BAB 16

Horror & Thriller Completed 175

Perempuan tua itu hanya berdiri menanti. Namun kelihatan juga peluh yang
merecik di dahinya. Mata sabit itu bila-bila sahaja boleh menujah
kepalanya. Mereka yang lainnya memerhati dengan hati yang penuh berdebar.

Klekanggg!!!!!

Sipi sahaja mata sabityang dihayun tadi dari mengenai Nek Lae. Aki Lawi
mendengus marah kerana sasarannya tadi sememangnya tepat. Mustahil untuk
tersasar kerana kedudukan mereka telalu dekat.

Ah! Seteleh terfikir sebentar. Dia serta merta memberhentika serangan.
Khadam-khadam yang diserunya tadi untuk memburu keempat-empat gadis itu
kini mengelilinginya. Dia tahu yang menyebabkan sabitnya tersasar tadi
adalah perbuatan khadam-khadam yang ada. Tapi apa yang membuatkan mereka
mengengkari perintahnya.

“Kenapa kamu semua degil ha!!..Aku suruk kamu amok dan bawa mereka
berjumpa aku?” Aki Lawi melaung pada mereka. Suasana sunyi seketika.

“Mereka sudah lama lapar. Kamu sekadar berjanji dan jarang memberi
makanan” Nek Lae memberi jawapan. “Subuh makin hampir dan masa makan
mereka sudah singkat”

“Kalau kamu semua dibunuh, mereka akan berpesta makanan nanti..sabar
anak-anak Papa...”

“Papa?..Bagaimana kau..Ah..lucu pawang yang sorang ni”

“Tak salah kalau gelaran inggeris ini aku guna. Yang mengajar aku
mengawet kepala pun oragn putih kan.. Dia yang mulai memanggil semua
yang diawetnya papa…Aku mengikut perbuatan guru aku sahaja..”

“Sampai sekarang kau hanya betah mengikut..bukan memerintah kan.” Perli
Nek Lae.

“Mulut kau memang kurang ajar Lae…Bunuh semua..Aku perintahkan bunuh…’
Jerit Aki Lawi seakan hilang akal. Sabitnya dipusing-pusing seakan mahu
menyerang.

“Mereka tak boleh bunuh kami..” Ujar Nek Lae penuh yakin.

“Sebab apa tak boleh bunuh?”

“Sebab darah kau dan aku sama Lawi. Mereka tak boleh bunuh tuan sendiri”

“Mana mungkin..aku tak punyai waris..”

“Kau lupa Lawi, Kita pernah berkahwin. Dan punya seorang anak perempuan.
Sebelum kau menjadi pawang lagi. Lepas terkenal, kau tinggalkan kami..”

“Jadi kau…..”

“Ya.. Kau faham sekarang..kan”

“Tak mungkin..Ah! sumpahan itu!…” Aki Lawi mulai terduduk. Dia kelihatan
sangat cemas. Matanya tepat memerhati Nek Kae seakan meminta simpati.

Seluruh urat sarafnya berkembang hingga kemerahan sebelum timbul
bintik-bintik kecil. Dari bintik-bintik kecil itu bersemburan darah
keluar dari tubuhnya. Kawasan tempat dia berdiri dibasahi darah sehingga
tanahnya menjadi lembab.

“Arghhhh!!!!! Jahanam punya khadam” Setiap inci tubuhnya merasakan
kesakitan. Khadam-khadam yang terlepas tadi mula menuntut janji. Kalau
gagal mendapatkan korban, maka tuan yang menyeru mereka akan menjadi
galang ganti.

Iffah, Hanna, Lutfya dan Amira menyaksikan aksi yang paling ngeri dalam
hidup mereka. Seorang lelaki menggelepar kerana dilapah hidup-hidup oleh
tangan-tangan ghaib. Setiap organ dari tubuhnya dikeluarkan dan terus
dibaham di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience