Rate

Bab 49 Adib Umair Sakit

Romance Completed 278225

Sebulan kemudian....

Sedang Adib merapikan sejadahnya setelah mereka habis solat subuh berjemaah, tiba-tiba dia terasa perutnya bagaikan tergoncang, tekaknya terasa pahit teramat sangat. Adib berlari ke arah bilik mandi...

Huwekkk huwekkk!!!

Adib mengeluarkan semua isi perutnya. Anis Umairah berlari ke arah bilik mandi, melihat keadaan Adib yang tiba-tiba sahaja kelihatan kurang sihat, wajahnya pucat lesi.

"Abang okay ke?" Anis mengurut perlahan tengkuk suaminya, dia risau melihat keadaan Adib yang melemah.

"Insya Allah, abang okay!" Sahutnya. Adib terasa seakan-akan dunia yang dia pijak berpusing.

"Abang, hati-hati!!" Tegur Anis, melihat Adib sikit lagi tersungkur di bilik mandi.

"Ya Allah, kenapa dengan aku ni?" Keluhnya dalam hati.

"Kita ke hospital ya abang!"

"No, abang tak nak ke hospital." Tolak Adib mentah-mentah.

"Hari ni abang cuti ya, takut makin teruk penyakit abang." Ucap Anis dengan nada cemas.

Anis segera memimpin Adib menuju ke katil, kemudian dia segera membaringkan Adib untuk berehat. Keringat dingin mula berkeluaran di dahi Adib. Anis menjadi cemas, inilah kali pertama dia melihat Adib kurang sihat dan tak berdaya. Adib duduk menyandar di katil, memicit-micit perlahan keningnya.

"Please, Honey jangan guna minyak wangi... Kepala abang makin sakit."

Mata Anis membulat terkejut dengan ucapan Adib Umair tadi.

"Tapi ini minyak wangi yang abang hadiahkan Anis?" Sahut Anis hairan.

"Buang saja Anis, abang pening tercium perfume tu."

Anis menganga seakan tak percaya.

"Tapi....!"

Huwekkk huwekkk!!

Adib berlari semula menuju ke bilik air, pagi ini Adib betul-betul tak kuat. Dia berselimut menutupi semua badannya.

"Jauh-jauh sikit honey, please Anis mandi semula dan tak usah guna perfume itu lagi."

"Astaghfirullah, Aniskan sudah mandi?" Ucap Anis tak habis fikir.

"Buat je apa yang abang suruh."

"Okay abang, Anis pergi mandi kejap. Abang rehat dulu ya!"

Hari itu Anis terpaksa tidak ke sekolah kerana merisaukan keadaan suaminya Adib, dia bercadang untuk memberitahu pada familynya tentang keadaan Adib yang lemah tak bermaya.

30 minit kemudian....

Puan Zulaikha dan Puan Saleha serentak datang ke rumah Adib dan Anis pagi itu sambil membawa sedikit makanan untuk di makan pagi itu.

"Anis, kat mana Adib?" Puan Saleha tercari-cari kelibat Adib bahagian ruang tamu dan dapur.

"Abang Adib kat bilik ibu, tengah berehat." Sahut Anis dengan sopan.

Mereka bertiga pun menuju ke bilik utama untuk melihat keadaan Adib.

"Kamu okay ke sayang?" Puan Saleha duduk di tepi katil sebelah Adib berbaring yang tengah tertidur.

"Kita bawa Adib ke hospitallah Sal, risau pula saya tengok." Ucap Puan Zulaikha setelah melihat keadaan Adib yang pucat seperti mayat.

"Kita tunggu Adib bangun dari tidurnya." Katanya sambil mengusap lembut kepala anaknya.

"Bila lagi Adib begini Anis?" Tanya Puan Zulaikha pada anaknya Anis.

"Baru saja umie, lepas solat subuh tadi... Ada lebih 2 kali juga abang Adib muntah-muntah, tapi air saja yang keluar." Jelas Anis lambat-lambat.

Dahi Puan Saleha berkerut mendengar penjelasan dari Anis.

"Adib tak demam, tapi badan dia bermandi peluh." Ucap Puan Saleha yang masih setia duduk di tepi katil.

"Marilah kita dapur dulu Sal, kita sarapan pagi. Nanti Adib dah bangun kita bawa ke hospital." Cadang Puan Zulaikha yang di persetujui oleh Puan Saleha.

"Okay, marilah kita ke bawah. Ibu banyak bawa makanan tu untuk sarapan." Kata Puan Saleha sambil merangkul bahu Anis dan berjalan menuju ke dapur.

__________________________________

"Macam mana keadaan anak saya doktor?"

"Encik Adib Umair Al-Baihaqi tak sakit serius ye Puan, dia cuma masuk angin saja." Jelas doktor pada Puan Saleha.

