa perasaan.

"Tapi takkan kau tak rasa apa-apa dekat dia? " soal Aira lagi mahu mengetahui isi hati sahabatnya.

"Tak rasa apa-apa pun. Dan takkan rasa okay." tegas Anis membalas. Dia benar -benar memaksudkannya.

"Tapi dia tu suami kau Anis. Dia layak tau untuk cinta kau. Bukan untuk mana mana lelaki dekat luar sana." nasihat Aira. Dia tak mahu sahabatnya menjadi janda pada usia yang masih muda.

"Aira, boleh tak aku tak nak cakap pasal benda ni. Apa kata kau cerita bila pulak kau nak kahwin?" balas Anis Raihanna mahu menukar topik.

Kata-kata Aira membuatkan dia berfikir. Ada benar kata Aira tapi apa gunanya kalau dia ada perasaan pada Afiq Raihan. Mereka masih akan berpisah pada akhirnya.

"Ok kita tak cakap pasal tu dah. Aku pun tak tahu bila boleh kahwin wei." balas Aira. Dia cuba mengelakkan Anis tidak selesa dengan dirinya.

Mereka berdua bersembang sehingga tidak sedar hari sudah lewat petang.

???

Afiq Raihan mengerling jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Nampaknya sudah tiba masanya untuk dia pulang.

Dia segera mengemas meja kerjanya. Itu adalah rutin dia kerana dia amat mementingkan kekemasan. Deringan telefon menganggu dirinya.

"Siapa pulak call ni? Hana ke? Takkanlah. Is kot." kata Afiq Raihan sebelum melihat nama pemanggil.

Nampaknya tekaan dia salah sama sekali. Airel yang merupakan mekanik yang membaiki kereta Anis Raihanna yang menelefonnya. Kereta gadis itu telah siap dibaiki mungkin.

"Hello" ucap Airel sebaik sahaja panggilan disambungkan.

"Hello,kereta dah siap ke Airel?" soal Afiq Raihan. Dia meninggalkan biliknya lalu menuju ke lif.

"Dah Fiq. Cuma kau kena datang sini lah. Ada benda aku cakap sikit" kata Airel. Nada yang digunakan begitu serius.

"Ha aku dalam perjalanan pergi sana. Dalam 20 minit aku sampai kot." balas Afiq Raihan. Dia menamatkan panggilan lalu segera mempercepatkan langkah. Risau dengan kata kata yang akan disampaikan oleh Airel.

Sebaik saja tiba di bengkel, Airel menyapanya. Afiq Raihan segera keluar dari kereta.

"Fiq kereta tu dah siap. Cuma aku nak tanya. Tu kereta siapa?" soal Airel kepada Afiq Raihan.

"Oh tu kereta isteri aku. Kenapa kau tanya? Lagi satu, apa yang kau nak sampaikan ni sebenarnya?" soal Afiq Raihan pula. Dia tertanya-tanya.

"Macam nilah Fiq. Aku rasa ada orang berdendam dengan isteri kau. Kau tahu tak yang tali brek kereta isteri kau kena potong. Pintu kereta dia rosak sebab ada cubaan untuk buka kereta isteri kau secara paksa. Nasib baik isteri kau tak accident " jelas Airel.

Afiq Raihan beristighfar. Tak sangka dalang tersebut membuat cubaan untuk membunuh Anis Raihanna pula. Nampaknya keselamatan dan nyawa isterinya kini terancam.

"Terima kasih Airel sebab tolong beritahu aku dengan baiki kereta isteri aku. Nanti aku ambil kereta tu. Sekarang ni aku balik dulu. Assalamualaikum."kata Afiq Raihan sebelum meloloskan diri ke dalam kereta.

Dia segera memandu pulang ke rumah. Beberapa kali, Afiq cuba menghubungi isterinya namun tidak berjaya. Dia makin risau.

"Ya Allah selamatkan isteri aku dari segala kejahatan. Lindungilah dia. Amin."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience