2.

Romance Completed 46610

Mateen terkejut apabila, Auni yang nak dijadkkan isteri malah Aura yang harus dinikahinya. Taknak memalukan keluarganya, Akhirnya dia melepaskan jua Lafaz nikah keatas Aura.

Kini jelas terlihat siapa kaca dan siapa permata. Namun dia tahu pasti Aura yang memaksa Auni agar dia dapat bernikah dengan dirinya.

"Aku takkan terima kau dalam kehidupan aku. Yang aku tahu Auni pasti sedang menangis sekarang." Kata Mateen pada dirinya.

Petang menjelma. Aura menapak masuk kebilik Mateen dan melihat suaminya sedang tidur.

Dia masuk kekamar mandi dan membersihkan dirinya selepas melayan tetamu dibawah.

Dia masuk semula dengan towel ditubuhnya terbalut dari dada hingga paras lutut.

Tanpa dia sedar, Mateen melihatnya tanpa kelip. Badannya yang putih membuatkan Mateen susah menelan liurnya.

Aura masuk semula ke kamar mandi dengan membawa pakaian tidurnya. Dan keluar wetelah selesai mengenakan pakaian. Dia menoleh masih sama dia melihat suaminya yang lena dalam tidur.

"herm lambat lagi waktu. Baik aku tolong Mama kat dapur." Kata Aura.

Mendengar ditelinga Mateen bunyi pintu rapat ditutup, Dia membuka matanya.

"Dapur? Nak ambik hati Mama lah tu." Kata Mateen. Sedangkan selama dia bercinta dengan Auni dulu, Auni selalu mengelak masuk kedapur.

Aura menuruni tangga menapak kedapur, Dia melihat Mama mertuanya Tengku Neily sedang memotong sayur.

Dalam Villa Tengku Neily dan Tengku Marzuki, tiada seorang pun pembantu rumah. Yang dia tahu, Tengku Neil yang taknak ada pembantu rumah, kerana dia masih mampu mengurusnya.

"Mama." Panggil Aura.

Tengku Neily senyum melihat menantunya.

"Meh Aura tolong Mama." Kata Aura lalu mengambil pisau disinki dan membantu Tengku Neily membuat kerja dapur.

"Aura pandai masak ke?" Tanya Neily.

"Pandai sangat tu taklah. Tapi boleh sikit-sikit. Sebab Aura selalu bantu Nenda masak." Kata Aura.

"Herm boleh tak malam ni Aura masakkan mama dan Baba?" Tanya Neily.

"Mama nak makan apa?" Tanya Aura.

"Mama dengar dari Nenda, Nasi Arab buatan Aura sedap. Mama teringin nak rasa." Kata Neily.

"Biar Aura tengok bahan dia. Kalau cukup semua Aura akan masakkan kalau tak, Aura masakkan lain kali." Kata Aura.

"Bagitahu mama semua bahan dia. Biar Mama sediakan." Kata Neily.

Aura menyebut satu persatu bahan-bahan untuk membuat nasi Arab.

Tengku Neily menyediakan semua bahan yang disebut Aura diatas meja didapur.

"Semua ada." Kata Neily.

"Ok. Mama duduk kat sini. Biar Aura masak.' Kata Aura.

"Ok." Kata Neily lalu duduk disisi menantunya.

Dia ingin melihat betul atau tidak Aura pandai memasak seperti yang diura-urakan oleh PuanSri Zaiton padanya.

Dilihat dari gaya memang Aura lincah dalam melakukan kerja dapur.

"Herm Ma, Abang Mateen makan apa?" Tanya Aura.

"Dia hanya makan cirelac." Kata Neily.

"Malam ni biar Aura masakkan Abang bubur." Kata Aura.

"Takut Mateen tak lalu telan." Kata Neily.

"Kenapa Ma?" Tanya Aura.

"Dulu Mama pernah masakkan bubur tapi Mateen tak lalu telan. mungkin sebab terlalu berbiji." Kata Neily.

"Takpe. Hari ni Aura masak." Kata Aura lagi.

Tengku Neily hanya mampu menganggukkan kepalanya.

Kenapa tak dari dulu Allah tak hantarkan bidadari ni dalam keluarga saya. Bisik hati Neily.

Aura sibuk didapur apabila Mateen berteriak memanggil namanya.

"Takpe. Biar Mama tengok dia." Kata Neily berlalu naik kebilik Mateen.

Neily melangkah naik kebilik anak tunggalnya.

"Auraa!!!! Kau pekak ke apa hah?!!!" Tengking Mateen didalam bilik.

"Mateen dah kenapa macam orang kena sampuk ni?" Tanya Neily.

"Mana Aura?" Suaranya mula mengecil.

"Kat dapur masak. Kenapa?" Tanya Neily.

"Heh masak konon. Pandai ke dia masak?" Tanya Mateen.

"Kenapa dengan Mateen ni?" Tanya Neily.

"Sakit hati Mateen ni Ma." Kataateen berterus terang.

