(sesantatre)

Other Series 152486

"Who called you?" Suara dingin Dom menyentakkan Zen, kepala menoleh ke arah suara sambil tangan pantas menyimpan telefon pintarnya.

"Signora angelo's friend Dom." anak halkumnya naik turun sekali apabila mata mereka bertentangan.

Dom baru keluar dari bilik kurungan Joseph di tingkat bawah dengan kemeja putih yang dipenuhi darah pada bahagian dada dan tangan.

Dari hujung jarinya, darah cair segar menitik-nitik mencecah lantai rumah. Wajahnya pula terdapat terpercik sedikit darah.

"Any news about Aleena?" Dom menapak ke sofa dan menghulurkan tangannya tanpa memandang Zen.

Kesunyian rumah kayu itu membuatkan setiap tapaknya jelas kedengaran.

Zen pantas menghampiri, tanpa dipinta, satu kain putih disuakan pada tangan Dom. Sudah terbiasa dengan keadaan mereka.

"Not yet." dia berdiri di samping Dom, menunggu arahan seterusnya.

Lelaki itu mengelap tangannya yang masih basah di kain sebelum sesuatu dibawa keluar dari koceknya.

Zen mencuri pandang ke arah tangan Dom, terdapat telefon Aleena bewarna putih yang sudah retak skrinnya. Lelaki itu mengenggam phone tersebut dengan mata tertancap pada skrin tv yang tak terbuka di hadapannya. Sedih.

"Zen.." panggilnya perlahan.

Sungguh sunyi rumah itu sehinggakan segala bunyi di sekeliling amatlah jelas di pendengaran.

"Dom." jawab Zen seraya menundukkan sedikit tubuhnya walaupun tak dilihat Dom.

"I miss her.." luahnya perlahan.

Kelam.

Diam.

Zen tak mampu bersuara, tak tahu untuk membalas apa. Sememangnya kehilangan Aleena walaupun baru semalam amat memberikan impak yang besar kepada mereka, terutamanya lelaki itu.

Sudahlah kandungan Aleena hampir mencecah tiga bulan. Kini ini pula yang berlaku.

Tiada lagi usikan, gelak tawa dan suara manja Aleena. Kosong.

Rumah itu mati tanpa jantungnya. Bertambah perit lagi apabila rumah banglo mereka diserang oleh kumpulan Javier malam semalam.

Zen yang ada di rumah diserang secara mengejut oleh sekumpulan bersenjata yang memakai picu penyenyap. Lima orang pengawal di rumah Dom mati ditembak dan hanya dia yang berjaya menyelamatkan diri bersama seorang lagi anak buah Dom.

Zen hanya berjaya membunuh 4 orang daripada belasan mereka kerana kehabisan peluru. Dia juga tak menjangkakan rumah mereka akan diserang secara tiba-tiba.

Zen berjaya melarikan diri bersama Werren, grab diambil kerana dia tak punya pilihan lain, dia dan Werren bertolak ke Pahang selepas Zen memaklumkan kedudukan mereka sudah diketahui musuh kepada Dom.

"Ask Sheng to meet me this noon.. If he can't make it, kill him." Suara Dom memecahkan kesunyian, memberi arahan.

Zen dapat rasakan aura lelaki itu yang dulu, sebelum datangnya Aleena dalam hidup mereka.

Lelaki yang hidup semata-mata untuk membunuh, nyawa baginya tiada nilai. Terlalu murah. Terutamanya untuk orang-orang yang menyakitinya.

"Certainly Dom." telefon pintarnya dibawa keluar dan dihubungi Sheng. Zen bertutur serius menyatakan hasrat Dom pada Sheng dalam bahasa Chinese.

Tak lama, talian dimatikan.

"I've a plan.. and I need your help Zenny.." Dom bertutur serius.

"I want you to help me to get into Javier's group, we're going to make a shit fun of him."