"Tapi tadi dia muntah-muntah banyak kali." Sahut Anis lagi.

Doktor Aisyah hanya mengangguk mendengar penjelasan Anis.

"Bukan juga dia keracunan makanan?" Tanya Puan Saleha kelihatan cemas.

"Tidak Puan, pasein cuma kekurangan air dalam badan dan vitamin c."

"Takde sebab lain?" Soal Puan Zulaikha berkerut dahi.

"Ya takde juga Puan, nanti adik pergi bahagian Farmasi, tuntut ubat yang saya salin ni."

"Baik doktor, terima kasih." Ucap Anis Umairah sambil menyambut huluran tangan doktor tersebut.

"Puan tak perlu risau sangat dengan keadaan pasein, dia cuma kena banyakkan rehat. Sekarang ni kami terpaksa tahan dan masukkan dalam wad untuk tambah air terlebih dahulu dalam badannya."

Puan Saleha dan Puan Zulaikha terangguk-angguk mendengar Keterangan doktor tadi. Setelah itu, mereka menunggu bahagian luar tempat Adib di masukkan.

"Anis sudah tuntut ubat untuk Adib?" Soal Puan Zulaikha pada Anis.

"Sudah umie." Sahutnya sopan.

"Keadaan Adib macam mana sekarang?" Soal Encik Amri tiba-tiba yang datang melawat dengan Encik Muhaimin.

"Doktor tengah tangani, Adib banyak kekurangan air dalam badan. Itu yang doktor beritahu." Jelas Puan Saleha pada suaminya Encik Amri.

"Oh, takpe lah. Kita tunggu dulu di sini." Sahut Encik Amri kedengaran pasrah.

"Anis jangan risau sangat ya!" Ucap Puan Saleha lembut pada Anis, risau kalau menantunya itu menyalahkan dirinya sendiri.

"Ya ibu!" Sahutnya sambil tersenyum.

Isteri mana yang tidak panik, tidak risau melihat keadaan suami yang lemah tidak seperti biasa. Anis Umairah duduk termenung bahagian depan bilik rawatan Adib.

**********************************

"Anis Umairah ada?" Cikgu Bakhtiar memanggil nama Anis untuk memeriksa kedatangan murid.

"Tak hadir Cikgu!" Sahut Aina Natasha sambil mengangkat tangan kanannya.

"Sebab apa tak hadir?" Soalnya pada Aina.

"Kurang pasti Cikgu." Jawab Aina semula.

"Oh, tak biasanya Anis mengambil cuti, apa lagi Ujian percubaan SPM akan berlangsung minggu hadapan." Ucap Cikgu Bakhtiar pada dirinya sendiri.

"Pelik!!" Dahinya berkerut sambil berfikir.

"Baiklah class, korang sudah bersedia ke untuk Ujian percubaan SPM nanti?" Teriak Cikgu Bakhtiar pada kelas 5 Sains.

"Sudah Cikgu!" Jawab mereka dengan bersemangat.

"Kalau macam tu, semua murid sila keluarkan buku teks bahasa melayu muka surat 30, tolong baca dan jawab Aktiviti 1, 2 dan 3."

"Baik Cikgu!" Ucap murid 5 Sains hampir serentak.

"Baiklah, korang buat kerja ni... Cikgu nak ke bilik guru terlebih dahulu. Yunus, pastikan tidak ada yang berbual ya, sekiranya ada yang bising tolong catit namanya ya." Ucap Cikgu Bakhtiar dengan tegas pada Yunus.

"Baik Cikgu."

"Nanti Cikgu datang semula." Setelah itu, Cikgu Bakhtiar keluar dari kelas 5 Sains menuju ke bilik guru.

"Cikgu, kami dapat laporan dari ibu Cikgu Adib, Cikgu Adib sekarang mendapat rawatan di hospital sekian." Ucap Sir Adrian sebagai guru bertugas pada minggu itu pada Cikgu Bakhtiar.

"Bila lagi sir Adrian?" Dahinya berlipat berfikir.

"Baru saja Cikgu. Macam mana, nak hantar wakil ke untuk jenguk Cikgu Adib?" Usul sir Adrian pada Cikgu Bakhtiar.

"Boleh juga, nanti sediakan buah tangan untuk di bawa ke hospital." Ujar Cikgu Bakhtiar sebagai penolong kanan pengetua Sekolah Menengah Uthman.

kenapa dengan Adib ye? ^_^ semoga terhibur.

Share this novel

mia kadir
2022-11-11 10:29:45 

maybe ^_^

Asmah
2022-11-11 10:22:21 

Ini mesti Anis mengandung.alahannya tu pergi ke Adib.,..kan Mia


NovelPlus Premium

The best ads free experience