"Kenapa?" Tanya Neily.

"Kenapa mesti Aura sedangkan Mateen bertunang bersama Auni. Mesti aura yang ugut Auni agar memberinya kahwin dengan Mateen." Kata Mateen.

"Tapi bagaimana jika sebaliknya?" Tanya Neily.

Mateen terdiam apabila mendengar hujah Mamanya.

"Kenapa Mateen harus salahkan Aura sedangkan mungkin dia juga tidak menginginkan perkahwinan ni." Kata Neily.

"Kenapa Mama cakap macam tu?" Tanya Mateen.

"Yelah. Jelas wajahnya muram semasa Mateen lafaz akad tadi." Kata Neily.

"Nampak sangat dia seperti tidak setuju dengan perkahwinan ni." Kata Neily lagi.

"Mateen tak percaya." Kata Mateen lalu memalingkan kepalanya kearah balkoni.

"Hermmm susah nak cakap dengan Mateen ni." Kata Neily lalu berlalu keluar dari bilik Mateen.

"Kenapa Ma?" Tanya Aura apabila melihat mama mertuanya pergi menuju kearahnya.

"Takde. Dia mengigau kot." Kata Neily menipu.

"Hmmm sedapnya bau masakan Aura." Kata Neily mengubah topik perbualan.

"Takdelah Ma. Biasa je ni." Kata Aura.

"Hanya tinggal menanti dagingnya empuk. Baru masukkan beras." Kata Aura apabila melihat Mama mertuanya memerhatikan cara dia memasak.

"Ayam tu, Aura nak masak apa?" Tanya Neily.

"Masak Kurma Ma. Ke Mama nak Aura masak lain?" Tanya Aura.

"Takpe itu dah cukup." Kata Neily dan melihat sayur Acar sudah tersedia diatas meja.

"Mama rasa ye?" Tanya Neily lagi.

"Rasalah Ma." Aura menyerahkan sudu ditangannya.

"Bismillah." Kata Neily lalu menyuapkan sedikit acar timun ke mulutnya.

Baru suapan pertama Neily pertama kali merasa acar yang sedap macam ni.

"Sedapnya menantu Mama buat ke ni?" Tanya Neily lagi.

"Biasa je Ma." Kata Aura.

"Apa yang sedap?" Tanya Tengku Marzuki.

"Haha Baba meh sini rasa masakan menantu Baba ni?" Kata Neily menggamit suaminya.

Neily menyuapkan Acar Timun tadi kepada Marzuki. Menanti respon suaminya.

"Hmmm Sedap." Kata Marzuki.

"Kannn.. Tak menyesal Aura jadi menantu Baba dan Mama." Kata Neily.

Pipinya jelas memerah. Kalaulah Mateen juga berkata selembut Mama Neily, mungkin Aura akan bertahan lama. Hati Aura berbisik.

Menanti makan malam, Aura membawa sedulang Bubur dan Air putih naik keatas bilik, Namun dia teringat dan melihat Mama mertuanya yang menapak naik keatas.

"Kenapa?" Tanya Neily.

"Mama bawa bubur ni. Suap Abang Mateen dan bagitahu Mama yang masak." Kata Aura.

"Kenapa pula?" Soal Neily.

"Aura takut kalau abang tak nak makan masakan Aura." Kata Aura jelas wajahnya berubah sedih.

"Baiklah. Mama faham. Mama harap menantu Mama ni sabar ye." Kata Neily memberi semangat.

Dulang yang berisi bubur itu bertukar tangan. Neily mula menapak masuk kedalam bilik Mateen.

Sejam selepas itu, Neily keluar dari bilik dan membawa semula dulang tadi.

"Aura. Aura." Panggil Neily dan dia terlihat menantunya sedang leka melihat Ipad ditangannya.

"Aura." Neily memegang bahu Aura.

"Eh Mama. Kenapa Ma?" Soal Aura.

"Mateen makan bubur tu. Senang masuk dan ditelan katanya.

"Syukur." Kata Aura.

Namun Neily dapat menangkap tiada keceriaan diwajah menantunya.

"Kenapa Aura?" Tanya Neily.

"Boss Aura nak Aura pergi London sebab pembekal disana nak Aura juga kesana dengan team Aura. Kalau tak mereka tak nak tanda tangan surat kerjasama." Kata Aura.

"Bila Boss Aura nak Aura pergi London?" Tanya Neily lagi.

"Esok pagi flight. Tiket dia dah book." Kata Aura.

"Takpelah. Aura pergilah. Takut nanti kalau Aura tak pergi Aura kena buang pulak." Kata Neily.

"Tapi, Abang Mateen?" Tanya Aura.

"Pandai lah Mama dan Baba." Kata Neily akhirnya memberi noktah pada Aura.

Share this novel

Norzawilawati Mahat
2023-06-26 22:56:31 

jj jjjn tidak h enjoying j


NovelPlus Premium

The best ads free experience