"Si Dom."

~~~~~~~~~~~~~~

Kereta Ford hitam itu mengejar rapat kereta Naufal melusuri jalanraya yang agak sibuk.

Naufal cuba untuk memandu selamat tapi keadaan mereka tak membenarkannya. Sudah beberapa kali dia hampir melanggar pengguna jalanraya yang lain kerana memandu dengan tak berhemah.

Lain pula kereta Ford di belakangnya yang lincah menyelit di celah-celahan kereta yang ada dan terus merapati mereka.

"Naufal.. cuba awak pandu masuk kawasan perumahan tu." Aleena memberi idea. Keadaan amat terdesak kini.

Suatu perumahan teres dua tingkat yang sederhana itu dimasuki Naufal. Apabila masuk ke dalam kawasan perumahan, jalan agak lenggang.

Naufal memecut laju dan sesekali masuk ke lorong-lorong rumah secara rambang, cuba melarikan diri daripada diekori musuh.

Semakin mereka laju, musuh di belakang juga tak ketinggalan. Naufal sudah berpeluh dingin.

Dia takut sebenarnya dalam keadaan itu. Belum pernah lagi perkara sebegitu berlaku dalam realiti hidupnya.

Dia hanyalah lelaki biasa yang mahukan kehidupan biasa.. bukan watak utama begini. Urghh..

Memang langsung tak sesuai untuknya. Terbit perasaan kesal pula dia bersetuju untuk menghantar Aleena tadi.

Aleena yang panik di sebelahnya dikerling. Wanita itu bagai lipas kudung, tak kena duduknya. Sesekali dia akan menoleh ke belakang atau ke cermin sisi bagai tiada arah.

Naufal terfikir,

Dikejar penjahat kerana seorang wanita? Inikah penamat hidupnya? Jika orang-orang itu dapat menangkap mereka, adakah dia akan turut diapa-apakan? Atau lebih lagi.. dibunuh?

Naufal rasakan bagai tiada tempat untuk lari lagi. Mahu ke balai polis? Mahunya dia mati dibunuh dulu baru mereka akan ditangkap.

Sudah terdesak dan terlalu buntu, akhirnya..

"Aleena.. I'm so sorry." ucapnya gelabah. Kereta masih dipandu laju.

"No Naufal.. This is all my fault. I'm not supposed to involve you. Awak tak pernah salah apa-apa pada saya.." Aleena turut membalas gusar.

Dia tak faham maksud Naufal dan keadaan dirinya yang sebenar-benarnya. Naufal tiada pilihan lain.

Kereta dipandu laju ke sebuah kawasan yang agak terpencil dengan deretan kedai-kedai yang sudah lama dan tak banyak yang beroperasi.

Kawasan perumahan rumah flat 5tingkat itu juga kebanyakkannya penduduk warga asing yang tinggal di sana.

"Awak.. apa kita buat dekat sini..?" Aleena mula panik apabila melihat Naufal memandu ke kawasan itu. Kepala masih setia menoleh juga beberapa kali ke belakang.

'Apa rancangan Naufal sebenarnya ni?' Aleena gusar memikirkannya. Dia hanya mahu mereka berdua selamat..

Di selekoh hujung, Naufal memberhentikan kereta mengejut. Aleena yang tak memakai seat belt terhumban ke hadapan melanggar dashboard.

"Arggh.. what are you doing Naufal?" Aleena menggumam perlahan.

Nasib baik kedua tangannya sempat menahan tubuh daripada berlanggar dengan kuat ke hadapan. Jika tidak, kandungannya mesti dalam bahaya.

Aleena yang baru mengangkat wajah tiba-tiba perasan Naufal keluar pantas dari keretanya.

Dia berlari ke arah ruang penumpang dan membuka pintu kalut. Apabila Naufal menoleh ke pondok guard di hujung flat, kereta Ford Ranger hitam itu muncul.

Secepat mungkin, lengan Aleena ditarik kuat, mengeluarkan Aleena dari keretanya.

"Wait! Naufal! Apa yang awak buat ni?! Jangan!" dipaksa, Aleena mencium tar jalan.

Dirasakan sedikit perit pada bahagian intimnya. Mata dipejamkan menahan kesakitan, lutut dan tapak tangannya luka akibat tergesel dengan tar yang kasar.

"I'm really sorry Leena. Forgive me." itulah tutur terakhir Naufal sebelum masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan Aleena.

Nyawanya lebih penting.. Dia tak mahu mati lagi... Bukan sekarang..

"Ahhh..." Aleena berdesih kesakitan, dengan sedaya upaya, kaki digagahkan juga melangkah.

Dia tak punya pilihan, tiba-tiba..

"Stop right there!!" suara seseorang menjerkah padanya. Aleena tak berani menoleh, dia berlari ke dalam kawasan perumahan kelam itu sambil dikejar pantas beberapa orang lelaki di belakangnya.

Aleena berlari mendaki tangga ke tingkat atas, terpusing-pusing dia mencari arah mahu melarikan diri tapi mereka masih tahu kedudukannya.

Aleena berlari lagi ke hingga ke aras empat di hujung tangga, dia turun ke tingkat tiga semula dan pantas bersembunyi di sebalik pintu rintangan api bersebelahan tangga.

Suara jeritan orang kalut dan tapak kaki yang agak ramai berpusu-pusu turun dari tangga di tepinya.

Dalam hati Aleena tak henti-henti berdoa agar dia dan anaknya selamat daripasa ditangkap.

Beberapa orang warga asing mula memenuhi koridor, melihat perkara riuh-rendah yang berlaku.

Aleena penat, badannya sudah mencapai limitnya. Dia duduk bersandar dan terheret dirinya perlahan, jatuh bersandar pada dinding.

'Ya Allah.. selamatkanlah kami..' desis hatinya, perut yang masih tak ketara bentuknya itu diusap sebelum dia tak sedarkan diri dan terbaring ke lantai.

Tiga orang warga Bangladesh menjumpainya selepas itu. Melihatkan wanita cantik jelita dan putih gebu seperti Aleena memberahikan mereka.

Dengan senyuman miangnya, salah seorang dari mereka cuba mengangkat Aleena yang terbaring kaku.

Manakala dua orang lain hanya memerhati sambil berbual dengan senyuman dalam bahasa mereka.

Baru saja tubuh Aleena hendak dicempung, bunyi tembakan kedengaran.

Dinding flat yang kotor dipenuhi contengan itu mula dipenuhi percikan darah. Begitu juga blaus dan tudung putih Aleena.

Lelaki Bangladesh yang menyentuh Aleena tadi telah ditembak seseorang dari hujung koridor. Tepat menggunakan pembidik.

Semua warga flat panik, pantas lari bertempiaran dan menghubungi pihak polis. Dua orang lagi lelaki tadi pula terus melarikan diri, menguncikan diri di dalam rumah masing-masing.

Si dia menghampiri Aleena dan diampu gadis itu di atas lututnya. Mayat jijik lelaki yang agak berisi warga Bangladesh itu ditolak kasar, jatuh menuruni tangga.

Wajah Aleena yang mengenai percikan darah tadi dikesat oleh tudung yang ditanggalkan dari kepalanya.

Kemudian, Aleena di cempung menaiki menuruni tangga. Anak buahnya yang lain sudah menunggu di bawah.

Kunci motornya diserahkan pada salah seorang dari mereka sebelum dia memasuki kereta Ford itu pantas.

Tak menunggu lama, orang-orang tadi hilang sekelip mata sebelum sempat pihak polis tiba.

"Finally.. I found you Mrs. Vanni." Javier tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience